You are on page 1of 15

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat
Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah hari
ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata
hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung
Suhaili suka makan nasi dan(a) Suhaili suka makan nasi
lemak dan mi sup. lemak.

(b) Suhaili suka makan mi


sup.
Rumah yang besar itu Yang(a) Rumah itu besar.
rumah Fazli.
(b) Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa bahawa
(a) Dia memberitahu.
kakaknya akan melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. (b)Kakaknya akan
melanjutkan pelajaran ke
luar Negara.
Dia akan balik ke kampong Apabila
(a) Dia akan balik ke
apabila ada masa lapang. (b) kampung.

(b) Dia ada masa lapang.

Latihan :

(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________
(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.
1. Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen. sambil
________________________________________
2. Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman dan
_________________________________________
3. Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru. untuk
_________________________________________
4. Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal. yang
_________________________________________
5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan. apabila
_________________________________________
6. Halim kaya.
Halim kedekut. tetapi
_________________________________________
7. Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum
__________________________________________
8. Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang. kerana
__________________________________________
9. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat. walaupun
__________________________________________

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat


majmuk.

Latihan 1

1. Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang


sukar oleh sesetengah pelajar.
Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang
senang oleh sesetengah pelajar.

2. Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu.


Masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

3. Zubaidah pergi ke sekolah.


Zubaidah menjalani latihan bola jaring.
4. Buku cerita itu sangat tebal.
Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang
diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.

5. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.


Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.

6. Sharifah selalu ponteng sekolah.


Sharifah didenda oleh guru disiplin sekolahnya.

7. Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu.


Ibu sedang memasak rendang ayam di dapur.

8. Rohana tidak hadir ke sekolah hari ini.


Dia memberitahu rakannya.
Dia sakit perut.

9. Hujan sangat lebat pada hari ini.


Razali tetap pergi ke sekolah.

10. Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas.


Murid-murid itu berbual-bual dengan rakannya.

Latihan 2

1. Di negeri Johor telah diumumkan hari Jumaat bukan hari


persekolahan.
Di negeri Johor telah diumumkan hari Sabtu bukan hari
persekolahan.

2. Ramesh membaca buku.


Diana membaca buku.
Buku itu kepunyaan Syahirah.

3. Bapa akan pergi ke Indonesia hujung bulan ini.


Bapa akan pergi ke Indonesia awal bulan hadapan.

4. Kami ada masa pada hujung minggu ini.


Kami akan menziarahi rakan kami di hospital.

5. Rafi rajin mengulang kaji pelajaran.


Rafi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PT3.
6. Kereta itu baru dibelinya.
Kereta itu baharu.

7. Pekerja-pekerja kilang itu penat bekerja.


Pekerja-pekerja kilang itu berehat.

8. Jalan di situ licin.


Penunggang-penunggang motosikal itu masih
menunggang motosikal dengan lajunya.

9. Beberapa orang pemuda duduk berbual-bual di perhentian bas.


Mereka menunggu bas tiba.

10. Nelayan-nelayan itu harus pulang dengan segera.


Ribut akan melanda kawasan perairan itu.

Latihan 3

1. Murid-murid diberi kebebasan untuk meminjam buku ini.


Murid-murid diberi kebebasan untuk meminjam buku itu.

2. Perabot-perabot itu bermutu rendah.


Harga perabot-perabot itu mahal.

3. Ramlah berhijrah ke rumah baharunya.


Ramlah memohon maaf atas segala kesilapannya
kepada jiran-jiran lamanya.

4. Sapuan menghidap demam panas.


Sapuan memohon cuti daripada majikannya.

5. Adik masuk ke bilik tidurnya.


Adik mengemas bilik tidurnya.

6. Razali didenda oleh guru Bahasa Melayunya.


Razali tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan
semalam.

7. Para remaja sekarang gemar bermain permainan video


pada masa lapang.
Para remaja suka membaca buku.
Para remaja suka melayari Internet.

8. Budak itu sedang menonton televisyen.


Budak itu tekun.
Budak itu anak saudara saya.
9. Kedai Runcit Sabena dibuka dari hari Sabtu hingga hari
Khamis.
Kedai Runcit Sabena tidak dibuka pada hari Jumaat.

