You are on page 1of 14

TEMA BUKU TEKS BERDASARKAN SUKATAN PELAJARAN

BUKU TEKS TINGKATAN 4

UNIT TEMA BHGN TAJUK


1 Masyarakat Malaysia Alaf Baru
1 SENARIO MASYARAKAT KITA 2 Tradisi Kejiranan dalam Masyarakat
3 Kegiatan Kejiranan
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Remaja dan Cabaran
2 AMBANG REMAJA 2 Remaja dan Keluarga
3 Disiplin Remaja dan Kokurikulum
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Kad Elektronik
3 DUNIA SEMAKIN CANGGIH 2 Budaya Teknologi Maklumat dan
Telekomunikasi
3 E-mel dan Anda
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Patriotisme
4 KERANAMU MALAYSIA 2 Malaysia Alaf Baru
3 Pengorbananku
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Pendidikan Alam Sekitar
5 MELESTARIKAN ALAM SEKITAR 2 Kualiti Udara
3 Pencemaran Sungai Kita
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Hobi, Sukan dan Rekreasi
6 RIADAH 2 Cabaran di Puncak Kinabalu
3 Hobi dan Cabarannya
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Wawasan Generasi Kita
7 GENERASI KITA 2 Patriotisme Generasi Muda
3 Generasi Pelapis
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Amalan Gaya Hidup Sihat
8 GAYA HIDUP SIHAT 2 Budaya Remaja dan Kesihatan
3 Obesiti dan Pencegahannya
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Minggu Kerjaya
9 KERJAYA 2 Cita-cita dan Kerjaya
3 Surat Permohonan
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan
10 WARISAN BANGSA Bersejarah
2 Budaya Warisan Seni Bina Melayu Tradisional
3 Pemuliharaan Warisan Sejarah

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 1


Munsyi Dewan
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Kebudayaan dan Pelancongan
11 INDUSTRI PELANCONGAN
2 Malaysia dan Destinasi Pelancongan
MALAYSIA
3 Warna-warna Malaysia

TEMA BUKU TEKS BERDASARKAN SUKATAN PELAJARAN

BUKU TEKS TINGKATAN 5

UNIT TEMA BHGN TAJUK


1 Rumah Terbuka Aidilfitri
RUMAH TERBUKA RAKYAT
1 2 Rumah Terbuka Malaysia
MALAYSIA
3 Kemanusiaan Sejagat
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 E-Pendidikan
2 PENDIDIKAN ALAF INI 2 Pendidikan Maya
3 Kepentingan Ilmu dalam Era Globalisasi

UNIT TEMA BHGN TAJUK


1 Tren ERL
3 PENGANGKUTAN ALAF INI 2 Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren
Laju
3 Harapan Masa Depan
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Bandar dalam Taman
4 BANDAR PINTAR MALAYSIA 2 Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara
3 Perpaduan Menjamin Keamanan
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Kerjaya Masa Depan
5 ALAM PEKERJAAN
2 Kejayaan dalam kerjaya
3 Impian, Usaha dan Kejayaan

UNIT TEMA BHGN TAJUK


1 Pendidikan Industri di IPT
6 PENDIDIKAN INDUSTRI 2 Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara
3 Cabaran Pendidikan Industri
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Kejayaan Melalui Pertanian
7 BIOLEMBANGAN 2 Bioteknologi dalam Pertanian
3 Perkembangan Pertanian
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Pelaburan Mengubah Masa Depan
8 PELABURAN
2 Pelaburan Menerusi Saham Amanah
3 Pelaburandalam Sektor Hartanah
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Kesihatan Sepanjang Hayat

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 2


Munsyi Dewan
9 TELEPERUBATAN 2 Amalan Pemakanan Seimbang
3 Cegah Sebelum Parah
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Malaysia Jaguh Sukan SEA
10 2 Sukan Mengharumkan Nama Negara
SUKAN SEANTERO DUNIA 3 Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa

UNIT TEMA BHGN TAJUK


1 Mykad Ciptaan Kita
11 KOMUNIKASI GLOBAL 2 Internet dan Dunia Tanpa Sempadan
3 Seni Sastera Khazanah Bangssa
UNIT TEMA BHGN TAJUK
1 Memelihara Budaya Bangsa
12
PELESTARIAN BUDAYA WARISAN 2 Anugerah Seni Negara
3 Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia

CONTOH SOALAN BERDASARKAN TEMA BUKU TEKS TING. 4

Unit 1: SENARIO MASYARAKAT KITA

A Masyarakat Malaysia Alaf Baru


1. Anda dikehendaki mewawancara wakil rakyat di daerah anda untuk mengetahui sejauh
manakah perancangan beliau untuk mendepani masalah global masyarakat alaf baru.
Sediakan wawancara tersebut selengkapnya.

