You are on page 1of 14

TEKNIK MENJAWAB FORMAT BAHARU BAHASA MELAYU KERTAS 1

SPM KSSM 2021

BAHAGIAN A
Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan membaca. Huraikan pendapat anda tentang amalan
membaca.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Mekar angsana pandang tak jemu, Semua pihak haruslah berganding bahu untuk
bunganya luruh ke dalam raga; memupuk minat membaca dalam diri masyarakat
buku laksana lantaran ilmu, dan tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada
dasarnya penuh mutiara berharga.
pihak kerajaan semata-mata. Sebagai rakyat
Anak muda pulang ke desa, Malaysia pula, kita seharusnya turut mempunyai
ibu dan ayah lama menanti; inisiatif dalam mengubah diri bagi memupuk minat
warga membaca tak buang masa, membaca dalam diri kita sendiri.
khutub khanah teman sejati.
Sumber : Internet
Pantun Mari Membaca
Sumber : Internet
Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah kutipan sampah yang dihadapi oleh penduduk
di kawasan tempat tinggal anda.

Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan
untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda tentang
masalah sampah sarap yang sering tidak dikutip dan cadangkan tindakan yang perlu diambil.

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

MASALAH KUTIPAN SAMPAH

1-800-88-8888
Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.

Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu
selengkapnya.

Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

e-mel 1

e-mel 2
BAHAGIAN B
[70 markah]

CONTOH ITEM DOMAIN AWAM

Setiap rakyat Malaysia secara purata membuang 0.8 kilogram sampah setiap
hari. Jumlah ini cukup untuk memenuhi Menara Berkembar Kuala Lumpur
(KLCC) dalam jangka masa sembilan hari setengah sahaja. Aktiviti kitar semula
dikenal pasti sebagai salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan
sampah sisa pepejal. Namun demikian, dikatakan tahap kesedaran masyarakat
terhadap amalan kitar semula masih rendah.

Sumber: Utusan Online, 16 Januari 2018

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa aktiviti kitar semula merupakan kaedah
terbaik untuk mengurangkan sampah sisa pepejal. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kerana kesedaran terhadap
amalan tersebut masih rendah. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis
sebuah rencana bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula. Tajuk
rencana tersebut ialah ‘Usaha-usaha Menggalakkan Amalan Kitar Semula’.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

CONTOH ITEM DOMAIN PERIBADI

“Berdasarkan pemerhatian saya, sikap orang ramai masih belum berubah


kerana sifat-sifat yang baik seperti belas ihsan, sopan santun, sabar, merendah
diri, toleransi dan hormat- menghormati belum menjadi cara hidup kita. Lebih
banyak lagi perlu dilakukan untuk menyemai nilai-nilai murni ini dalam
kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda.”

Dipetik daripada ucapan


Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye
Utusan Malaysia 12 Julai 2018

Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, setiap individu perlu memainkan
peranan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.

Jelaskan peranan-peranan tersebut.


CONTOH ITEM DOMAIN PENDIDIKAN

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang asing kepada
murid-murid. Sejak sekolah rendah, murid sudah mula berkenalan dengan mata
pelajaran Sejarah. Menyedari kepentingan mata pelajaran Sejarah kepada generasi
muda, maka mata pelajaran tersebut dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi semua
calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Sumber : Internet

Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan mata


pelajaran Sejarah dan kepentingan mempelajarinya.

Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.

CONTOH ITEM DOMAIN KERJAYA

Perkembangan pesat sektor pertanian di Malaysia boleh dikaitkan


dengan alam semula jadi, iaitu mempunyai tanah yang kaya dengan mineral,
corak taburan hujan yang baik dan bekalan air yang mencukupi untuk
pertumbuhan tanaman. Kini produk pertanian Malaysia tidak te
rhad
kepada hasil ladang seperti sawit, getah dan koko yang menjadi komoditi
besar negara.
Sumber : BH Online, Sabtu, 7 Julai 2017

Petikan akhbar menerangkan bahawa Malaysia merupakan negara yang sesuai


untuk aktiviti pertanian.Walaupun sektor ini boleh menjamin masa depan akan
tetapi kerjaya dalam sektor pertanian dikatakan kurang diminati oleh generasi
muda.

Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi muda
menceburkan diri dalam bidang pertanian.
TEKNIK MENJAWAB FORMAT BAHARU BAHASA MELAYU
KERTAS 2
SPM KSSM 2021

BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]

SOALAN 1 : MORFOLOGI

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata adjektif. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang
baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan. Reputasi yang baik sebagai pelajar tanpa rekod
salah laku akan memberikan imej yang positif kepada bakal majikan. Memiliki penampilan
diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang dilihat dan dinilai oleh majikan
sebelum seseorang itu diambil bekerja. Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri
sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan kerana
alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan.

Dipetik dan diubah suai daripada


Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan.
Oleh Noraziah Mohd Amin
Dewan Siswa, Jun 2015

[6 markah]

SOALAN 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah supaya menjadi
enam ayat tunggal tanpa mengubah susunan dan maksud asalnya.

Patriotisme dikaitkan dengan semangat kecintaan dan pengorbanan untuk negara.


Semangat cinta akan negara ini perlu disemai untuk melahirkan remaja berwawasan. Semangat
itu tidak hadir sendiri tanpa memahami sejarah negara secara jelas malah perlu sentiasa
dipelajari dari semasa ke semasa.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Memupuk Semangat Patriotisme melalui Sejarah’
Oleh Azam Rahman, Dewan Siswa, Ogos 2014

[6 markah]
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Petikan-petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang
dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.

Petikan 1
Cuti semester dianggap peluang bagi penuntut universiti untuk melepas tekanan selepas
berhempas pulas menimba ilmu. Terdapat banyak cara mereka lakukan untuk memanfaatkan
cuti tersebut seperti bekerja sambilan. Cuti semester ini juga merupakan masa terbaik sekali
bagi mereka untuk mencari wang saku selain merasa pengalaman dunia kerjaya biarpun hanya
sementara. Cuti panjang menjadi platform terbaik kepada maha siswa untuk memanfaatkan
masa dengan berkesan dan keluar dari kepompong dunia akademik. Selain itu, mereka juga
dapat mencari pengalaman bagi menghadapi berbagai cabaran dalam kehidupan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Memanfaatkan Kerja Sambilan Secara Bijak
Oleh Yusaida binti Yusof
Dewan Siswa, Jun 2020

[6 markah]
Petikan 2
Cikgu Zainal : Yazid, di tahun 2016, hanya dua peratus remaja membaca akhbar pada setiap
hari. Bolehkah aku tanya awak, apakah cara yang dapat dilakukan untuk
menarik minat membaca murid-murid?
Yazid : Pihak sekolah perlu adakan ceramah untuk memberitahu murid-murid
tentang faedah membaca.
Cikgu Zainal : Pada bicara awak, apakah faedah-faedah membaca?
Yazid : Apabila kita membaca, kita akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan
meningkatkan penguasaan kosa kata. Kita juga akan memperoleh keputusan
yang cemerlang di dalam peperiksaan.

[5 markah]

[Lihat halaman sebelah


SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya
pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari
pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa
kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat
demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.”
Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]

SOALAN 5: PERIBAHASA
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.
Layari sahaja laman sosial, kita dapat melihat pelbagai ragam gaya remaja termasuklah
kehidupan yang mengutamakan jenama. Barangan berjenama ini bukan murah harganya. Oleh
sebab kehendak lebih menguasai akal, diturutkan jua arus fesyen yang tiada berpenghujung.
Kegilaan terhadap perkara-perkara ini hanyalah suatu pembaziran tanpa sempadan. Sebagai
contohnya, mereka yang tidak waspada dalam penggunaan telefon pintar pastinya
mengundang kecelakaan dan membuka ruang kepada penjenayah siber menjalankan
kegiatannya. Perilaku remaja yang negatif ini akan mempengaruhi golongan remaja yang
kurang berkemampuan sehingga menyebabkan mereka tertekan dan terjebak dengan amalan
pembaziran. Walhal telah berkali-kali diingatkan agar kita wajar berbelanja mengikut
kemampuan. Oleh itu, remaja perlu bijak membuat keputusan supaya tidak menyesal kemudian
hari.
[6 markah]
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 Markah]
SOALAN 6: PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Tanaman herba mudah didapati terus dari kawasan hutan atau melakukan proses
perkembangan tanaman dari benih yang diperoleh. Herba bukan sahaja boleh digunakan
sebagai bahan penyedap dalam masakan, malah turut digunakan untuk tujuan perubatan
terutamanya dalam kaedah perubatan tradisional. Kaedah perubatan tradisional menggunakan
herba bukan sahaja terdapat dalam negara ini, tetapi amalan ini turut dipraktikkan di seluruh
pelosok dunia mengikut budaya masing-masing. Berpandukan maklumat daripada Jabatan
Perhutanan Malaysia, terdapat beberapa jenis tumbuhan atau herba sama ada dari hutan atau
di sekeliling penempatan manusia yang mempunyai pelbagai kelebihan.

