You are on page 1of 3

Bina ayat ( 8 )

1. berkesan 有效

- Ubat selesema itu benar-benar berkesan dan memberi kelegaan kepada


saya.

2. nyaman 凉爽

- Nyaman sungguh rasanya apabila masuk ke ruang yang berhawa dingin ini.

Bina ayat ( 9 )

1. kelemahan 弱点

- Salah satu kelemahan yang ada dalam diri Zarina ialah dia suka membeli-
belah.

2. kotoran 污垢

- Kotoran yang terkena pada baju sekolah abang tidak dapt dihilangkan
walaupun sudah dicuci berulang kali.

3. berkhasiat 营养

- Sarvesh selalu menyediakan makanan yang berkhasiat untuk kedua-dua ibu


bapanya yang sudah tua.

4. Suasana 环境

- Suasana di kawasan perkeburan itu benar-benarmenyeramkan.

5. beriadah 进行体操

- Keluarga saya suka beriadah pada hujung minggu di Taman Tasik


Titiwangsa.
Bina ayat (10)

1. Kapsul 胶囊

- Abang meminta ayah membelikan ubat selesema dalam bentuk kapsul


untuknya.

2. racun 毒药

- Racun tikus dan pelbagai peralatan tajam disimpan oleh datuk di dalam
stor.

3. tatacara 程序

- Semua tatacara yang perlu dipatuhi telah disenaraikan pada kertas yang
dicetak oleh pihak sekolah.

4. kesilapan 错误

- Zulin menasihati adiknya supaya tidak melakukan kesilapan yang sama


berulang kali.

5. tertusuk 被刺

- Hamid berasa ngeri apabila terlihat sebilah pisau tertusuk pada dada
mangsa rompakan.

Bina ayat (11)

1. serpihan 碎片

- Serpihan kaca cermin kereta yang pecah memenuhi tempat duduk depan
dan belakang.

2. berkarat 生锈
- Tangan Zai Chuan kotor selepas membuka pasar yang telah berkarat itu.

3. tumbang 倒塌

- Pokok-pokok yang tumbang di atas jalan raya telah dialihkan pada tadi.

4. meneliti 调查

- Kaum wanita mengambil masa yang lama untuk meneliti produk-produk yang
ingin dibeli oleh mereka.

5. Pelepah 叶梗

- Wani melurut dua pelepah daun kari ke dalam tumisan kari kepala ikan yang
sedang dimasaknya.

You might also like