You are on page 1of 5

Subjek dan Predikat

·         Subjek ialah bahagian yang diterangkan.


·         Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.

Bil Subjek Predikat Pola Ayat


1 Dia pengetua baru di sekolah itu. FN + FN
2 Bangunan itu bangunan Kementerian Pendidikan. FN + FN
3 Arif belum makan dari semalam. FN + FK
4 Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan FN + FK
Jelapang Jaya.
5 Mereka menari dengan gembiranya. FN + FK
6 Pelajar itu sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya. FN + FK
7 Rumah itu agak besar. FN + FA
8 Buah jambu ini sangat manis. FN + FA
9 Surat ini daripada peguam ayah. FN + FSN
10 Pokok rambutan di belakang rumah. FN + FSN
itu
NOTA

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.

Contoh ayat;

1. Petani itu membajak sawahnya setiap hari.


Subjek             : Petani itu
Predikat           : membajak sawahnya setiap hari

2. Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.


Subjek             : Samsul
Predikat           : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

3. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
Subjek             : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat           : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.

4. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah
Bachok.
Subjek             : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
Predikat           : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok
Latihan Pengukuhan
Tandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah. 
Kemudian tuliskan pola ayatnya.

Bi Subek            /          Predikat Pola ayat


l
1 Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata.
2 Andak tunduk ke lantai sambil kakinya menguis-nguis hujung tikar.
3 Latihan tatabahasa kali ini agak mudah.
4 Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.
5 Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.
6 Si Bongkok menyarungkan cincin ke jari manis tuan puteri.
7 Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar.
8 Makanan ini masih elok untuk dimakan.
9 Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Kesihatan di sekolah.
1 Bekalan makanan ini untuk adik.
0
1 Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru
1 dan sakit jantung.
1 Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.
2
1 Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.
3
1 “Kempen Berhenti Merokok” kurang mendapat sambutan daripada para remaja.
4
1 Buku tebal itu buku kesayangan saya.
5
1 Penceramah itu mengatakan bahawa tanganlah yang menentukan kesihatan kita.
6
1 Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke
7 seluruh tubuh badan.
1 Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.
8
1 Perabot rumahnya dari Itali.
9
2 Murid sekolah itu, belajar dari pagi hingga ke petang.
0
2 Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan
1 itu.
2 Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.
2
2 Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
3
2 Kata-kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid
4 untuk belajar.
2 Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula boleh menjejaskan sistem imun
5 badan.
2 Sesetengah bangunan bersejarah dijadikan muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai.
6
2 Pokok periuk kera hidup di kawasan yang kurang subur di tanah tinggi.
7
2 Sesetengah tumbuhan tanah gambut memperoleh makanannya dengan cara
8 memerangkap serangga.
2 Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar yang dikenali sebagai alga.
9
3 Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang.
0

You might also like