B Tradisi Kejiranan dalam Masyarakat


1. Ada pendapat yang menyatakan bahawa semangat kejiranan semakin luntur dalam
kalangan masyarakat di bandar pada hari ini.
Huraikan nilai-nilai murni yang masih diamalkan dalam kejiranan di kampung anda.
2. Anda terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk
syarahan ialah “Langkah-langkah Menyemarakkan Semangat Kejiranan dalam Kalangan
Masyarakat Kita”.

C Kegiatan Kejiranan
1.

Unit 2: AMBANG REMAJA

A Remaja dan Cabaran


1 Negara hari ini berkehendakkan remaja yang memiliki jati diri yang tinggi.
Nyatakan ciri remaja cemerlang.

B Remaja dan Keluarga


1 Anda telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar sekolah pada tahun lepas. Anda dijemput
menyampaikan ceramah bertajuk “Faktor-faktor Keluarga yang Membawa Kecemerlangan
dalam Hidup”.

C Disiplin Remaja dan Kokurikulum

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 3


Munsyi Dewan
1 Kegiatan kokurikulum di sesetengah sekolah kurang mendapat sambutan daripada ibu
bapa kerana mereka bimbang akan berlakunya kemerosotan pencapaian akademik
anak-anak mereka.
Bincangkan pernyataan tersebut.
2 Bidang kokurikulum membawa pelbagai faedah untuk membentuk keperibadian setiap
pelajar.
Bincangkan.

Unit 3: DUNIA SEMAKIN CANGGIH

A Kad Elektronik
1. Usaha kerajaan memperkenalkan penggunaan kad elektronik membawa pelbagai
kebaikan dan memudahkan rakyat.
Ulas pernyataan tersebut.

B Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi


1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi hari ini membawa implikasi dalam
kehidupan serantau. Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini.
Berikan komen anda.

C E-mel dan anda


1. Apliaksi E-Mel telah memudahkan pelbagai aspek dalam kehidupan era modenisasi ini.
Huraikan faedah melayari indernet.

Unit 4: KERANAMU MALAYSIA

A Patriotisme
1. Anda terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan sempena ulang tahun Hari
Kemerdekaan Malaysia. Tajuk syarahan tersebut ialah “Usaha-usaha ibu bapa menyemai
semangat patriotik dalam kalangan anak-anak”

2. Ada pendapat yang menyatakan bahawa semangat patriotik bermula di rumah.


Jelaskan peranan masyarakat dalam usaha menyemarakkan semangat cinta akan negara
dalam kalangan remaja hari ini.

B Malaysia Alaf Baru


1. Remaja yang cemerlang mampu mengharumkan negara melalui bidang masing-masing.
Bincangkan sejauh manakah remaja dapat mempopularkan nama Malaysia melalui
bidang akademik.

C Pengorbananku
1. Semangat cinta akan negara semakin luntur dalam kalangan remaja hari ini.
Huraikan peranan yang dapat anda lakukan untuk membuktikan pengorbanan anda
terhadap negara.

Unit 5: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR

A Pendidikan Alam Sekitar


1 Pendidikan alam sekitar amat penting kepada kita.

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 4


Munsyi Dewan
Nyatakan peranan pihak sekolah dalam menjelaskan kepentingan pendidikan alam sekitar
kepada pelajar.

B Kualiti Udara
1. Masalah jerebu yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui
kerjasama dengan negara-negara jiran.
Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran
untuk menangani masalah tersebut.

C Pencemaran Sungai Kita


1. Pencemaran sungai semakin leluasa disebabkan oleh sikap masyarakat yang kurang
prihatin terhadap kepentingan sungai.
Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat kampung anda untuk
menanangani masalah ini.

Unit 6: RIADAH

A Hobi, Sukan dan Rekreasi


1. Kegiatan rekreasi bersama-sama dengan keluarga mampu memupuk semangat
kekeluargaan yang tinggi.
Bincangkan.

B Cabaran di Puncak Kinabalu


1. Anda telah turut serta dalam satu operasi menyelamatkan pelajar yang dipercayai telah
tersesat ketika mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.
Perihalkan perjalanan operasi tersebut.

C Hobi dan Cabarannya


1. Baru-baru ini anda telah menyertai ekspedisi meredah Taman Negara.
Ceritakan pengalaman yang tidak dapat anda lupakan itu kepada rakan anda di luar
negara.

