You are on page 1of 6

Sejarah Awal

Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai
pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas
144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian
Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan
ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah.

Ramai pelancong yang datang ke Lembah Bujang tertarik dengan tinggalan sejarah di tapak arkeologi
atau carigali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan pelabuhan terpendam, ratusan ribu pecahan
seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab serta dari India, patung-patung dan
arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan
semula semua artifak sejarah ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah petempatan dan
kerajaan pada masa yang lampau di Lembah Bujang.

Kawasan Lembah Bujang pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua. Kerajaan Kedah Tua dikatakan
bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang.

Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal "Bujang" atau
"Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat.
Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China
dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu
"Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta
Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang
mempunyai pengaruh Hindu - Buddha.

Lembah bujang berkembang sebagai sebuah petempatan dan pelabuhan kerana mempunyai ciri-ciri
yang istimewa. Kebiasaannya, sesebuah tempat atau kawasan dipilih sebagai petempatan adalah
berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya ialah mudah didatangi kerana kemudahan pengangkutan
contohnya sungai dan jalan darat yang baik, terlindung daripada bencana semulajadi dan serangan
lanun serta bekalan makanan yang mudah didapati.

Keadaan muka bumi Lembah Bujang sangat sesuai sebagai sebuah petempatan kerana mempunyai
pantai dan tebing di sepanjang Sungai Merbok yang mudah dimudiki, jalan air semulajadi di sepanjang
Sungai Muda dan cerun bukit yang membolehkan pedagang berlindung. Kemudahan jalan air ini
dikatakan menarik minat pedagang-pedagang untuk singgah di Lembah Bujang. Pedagang-pedagang
terutamanya dari China akan menggunakan jalan air ini sebagai jalan pintas untuk pergi ke pelabuhan
kerajaan-kerajaan lain seperti Langkasuka dan Srivijaya. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain
yang menjadikan Lembah Bujang sebagai tempat yang penting pada abad ke-4 hingga abad ke-11.
Antaranya ialah pedagangan yang wujud antara China dengan India.

Pedagang-pedagang dari kedua-dua negara ini memerlukan tempat untuk mereka bertukar-tukar
barang dagangan. Selalunya, tempat yang terletak di pertengahan jalan perdagangan kedua-dua
negara akan dipilih sebagai pelaburan pertukaran barang. Lembah Bujang dilihat sebagai tempat yang
sesuai di kalangan para pedagang untuk dijadikan pelabuhan untuk bertukar dan menyimpan barang-
barang.

Pedagang dari China juga menggunakan Sungai Merbok sebagai jalan pintas untuk bertukar barang di
pelabuhan kerajaan-kerajaan lain terutamanya Langkasuka. Sungai Merbok digunakan kerana ia dapat
menjimatkan masa untuk cepat sampai ke destinasi perdagangan berbanding dengan penggunaan
Selat Melaka dan Laut China Selatan yang memaksa mereka mengelilingi seluruh Kepulauan Melayu.

Lembah Bujang juga berfungsi sebagai tempat menunggu pertukaran angin monsun di Selat Melaka
dan Laut China Selatan. Keadaan laut bergelora serta ribut laut yang berlaku semasa Angin Monsun
Barat Daya bertiup di Selat Melaka dan Angin Monsun Timur Laut di Laut China Selatan memaksa
pedagang-pedagang mencari tempat untuk berlindung dan Lembah Bujang merupakan tempat yang
sesuai untuk pedagang-pedagang berlindung.

Para pedagang juga turut berdagang dengan penduduk-penduduk tempatan di sekitar Lembah Bujang.
Menurut H.G Quarith Wales, kawasan Lembah Bujang memang telah sedia didiami oleh masyarakat
pribumi yang terdiri daripada Orang Asli dan mengamalkan sistem ekonomi sara diri bergantung
kepada pertanian dan hasil hutan seperti damar, rotan dan kayu-kayan.
Barang-barang ini sangat diperlukan oleh para pedagang untuk perdagangan mereka, manakala
masyarakat tempatan memerlukan barangan seperti kain, rempah, pinggan mangkuk, tembikar,
barang pertukangan untuk keperluan harian mereka.

Masyarakat Asli ini menganuti fahaman animisme dan mudah menerima nilai-nilai baru. Ini
memudahkan para pedagang yang membawa bersama mubaligh-mubaligh bagi mengembangkan
ajaran agama masing-masing, sebagai contoh Pedagang India telah berjaya mengembangkan agama
Hindu dan Buddha pada abad ke-5 di Lembah Bujang. Lembah Bujang seterusnya berkembang
menjadi pusat penyebaran agama Hindu - Buddha yang terkenal kerana sikap terbuka penduduknya
dan tiada langsung menerima penentangan daripada masyarakat tempatan.

