You are on page 1of 4

Kaedah Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap Pindah

Menurut pendapat Mohd Azam Bin Ahmad (Guru Cemerlang Bahasa Melayu)
mengatakan bahawa “selalunya murid didapati berusaha menukarkan cakap ajuk
atau dialog kepada cakap pindah secara wewenang atau "trial and error". Mereka
tidak mempunyai suatu kaedah yang kukuh untuk menukarkan cakap ajuk atau
dialog kepada cakap pindah. Oleh hal demikian, murid berasa sukar untuk
melakukan usaha tersebut. Sehubungan dengan ini, saya ingin mengemukakan
satu kaedah yang telah saya bentangkan untuk kali pertama di Kursus
Profesionalisme Guru-Guru Bahasa Melayu Negeri Melaka di GoldCoast, Klang
pada tahun 2007 lalu”.

Perhatikan cakap ajuk di bawah :

"Kamu makanlah segera. Kamu jangan lupa basuh pinggan," pesan ibu
kepada Aini.

Untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog di atas kepada cakap pindah, murid
hendaklah berpegang pada tiga elemen komunikasi, iaitu :
a. Kenali Topik Perbincangan
b. Kenali Persona
c. Kenali Konteks Komunikasi

Berdasarkan tiga elemen dalam komunikasi itu, murid akan mendapati:

a. Kenali Topik Perbincangan :


makanlah segera.
jangan lupa basuh pinggan.

b. Kenali persona :
Ibu
Aini

c. Kenali Konteks :
pesan

Berdasarkan unsur dalam elemen komunikasi itu, murid boleh membina ayat sendiri
dalam ragam cakap pindah. Misalnya,

i. Ibu berpesan kepada Aini supaya makanlah segera tetapi jangan lupa membasuh
pinggan.
ii.Ibu memberikan pesanan kepada Aini supaya Aini makanlah segera dan jangan
lupa membasuh pinggan.
iii. Ibu berpesan supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa membasuh pinggan.

Berdasarkan tiga ayat di atas, semua unsur dalam elemen komunikasi dalam cakap
ajuk atau dialog itu tidak tertinggal dalam proses menukarkannya kepada cakap
pindah. Oleh hal demikian, wacana dalam cakap ajuk atau dialog itu tetap
terpelihara dalam cakap pindah.

Kaedah ini juga membolehkan murid menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk
atau dialog. Apabila murid mengenali unsur dalam elemen komunikasi tersebut,
murid hanya perlu menggunakan unsur tersebut dalam membina cakap ajuk atau
dialog sendiri. Proses membina cakap ajuk atau dialog ini adalah lebih mudah.

Cakap Ajuk dikenali juga sebagai dialog

Latihan Intensif:

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang


gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh.
2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak
lemak nanti awak akan mendapat sakit.”
3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya
ditenggelami air, “kata Erra.
4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan
menimpa rumahnya.”
5. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan
mematuhi semua peraturan projek ini, “sambungnya lagi.
6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar
itu,”katanya lagi.
7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.”
8. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu
saja yang membuatnya,”sambungnya lagi.
9. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua
orang.”
10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak
Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi.
11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang
mati lemas.”
12. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah
untuk kegunaan semua orang.

Jawab latihan dahulu kemudian barulah rujuk jawaban anda.....

Jawapan:

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia


terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang
mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya
keranan jalan raya ditengelami air.
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah
tumbang dan menimpa rumahnya.
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan
akan mematuhi peraturan projek tersebut.
6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu
bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.
7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas
itu.
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak
diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua
orang.
10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila
dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.
11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima
belas orang mati lemas.
12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan
adalah untuk kegunaan semua orang.

Rujukan:
Mohd Dahalan Mohd Ramli dan rakan-rakan, 2005, Siri Referens Bahasa Melayu SPM,
Pearson Longman.
http://www.bmspm.net/cakapajukcakappindah.htm

You might also like