You are on page 1of 6

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN)

BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN



PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Keperluan
- Mesti ada untuk manusia terus hidup
- Contoh makanan, pakaian dan tempat tinggal
- Sama untuk semua orang
- Keperluan terhad/ tetap
- Keperluan ialah tuntutan semulajadi
- Mengikut tahap tertentu- fisiologi, sosial, rohani

Kehendak
- Barangan yang diingini untuk hidup lebih selesa
- Contoh kereta, jam tangan
- Berbeza mengikut keinginan
- Tidak terbatas dan berubah-ubah
- Perlu dipelajari atau dipengaruhi persekitaran
- Mengikut keutamaan/ keinginan semasa

HIERARKI KEPERLUAN MASLOW - Ada tiga tahap
Tahap 1 - Keperluan Fisiologi

- Keperluan asas - keperluan paling asas manusia untuk hidup
- membolehkan tubuh manusia berfungsi
- contoh, makanan, pakaian dan tempat tinggal

- Keperluan keselamatan - melindungi diri daripada ancaman luar
- contoh ancaman musuh, cuaca dan undang-undang

Tahap 2 - Keperluan Sosial

- Keperluan kasih sayang - manusia memerlukan kasih sayang daripada orang lain
- contoh kasih sayang daripada ibu bapa

- Keperluan penghargaan - manusia perlu dihormati dan diberi penghargaan
- contoh tahniah atas kejayaan

Tahap 3- Keperluan rohani

- Keperluan kesempurnaan kendiri - Tahap teratas
- tuntutan jiwa / kepuasan/ kegembiraan di atas kejayaan
- contoh hidup beragama, kesenian, berjaya mendapat ijazah

MAKSUD PENGELUARAN

Aktiviti memproses bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap dan barang siap bagi
memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Setiap aktiviti mempunyai nilai faedah nilai faedah bentuk, nilai faedah tempat, nilai faedah masa dan
nilai faedah milikan

NILAI FAEDAH

a) Bentuk

menukar bentuk barangan kepada satu yang lebih berguna

contoh kayu balak diproses menjadi papan lapis


b) Tempat

menukar tempat satu barang dari tempat asal / berlebihan ke tempat berkurangan dan boleh
memenuhi kehendak pengguna.

contoh kayu balak di hutan dihantar ke kilang untuk diproses

c) Masa
menyimpan barang sehingga diperlukan

contoh padi berlebihan semasa musim menuai disimpan untuk memenuhi permintaan di luar musim

d) Milikan

pertukaran milik daripada seseorang kepada orang lain yang memerlukan

contoh peniaga kasut menjual kasut kepada pengguna

JENIS PENGELUARAN

a) Pengeluaran langsung


- menghasilkan barangan bagi memenuhi keperluan peribadi

- tiada unsur pengkhususan

- barang tidak dijual kepada orang lain

- contoh bertani untuk kegunaan sendiri

b) Pengeluaran tak langsung


- menghasilkan barangan bagi memenuhi keperluan orang lain

- wujud pengkhususan

- berlaku urusniaga jual beli mencari untung

- contoh membuat kuih untuk dijual


CABANG PENGELUARAN

1. Perusahaan usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bentuknya kepada barang siap

a. Ekstraktif mengeluarkan bahan mentah / mengeksploitasi sumber alam
contoh pertanian, perlombongan

b. Perkilangan memproses bahan mentah kepada barang separuh siap atau barang siap
contoh kilang pakaian

c. Pembinaan aktiviti pemasangan, pembinaan dan pengubahsuaian dengan menggunakan barang
separuh siap atau barang siap

contoh pembinaan bangunan



2. Perdagangan aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir

a. Perniagaan aktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan

b. Bantuan perniagaan aktiviti untuk melancarkan perniagaan

- terdiri daripada perbankan, pengangkutan, insurans, komunikasi, pergudangan
dan promosi

3. Khidmat langsung aktiviti tidak mengeluarkan barang tetapi memberi perkhidmatan

- contoh guru, pelakon, doktor

FAKTOR -FAKTOR PENGELUARAN

Tanah

kekayaan daripada alam semula jadi

ganjaran sewa

Modal

sebarang bentuk aset berupa wang, mesin atau bahan mentah yang digunakan dalam proses
pengeluaran

ganjaran faedah

Buruh

seseorang yang menggunakan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran

ganjaran upah/gaji

Usahawan

seseorang yang mengguna dan menggabungkan faktor pengeluaran bagi menghasilkan barangan

ganjaran untung

PERBEZAAN ANTARA PENIAGA DAN USAHAWAN

Peniaga

- Skop aktiviti terhad

- Menjalankan aktiviti jual beli untuk mencari keuntungan

- Lebih mementingkan keuntungan sahaja

- Skala operasinya kecil dengan kaedah pengurusan yang statik

- Contoh Encik Wan mengendalikan kedai basikal di pekan Muar sejak 15 tahun dan masih beroperasi di
tempat yang sama

Usahawan

- Skop aktiviti luas

- Menjalankan aktiviti jual beli dengan mengambil risiko untuk mencipta, menubuh dan
mengusahakan sesuatu kegiatan ekonomi