10. Abang seorang yang sangat pendiam.


Adik pula seorang yang sangat peramah.

Latihan 4

1. Mak Cik Siti jiran saya itu, gemar membuat kuih pada
masa lapangnya.
Mak Cik Siti gemar menonton filem arahan P. Ramlee.

2. Peserta itu memenangi hadiah pertama dalam


pertandingan mendeklamasi sajak.
Peserta itu ialah adik saya.

3. Murid-murid Tahun 6 Perdana berbual-bual.


Murid-murid Tahun 6 Perdana menyalin nota yang
diberikan oleh guru mereka.

4. Persatuan pengakap sekolah itu akan mengadakan


perkhemahan.
Perkhemahan itu diadakan di Hutan Lipur Gunung Pulai
pada hujung minggu ini.

5. Pertandingan badminton peringkat kebangsaan akan


diadakan pada bulan Ogos nanti.
Pertandingan itu disertai oleh wakil daripada setiap
negeri.

6. Budak lelaki yang berbaju merah itu suka makan nasi goreng kampung.
Budak perempuan yang berambut panjang itu suka makan mi rebus.

7. Peragut itu berjaya ditangkap oleh orang ramai.


Peragut itu dihantar ke balai polis yang berhampiran.

8. Cuaca pada hari ini sangat panas.


Petani-petani itu terus membanting tulang empat kerat mereka di ladang.

9. Makanan yang berminyak harus dikurangkan.


Makanan yang berminyak boleh mendatangkan pelbagai
penyakit.
10. Adik berbadan kurus.
Adik terangkat beg yang berat itu.
Banyak orang memuji kehebatannya.

Latihan 5

1. Pertandingan syarahan itu diwakili oleh Rohana?


Pertandingan syarahan itu diwakili oleh Lee Kiat?

2. Pelajar itu memang aktif dalam kokurikulum.


Pelajar itu cemerlang dalam pelajaran.

3. Penggubah lagu itu yang sangat kreatif.


Penggubah lagu itu memenangi anugerah Seniman Negara.

4. Suresh datang lewat ke sekolah.


Bas yang dinaiki Suresh rosak di tengah jalan.

5. Encik Maniam tidak akan pulang.


Kerja-kerja Encik Maniam belum selesai.

6. Para nelayan telah turun ke laut.


Para nelayan mencari rezeki.

7. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis.


Ubat ini sesuai untuk pesakit darah tinggi.

8. Setiausaha Encik Zamani masuk ke bilik mesyuarat.


Setiausaha Encik Zamani mengedarkan minit mesyuarat.

9. Pasukan pembahas itu telah dua tahun menjadi juara.


Pasukan pembahas itu begitu petah menyampaikan hujah-hujahnya.

10. Mereka hadir dalam perjumpaan itu.


Mereka membincangkan masalah keselamatan kampung.

Latihan 6

1. Filem itu sedang ditayangkan.


Filem itu diarahkan oleh seorang pengarah muda.

2. Pengadil itu meniup wisel.


Pemain itu melakukan kesalahan.

3. Motosikal itu rosak.


Motosikal itu kepunyaan Pak Halim.
4. Puan Aishah terjelepok.
Puan Aishah mendapat berita.
Anak Puan Aishah ditangkap polis.

5. Doktor-doktor kerajaan berhijrah ke sektor swasta.


Doktor-doktor kerajaan berkhidmat di pusat-pusat perubatan.

6. Rumah Pak Amin terletak di atas bukit.


Rumah Puan Halimah terletak di tepi sungai.

7. Abang saya baru sahaja menerima berita itu.


Abang saya telah dinaikkan pangkat oleh majikannya.

8. Bayi itu comel.


Bayi itu cucu Mak Jah.
Bayi itu sedang menyusu.

9. Novel itu baru sahaja saya siapkan.


Novel itu bakal mendapat sambutan pembaca
terutamanya golongan remaja.

10. Wartawan itu melaporkan berita penangkapan pengemis


di Bandaraya Johor Bahru.
Penangkapan pengemis yang dilakukan oleh pihak
berkuasa di sekitar Bandaraya Johor Bahru adalah untuk
membanteras kegiatan mereka yang boleh menjejaskan
imej negara.