Tiada cara untuk mengetahui dengan tepat budaya terawal menggunakan herba, tetapi
mereka telah mengambil masa selama beribu-ribu tahun bereksperimen dengan penggunaan
herba. Kebudayaan dan peradaban awal mungkin mengenal pasti bahawa tumbuh-tumbuhan
tertentu mempunyai kuasa penyembuhan, dan kemungkinan kekuatan penyembuhan ini
disebabkan oleh sebab-sebab yang bersifat ghaib.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Herba Dan Manfaat Penggunaannya Terhadap Manusia’
oleh Farah Aziz,
Hello Doktor, 18 Jun 2020

Bahan 2

1103/2@2020 SULIT

Sumber: Perpustakaan Negeri Sabah


(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud pelbagai kelebihan.
[2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan manfaat tumbuhan herba.


[3 markah]

(iii) Industri herba di negara ini perlu dimajukan kerana masyarakat mula cenderung untuk
menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memajukan industri herba di


negara ini?
[3 markah]

(iv) Keluarga anda merupakan pengusaha produk berasaskan tumbuhan herba. Antara
produk yang dihasilkan seperti minyak urut, kosmetik, losen dan minyak wangi. Walau
bagaimanapun, penggunaan herba dalam perubatan dan kecantikan masih belum
digunakan secara meluas. Masyarakat kurang yakin dengan keberkesanan produk yang
berasaskan herba ini kerana terdapat sebahagian besar produk yang tidak mendapat
kelulusan pihak berwajib. Selain itu, produk berasaskan herba turut bersaing dengan
ubat-ubatan moden.

Sekiranya anda diberi tanggungjawab untuk menguruskan perusahaan tersebut pada


masa akan datang, apakah tindakan anda untuk memajukan perusahaan ini.
[4 markah]

Soalan 7 : PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Dirgahayu Bahasaku Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan


Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
Tempatmu di singgahsana Gagah pelautku membelah lautan
Hati nurani bangsaku Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
Warga yang berbudi Dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam
Setia dan amanah.
Dirgahayu bahasaku
Bahasa itu maruah bangsa Di arena antarabangsa suaramu tumbuh
Yang mesti dipelihara martabatnya Menusuk kalbu lagu bahasamu
Agar tetap kukuh dan ampuh Bahasamu bahasa minda
Melayari lautan bijaksana Mudah akrab dan bertatasusila
Salam ikatan mesra dan teguh. Daripada bangsa yang bernama Melayu
Menempa kejayaan di alaf baru
Cekal dan waja semangat pejuangku
Hak bangsaku memilikimu
Hak bangsaku mendaulatkanmu Ahmad Sarju
Di bumi bertuah ini Antologi Dirgahayu Bahasaku
Merentas dunia tak bertepi Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahan 2

Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi kelahiran saya ini.
“Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesanan bonda supaya
menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi bangsa
kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam merupakan panduan
hidup. Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa
bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa alasan sekalipun.”
Pesan itu menyuburi hati dan perasaan saya. Pesanan daripada lidah seorang bonda untuk
anakandanya yang akan merantau jauh. Saya yakin mempunyai kekuatan untuk menghadapi dugaan
dan cabaran di tengah ibu kota.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
Oleh Husna Nazri
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 3

Bertuturlah dalam Bahasaku

Burung tempua terbangnya rendah,


Hinggap sebentar di dahan sena,
Bahasa Melayu bahasa yang indah,
Terungkap kata seribu makna.

