You are on page 1of 10

1

MELAYU ISLAM BERAJA


ULANGKAJI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

BAHAGIAN A
SOALAN 1 – FAHAMAN

1. Baca dan fahami teks di bawah. Kemudian jawab semua soalan fahaman
daripada teks tersebut.

Hidup Berjiran

Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Azli tinggal di
Kampong Perpindahan Mentiri. Dia mempunyai jiran. Nama jiran yang terdekat
Azli ialah Haji Osman. Haji Osman mempunyai seorang anak yang sebaya
dengan umur Azli. Nama anak Haji Osman ialah Umar.

Azli dan Umar bersekolah di Sekolah Rendah Mentiri dalam Tahun 3. Azli belajar
dalam Tahun 3 Bijak sementara Umar belajar dalam Tahun 3 Pintar.

Ayah Umar bekerja sebagai seorang pengusaha kebun buah-buahan dan sayur-
sayuran. Kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya terletak di Kampong
Mentiri. Kebun buah-buahannya sangat luas. Mereka sangat baik hati. Mereka
sering bertegur sapa dengan keluarga Azli. Ayah dan ibu Umar selalu
bersedekah buah-buahan dan sayur-sayuran kepada keluarga Azli.

Pada suatu hari, Umar tidak dapat pergi ke sekolah kerana ayahnya jatuh sakit.
Apabila Azli dan keluarganya mendengar berita ayah Umar sakit, mereka pun
pergi melawatnya.

Azli dan keluarganya sangat prihatin, mereka mempelawa Umar untuk pergi ke
sekolah dan balik bersama-sama semasa ayahnya belum sihat. Keluarga Umar
menerimanya dengan senang hati.

Umar sangat gembira kerana dia dapat pergi ke sekolah seperti biasa. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Azli dan keluarganya.
2

A. Jawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah maksud jiran?


__________________________________________________________
__________________________________________________________

2. Siapakah nama jiran terdekat Azli?


__________________________________________________________
__________________________________________________________

3. Di manakah Azli dan Umar bersekolah?


__________________________________________________________
__________________________________________________________

4. Apakah pekerjaan ayah Umar?


__________________________________________________________
__________________________________________________________

5. Di manakah letaknya kebun buah-buahan dan sayur-sayuran keluarga


Umar?
__________________________________________________________
__________________________________________________________

6. Mengapakah Umar tidak dapat ke sekolah?


__________________________________________________________
__________________________________________________________

7. Adakah keluarga Azli seorang yang prihatin atau tidak?


__________________________________________________________
__________________________________________________________

8. Mengapakah Umar sangat gembira?


__________________________________________________________
__________________________________________________________

( 16 markah )
3

BAHAGIAN B
SOALAN 1 – ANEKA PILIHAN

B. Pilih jawapan yang betul dengan menulis A, B atau C di dalam petak yang
disediakan.

1. Menjaga keselamatan ialah ________________ diri dari sesuatu yang


bahaya.
A. membiarkan.
B. menjaga
C. menyimpan

2. Setiap orang perlu menjaga keselamatan ____________________ sendiri .


A. diri
B. sekolah
C. kelas

3. Selain berdoa dan _________________, kita juga perlu sentiasa mendengar


nasihat daripada ibu bapa dan orang yang tua daripada kita.
A. menyanyi
B. memuji
C. berhati-hati

4. Sikap __________________ boleh menyebabkan kecederaan pada diri


sendiri.
A. sayang
B. jujur
C. cuai

5. Bermain benda __________________ seperti pisau, gunting dan pensel


boleh
mendatangkan bahaya.
A. berat
B. tumpul
C. tajam
4

6. Allah sayang orang yang suka ____________________ ibu bapa.


A. membantu
B. membohongi
C. bergaduh

7. Orang yang bersikap _______________ tidak akan mengharapkan balasan


daripada orang yang ditolongnya.
A. menunjuk-nunjuk
B. sombong
C. ikhlas

8. Orang yang bersedekah dengan hati yang ikhlas akan menerima balasan
_____________ daripada Allah Subhanahu Wa Taala.
A. pakaian
B. pahala
C. sebat

9. Jika berlaku kebakaran di rumah jiran, kamu hendaklah


__________________________.
A. menelefon bomba
B. membiarkan sahaja
C. tidak memperdulikan

10. Menabung wang adalah perbuatan yang ___________________.


A. baik
B. tidak baik
C. dilarang

11. Kita _______________ bercakap bohong dengan ibu bapa.


A. disuruh.
B. dilarang
C. digalakkan

12. Berbaik-baik sesama jiran adalah amalan yang ____________________.


A. mulia
B. dibenci
C. tidak disukai
5

13. Hidup berjiran mestilah saling _______________________________.


A. meminta-minta barang jiran
B. hormat-menghormati dan tolong-menolong
C. bergaduh dengan jiran

14. Membuang sampah di merata tempat menunjukkan sikap orang itu


_____________
dan tidak hormat kepada jiran.
A. pengotor
B. pembersih
C. bertanggungjawab

15. Sikap ______________________ menunjukkan peribadi diri yang baik.


A. jahat
B. sombong
C. sopan santun

16. Menghormati orang lain _________________ mengira usia.


A. tidak
B. mesti
C. perlu

17. Sampah hendaklah dibuang ke dalam __________________________ yang


dikhaskan.
A. sungai
B. longkang
C. tong sampah

18. ____________________ ketika melintas di hadapan orang yang lebih tua.