Unit 7: GENERASI KITA

A Wawasan Generasi Kita


1. Anda telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Pihak sekolah telah
mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Ke Arah Mencapai
Kejayaan Cemerlang dalam Peperiksaan”.
Tulis ceramah tersebut selengkapnya.

2. Dalam menghadapi dunia yang penuh dengan persaingan dewasa ini, remaja digalakkan
menguasai lebih daripada satu bahasa.
Huraikan pernyataan ini selengkapnya.

B Patriotisme Generasi Muda


1. Perasaan cinta akan negara perlu dipupuk dalam kalangan anggota keluarga bagi
mewujudkan generasi muda yang menyanjung tinggi negara kita.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat cinta akan negara

C Generasi Pelapis

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 5


Munsyi Dewan
1. Ada pendapat yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia wajar mempunyai anggota
keluarga yang besar. Anda bersetuju dengan pendapat tersebut.
Huraikan pendapat ada.

Unit 8: GAYA HIDUP SIHAT

A Amalan Gaya Hidup Sihat


1. Belakangan ini remaja kurang mengamalkan gaya hidup sihat.
Bincangkan ciri amalan gaya hidup sihat dan kepentingannya kepada kita.

B Remaja dan Kesihatan


1. Baru-baru ini, sempena Minggu Kesihatan anda telah dipilih mewakili sekolah menyertai
pertandingan menulis esei. Tajuk esei ialah “Remaja dan Kesihatan: Usaha memelihara
diri daripada penyakit berjangkit”.
Sediakan esei tersebut selengkapnya.

C Obesiti dan Pencegahannya


1. Belakangan ini, tidak dapat dinafikan bahawa masalah obesiti semkain leluasa dalam
kalangan remaja.
Huraikan peranan ibu bapa dalam usaha mengangani masalah obesiti dalam kalangan
anak-anak mereka.

Unit 9: KERJAYA

A Minggu Kerjaya
1. Sekolah anda telah mengadakan Minggu Kerjaya anjuran Bidang Kaunseling.
Sediakan laporan pelaksanaan program tersebut.

B Cita-cita dan Kerjaya


1. Anda bercita-cita hendak menjadi seorang pendidik.
Jelaskan keistimewaan menjadi seorang guru dalam dunia pendidikan yang mencabar ini.

C Surat Permohonan
1. Anda ingin memohon untuk menjadi seorang sukarelawan Minggu Kerjaya anjuran
Pejabat Pelajaran Daerah.
Sediakan surat permohonan tersebut dan nyatakan kenapa anda berminat untuk menjadi
sukarelawan tersebut.

Unit 10: WARISAN BANGSA

A Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah


1. Bangunan bersejarah dikatakan mampu membantu industri pelancongan tempatan.
Huraikan keperluan mengekalkan bangunan bersejarah ini.

2. Malaysia kaya dengan pelbagai khazanah bangunan bersejarah.


Cadangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan
bangunan bersejarah dalam industri pelancongan negara.

B Warisan Seni Bina Melayu Tradisional

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 6


Munsyi Dewan
1. Rakan anda di luar negara ingin mengetahui tentang warisan seni bina Melayu tradisional
yang masih kekal di Malaysia.
Balas surat rakan anda itu dengan menceritakan keistiewaan beberapa warisan seni bina
yang ada.

C Pemuliharaan Warisan Sejarah


1. Anda dikehendaki menyediakan rencana bertajuk “Usaha Kerajaan Memulihara Warisan
Sejarah dan Kesannya kepada industri pelancongan negara”.

Unit 11: INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA

A Kebudayaan dan Pelancongan


1. Kebudayaan negara kita memberi impak positif terhadap perkembangan sektor
pelancongan.
Ulas pernyataan tersebut.

B Malaysia dan Destinasi Pelancongan


1. Malaysia kaya dengan destinasi pelancongan yang menarik.
Huraikan faktor-faktor keistimewaan beberapa kawasan pelancongan negara dan nyatakan
usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mempopularkan destinasi tersebut.

C Warna-warna Malaysia
1. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai program untuk menyemarakkan budaya
bangsa dalam sektor pelancongan.
Huraikan.

2. Belakangan ini permainan tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda. Usaha untuk
menghidupkan dan mengekalkan permainan tradisional perlu dilakukan agar permainan
tersebut tidak pupus ditelan zaman.
Cadangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk menarik minat generasi muda
terhadap permainan tersebut kembali.

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 7


Munsyi Dewan
CONTOH SOALAN BERDASARKAN TEMA BUKU TEKS TING. 5

UNIT 1: RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA

A Rumah Terbuka Aidilfitri


1. Rakan anda di luar negara ingin mengetahui tentang keistimewaan sambutan rumah
terbuka aidilfitri yang diadakan kampung anda.
Balas surat rakan anda itu.

