You are on page 1of 9

TEMA : SEJARAH KITA DAN

DUNIA

STANDARD KANDUNGAN: 3.1 Zaman Prasejarah

STANDARD PEMBELAJARAN: 3.12 Menerang lokasi prasejarah

(Lenggong, Malaysia)

Langkah 1: Membina pernyataan masalah dan persoalan kajian

A. Pernyataan masalah

-mengkaji bagaimana Lenggong, Malaysia menjadi lokasi zaman


prasejarah Malaysia

-kesinambungan sumbangan zaman prasejarah kepada kemajuan


manusia

B. Persoalan kajian

-Bagaimanakah Lenggong, Malaysia menjadi lokasi prasejarah di


Malaysia?

-Apakah kesinambungan sumbangan zaman prasejarah ?


Langkah 2:

Kajian literatur 1

Berdasarkan kajian lepas,terdapat beberapa yang menyentuh


mengenai tajuk ini. Antaranya, penyelidikan yang dibuat oleh pusat
penyelidikan arkeologi Malaysia ,Universiti Sains Malaysia dengan
Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia dengan k erjasama Jabatan
Muzium Malaysia menemui banyak bukti prasejarah di Lembah
Lenggong.

Kajian literatur 2

Berdasarkan kajian lepas ,terdapat beberapa kajian yang


meyentuh mengenai tajuk ini. Antaranya,Muzium Arkelogi
Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari
Kawasan sekitar dipamerkan menemui banyak bukti prasejarah di
Lembah Lenggong.
Langkah 3: Menentukan objektif kajian

- Mengetahui bagaimana Lenggong, Malaysia menjadi lokasi


zaman prasejarah di Malaysia.

- Mengetahui kesinambungan sumbangan zaman prasejarah


kepada kewujudkan kehidupan manusia.

Langkah 4: Menentukan kaedah pertama

-kaedah melayari internet

-kaedah temu bual

-kaedah penyelidikan perpustakaan

Langkah 5: Analisis Data

- Berdasarkan sumber rujukan menganalisis data untuk


menjawab persoalan.
Objektif Kajian

Saya menjalankan kajian ini bagi kerja kursus Sejarah adalah


untuk mengkaji tentang zaman prasejarah di Lembah Lenggong,
Perak, Malaysia.

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal


pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat
membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara
yang betul.

b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang


zaman prasejarah di Lembah Lenggong, Perak. Kajian ini
juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap sejarah
tanah air dalam diri saya serta masyarakat Malaysia.

Kaedah Kajian

a) Kaedah rujukan
Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi
pencarian di internet dan bahan bacaan di perpustakaan
majalah bagi mendapatkan fakta yang sahih dan tepat.

c) Kaedah Internet

Internet telah menjadi sumber rujukan saya untuk


menambah bahan kajian untuk dijadikan rujukan tambahan
dalam tugasan sejarah ini.
f) Kaedah tunjuk ajar Guru

Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada Cikgu


Sejarah iaitu Puan Nur Zarina Binti Berhan telah
meningkatkan kualiti hasil kajian kerja kursus sejarah saya

Kesimpulan

Dengan membuat kajian ini saya telah memperoleh pelbagai


info mengenai prasejarah Lembah Lenggong Perak. Melalui
kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usulnya. Seterusnya
ia dapat membantu saya mengetahui dengan lebih
mendalam tentang sejarah tempat kajian.

Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai pelbagai


kemahiran. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran
mencari dan mengumpul data mengenai zaman prasejarah.
7.SUMBER RUJUKAN

1. https://www.kosmo.com.my/2020/12/01/kajian-saintifik-
lembah-lenggong-diperkasa/

2. -Mohd Bin Samsudin Azharouin Bin Mohamed Dali Sharifah


Rafidah Binti Syed Hamid.2016 Sejarah Tingkatan 1. Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

3. -https://questions.pandai.org/note/read/kssm-sj-07-03-04/
kssm-f1-sj-03/kesinambungan-sumbangan-zaman-
prasejarah-kepada-kemajuan-kehidupan-manusia

4. https://ms.wikipedia.org/wiki/
Lembah_Lenggong#:~:text=Kawasan%20ini%20merupakan
%20kawasan%20tempat,oleh%20Jawatankuasa
%20Warisan%20Dunia%20UNESCO.

5. https://www.hmetro.com.my/santai/2019/08/484414/warisan-
arkeologi-lenggong

6. https://www.heritage.gov.my/koleksi/unesco/tapak-warisan-
dunia/warisan-arkeologi-lembah-lenggong.html
LAPORAN KAJIAN
Lenggong adalah sebuah bandar di bahagian utara negeri
Perak, Malaysia yang terletak 100 kilometer dari utara Ipoh.
Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan
Temenggor, Lawin, Kota Tampan dan Banding.

Bandar Lenggong boleh dikunjungi melalui jalan utama yang


menghubungkannya dengan bandar berdekatan. Jalan ke
Lenggong kebanyakannya diselitupi oleh ladang sawit dan hutan
rimba. Terdapat juga kegiatan peternakan seperti rusa, lembu dan
kambing yang diusahakan secara kecil-kecilan dan ladang,
samada milik persendirian, swasta atau kerajaan.

Terdapat juga beberapa sekolah utama di Lenggong, misalnya


SMK Dato' Ahmad, Lenggong (sekolah menengah tertua di
Daerah Hulu Perak); SMK Sultan Azlan Shah; SMK Tan Sri Abdul
Aziz; MRSM Lenggong; serta beberapa sekolah kebangsaan,
sekolah aliran Cina dan sekolah aliran T

penyelidikan terkini oleh Universiti Sains Malaysia telah


membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.
Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah
wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga
300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.
Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni
di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan
adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah.

Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologikal di mana


wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak
zaman Paleolitik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting
termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan
Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di
Lenggong adalah Orang Perak (Perak Man), rangka peninggalan
berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu
berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan
Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa
Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa
semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologi
Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari
kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam
lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala
Kangsar ke Gerik (atau Grik).

Pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi


Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia
UNESCO. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.[1]

Rangka manusia paling tua ditemui di Malaysia terdapat di


Lenggong. Lokasinya yang tepat adalah di Gunung Gua Runtuh,
sebuah gua tempat persemandian terakhirnya yang terletak di
Bukit Kepala Gajah di Lembah Lenggong di Ulu
Perak. Rangka tersebut merupakan seorang lelaki dengan satu
ketinggian kira-kira 157 cm, yang berusia sekitar 50-an. Ia ditemui
pada 1991 dan rangka tersebut telah dikenal tarikh sebagai
berusia sekitar 11,000 tahun. Pada tahun 2004, satu lagi rangka
telah dijumpai di Teluk Gua Kelawar di Lenggong, Perak oleh satu
pasukan ahli arkeologi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kali
ini ia adalah adalah 'Wanita Perak' dengan ketinggian 148 cm

Makanan tradisi Lenggong dan Daging masak hitam turut berasal


dari lenggong Lenggong adalah juga masyhur kerana
hidangan ikan air tawarnya. Makanan istimewa tempatan
adalah pekasam, iaitu ikan yang diperap bersama garam dan
beras bakar, dan biasanya diperam dalam tempayan selama dua
minggu.

You might also like