You are on page 1of 2

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat
sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit
Rumah Ali cantik
Ahmad tidak pergi ke sekolah
hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau
predikat yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata Ayat tunggal


hubung
Suhaili suka makan nasi dan (a) Suhaili suka
lemak dan mi sup. makan nasi lemak.
(b) Suhaili suka
makan mi sup.
Rumah yang besar itu Yang (a) Rumah itu besar.
rumah Fazli. (b) Rumah itu rumah
Fazli.
Dia memberitahu bahawa (a) Dia
bahawa kakaknya akan memberitahu.
melanjutkan pelajaran (b) Kakaknya akan
ke luar Negara. melanjutkan pelajaran
ke luar Negara.
Dia akan balik ke Apabila (a) Dia akan balik ke
kampong apabila ada kampung.
masa lapang. (b) Dia ada masa
lapang.
Latihan

(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

1. Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________


2. Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3. Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4. Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6. Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________
7. Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8. Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9. Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya
menjadi ayat majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.


Ayah menonton televisyen. sambil
________________________________________

2. Hanita tinggal di Taman Aman.


Suresh tinggal di Taman Aman. dan
_________________________________________

3. Amran melayari internet.


Amran mencari maklumat terbaru. untuk
_________________________________________

4. Kasut itu berwarna biru.


Kasut itu sangat mahal. yang
_________________________________________

5. Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan. apabila
_________________________________________

6. Halim kaya.
Halim kedekut. tetapi
_________________________________________

7. Murid itu mengetuk pintu.


Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum
__________________________________________

You might also like