B Rumah Terbuka Malaysia


1. Rumah terbuka Malaysia merupakan antara usaha kerajaan menyemarakkan semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Huraikan.

C Kemanusiaan Sejagat
1. Badan-badan sukarela memainkan peranan penting dalam masyarakat.
Berikan pendapat anda tentang peranan badan-badan sukarela dan usaha-usaha untuk
menggalakkan rakyat Malaysia melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan.

2. Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan kehidupan rakyat di kebanyakan negara.


Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh negara-negara di dunia untuk menangani
masalah kemelesetan ekonomi dunia.

3. Peningkatan suhu global akan menjejaskan kehidupan penduduk dunia.


Beri saranan anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh masyarakat dunia untuk
menangani masalah peningkatan suhu global.

UNIT 2: PENDIDIKAN ALAF INI

A E-Pendidikan
1. Pendidikan hari ini mampu melahirkan modal insan yang lebih bersedia dalam menghadapi
dunia yang menuju ke arah modenisasi.
Huraikan pernyataan di atas.

B Pendidikan Maya
1. Dalam era globalisasi ini, pendidikan maya semakin mendapat tempat dalam kalangan
cerdik pandai.
Bincangkan.

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 8


Munsyi Dewan
C Kepentingan Ilmu dalam Era Globalisasi
1. Seorang rakan anda di luar negara ingin mengetahui tentang perkembangan teknologi
maklumat dalam pendidikan yang sangat menggalakkan di Malaysia.
Balas surat rakan anda itu dengan memberikan contoh-contoh perkembangan tersebut.

UNIT 3: PENGANGKUTAN ALAF INI

A Tren ERL
1. Huraikan kelebihan tren ERL yang telah dijalankan di bandar raya.

B Kejayaan Negara dalam Perindustrian Tren Laju


1. Zaman modenisasi ini kemajuan negara begitu ketara dalam perindustrian pengangkutan.
Jelaskan.

C Harapan Masa Depan


1. Anda ingin menghantar rencana untuk disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan. Tajuk
rencana anda ialah “Kesedaran Rakyat Lebih Penting daripada Penguatkuasaan
Undang-undang dalam Usaha Menangani Masalah Kemalangan Jalan Raya”.
Sediakan rencana tersebut selengkapnya.

UNIT 4: BANDAR PINTAR MALAYSIA

A Bandar dalam Taman


1. Dalam kemajuan negara pada hari ini, kerajaan tidak pernah melupakan kepentingan
menjaga menjaga persekitaran yang bersih dan ceria.
Bincangkan.

B Putrajaya Mercu Tanda Kemajuan Negara


1. Baru-baru ini anda telah menyertai lawatan sambil belajar ke Putra Jaya.
Ceritakan pengalaman anda itu di samping menghuraikan beberapa keistimewaan bandar
raya Putra Jaya.

C Perpaduan Menjamin Perpaduan


1. Pendidikan pada hari ini tidak melupakan kepentingan perpaduan. Sekolah Wawasan

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 9


Munsyi Dewan
merupakan adalah antara usaha kerajaan untuk menyemai semangat perpaduan dalam
kalangan pelajar.
Huraikan.

UNIT 5: ALAM PEKERJAAN

A Kerjaya Masa Depan


1. Pendidikan aliran teknik dan vokasional mempunyai visi tertentu dalam kerjaya pelajar.
Bincangkan sejauh mana kemahiran dalam aliran teknik dan vokasional berupaya
membantu pelajar pada masa hadapan.

B Kejayaan dalam kerjaya


1. Ibu bapa diakatan sebagai tulang belakang kejayaan anak-anak.
Huraikan.

C Impian, Usaha dan Kejayaaan


1. Sebagai Tokoh Pelajar, anda dijemput menampaikan ceramah bertajuk “Faktor
Kecemerlangan Pelajar Bermula dari Rumah”.
Sediakan ceramah itu selengkapnya.

UNIT 6: PENDIDIKAN INDUSTRI

A Pendidikan Industri di IPT


1. IPTA dan IPTS banyak menawarkan pendidikan berteraskan perindustrian.
Jelaskan kepentingan pendidikan perindustrian dalam kecanggihan dunia pada hari ini.