- Mengutamakan sumbangan dan bakti kepada masyarakat dan negara

- Skala operasinya kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi berkembang maju masa akan datang

- Contoh Encik Yusof memulakan perniagaan bengkel membaiki kenderaan. Kini beliau mempunyai
rangkaian pusat membaiki kereta dan menjual alat ganti kenderaan

Kreatif

- Bermaksud mereka cipta keluaran baru untuk memenuhi kehendak pengguna

- Membolehkan usahawan menguasai pasaran

- Orang yang terdahulu menembusi pasaran

- Contoh cipta kad pintar, robot

Inovatif

- Bermaksud pembaharuan / pengubahsuaian barangan yang sedia ada di pasaran

- Supaya menjadi lebih berkualiti

- Usahawan akan dapat kelebihan bersaing

- Pengguna akan dapat lebih manfaat daripada sebelumnya

PERANAN USAHAWAN KEPADA MASYARAKAT

- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
- Dapat menikmati prasarana yang lebih baik
- Mengurangkan penggangguran
- Mendapat banyak peluang pekerjaan
- Dapat meningkatkan taraf hidup
- Dapat menikmati barang berkualiti
- Meningkatkan pendapatan masyarakat
- Dapat menikmati pelbagai jenis barang

PERANAN USAHAWAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

- Menyediakan peluang pekerjaan / mengurangkan pengangguran
- Mendapat tukaran asing / peningkatan eksport
- Menggalakkan aliran modal
- Memperbanyakkan intrastruktur
- Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
- Membuat penemuan teknologi baru / menghasilkan penciptaan baru

PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN

Maksud pengkhususan

- Penumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang

- Tidak melakukan dua kerja dalam satu masa

- Berasaskan pembahagian kerja

- Pembahagian kerja ialah suatu proses di mana para ditugaskan untuk menjalankan satu peringkat kerja
tertentu mengikut kebolehan dan kepakaran mereka

Jenis pengkhususan

1. Pengkhususan mengikut profesion

- individu mengkhusus dalam jenis perkerjaan tertentu sahaja mengikut kebolehan, kemahiran

dan kelayakannya.

- Wujud disebabkan oleh perbezaan kemahiran / kebolehan seseorang

- Contoh guru, doktor, tentera

2. Pengkhususan mengikut proses

- melibatkan pelbagai proses kerja dalam satu kilang

- Wujud disebabkan pembahagian kerja

- contoh di kilang pakaian pekerja diagihkan kepada tugas tertentu seperti tugas memotong

pakaian, menjahit pakaian, menggosok

3 Pengkhususan mengikut kawasan

- Aktiviti menghasilkan sesuatu keluaran tertentu di antara satu kawasan dengan kawasan lain

- Wujud disebabkan oleh perbezaan tanah-tanih, sumber asli, tenaga buruh, suhu

- Contoh Johor pengeluar nenas, Kedah pengeluar padi

4. Pengkhususan antarabangsa

- penumpuan setengah negara kepada satu jenis kegiatan ekonomi

- wujud disebabkan perbezaan iklim, bentuk muka bumi, sumber alam semulajadi, teknologi

- contoh Jepun perindustrian, Thailand penanaman padi

KESAN PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN

Kelebihan pengkhususan

- Meningkatkan pengeluaran

- Menggalakkan pengeluaran besar-besaran

- Menikmati ekonomi bidangan

- Meningkatkan kualiti

- Mengurangkan kos buruh

- Menjimatkan masa latihan

- Meningkatkan kemahiran

- Menjimatkan tenaga kerana menggunakan mesin

- Boleh menumpukan bidang yang ada kebolehan/kelebihan

- Meningkat peluang pekerjaan

Kekurangan pengkhususan


- Hanya mahir satu proses pengeluaran/tidak kreatif

- Sukar berpindah ke pekerjaan lain

- Pekerja bosan

- Tidak dapat mencipta barang secara bersendirian

- Kos beli mesin mahal

- Hasil keluaran tiada variasi

- Saling bergantungan

- Proses mudah tergendala

- Perlu pakar pada tiap-tiap bahagian

- Pengangguran mudah berlaku kerana penggunaan mesin/kemahiran terhad

1.5 SISTEM BARTER

Maksud sistem barter

- Cara pertukaran barang dengan barang

- Tidak menggunakan wang

Kelemahan sistem barter

1. Masalah kemahuan tidak serentak

tidak semua orang bersetuju menukarkan barang yang dia ada dengan barang yang kita miliki

2. Sukar menetapkan kadar pertukaran

barang yang hendak ditukarkan tidak sama nilai / saiz / ukuran

3. Sukar membahagikan barang

sebahagian barang dan benda hidup tidak boleh dibahagikan kepada bahagian kecil

4. Sukar menyimpan barang yang rosak

contoh sayuran, buah-buahan, ikan perlu ditukar segera


5. Sukar membawa barang-barang besar dan berat

contoh menukarkan 20 tan beras dengan dengan 20 batang kayu balak

You might also like