You are on page 1of 1

Nama: Kelas: Tarikh:

Kemahiran Band Deskriptor


Membaca 1 Membaca petikan prosa atau puisi dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Membaca 2 Membaca, memahami dan menyatakan maklumat penting yang terdapat dalam petikan dengan betul.
Membaca 3 Membaca bahan dan menyatakan fakta dengan betul serta menghubungkaitkan fakta tersebut dengan pandangan
sendiri yang relevan.
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
SANTAP ISTIADAT
Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama,
Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua;
Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah,
Bukan santap hendakkan kenyang, Keempatnya basuh tangan;
Santap santun dengan aturan. Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman, Ketujuh berkumur-kumur,
Sampai ke mulut mamah perlahan, Ke delapan makan sirih;
Tanda tidak gelojoh makan. Kelat jatuh ke rengkungan,
Selesai santap nasi — Seri naik ke peroman.
Diiringkan seteguk minuman,
Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.
ZA’BA
(Dipetik daripada seloka “Santap Istiadat”,
antologi Bintang Hati tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)
(i) Dalam rangkap kelima seloka, apakah aturan santap istiadat yang telah ditetapkan? [3 markah]
Dalam rangkap kelima seloka, aturan santap istiadat yang telah ditetapkan ialah suapan pertama nasi akan
diikuti suapan nasi yang kedua dan ketiga. Selepas itu, aturan keempat ialah basuh tangan. Kemudian, halwa
juadah dihidangkan dan diiringi buah-buahan.

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam seloka “Santap Istiadat” berserta contoh yang sesuai.
[3 markah]
Salah satu gaya bahasa yang terdapat dalam seloka ini ialah anafora. Contohnya, Santap beradat, santap
istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat. Selain itu, terdapat gaya bahasa
responsi. Contohnya, Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua.

(iii) Pembaziran sering berlaku semasa sesuatu majlis atau kenduri diadakan.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara itu berlaku?
(KBAT) [4 markah]
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan berlaku pembaziran ialah mengadakan sesuatu majlis
atau kenduri dalam bentuk yang sederhana tetapi pada masa yang sama meriah. Ambil pendekatan sederhana
dalam pemilihan menu dan kuantiti makanan yang hendak dihidangkan. Selain itu, pembaziran makanan
dapat dielakkan dengan memberi didikan kepada masyarakat Malaysia supaya bijak memilih makanan serta
mengawal kuantitinya. Didikan ini perlu dilakukan sejak kecil lagi, bermula dari rumah. Pengetahuan serta
amalan pemakanan sihat dan seimbang juga boleh membantu mengurangkan masalah pembaziran makanan.

Tandatangan Guru: Tarikh: Menguasai Belum Menguasai

You might also like