You are on page 1of 3

Subjek dan Predikat

·         Subjek ialah bahagian yang diterangkan.

·         Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.

Bil Subjek Predikat Pola Ayat

1 Dia pengetua baru di sekolah itu. FN + FN


2 Bangunan itu bangunan Kementerian Pendidikan. FN + FN

3 Arif belum makan dari semalam. FN + FK


4 Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan FN + FK
Jelapang Jaya.

5 Mereka menari dengan gembiranya. FN + FK


6 Pelajar itu sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya. FN + FK

7 Rumah itu agak besar. FN + FA


8 Buah jambu ini sangat manis. FN + FA

9 Surat ini daripada peguam ayah. FN + FSN


10 Pokok rambutan di belakang rumah. FN + FSN
itu

Latihan Pengukuhan

Tandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah. 

Kemudian tuliskan pola ayatnya.

Bi Subek            /          Predikat Pola ayat


l
1 Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata.

2 Andak tunduk ke lantai sambil kakinya menguis-nguis hujung tikar.


3 Latihan tatabahasa kali ini agak mudah.

4 Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.
5 Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.

6 Si Bongkok menyarungkan cincin ke jari manis tuan puteri.


7 Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar.

8 Makanan ini masih elok untuk dimakan.


9 Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Kesihatan di sekolah.
1 Bekalan makanan ini untuk adik.
0

1 Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit
1 jantung.
1 Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.
2

1 Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.


3
1 “Kempen Berhenti Merokok” kurang mendapat sambutan daripada para remaja.
4

1 Buku tebal itu buku kesayangan saya.


5
1 Penceramah itu mengatakan bahawa tanganlah yang menentukan kesihatan kita.
6

1 Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh tubuh
7 badan.
1 Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.
8

1 Perabot rumahnya dari Itali.


9
2 Murid sekolah itu, belajar dari pagi hingga ke petang.
0

2 Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan itu.
1
2 Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.
2

2 Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.


3
2 Kata-kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid untuk
4 belajar.

2 Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula boleh menjejaskan sistem imun badan.
5
2 Sesetengah bangunan bersejarah dijadikan muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai.
6

2 Pokok periuk kera hidup di kawasan yang kurang subur di tanah tinggi.
7
2 Sesetengah tumbuhan tanah gambut memperoleh makanannya dengan cara memerangkap
8 serangga.
2 Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar yang dikenali sebagai alga.
9

3 Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang.


0

You might also like