You are on page 1of 4

PANDUAN PENGGUNAAN TANDA BACA

 Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada
pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.

 Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.

 Tanda baca utama ialah :

 Tanda Noktah atau titik ( . )


 Tanda koma (,)
 Tanda tanya atau soal ( ? )
 Tanda seruan (!)
 Tanda sempang atau sengkang ( - )
 Tanda noktah bertindih (:)
 Tanda pengikat kata atau petik ( “ “)

TANDA BACA PENGGUNAAN CONTOH AYAT


a) digunakan bagi huruf pertama kata a)Rumah itu di atas bukit.
pada setiap ayat. b)Persembahan itu belum tamat.

b) digunakan sebagai huruf pertama a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.


petikan langsung. b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak
mahu pergi ?”

c) digunakan sebagai huruf pertama a)Yang Maha Pengasih,


dalam ungkapan yang berhubung b)Ampunilah hamba-mu.
dengan kitab suci dan nama Alllah, c)Semoga Engkau menerima doa kami.
termasuk kata ganti untuk Allah
d) digunakan sebagai huruf pertama a)Haji Abdul Ghabur
HURUF BESAR gelaran kehormatan, keturunan, dan b)Nabi Muhamad S.A.W
keagamaan yang diikuti nama orang
e) digunakan sebagai huruf pertama Profesor Ahmad Hashim
untuk nama jawatan dan pangkat Sarjan Major Kamarudin , Tengku
yang diikuti nama orang Iskandar

f) digunakan diawal nama khas a) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank


Negara
g) digunakan sebagai huruf pertama a)bangsa Melayu
nama bangsa, suku bangsa, dan b)orang Minangkabau
bahasa
h) digunakan sebagai huruf pertama a)Lembaga Urusan Tabung Haji
bagi nama rasmi badan, lembaga b)Dewan Bahasa dan Pustaka
pemerintah, serta nama dokumen c)Semenajung Tanah Melayu
rasmi kecuali kata hubung

(a), pada akhir ayat yang bukan (a) Kereta ini baru dibeli.
pertanyaan atau seruan. (b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
TANDA TITIK
(NOKTAH) (b) pada akhir singkatan Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
nama orang En. (Encik)
. (c) sebelum tanda penutup kata (")
dalam cakap ajuk
Kata kakak, "Bunga itu sudah layu.”

(d) untuk menunjukkan angka 5.4, 30.2, 1 19.8


perpuluhan
TANDA BACA PENGGUNAAN CONTOH AYAT
(a)bagi mengasingkan kata yang (a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
berturut-turut dalam satu ayat (b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.

(b)di belakang kata seru (a) Amboi, merahnya baju kamu !


(b) Eh, Azmi rupanya !

(c)untuk menandakan tempat Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.


berhenti
TANDA KOMA sebentar.

(d) di belakang kata penghubung / Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
, penanda wacana pada awal ayat Jadi, awak tidak mengaku bersalah?

(e)untuk memisahkan unsur-unsur Rumah itu besar, tetapi tidak cantik


dalam ayat yang berbeza-beza Katakan saya ke bandar, jika dia datang.

(f)sebelum tanda pembuka kata (") Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."
dan penutup kata (") dalam cakap "Terima kasih," jawab Encik Abu.
ajuk

(a) pada akhir ayat tanya Bilakah adik kamu akan bersekolah?
TANDA TANYA (b) pada akhir ayat tanya sebelum "Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy.
tanda penutup kata (")
?
TANDA SERU sesudah penyataan yang berupa (a) Wah, perbuatan awak sudah
! seruan, perintah, atau rasa emosi melampau!
yang kuat (b) Siapkan kerja itu segera!

(a) pada akhir sesuatu Barangbarang yang perlu dibawa adalah


TANDA TITIK penyataan seperti berikut: parang, sabit, dan
BERTINDIH apabila diikuti oleh rangkaian cangkul

(b) untuk memberi penjelasan atau Tarikh: 3 April 2000


: memperkenalkan sesuatu Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan

(a) untuk memisahkan bahagian- Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
bahagian ayat yang sejenis dan
setara
TANDA KOMA
BERTITIK (b) pada baris pertama pantun dua Ada ubi ada batas;
kerat Ada budi ada balas.
;
(c) pada baris kedua pantun empat Kalau ada jarum patah,
kerat Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

(a) untuk menyambungkan kata murid-murid, riuh-rendah


TANDA yang diulang dan kata ganda
SEMPANG
(b) untuk merangkaikan: kali yang ke-10,
( -) i. ke- dengan angka tahun 1960-an
ii. angka dengan -an
TANDA BACA PENGGUNAAN CONTOH AYAT
(a) untuk mengapit petikan langsung "Saya belum makan ibu," kata adik.
TANDA PETIK (b) pada jadual rencana, karangan, Novel "Esok Masih Ada" memenangi
novel, puisi, dan sebagainya hadiah pertama.
“ .........”