Selain itu, Lembah Bujang juga berkembang sebagai petempatan dan pelaburan disebabkan oleh
fungsi Gunung Jerai. Kedudukan Gunung Jerai yang merupakan gunung tertinggi di Barat
Semenanjung Tanah Melayu menjadikan kawasan Lembah Bujang sebagai tempat penting.

Pedagang-pedagang telah menjadikan Gunung Jerai sebagai petunjuk arah dan panduan untuk
mengelakan mereka sesat terutama pada waktu malam. Puncak Gunung Jerai dapat dilihat dengan
jelas dari lautan.

Bagi pedagang dari India pula tertarik dengan keadaan berdekatan dengan Gunung Jerai terutama
Lembah Bujang kerana mempunyai banyak air terjun dan subur untuk pertanian. Menurut ajaran
agama Hindu, tempat tinggi seperti Kaki Gunung Jerai adalah tempat suci. Oleh itu, mereka memilih
Lembah Bujang untuk mengembangkan Agama Hindu.

Abad ke-4 hingga abad ke-11 merupakan zaman kegemilangan Lembah Bujang. Lembah Bujang telah
muncul sebagai sebuah pusat perdagangan terpenting di antara Laut Mediteranean dan China. Lembah
Bujang pernah berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Ini membantu Lembah Bujang menjadi
sebuah pelabuhan yang pesat.

Ramai pedagang yang singgah di sini untuk berdagang dan bertukar barang. Pedagang-pedagang
China mengenali Kedah Tua atau Lembah Bujang sebagai "Yeh-po-ti" dan "Chieh Cha".

Pedagang India pula menggelarkan Lembah Bujang sebagai "Kataha", "Katahanagara", "Kidaram",
"Kadaram" dan "Kalagam" manakala pedagang dari Arab mengenalinya sebagai "Kalah" atau "Qalha".
Lembah Bujang juga terdapat di dalam catatan dan sumber bertulis Barat. Lembah Bujang dalam
catatan Barat digelar sebagai "Quedah", "Quedaram", "Kheddah", "Gedda" dan sebagainya.

Peninggalan Agama Hindu - Buddha yang ditemui di Lembah Bujang merupakan kesan daripada proses
kemasukan agama Hindu - Buddha melalui perdagangan. Ia juga menunjukkan bahawa "Proses
Penghinduan" atau "Indianisasi" berlaku dengan ketaranya di utara Tanah Melayu.

Lamb (1959) telah mengemukakan beberapa peringkat perkembangan kebudayaan di Lembah Bujang
dan kawasan sekitarnya.

i. Peringkat Perkembangan Awal Pengaruh Buddha.


Peringkat ini bermula pada abad ke-4. Kawasannya meliputi Bukit Meriam, Bukit Choras dan
sekitar tepi pantai. Agama Buddha di bawa masuk melalui aktiviti perdagangan. Banyak candi
dibina dan ditemui di kawasan-kawasan ini.

ii. Peringkat Kegemilangan Kerajaan Srivijaya.


Pada abad ke-7 hingga abad ke-9, Lembah Bujang berada di bawah naungan Kerajaan
Srivijaya. Lembah Bujang turut berkembang sebagai pusat perdagangan dan perkembangan
agama Hindu di nusantara kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Kerajaan Srivijaya.

iii. Peringkat Pengkalan Bujang.


Peringkat ini merangkumi abad ke-10 hingga abad ke-14. Lembah Bujang telah mencapai taraf
pelaburan entrepot. Agama Hindu-Buddha telah berkembang ke kawasan Matang Pasir, Merbok,
Batu Lintang dan Tikam Batu.
iv. Peringkat Kuala Muda.
Peringkat ini berlaku pada abad ke 14. Perubahan muara Sungai Muda telah menyebabkan
perkembangan kebudayaan semakin malap. Candi-candi banyak dibina di kawasan pedalaman.

Ahli-ahli sejarah lain pula mengatakan agama Hindu-Buddha dibawa masuk ke Lembah Bujang melalui
tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap Buddha awal. Ia berlangsung dari abad ke-4 hingga abad ke-5.
Mubaligh-mubaligh agama Buddha telah masuk untuk berdagang bersama pedagang-pedagang India.