Cantiknya paras Puteri Salju,


Bersama nenda mencari lokan,
Jika negara ingin maju,
Bahasa ibunda jangan dipinggirkan.

Si gadis ayu bergelar ratu,


Umurnya muda masih belasan,
Bahasa Melayu bahasa penyatu,
Tercapai hasrat satu wawasan.

Sumber Internet

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata dipelihara martabatnya.


[2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan sebab-sebab bahasa Melayu perlu


dipelihara.
[4 markah]

(iii) Bahasa Melayu merupakan bahasa perantara utama di Malaysia dan juga bahasa
kebangsaan. Usaha-usaha telah dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa
ibunda ini namun menghadapi pelbagai halangan.

Pada pendapat anda, apakah halangan-halangan tersebut? [3 markah]

(iv) Rakan anda dilahirkan dan dibesarkan di luar negara. Ibunya merupakan rakyat
Malaysia manakala bapanya orang Eropah. Dia tidak fasih berbahasa Melayu.
Dia berjanji kepada ibunya untuk menguasai bahasa Melayu.
Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda
untuk fasih berbahasa Melayu?

[4 markah]

SOALAN 8 : NOVEL

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dr. Maxi faham tujuan amanah itu ditulis sedemikian. Karl sudah
menyediakan Farisha sebagai wakilnya. Mikrocip yang tertanam di dalam tubuh
Farisha telah direka khas oleh Karl bagi membolehkan dia menyalurkan
pemikirannya kepada wanita itu. Dengan itu, Farisha boleh melaksanakan setiap
tugasan yang diarah oleh Karl.

Mikrocip itu berupaya menjadi penerima isyarat dan mentafsirkannya


kepada arahan dan seterusnya menggerakkan anggota tubuh Farisha untuk
bertindak balas. Mikrocip ini merupakan hasil kajian yang mengambil masa lebih
20 tahun. Itu ialah ciptaan Karl yang agung dan tidak pernah diumumkan kepada
media.

Dipetik daripada
Novel Di Sebalik Dinara
Karya Dayang Noor
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan fungsi-fungsi mikrocip yang tertanam di dalam tubuh Farisha.


[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Disebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaimi Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Bebenang Emas, karya Khairudin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang


pada pendapat anda dapat menyentuh perasaan pembaca.
[6 markah]

BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]
SOALAN 9: RUMUSAN
Bahan 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

Penularan wabak COVID-19 secara global telah menjangkiti lebih 4.7 juta manusia dan
mengakibatkan kehilangan lebih 300,000 nyawa . Selain itu, penyebaran jangkitan korona virus
telah mengubah corak kehidupan manusia dan merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan
begitu drastik. Pandemik COVID-19 juga mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem
perniagaan domestik seperti industri makanan dan minuman, industri pembinaan dan
pembuatan, industri pelancongan, industri pertanian, industri pembinaan dan industri
perkhidmatan. Hal ini sekali gus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan.

Sebanyak 20.5 juta orang hilang pekerjaan di Amerika Syarikat pada April lalu yang
merupakan situasi paling teruk pernah berlaku sekali gus menyebabkan tahap pengangguran
meningkat kepada 14.7 peratus. Untuk menghalang penularan virus ini, pergerakan manusia
seluruh dunia telah dihadkan dan hal ini memberikan impak yang luar biasa kepada alam
sekitar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa apabila manusia tidak menjalankan aktiviti mereka,
maka perkara ini dapat menyelamatkan dan memulihkan keadaan alam sekitar seperti sedia
kala.

Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan untuk menangani permasalahan yang sedang
melanda ini. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan
(NGO) turut mengambil inisiatif untuk memutuskan rantaian wabak ini. Beberapa buah hotel
telah dijadikan pusat kuarantin. Malah, terdapat hotel di Cyberjaya yang memberikan
perkhidmatan sebagai pusat kuarantin kepada individu yang baru pulang dari luar negara .
Kementerian Kesihatan juga telah membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan
penularan wabak yang lebih serius.

Dipetik dan diubah suai daripada


Internet : BERNAMA
oleh Professor Datuk ChM Dr. Taufiq Yap Yun Hin,
Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Bahan 2

You might also like