You are on page 1of 2

SAJAK TINGKATAN 4

GELANGGANG
RANGKAP 1: Penyajak berkata bahawa negara tercinta kita terbentuk oleh generasi
terdahulu sejak lima dekad yang lalu untuk didiami oleh generasi yang akan datang.
Semangat perpaduan juga dimulakan oleh generasi terdahulu untuk diteruskan oleg
generasi kini.
RANGKAP 2: Generasi kini ialah waris yang menduduki negara yang terbentuk daripada
jerih perih dan pengorbanan generasi terdahulu. Dengan negara yang makmur, rakyat
hidup bersatu padu untuk memelihara kedaulatan negara daripada serangan anasir
jahat. Dengan berbuat begitu, kita akan hidup bersatu padu walaupun berbeza
keturunan dan agama.
RANGKAP 3: Pemimpin negara harus berani menghadapi fitnah orang luar demi
mempertahankan maruah negara. Khabar angin tentang keburukan negara kita mampu
mempengaruhi minda rakyat. Kita haruslah berani membantah kenyataan yang buruk
tentang negara kita supaya tidak membinasakan negara sendiri.
RANGKAP 4: Pemimpin mahupun rakyat haruslah menjalinkan hubungan persaudaraan
demi mengelakkan perselisihan faham sesama sendiri.
RANGKAP 5: Generasi kini merupakan waris bangsa yang harus memikul amanah untuk
mencipta kejayaan di pentas dunia. Apabila memperoleh kejayaan, kita dapat
mempertahankan maruah dan memperteguhkan jati diri demi membina negara yang
rakyatnya hidup harmoni dan dihormati. Rakyat Malaysia haruslah taat dan setia kepada
negara sehingga akhir ayat.

TEMA
Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara. rakyat tinggal dalam negara yang
makmur, rakyat hidup bersatu padu dan rakyat bersama-sama memelihara kedaulatan
negara daripada serangan anasir jahat. Apabila bersikap begitu, kita akan hidup bersatu
padu walaupun berbeza keturunan dan agama.

PERSOALAN
1. persoalan keutuhan perpaduan kaum sejak lima dekad contohnya, negara terbentuk
oleh generasi terdahulu sejak lima dekad untuk didiami oleh generasi yang akan datang
dan semangat perpaduan juga dimulakan oleh generasi terdahulu untuk diteruskan oleh
generasi kini.
2. persoalan menghargai pengorbanan generasi terdahulu contohnya, generasi kini
ialah waris yang menduduki negara yang terbentuk daripada jerih perih dan
pengorbanan generasi terdahulu.
3. persoalan peranan generasi muda mencipta kejayaan contohnya, generasi kini
merupakan waris bangsa yang harus memikul amanah untuk mencipta kejayaan di
pentas dunia.

NILAI MURNI
1. Nilai semangat bermasyarakat contohnya, pemimpin mahupun rakyat haruslah
menjalinkan hubungan persaudaraan demi mengelakkan perselisihan faham sesama
sendiri.
2. Nilai patriotik contohnya, penyajak mengajak kita mencintai negara kerana negara
tercinta kita terbentuk oleh generasi terdahulu sejak lima dekad untuk didiami oleh
generasi yang akan datang.
3. Nilai kerajinan contohnya, generasi kini ialah waris yang menduduki negara yang
terbentuk daripada jerih perih dan pengorbanan generasi terdahulu.
4. Nilai keberanian contohnya, pemimpin negara harus berani menghadapi fitnah orang
luar demi mempertahankan maruah negara.

PENGAJARAN
1. Kita perlulah berani mengamalkan semangat bermasyarakat contohnya pemimpin
mahupun rakyat haruslah menjalinkan hubungan persaudaraan demi mengelakkan
perselisihan faham sesama sendiri
2. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik contohnya, penyajak mengajak kita
mencintai negara kerana negara tercinta kita terbentuk oleh generasi terdahulu sejak
lima dekad untuk didiami oleh generasi yang akan datang.
3. Kita haruslah bersikap rajin contohnya, generasi kini ialah waris yang menduduki
negara yang terbentuk daripada jerih perih dan pengorbanan generasi terdahulu.
4. Kita hendaklah berani ketika menjalankan tugas contohnya, pemimpin negara harus
berani menghadapi fitnah orang luar demi mempertahankan maruah negara.

You might also like