Tahap kedua ialah tahap Hindu iaitu penganut Dewa Siva. Tahap ini berlaku dari abad ke-6 hingga
abad ke-8. Pada masa ini, Kerajaan Srivijaya ialah pusat penyebaran agama Hindu yang terkenal. Ia
sekaligus dibawa ke Lembah Bujang melalui aktiviti penaklukan, perkahwinan dan hubungan
diplomatik. Pada masa itu, Lembah Bujang masih berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya.
Lembah Bujang seterusnya menjadi pusat agama Hindu menggantikan Srivijaya.

Tahap yang terakhir ialah tahap Buddha aliran Mahayana. Ia bermula pada abad ke-9 hingga abad ke-
14. Pada masa ini, penduduk tempatan telah berkemahiran membina candi dan menguasai tulisan
India terutamanya tulisan "Pallawa".

Pengaruh Lembah Bujang mula merosot apabila agama Islam dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-
pedagang Arab dan kemunculan beberapa pelaburan baru seperti Melaka, Acheh, Singapura dan
sebagainya. Penduduk sekitar Lembah Bujang mula menganut agama Islam dan menghapuskan bukti-
bukti peninggalan agama Hindu-Buddha.

Selain itu, perubahan muara Sungai Muda dan sungai-sungai berdekatan yang semakin cetek
menyebabkan pedagang beralih ke pusat perdagangan lain.

Penulisan sejarah di Kedah Tua amat bergantung kepada peninggalan-peninggalan arkeologi di


Lembah Bujang. Proses carigali adalah salah satu kaedah arkeologi. Penyelidikan terhadap arkeologi di
Lembah Bujang telah dimulakan pada sekitar tahun 1840an oleh Kolonel James Low. Penemuan ini
menarik minat pengkaji-pengkaji lain untuk membongkar sejarah Kedah Tua.

Di sekitar Lembah Bujang sehingga hari ini, sejumlah 41 buah tapak arkeologi atau Tapak Tanah
Bersejarah telah dikenalpasti.

Tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah tadi mengandungi pelbagai tinggalan sejarah, seperti
struktur atau jumpaan artifak sama ada berkaitan dengan perdagangan atau yang berkaitan dengan
artifak keagamaan atau struktur bangunan candi.

Artifak perdagangan terdiri daripada pecahan seramik tembikar tanah, tembikar batu, porselin, kaca,
manik serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat kuno. Artifak keagamaan pula terdiri daripada
candi, patung-patung dan arca.

Kebanyakan barang-barang yang ditemui ini dibuat daripada tanah liat. Bahan binaan untuk candi pula
terdiri daripada batu bata, batu sungai, mineral laterit dan batu granit.

Terdapat beberapa candi yang terkenal di Lembah Bujang yang telah ditemui, antaranya ialah Candi
Bukit Batu Pahat (Tapak 8), Candi Kampung Pangkalan Bujang (Tapak 19,21 dan 22), Candi Estet
Sungai Batu (tapak 5 dan 11/3), Candi Kampung Pendiat (Tapak 16), Candi Kampung Permatang Pasir
(Tapak 31) dan Candi Kampung Bendang Dalam (Tapak 50).

Candi-candi ini menjadi bukti bahawa Lembah Bujang pernah menjadi pusat penyebaran agama Hindu
suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, sebahagian daripadanya telah musnah dan struktur
asalnya tidak dapat dibentuk semula daripada bencana alam seperti banjir, hakisan, Perang Dunia II
ataupun dimusnahkan oleh penduduk tempatan. Namun begitu, candi-candi ini tetap menjadi tarikan
utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi Lembah Bujang.
Lembah Lenggong Warisan Dunia

