You are on page 1of 3

RAMALAN (1) KARANGAN BERGAMBAR SPM 2014

BAHAGIAN A
[30 markah]
[masa dicadangkan : 45 minit]
Gambar di bawah menunjukkan perpaduan kaum di Malaysia.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memperkukuh perpaduan kaum di
Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SISTEM PENDIDIKAN
PENEMPATAN
RAKYAT

PERPADUAN
KAUM

PROGRAM
KEMASYARAKATAN
AMALAN RUMAH
TERBUKA

KERANGKA KARANGAN
PEN Rakyat Malaysia mesti hidup bersatu padu bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh banyak cara boleh dilakukan untuk mengukuhkan
perpaduan kaum
ISI 1 Sistem pendidikan negara memainkan peranan sebagai agen perpaduan
memasukkan murid-murid ke dalam kelas yang harmoni pelbagai
kaum belajar di dalam satu kelas menyanyikan lagu kebangsaan
bersama-sama untuk memupuk perpaduan nasional
ISI 2 Kerajaan menempatkan rakyat yang berbilang kaum di sesuatu tempat
dapat bergaul mesra hidup bagai aur dengan tebing harmoni dan
bersatu padu
ISI 3 Pelbagai program kemasyarakatan diadakan oleh pihak kerajaan
kegiatan gotong-royong dapat memupuk perpaduan kaum berat sama

dipikul, ringan sama dijinjing membersihkan tempat tinggal


ISI 4 Pada hari perayaan ziarah-menziarahi antara kaum menghadiri rumah
terbuka yang diadakan pada hari perayaan berkenalan dan lebih
memahami kebudayaan masing.
PEN Semua rakyat Malaysia hidup bersatu padu membina negara yang
harmoni dan kukuh

KARANGAN BERGAMBAR 1
Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu. Demikianlah
kata-kata Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj selepas memperkenalkan Rukun Negara kepada
rakyat Malaysia. Kata-kata almarhum memang ada kebenarannya
keranabersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya yakin bahawa
banyak cara boleh dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan kaum
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Cara yang terbaik boleh kita lakukan untuk menyatupadukan
rakyat adalah melalui sistem pendidikan negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana sistem pendidikan memainkan peranan penting
sebagai agen perpaduan. Pihak sekolah bolehlah memasukkan muridmurid ke dalam kelas yang harmoni, yakni diduduki murid berbangsa
Melayu, Cina, India, dan kaum-kaum lain. Oleh sebab rambut sama
hitam, hati lain-lain, pelbagai kaum dapat belajar di dalam kelas di
samping menyanyikan lagu kebangsaan untuk memupuk perpaduan
nasional.
Kerajaan pula mestilah bertindak bijak dengan menempatkan
rakyat yang berbilang kaum di sesuatu tempat. Hal ini dapat
mengelakkan polarisasi kaum dan tidak membina jurang pemisah
antara kaum. Apabila tinggal bersama di sesuatu kawasan petempatan,
kita dapat bergaul mesra dan hidup bagai aur dengan tebing. Sulaman
kasih dan amala hormat-menghormati yang diamalkan pasti dapat
membentuk rakyat supaya hidup harmoni dan bersatu padu.
Pada masa yang sama, pelbagai program kemasyarakatan
bolehlah diadakan oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, kegiatan
gotong-royong harus dijadikan aktiviti tahunan suoaya kita dapat

memupuk perpaduan kaum. Semua kaum mestilah memahmi


konsepberat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dengan amalan ini,
kita bukan sahaja dapat membersihkan tempat tinggal, malah dapat
bergaul mesra dan hidup serumpum bagai serai. Amalan inilah yang
dikatakan semangat 1Malaysia rakyat kita.
Di samping itu, amalan ziarah-menziarahi pada hari perayaan
juga merupakan rencah penting untuk menyuburkan semangat
perpaduan antara kaum. Amalan rumah terbuka misalnya bolehlah
diadakan pada hari perayaan. Dengan berbuat demikian, semua kaum
dapat dikumpulkan bersama-sama meraikan hari perayaan dengan
penuh bermakna. Apabila berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan,
saya yakin bahawa kita dapat berkenalan dan lebih memahami
kebudayaan masing-masing.
Kesimpulannya, kita haruslah menyahut seruan Perdana Menteri
untuk hidup bersatu padu. Hal ini dikatakan demikian kerana semangat
bersatu padu amat penting untuk membina negara yang harmoni dan
kukuh. Oleh sebab itu, tanpa rakyat tiadalah negara. Rakyat haruslah
berpegang teguh pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni demi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu.
Malaysia Boleh!

You might also like