You are on page 1of 19

POLA-POLA AYAT

DASAR

FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS
 Frasa nama + Frasa Nama
ialah ayat yang subjek dan
predikatnya terdiri daripada
frasa nama.
Bah lai, jangan
angan-angan!
Perhatikan
contoh ayat di
bawah ani…

SUBJEK (FN) PREDIKAT (FN)


1. Dia pengetua baru di sekolah itu.

2. Bangunan itu bangunan Kementerian


Pendidikan.
3. Buku tebal itu buku kesayangan saya.
4. Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.
 FN + FK ialah subjek terdiri daripada
kata nama dan predikat terdiri
daripada kata kerja.

 Frasa kerja boleh disertai dengan


kata bantu. Contoh: masih, belum,
sedang, telah, pernah, mesti dan
lain-lain
SUBJEK (FN) PREDIKAT (FK)

1. Arif belum makan dari semalam.

2. Pelajar itu sedang bermain kikik.

3. Mereka menari dengan gembiranya.

4. Saya belajar di Sekolah Menengah


Raja Isteri Pengiran Anak
Saleha, Tutong.
 FN + FA ialah ayat yang subjeknya terdiri
daripada frasa nama manakala
predikatnya terdiri daripada frasa
adjektif.

 Frasa adjektif boleh disertai dengan kata


penguat amat, sangat, nian, sungguh
dan sebagainya.
SUBJEK (FN) PREDIKAT (FA)

1. Rumah itu besar.

2. Buah tarap ini sangat manis.

3. Sayur-sayuran ini amat elok untuk


kesihatan.
4. Latihan tatabahasa pada kali agak senang.
ini
 FN+FS ialah ayat yang subjeknya frasa
nama dan predikatnya terdiri daripada
frasa sendi nama.

 Frasasendi nama terbentuk daripada


kata sendi nama seperti di, ke, dalam,
dari dan kepada.
SUBJEK (FN) PREDIKAT (FS)
1. Surat ini daripada peguam ayah.

2. Bekalan ini untuk adik.


3. Pokok rambutan itu di belakang rumah.
4. Tolong berikan buku ini kepada Awang Budiman


❖ Samsul guru Bahasa Melayu.

❖ Mereka membaca buku.

❖ Anak bongsu Siti Noor itu sangat comel.

❖ Hadiah ini daripada abang.


1. Samsul guru Bahasa Melayu.
Subjek: Samsul
Predikat: guru Bahasa Melayu.
Pola ayat: FN + FN

2. Mereka membaca buku.


Subjek: Mereka
Predikat: membaca buku
Pola ayat: FN + FK
3. Anak bongsu Siti Noor itu sangat comel.
Subjek: Anak bongsu Siti Noor itu
Predikat: sangat comel.
Pola Ayat: FN + FA
4. Hadiah ini daripada abang.
Subjek: Hadiah ini
Predikat: daripada abang.
Pola ayat: FN + FS
1. FN + FN
2. FN + FK
3. FN + FA
4. FN + FS

1. Abang Mahali seorang tentera.


( ______________ )
2. Bunga cempaka itu sangat harum.
( ______________ )
3. Perabot rumahnya dari Itali.
( ______________ )
4. Anak kucing itu sedang asyik mengejar tiga
ekor tikus.
( ______________ )
5. Sungai Belait sungai yang terpanjang di
Negara Brunei Darusalam.
( ______________ )
6. Sekumpulan remaja sedang berkelah di tepi
Pantai Muara.
( ______________ )
 TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PERHATIAN.

 SILA JAWAB LATIHAN YANG DIBERIKAN ☺

Disediakan oleh:
Nurhasimah Bte Awang Haji Tengah
S.M R.I.P.A.S, Tutong
Negara Brunei Darussalam

You might also like