B Pendidikan Industri Teras Pembangunan Negara


1. Huraikan kenyataan yang dapat membuktikan bahawa pendidikan industri mampu
menjana ekonomi negara.

C Cabaran Pendidikan Industri


1. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas pada peringkat daerah. Tajuk
perbahasan itu ialah “Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara”.
Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu.
NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 10
Munsyi Dewan
UNIT 7: BIOLEMBANGAN

A Kejayaan Melalui Pertanian


1. Pertanian adalah Perniagaan.
Bincangkan pernyataan tersebut dengan memberi faktor-faktor yang dapat
membuktikannya.

B Bioteknologi dalam Pertanian


1. Pertanian hari ini semakin maju dan mampu menjana ekonomi negara.
Bincangkan usaha kerajaan dalam memajukan pertanian di negara kita.

C Perkembangan Pertanian
1. Industri pertanian mampu memajukan negara.
Huraikan impak perkembangan pertanian dalam kemajuan negara.

UNIT 8: PELABURAN

A Pelaburan Mengubah Masa Depan


1. Anda terpilih menjadi pemenang dalam satu peraduan yang dianjurkan oleh akhbar
tempatan. Peraduan itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak satu juta ringgit. Sebagai
seorang pelajar yang bijak, jelaskan cara-cara anda menggunakan wang tersebut.

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 11


Munsyi Dewan
B Pelaburan Menerusi Saham Amanah

C Pelaburan Dalam Sektor Hartanah

UNIT 9: TELEPERUBATAN

A Kesihatan Sepanjang Hayat


1. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antirokok yang telah dilancarkan
oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis rencana dalam akhbar
tempatan.
Tajuk rencana itu ialah “Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan”.

B Amalan Pemakanan Seimbang


1. Keluarga bahagia bermula daripada kesihatan yang terpelihara. Sejauh manakah amalan
pemakanan seimbang mampu melahirkan keluarga bahagia?
Jelaskan.

C Cegah Sebelum Parah


1. Influenza H1N1 semakin berleluasa. Pelbagai usaha dapat dilakukan untuk mencegahnya.
Nyatakan pendapat anda berdasarkan pernyataan di atas.

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 12


Munsyi Dewan
UNIT 10: SUKAN SEANTERO DUNIA

A Malaysia Jaguh Sukan SEA


1. Selaku editor sebuah syarikat majalah tempatan, anda dikehendaki mewawancara seorang
atlet sukan yang menjadi kebanggaan negara dalam sukan SEA.
Sediakan wawancara itu selengkapnya.

B Sukan Mengharumkan Nama Negara


1. Bidang sukan mampu melahirkan atlet yang mengharumkan nama negara di persada dunia.
Huraikan.

C Malaysia Penganjur Sukan Antarabangsa


1. Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat
mengeratkan hubungan masyarakat dunia.
Berikan pendapat anda tentang peryataan di atas.

UNIT 11: KOMUNIKASI GLOBAL

A Mykad Ciptaan Kita


1. Aplikasi Mykad mampu memudahkan pelbagai aspek kehidupan.

B Internet dan Dunia Tanpa Sempadan


1. Pertumbuhan pesat multimedia di negara ini mendatangkan impak positif kepada
masyarakat.

C Seni Sastera Khazanah Bangsa


1. Hasilkan rencana bertajuk “Usaha-usaha untuk Menggalakkan Remaja Meminati Sastera”.
2. Langkah KementerianPelajaran memperkenalkan komponen sastera (KOMSAS) kepada
para pelajar merupakan langkah meningkatkan minat pelajar terhadap seni sastera
terutamanya puisi tradisional.
Berikan pendapat anda tentang kepentingan puisi tradisional kepada pelajar.

UNIT 12: PELESTARIAN BUDAYA WARISAN

A Memelihara Budaya Bangsa

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 13


Munsyi Dewan
1. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka. Tajuk syarahan itu ialah “Cintailah Bahasa Kita”.
Tulis teks syarahan anda selengkapnya

2. Golongan remaja kurang meminati sastera. Sebagai peneliti sastera tanah air, anda ingin
memberikan pendapat tentang punca wujudnya keadaan tersebut selain mencadangkan
beberapa langkah untuk mengatasinya.
Tulis pendapat anda selengkapnya.

B Anugerah Seni Negara


1. Anda ingin menulis rencana tentang tokoh sastera yang anda kagumi untuk dihantar
ke sebuah syarikat akhbar tempatan. Tajuk rencana anda ialah “Sasterawan Negara yang
saya Kagumi”.
Sediakan rencana itu selengkapnya.

C Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia


1. Baru-baru ini anda menghadiri majlis perkahwinan kakak rakan anda di sebuah kampung.
Ceritakan pengalaman anda semasa berada dalam majlis perkahwinan yang dijalankan
dengan penuh istiadat itu.

NOR AZIZI HJ. MOHD. ISA 14


Munsyi Dewan

You might also like