Tidak lengkap rasanya jika menjelajah ke negeri Perak tanpa singgah ke tempat bersejarah yang terletak di sekitar
daerah Hulu Perak. Beberapa lokasi menarik sarat dengan maklumat tinggalan sejarah awal penempatan dan
ketamadunan manusia.
Kawasan yang menjadi tumpuan ahli kaji purba ini tidak lain adalah Lembah Lenggong. Lokasi tersembunyi yang
berjaya dibongkar itu membuktikan wujudnya kegiatan awal manusia di Semenanjung Malaysia. Selepas rangka-
rangka manusia purba dan artifak zaman awal tamadun Tanah Melayu ditemui di sini, Lenggong semakin dikenali
sebagai salah satu tapak bersejarah di dunia.
Di lembah ini juga terdapat begitu banyak gunung batu kapur yang menyembunyikan sebuah lagi rahsia iaitu gua.
Gua ini pula kemungkinan dijadikan sebagai penempatan manusia prasejarah beribu-ribu tahun lalu dan ia amat
penting sebagai rujukan pengkaji sejarah selain beberapa barangan purba turut ditemui. Di sinilah tersimpannya
habitat tertua manusia di semenanjung selain membongkar keindahan kawasan perkampungan penduduk dengan
kewujudan desa-desa, dusun buah-buahan dan rimbunan pepohon yang meliputi kawasan ini.
Melangkah ke Lembah Mencari Sejarah Purba
Tidak semua yang tahu bahawa di Semenanjung Malaysia, hanya dua tapak bagi zaman Paleolitik atau Zaman Batu
ditemui dan berada di Lembah Lenggong. Tapak yang dikenali sebagai Kota Tampan dan Bukit Jawa ini berhasil
memberikan fakta sejarah berusia 75,000 tahun. Di sebalik dua tapak terbuka ini, Kota Tampan dipercayai menjadi
salah satu daripada penempatan awal manusia dan ia juga membuktikan bahawa tempat ini pernah menjadi kawasan
pengeluar peralatan yang dihasilkan daripada batu.
Meskipun terdapat beribu-ribu peralatan ditemui batu ditemui, namun kawasan ini sudah menjadi kawasan pertanian
lereng bukit dan dipercayai pernah dihuni oleh mereka yang tinggal di pinggir tasik. Lebih banyak lagi lokasi-lokasi
tersembunyi yang ditemui di Bukit Jawa berjaya membuktikan banyak tinggalan sejarah berusia lebih 200,000 tahun
lalu menjadi idaman pencinta sejarah.
Pusat Bagi Penempatan Zaman Batu
Penerokaan Lembah Lenggong pula penting kepada pengkaji sejarah yang mahu membongkar bukti-bukti sahih
penempatan awal manusia sebagaimana rangka manusia pertama, Perak Man. Mereka menemui rangka-rangka dan
tengkorak manusia berusia 11,000 tahun pada 1991.
Di samping itu, hasil penemuan peralatan batu berusia 100,000 tahun di Kampung Geluk dan Kampung Temelong,
menambah keyakinan bahawa tapak ini adalah lokasi penghasilan gangsa ketika Zaman Gangsa. Sungguhpun
beberapa penemuan di Lenggong berusia seiring dengan Zaman Batu, namun ia juga dikenal pasti sebagai tapak
yang dimiliki oleh manusia di Zaman Batu Baru yang mula menjalankan kerja-kerja memburu dan berhimpun
membuat kerja perladangan malahan menghasilkan tembikar.
Gua Gunung Runtuh turut menunjukkan bahawa ia pernah menjadi kediaman manusia manakala sebuah lagi tapak
purba yang dikenali sebagai Gua Harimau kemungkinan digunakan sebagai kubur kira-kira 5,000 tahun dahulu.
Beberapa rangka manusia turut ditemui bersama kapak besi dengan pelbagai perhiasan badan seperti rantai, gelang,
anting-anting dan loket.
Bekas porselin pelbagai bentuk dan saiz juga ditemui bersama cengkerang siput. Gua Puteri adalah terowong
semulajadi yang tembus sehingga Bukit Kajang, namun tidak terdapat sebarang bukti sejarah di situ. Di sini, dua batu
stalagmitnya dikatakan sebagai putera dan puteri yang menjaga gua. Bagi penduduk tempatan, mereka ada kisah
misteri tersendiri yang dijadikan sebagai amaran atau peringatan sekiranya ada pelawat menjelajah gua itu.
Gua ini yang dikenali sebagai Gua Badak juga mengandungi banyak lukisan gua yang dibuat oleh puak Orang Asli
Negrito kira-kira 100 tahun lalu. Ia kelihatan seperti lakaran menyerupai haiwan, orang dan pokok. Tempat itu
biasanya dijadikan habitat oleh Lanoh Negrito yang masih lagi wujud di Perak sehingga hari ini dan mereka menghuni
gua itu. Puak ini sering berburu dengan senjata yang dibuat daripada batu dan bergantung kepada haiwan liar
sebagai sumber kehidupan.

Penempatan Manusia Purba


Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah adalah tempat bersemadinya Perak Man yang ditemui pada 1991. Kajian
menunjukkan bahawa rangka 11,000 tahun itu dipercayai berumur dalam lingkungan 50-an dan mempunyai
ketinggian 157 sentimeter (cm). Satu lagi rangka purba 8,000 tahun turut ditemui di Gua Teluk Kelawar pada 2004
dipercayai milik seorang wanita berumur 40-an, tinggi 148 sentimeter (cm).
Menyedari hakikat kepentingan sumber tinggalan sejarah, Kabinet bersetujumenjadikan Lembah Lenggong sebagai
tapak warisan dunia selepas Georgetown di Pulau Pinang dan Melaka. Malaysia dijangka menyerahkan satu laporan
dan kertas cadangan kepada Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi
kawasan berkenaan untuk diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia.

