You are on page 1of 4

A.

AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala benda
yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan men.i.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala
pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i. Kata kerja juga boleh menggunakan
perkataan kena. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului
kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:


Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara
saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin
yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata
tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.


Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.


Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat Aktif Ayat Pasif


1.Saya sudah menyiapkan 1. Semua kerja sekolah telah
semua kerja sekolah. saya siapkan.
2. Ayah membelah kayu api 2. Kayu api itu dibelah oleh
itu. ayah.
3.Mereka sedang menganyam 3. Tikar mengkuang itu
tikar mengkuang itu. sedang dianyam oleh mereka.
Subjek dan Predikat
Subjek ialah bahagian yang diterangkan.
Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.

Bil Subjek Predikat Pola Ayat


1 Dia pengetua baru di sekolah itu. FN + FN
2 Bangunan itu bangunan Kementerian Pendidikan. FN + FN
3 Arif belum makan dari semalam. FN + FK
4 Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya. FN + FK
5 Mereka menari dengan gembiranya. FN + FK
6 Pelajar itu sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya. FN + FK
7 Rumah itu agak besar. FN + FA
8 Buah jambu ini sangat manis. FN + FA
9 Surat ini daripada peguam ayah. FN + FSN
10 Pokok rambutan itu di belakang rumah. FN + FSN

A. Kenal pasti dan tulis Subjek dan Predikat bagi setiap ayat di bawah ini.

1. Sungai Plentong semakin hari semakin tohor sehingga airnya sampai ke paras lutut.

2. Orang tua yang tinggal di hujung kampung dan dikenali sebagai Pak Hitam itu, sebenarnya ialah
seorang pejuang kemerdekaan tanah air kita.

3. Pada setiap hujung minggu, Isyraf dan adiknya akan menziarahi nenek mereka Wah, yang tinggal di
kampung itu.

4. Catur merupakan permainan minda yang diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah selepas
Semenanjung Liberia ditakluki pada kurun kelapan.

5. Hisham yang berjalan sambil membimbit sebuah raga yang sederhana besarnya, melaung-laungkan
suara yang tinggi menjaja nasi lemak dan kuih koci buatan ibunya.

6. Setelah puas merenung ke arah samudera yang luas terbentang di hadapan mereka, Hakimah
mengajak Ayu pulang ke rumahnya.

7. Taraf hidup yang tinggi di bandar membebankan golongan miskin.

8. Ribut yang kencang malam tadi telah meranapkan beberapa buah rumah penduduk kampung itu.

9. Kejadian banjir yang teruk melanda beberapa negeri di pantai timur.

10. Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan telah menewaskan Kelab Bola Sepak Singapura
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit

Rumah Ali cantik

Ahmad tidak pergi ke sekolah hari


ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang
digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung

Suhaili suka makan nasi dan (a) Suhaili suka makan


lemak dan mi sup. nasi lemak.
(b) Suhaili suka makan mi
sup.

Rumah yang besar itu Yang (a) Rumah itu besar.


rumah Fazli.
(b) Rumah itu rumah
Fazli.

Dia memberitahu bahawa bahawa (a) Dia memberitahu.


kakaknya akan melanjutkan
(b) Kakaknya akan
pelajaran ke luar Negara.
melanjutkan pelajaran ke
luar Negara.

Dia akan balik ke kampong Apabila (a) Dia akan balik ke


apabila ada masa lapang. kampung.
(b) Dia ada masa lapang.
Bahasa Istana PT3 Bahasa Melayu BM
BIL Bahasa ISTANA Bahasa BIASA

1 Almarhum Allahyarham
2 anugerah beri; hadiah
3 baginda dia (raja menyapa rakyat)
4 beradu tidur
5 berangkat berlepas; bertolak
6 berkenan sudi; suka akan
7 bersiram mandi
8 bertitah berkata
9 beta saya (raja)
10 gering sakit
11 hari keputeraan hari jadi
12 kurnia beri; hadiah
13 mangkat mati; meninggal dunia
14 mendapat perkenan mendapatkan persetujuan
15 menghadap berjumpa
16 murka marah
17 saya (rakyat menghadap
patik
raja)
18 santap makan
19 semayam duduk; tinggal
20 titah kata; perintah

Betulkan kesalahan bahasa istana berikut :

1. Baginda telah bersetuju untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang


akan diadakan di Kompleks Budiman esok.
2. Tujuan Hang Tuah datang menghadap Sultan adalah untuk mendapat
persetujuan baginda.
3. Sultan negeri itu akan pergi ke Makkah esok.
4. Dalam majlis itu, baginda berkata bahawa semua pihak harus saling-
menghormati supaya perpaduan terus terpelihara.
5. Beta ingin tidur sekarang kerana hari sudah larut malam, titah Sultan kepada
pegawai istana baginda.

You might also like