A. Berlari laju
B. Bongkokkan badan
C. Melompat-lompat
6

19. Pakaian hendaklah sederhana dan _______________________ketika


menghadiri
majlis duka jiran seperti kematian.
A. tidak menjolok mata
B. menjolok mata
C. tidak menutup aurat

20. Sahabat atau rakan akan ___________________ jika kita jujur dan amanah.
A. tidak suka
B. benci
C. sayang
( 20 markah )

SOALAN 2 – MENGISI TEMPAT KOSONG

C. Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

ikhlas sedekah keluar meringankan kaya

1. Amalan bersedekah dituntut oleh agama Islam, tidak mengira


orang______________ atau mereka yang berpendapatan rendah.

2. Sikap tolong menolong dapat _________________ bebanan orang yang


hidup dalam kesusahan.

3. Pemberi sedekah perlu ada sifat ________________.

4. Senyum adalah sebahagian daripada _____________________.

5. Tutup lampu dan kipas apabila kita hendak ___________________ dari bilik
tidur.

(5 markah)
7

SOALAN 3 – MEMILIH PERILAKU BAIK DAN TIDAK BAIK

D. Teliti gambar di bawah. Senaraikan LIMA (5) PERILAKU BAIK dan LIMA (5)
PERILAKU YANG TIDAK BAIK terdapat pada gambar.

1. Bergaduh 2. Menendang 3. Berbaris ketika 4. Menarik


binatang membeli rambut kawan.
dikantin.

5. Bergotong-royong 6. Menolong ibu mencuci 7. Membantu kawan yang


pinggan. cedera.

8. Tidak mahu bergaul 9. Membaca dengan 10. Bermain bola di tepi


dan memilih kawan. senyap di perpustakaan. jalan raya.

PERILAKU YANG BAIK PERILAKU YANG TIDAK BAIK

1. _________________________________ 1. _________________________________

2. _________________________________ 2. _________________________________

3. _________________________________ 3. _________________________________

4.__________________________________ 4.__________________________________

5. _________________________________ 5. _________________________________

( 10 markah )
8

SOALAN 4 – MENANDAKAN BETUL ATAU SALAH

E. Tandakan dengan ( B ) bagi kenyataan yang BETUL dan ( S ) bagi


kenyataan yang SALAH.

SOALAN BETUL (B)


atau SALAH
(S)
1 Menjaga keselamatan bermaksud membiarkan diri dalam
keadaan bahaya.
2 Amalkan bersikap jujur dan ikhlas dalam kehidupan harian.

3 Amalkan berdoa setiap masa.

4 Percaya kepada orang yang baru kita kenal.

5 Memakai selipar apabila bermain bola.

6 Elakkan berjalan di tempat yang sunyi dan gelap.


7 Memakai pakaian yang sesuai mengikut majlis yang dihadiri.

8 Berlari-lari di hadapan orang tua.

9 Ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk ketika bersedekah.

10 Bersedekah adalah amalan mulia

11 Memberi dan bersedekah barang yang sudah rosak.

12 Tamu yang hadir perlu dilayan dengan baik dan sopan.

13 Bertegur sapa dengan jiran.

14 Mengemas dan membersihkan bilik darjah.

15 Membiarkan binatang peliharaan berkeliaran di kawasan


rumah jiran.
16 Berkawan dengan orang yang jahat.

17 Membuat bising ketika guru mengajar.

18 Sayang kepada binatang seperti kucing.

19 Memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

20 Tidak mendengar nasihat kedua orang tua.

( 20 markah )
.
9

SOALAN 5 – MEMILIH DAN MENYENARAIKAN NILAI-NILAI MURNI

F. Lihat jadual di bawah dan senaraikan ciri-ciri kelakuan yang baik dan
kelakuan yang tidak baik berdasarkan maklumat yang disediakan.

 hormat dan sopan  Suka menunjuk-nunjuk

 Membuli kawan  Suka bersedekah

 Kasih kepada orang tua.  Penyayang

 Tidak mahu menolong.  Suka bergaduh

 Bercakap bohong  Kemas dan bersih

 Jujur dan ikhlas  Malas

 Camah mata  Sentiasa berhati-hati

KELAKUAN YANG BAIK KELAKUAN YANG TIDAK BAIK


1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

6. 6.

7. 7.

( 14 markah )
10

SOALAN 6 – PADANKAN AYAT

G. Padankan ayat-ayat pada BAHAGIAN A dengan maksud yang sesuai di


BAHAGIAN B. Tuliskan huruf di ruang jawapan yang disediakan.

BAHAGIAN A JAWAPAN BAHAGIAN B

1. Prihatin A permohonan kepada Tuhan

2. Awam B penyakit sesak nafas

3. Berdoa C sesuatu yang dilakukan dan


menjadi kebiasaan.

4. Silaturahim D berdusta

5. Bersyukur E ambil peduli

6. Asma F orang ramai

7. Berbohong G berterima kasih

8. Peka H dihormati

9. Digalati I hubungan persaudaraan

10. Amalan J awas/ berjaga-jaga

(10 markah)

You might also like