You are on page 1of 4

Pendahuluan

Lembah Bujang merupakan sebuah kawasan yang terkenal pada masa silam malah sejak
awal kurun pertama masihi lagi. Berdasarkan kajian arkeologi, Lembah Bujang merupakan
sebuah lokasi bersejarah dan terdapat persamaan dari segi data jika dibandingkan dengan data
karya sastera sejarah dan juga data sejarah.1 Penggunaan nama Lembah Bujang telah digunakan
secara meluas sejak tahun 1970-an. Jabatan Muzium dan Antikuiti telah membataskan
wilayahnya kepada 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian utara, batasan
Sungai Muda di selatan, Selat Melaka di bahagian timur, dan lebuh raya utara-selatan di
bahagian barat.

Foto 1 : Gambaran bentuk muka bumi Lembah Bujang.


Selain itu, perkataan Bujang untuk Lembah Bujang merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu
Bhujangga yang membawa maksud ular atau naga yang diertikan sebagai simbol kemakmuran.
Terdapat juga para sarjana yang menyatakan bahawa Bhujangga itu sendiri asalnya Phujangga
yang bermakna cerdik pandai iaitu merujuk kepada golongan Brahmin dalam ajaran Hindu. Hal
ini mungkin merujuk kemakmuran Lembah Bujang dari aspek perdagangan dan hasil buminya
serta tinggalan seni bina candi yang menunjukkan telah wujud sebuah penempatan yang
bertamadun di utara Semenanjung Tanah Melayu pada sekitar abad keempat hingga ke-14.2
1 Mohd Supian Sabtu (2002). Tamadun Awal Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 1.
2 Ibid. Hlm. 2.

Penyelidikan terhadap peninggalan arkeologi di Lembah Bujang zaman protosejarah telah


bermula sekitar tahun 1840-an oleh Kolonel James Low. Antara hasil yang ditemui daripada
penyelidikan arkeologi merupakan tapak candi Hindu-Buddha, beberapa arca Hindu dan arca
Buddha serta jumpaan pecahan seramik seperti tembikar tanah, tembikar batu, celadon, porselin,
manik, serpihan kaca, dan pelbagai lagi artifak yang mempunyai kaitan dengan perdagangan
turut ditemui. Oleh yang demikian, istilah candi yang digunakan di Lembah Bujang merujuk kuil
Hindu-Buddha yang pernah digunakan oleh masyarakat Kedah Tua.3 Perkataan candi berasal
daripada Candika iaitu salah satu daripada nama isteri dewa Siwa yang bernama Durga. Fungsi
utama candi terbahagi kepada dua, sama ada digunakan untuk pemakaman ataupun upacara
keagamaan.

Foto 2 : Taburan tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang.


Justeru, pembinaan Muzium Arkeologi Lembah Bujang merupakan satu-satunya muzium
di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudannya sebagai
pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu Buddha. Berfungsi sebagai
lokasi penyelidikan dan ekskavasi arkeologi dan turut mempamerkan artifak-artifak protosejarah
atau sejarah sebelum islam. Muzium ini telah dibuka secara rasminya oleh Kebawah Duli Yang

3 Ibid. Hlm. 32.

maha mulia Al-Sultan Almutasimu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah
ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980.

Foto 3 : Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, jelaslah terbukti bahawa Lembah Bujang merupakan sebuah


kawasan yang bertindak sebagai pusat perdagangan , petempatan, dan keagamaan yang awal di
Semenanjung Tanah Melayu. Fakta ini telah dibuktikan menerusi tinggalan arkeologi yang
ditemui seperti seni bina atau komponen candi, ikonografi dewa, ikonografi berkaitan
keagamaan serta artifak perdagangan asing dari China, India, dan Arab (Timur Tengah) seperti
tembikar tanah, celadon, porselin, manik, kaca, dan seramik asing samarra.
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan di sini bahawa perkembangan perdagangan
yang berlaku di Lembah Bujang telah berlaku sekitar abad keempat sehinggalah abad ke-14
Masihi. Antara faktor yang membantu perkembangan ini berlaku adalah kerana kedudukan
geografi Lembah Bujang yang berhampiran dengan Gunung Jerai sebagai panduan bagi kapal
pedagang untuk keluar masuk serta menjadi tempat persinggahan mereka. Malahan, Lembah
Bujang juga turut mempunyai sistem sungai yang mampu menghubungkannya secara terus ke
kawasan pedalaman dan pinggir pantai memudahkan para pedagang menjalankan kegiatan
mereka. Misalnya, seperti Sungai Muda, Sungai Merbok, dan juga Sungai Bujang. Menerusi
kegiatan perdagangan inilah, maka muncullah kepesatan di Lembah Bujang sehingga menjadi
tumpuan untuk dijadikan kawasan petempatan dan penyebaran agama.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang memberi peluang kepada para penyelidik untuk
menjalankan kajian mengenai perdaganga dan peradaban manusia pra Islam di Semenanjung.
Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di sana juga berupaya menjadi bahan bukti yang kukuh
mengenai perkembangan aktiviti perdagangan serta agama di kawasan sekitar tersebut.

You might also like