Latihan 7

1. Pemuda itu memberi keterangan kepada pihak polis.


Pemuda itu tidak terlibat langsung dalam kes perlumbaan
haram yang diadakan pada malam itu.

2. Kawasan hutan berbukit di belakang rumah saya itu


kelihatan menggondol.
Kawasan itu telah dibersihkan oleh sebuah syarikat
pemaju perumahan.

3. Pak Leman berjaya menyeberangi sungai itu.


Pak Leman menggunakan sebuah perahu kecil.

4. Encik Chua banyak menghabiskan waktu lapangnya di rumah.


Encik Chua membaca buku-buku tentang rawatan tradisional.

5. Pemandu kereta itu tidak sedar.


Pemandu kereta itu telah melanggar peraturan jalan raya.

6. Ramli layak menjadi ketua darjah.


Rahimi layak menjadi ketua darjah.

7. Jani sudah dewasa.


Perangainya masih kebudak-budakan.

8. Mak Siti hendak membeli gula di Pasaraya Giant.


Mak Siti hendak membeli beras di Pasaraya Giant.

9. Farah Hilda mengambil kunci.


Farah Hilda menghidupkan enjin keretanya.

10. Encik Zakaria membeli sebuah rumah baru.


Rumah itu terletak di atas bukit.

Latihan 8

1. Salmah baring di atas sofa.


Salmah tertidur di atas sofa.

2. Encik Jamaluddin dan keluarganya tinggal di Johor Bahru?


Encik Jamaluddin dan keluarganya tinggal di Melaka?

3. Motosikal itu telah hilang.


Motosikal itu baru dibeli oleh Encik Ramu.

4. Ibu saya tidak akan menghadiri majlis itu.


Ibu saya diundang.

5. Buku cerita itu tebal.


Buku cerita itu dihadiahkan oleh nenek.
Buku cerita itu telah hilang.

6. Puan Halimah pergi ke Kedai Runcit Ah Chong.


Puan Halimah pergi ke Kedai Roti Armugam.

7. Cikgu Saodah akan membatalkan hasratnya untuk


menunaikan haji.
Cikgu Saodah tidak mendapat kebenaran daripada
suaminya.

8. Gadis ayu yang berambut panjang itu menangis teresak-esak.


Gadis ayu yang berambut panjang itu ditinggalkan tunangnya.
9. Kucing yang bernama Kembang itu kepunyaan Hilda?
Kucing yang bernama Kembang itu kepunyaan Fatimah?

10. Ridzwan yakin.


Senapang mainan yang diciptanya itu mendapat
permintaan yang menggalakkan daripada kanak-kanak.

Latihan 9

1. Baju-baju Amin ini kelihatan lusuh.


Baju-baju Amin ini masih boleh dipakai lagi.

2. Wajah Aiman menjadi pucat.


Aiman terlihat suatu lembaga hitam menghampirinya.

3. Pemuda yang berbaju biru itu kekasih Keerthiga Shini?


Pemuda yang berbaju biru itu kekasih Santhiya?

4. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains


menunjukkan penurunan.
Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
menunjukkan peningkatan.

5. Komputer riba adik saya telah rosak.


Komputer riba adik saya tidak dapat dibaiki.

6. Para pekerja Majlis Bandaraya Johor Bahru sedang


mengumpulkan sampah sarap.
Para pekerja Majlis Bandaraya Johor Bahru memasukkan
sampah sarap itu ke dalam lori sampah.

7. Nenek saya kurang menggemari masakan yang manis-manis.


Nenek saya kurang menggemari masakan yang berlemak.

8. Kakak saya akan membeli kereta itu.


Kakak saya mendapat pinjaman daripada bank.

9. Kakak mengambil rotan.


kakak memukul adik yang tidak mendengar nasihatnya itu.

10. Suzana lambat tiba di sekolah.


Suzana ketinggalan bas.
Latihan 10

1. Adik tertawa riang.


Adik mendapat tempat pertama dalam ujian bulanan.

