You are on page 1of 4

Latihan C1

i.Berikan maksud dunia ini hanya bersifat sementara. [2 markah


Maksud dunia ini hanya bersifat sementara ialah penyajak sedar
bahawa dunia ini tidak kekal.

i.Berikan maksud sebelum saat aku dinisankan. [2 markah\


Maksud sebelum saat aku dinisankan ialah sebelum penyajak
meninggal dunia

i.Berdasarkan sajak di atas, apakah harapan penyajak semasa berdoa


kepada Yang Maha Esa?
..mengizinkan dirinya menjadi manusia yang sentiasa taat akan
perintah-Nya
... berharap agar dirinya sedar bahawa dunia ini bersifat sementara

i.Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, nyatakan bukti-bukti yang


menunjukkan penyajak benar-benar insaf. [2 markah]
...penyajak menitiskan air mata ...penyajak benar-benar ikhlas untuk
bertaubat ...penyajak melafazkan taubat kepada Tuhan

i.Apakah maksud rangkai kata saat aku dinisankan dalam rangkap kedua
sajak di atas?[2 markah]
... ketika penyajak meninggal dunia

….…………………………………………………………………………

ii.Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan


sementara kita hidup di dunia yang bersifat sementara ini? Nyatakan tiga
perkara itu. [3 markah]
...keinsafan atas segala dosa lalu yang menghantui hidup. Contohnya,
penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dan memohon
keampunan daripada Tuhan ... keikhlasan dalam memohon
keampunan daripada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon
keampunan daripada Tuhan dengan bersaksikan air mata ...
kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara. Contohnya,
penyajak berdoa ke hadrat Ilahi agar mengizinkan dirinya menjadi
manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya

ii. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk
membantu rakan anda yang telah insaf daripada kesalahannya?[3 ]
Sebagai seorang pelajar, usaha yang perlu saya lakukan untuk membantu
rakan saya yang telah insaf daripada kesalahannya ialah
saya memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya agar
tidak mudah mengalah. Selain itu, saya akan membawa rakan saya
berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat
nasihat. Akhirnya, memintanya melupakan segala kesilapan yang lalu.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sukar untuk menerima


seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya? [3 ]
Pada pendapat saya, masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang
telah insaf daripada kesalahannya kerana masyarakat tidak berasa
yakin bahawa mereka benar-benar telah berubah. Selain itu,
masyarakat masih memandang serong terhadap mereka. Akhir
sekali, ………………………………………………

ii.Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu bertaubat


daripada dosa-dosanya yang lalu? [3]
Pada pendapat saya, sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada
dosa-dosanya yang lalu ialahsupaya mendapat keampunan daripada
Tuhan sebelum meninggal dunia. Selain itu, agar seseorang itu tidak
mengulangi kembali dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

ii.Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah


cara lain yang boleh dilakukan untuk membuktikan bahawa kita telah
insaf atas kesalahan yang dilakukan? [3 markah]
Cara lain untuk membuktikan bahawa kita telah insaf ialah berazam
untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Selain itu, sentiasa
mendampingi orang-orang yang baik seperti ustaz dan guru.
Akhirnya, menunjukkan penampilan diri yang lebih baik dan
meyakinkan.

ii.Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan


mengabaikan perintah Tuhan?
...terleka dengan kemewahan dunia
... tidak tetap pendirian dalam mengamalkan ajaran dan perintah Tuhan
... alpa tentang kewujudan Hari Pembalasan, iaitu ketika setiap perbuatan
akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal

ii.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan


dan dosa perlu memohon keampunan daripada Tuhan? Nyatakan tiga
sebab anda. [3 markah]
...agar segala dosa dan kesalahannya diampunkan oleh Tuhan
... agar Tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di alam barzakh
...untuk menunjukkan bahawa seseorang itu benar- benar berasa insaf atas
kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan
ii.Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi
selepas itu kembali semula melakukan kesilapan tersebut.Pada pendapat
anda, mengapakah keadaan sedemikian berlaku? [3 markah]
...terpengaruh dengan dunia luar atau rakan-rakan ...tidak mempunyai
pegangan agama atau iman yang kuat...kurang bimbingan daripada pihak
lain

….……………………………………………………………………….

iii.Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]


Dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas ialah keinsafan atas
segala dosa yang lalu. Selain itu, persoalan pengharapan terhadap
pengampunan dosa daripada Pencipta sebelum meninggal
dunia.keinsafan___________ atas segala dosa lalu yang
menghantui_hidup. Contohnya, penyajak bersujud untuk
_melafazkan taubat dan memohon keampunan daripada
Tuhan. Seterusnya, __keikhlasan______________ dalam memohon
keampunan daripada Tuhan. Contohnya, penyajak memohon keampunan
daripada Tuhan dengan _bersaksikan_______ air mata.
Akhirnya, kehidupan di dunia hanyalah bersifat
__sementara____________. Contohnya, penyajak berdoa 祈祷 ke
__hadrat Ilahi______________ agar mengizinkan 允许 dirinya menjadi
manusia yang sentiasa taat akan 对于 perintah-Nya 命令

iii.Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 ]


Dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah nilai keinsafan.
Contohnya, penyajak Penyajak berasa insaf atas segala dosanya yang
lalu. Seterusnya, terdapat nilai keikhlasan. Contohnya, penyajak
bertaubat dengan hati yang jujur dan ikhlas hingga menitiskan air
mata... kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguh-sungguh untuk
memohon keampunan sebelum meninggal dunia

iii.Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]


Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas ialah Kita haruslah
segera insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu. Selain itu, kita
mestilah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa untuk
memperoleh keampunan. Akhirnya, kita hendaklah memohon
keampunan daripada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

iii. Nyatakan tiga bentuk sajak yang terkandung dalam sajak “Sejadah
Rindu”.
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat . Selain itu, sajak ini terdiri
daripada lima rangkap. Akhirnya, jumlah patah kata dalam setiap baris
tidak sama, iaitu antara satu hingga enam patah kata sebaris.

iii.Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. [4


markah]
...personifikasi. Contohnya, Air mata menjadi saksi ...penggunaan bahasa
Arab. Contohnya, kalimah,
Ilahi, dan taubat ...metafora. Contohnya, sejadah rindu

iii.Huraikan tema sajak tersebut.


Sajak “Sejadah Rindu’ bertemakan keinsafan. Penyajak insaf akan dosa-
dosanya yang lalu lantas penyajak memohon keampunan dengan
bertaubat sungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini
demikian kerana penyajak berasa insat dan sedar bahawa dunia ini
hanyalah sementara.

You might also like