You are on page 1of 3

MAJLIS GURU BESAR SEKOLAH RENDAH DAERAH MUAR,

D/A SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SETONGKAT


JALAN SALLEH,
84000 MUAR, JOHOR. Telefon : 06-9521540
Fax : 06-9524540
Email : mgbmuarjohor@gmailcom

“ KESATUAN KITA IMEJ KITA GB MUAR”


Ruj. Kami : SU /MGB Muar/01/2020 ( )
Tarikh : 15 Mac 2020
Kepada;

Pengurus
Shahid Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 6A, Jalan Timah Hitam Off Jalan Bukit Pasir
83000 Batu Pahat Johor

Tuan,

PENANGGUHAN MENGADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS KE PPD DAN


SEKOLAH- SEKOLAH DAERAH MIRI DAN SUBIS, SARAWAK TAHUN 2020 .

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2 Dukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Muar (MGB) ingin
memaklumkan penangguhan program pada 23 hingga 26 Mac 2020 kepada satu tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian. Arahan penangguhan semua aktiviti yang melibatkan lebih 50 orang
melalui surat KPM 60017/1/18 jld 2(5) bertarikh 13 Mac 2020 akibat penularan wabak Covid-19

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dengan
program ini. Penularan wabak Covid-19 adalah sesuatu yang sangat membimbangkan dan kesihatan
semua pihak perlu dititik beratkan. Harapan kami setelah keadaan telah kembali normal seperti
sediakala, program yang telah dirancang ini boleh dilaksanakan semula. Sebarang pertanyaan sila
hubungi En. Sallehuddin bin Misnon, Setiausaha Majlis Guru Besar Daerah Muar ditalian
0197664460.

4. Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai .

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas

( Mohd Azme Bin Mohd Yusoff )


Yang DiPertua ,
Majlis Guru Besar Daerah Muar.

You might also like