RINGKASAN PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM AYAT / PENULISAN

Ringkasan Contoh ayat


Huruf Besar
a. Ibu memasak nasi.
1. Digunakan pada permulaan sesuatu ayat b. Tan seorang budak yang
atau selepas tanda noktah. pemalu. Dia baru pindah ke sini.
a. Amin, ketua Kelas Enam Mawar baru
2. Digunakan untuk menulis Kata Nama balik dari kampungnya di Dungun.
Khas b. Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit
Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman.
3. Digunakan pada awal menulis cakap a. Dengan lantang ibu berkata “ Bangun,
ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan kamu sudah terlewat ke sekolah.”
cakap ajuk. b. “Bilakah awak hendak ke
pekan? Hari inikah ?” tanya Burhan.
4. Digunakan selepas tanda seruan. a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia
membelinya ?
Tanda noktah atau titik (.)
a. Dia baru pulang dari sekolah.
1. Digunakan untuk mengakhiri sesuatu b. Kami melawat R.T.M.
ayat yangbukan seruan atau pertanyaan. c. Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K.
oelh Sultan Terengganu.
2. Digunakan untuk menulis huruf ringkas
atau kependekan.

Tanda koma ( , ) a. Abang pergi ke kedai membeli tepung,


gula, bawang, biskut, roti , dan susu.
1. Digunakan untuk memisahkan unsur- b. Wah, bijak betul budak itu !
unsur yang sama dalam sesuatu ayat. c. Cikgu Asrul berkata, “Tolong ambilkan
buku kuning itu.”
2. Digunakan selepas kata seruan. d. “Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu,”
pesan ibu.
3. Digunakan untuk memisahkan cakap d. Oleh itu, kita mesti bertindak dari
ajuk daripada bahagian lain dalam ayat. sekarang.
e. Jadi, dia pun lari dari situ.
4. Digunakan di belakang pada kata
penghubung pada awal ayat.

Tanda Tanya atau soal ( ? )

Digunakan untuk menamatkan ayat soal. Pukul berapa dia pergi ke sana ?

Tanda Seruan ( ! ) a. Oh, awak rupanya yang mengetuk pintu


tadi !
Digunakan di hujung ayat-ayat seruan. b. Eh, bila kamu sampai !
Tanda Sempang atau Sengkang ( - ) a. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau,
kuda-kuda
1. Digunakan untuk menulis kata ganda. b. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika,
Insya-Allah.
2. Digunakan untuk merangkaikan huruf c. Ke-60, ke-10
kecil dengan huruf besar. d. Mereka menyambut ulang tahun
perkahwinan yang ke - 5.
3. Digunakan untuk merangkaikan awalan e. 60-an, 70-an, 80-an, 90-an
ke depan angka atau nombor. f. Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun
60-an.
4. Digunakan untuk merangkaikan angka
dengan akhiran -an.

Tanda Noktah Bertindih ( : ) a. Kamu mesti belajar bersungguh-


sungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan
1. Digunakan untuk menambahkan di pandang hina.
penjelasan dalam sesuatu ayat. b. Kita mesti membantu orang yang dalam
kesusuhan : sikap yang disukai masyarakat
2. Digunakan untuk menggantikan maksud c. Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke
iaitu. sekalah semalam ?
Sani : Saya tidak sengaja. Saya lewat
3. Digunakan untuk memisahkan watak bangun.
dengan dialog dalam sesuatu perbualan. d. Di dalam beg ini ada :
i buku
4. Digunakan untuk menerangkan sesuatu ii pensil
dalam ayat. iii pembaris
iv pemadam

Tanda Koma Bertindah ( ; ) a. Bawakan barang-barang ini dan berikan


kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan
1. Digunakan untuk memisahkan bahagian penggali.
ayat yang setara dengan keadaannya. b. Kami semua lulus dalam ujian matematik
; Manisah 80 markah, Tina 82 markah dan
2. Digunakan untuk memisahkan saya sendiri 88 markah.
bahagian-bahagian ayat yang c. Dia seorang budak yang baik ; kami
menggunakan kata hubung. semua sayang kepadanya.
d. Buktikan kepandaian kamu ; kalahkan
pasukan mereka.

Tanda Pengikat Kata atau Petik a. “Saya hendak pergi ke perpustakaan,”


(“ “) kata Ghani.
1. Digunakan untuk menulis cakap ajuk. b. Adnan berkata, “Sayalah pemain yang
menjaringkan gol itu.”
2. Digunakan untuk menulis nama buku, c. Cikgu Hashimi menulis sebuah buku
majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya bertajuk, “Penggunaan Tatabahasa dalam
dalam sesuatu ayat. U.P.S.R.”

You might also like