Lenggong adalah sebuah bandar di bahagian utara negeri Perak,Malaysia yang terletak 100 kilometer dari
utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan dan Banding.
Bandar Lenggong boleh dikunjungi melalui jalan utama yang menghubungkannya dengan bandar berdekatan. Jalan
ke Lenggong kebanyakannya diselitupi oleh ladang sawit dan hutan rimba. Terdapat juga kegiatan peternakan seperti
rusa, lembu dan kambing yang diusahakan secara kecil-kecilan dan ladang, samada milik persendirian, swasta atau
kerajaan.
Terdapat juga beberapa sekolah utama di Lenggong, misalnya SMK Dato' Ahmad, Lenggong (sekolah menengah
tertua di Daerah Hulu Perak); SMK Sultan Azlan Shah; SMK Tan Sri Abdul Aziz; MRSM Lenggong; serta beberapa
sekolah kebangsaan, sekolah aliran Cina dan sekolah aliran Tamil.

Kaji purba
Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak
zamanPaleolitik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung
Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak (Perak
Man), rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah
digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau
merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologi
Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam
lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).
Pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak
Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO. [1]

Orang Perak
Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat di Lenggong. Lokasinya yang tepat adalah di Gunung Gua
Runtuh, sebuah gua tempat persemandian terakhirnya yang terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong di
Ulu Perak. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan satu ketinggian kira-kira 157 cm, yang berusia sekitar
50-an. Ia ditemui pada 1991 dan rangka tersebut telah dikenal tarikh sebagai berusia sekitar 11,000 tahun. Pada
tahun 2004, satu lagi rangka telah dijumpai di Teluk Gua Kelawar di Lenggong, Perak oleh satu pasukan ahli
arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kali ini ia adalah adalah 'Wanita Perak' dengan ketinggian 148 cm dan
dipercayai berusia 40-an.

Perkakasan batu
Satu kawasan pengeluaran peralatan batu yang tidak diganggu di mana peralatan kerikil dihasilkan dengan
menggunakan alat seperti andas dan tukul batu telah digali di tapak arkeologikal Kota Tampan. Bengkel ini bertarikh
semenjak 75,000 tahun dahulu.
Perbandingan antara Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam :
Zaman Paleolitik Zaman Neolitik Zaman Logam
 200 000
hingga 7000 tahun 4000 tahun
Tahun wujud
300 000 dahulu dahulu
tahun dahulu
 sistem
bermasyarakat
 Hidup menetap
Ciri-ciri  Hidup nomad  Mempunyai ketua
 adat resam
 Pembahagian
kerja
 Gua  Gua
 Kawasan terbuka
Petempatan  Berhampiran  Berhampiran
 Gua di sekitar tasik
sungai sungai
i. Bercucuk tanam
ii. Menternak
binatang
iii. Menangkap ikan i. Bercucuk tanam
iv. Memungut hasil ii. Menangkap ikan
hutan iii. Berburu
v. Memburu iv. Menternak
i. Memburu binatang binatang
Kegiatan
ii. Memungut hasil hutan vi. Berdagang v. Berdagang
harian
iii. sara diri secara secara
tukar barang tukar barang
vii. Membuat vi. Mencipta alatan
peralatan logam
tembikar
viii. Mencipta
barang-barang
kemas
 Peralatan
 Alatan batu
tembikar
 Alat batu
 Alat batu :
Peralatan penetak &  Alatan logam
beliung dan
kapak
pemukul
genggam
kulit kayu
 pegangan
hidup dan
kepercayaan
 Animisme
tertentu
 Mengamalkan
Kepercayaan  animisme menjalankan
upacara
pengebumian
perkuburan
dengan
menggunakan
kepingan batu
 Bukit Jawa
(Perak)
 Gua Harimau
 Kota Tampan
(Perak)
(perak)
 Gua Cha  Sungai
 Bukit Bunuh
Lokasi di (Kelantan) Tembeling
(Lenggong,
Malaysia  Bukit Tengkorak (Pahang)
Perak)
(Sabah)  Changkat
 Gua Niah
Menteri
(Sarawak)
(Perak)
 Tingkayu
(Sabah)

You might also like