2. Bapa Zali minum secawan kopi.


Bapa zali menonton televisyen.

3. Mak Cik Timah kepenatan.


Dia tetap meneruskan kerjanya di dapur.

4. Zulkarnaen berharap.
Zulkarnaen mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM.

5. Keluarga Rahimah berkelah di pantai Desaru.


Keluarga Jamilah berkelah di pantai Desaru.

6. Kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.


Kita akan berjaya dalam pelajaran.

7. Burung itu terbang.


Burung itu hinggap pada bumbung rumah Mak Gayah.

8. Param gemar akan makanan Barat.


Sanjana gemar akan makanan Timur.

9. Pokok durian itu tumbang.


Pokok durian itu menimpa bumbung sekolah.

10. Sakirah sakit perut.


Junainah sakit perut.
Mereka makan mi goreng di gerai itu.

Latihan 11

1. Rahimah berjanji.
Dia akan menunaikan permintaan adiknya.

2. Puan Siti membeli sepasang baju kurung di Butik Ani.


Puan Siti membeli sepasang baju kebaya di Butik Ani.

3. Encik Arif mengambil kunci.


Encik Arif mengunci pintu pagar rumahnya.
4. Puan Chan membeli sepasang baju kurung.
Baju kurung itu berwarna merah muda.

5. Razali akan dilantik sebagai ketua murid?


Magat Junid akan dilantik sebagai ketua murid?

Memisahkan ayat majmuk kepada dua ayat tunggal.

Pisahkan ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal.

1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang


disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah
sedikit makanan yang ada untuk mengalas perut.

2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling


menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini
bertambah harmoni.

3. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau


masih dapat meluangkan masanya untuk bertemu
dengan penduduk setempat.

4. Golongan belia di kawasan Felda ini amat rajin berusaha


untuk meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.

5. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan


Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung
minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat
kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah.

6. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis dan pesakit


darah tinggi.

7. Setiausaha Encik Khalid masuk ke bilik mesyuarat lalu


mengedarkan minit mesyuarat kepada semua pengarah.

8. Pasukan pembahas yang telah dua tahun menjadi juara


itu, begitu petah menyampaikan hujah-hujah.

9. Ramli datang lewat ke sekolah kerana bas yang


dinaikinya kehabisan minyak di tengah jalan.

10. Puan Faridah tidak akan pulang ke rumahnya selagi


kerja-kerjanya belum selesai.

Menggabungkan ayat
Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud
dan susunan ayat-ayat itu.

Iklan memainkan peranan. Peranan iklan sangat penting. Iklan mempengaruhi pengguna.
Pengguna membeli barangan. Pengguna menggunakan perkhidmatan. Iklan mempunyai
kuasa yang tersembunyi. Iklan mampu mendorong pengguna membeli sesuatu barangan.
Barangan itu sebenarnya tidak diperlukan. Kini, bidang pengiklanan di negara ini telah
menjadi industri. Industri ini mendatangkan keuntungan. Industri ini cepat berkembang.
Contoh 1 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat.
Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang
ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ.
Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar
malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.

Jawapan :
1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang
dengan harga yang murah.

2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar
malam yang meriah tersebut.

3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan
rakan-rakan.

Contoh 2 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka
dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan
terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap.
Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan
disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Jawapan :
1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian supaya
memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang dengan


menangkap pesalah dan didenda RM300.

3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapat dijadikan
pengajaran.
Menggabungkan ayat
Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud
dan susunan ayat-ayat itu.

Iklan memainkan peranan. Peranan iklan sangat penting. Iklan mempengaruhi pengguna.
Pengguna membeli barangan. Pengguna menggunakan perkhidmatan. Iklan mempunyai
kuasa yang tersembunyi. Iklan mampu mendorong pengguna membeli sesuatu barangan.
Barangan itu sebenarnya tidak diperlukan. Kini, bidang pengiklanan di negara ini telah
menjadi industri. Industri ini mendatangkan keuntungan. Industri ini cepat berkembang.
1.______________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
3.______________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan
persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai
pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan
menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda
RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman
juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

1.______________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

2.______________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3.______________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

You might also like