You are on page 1of 7

SK GUGUSAN LEKIR, SITIAWAN. PERAK.

UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK


Tahun 3 Sesi 2023/2024
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

NAMA: …………………………………………………………………… KELAS:………………………………

Bahagian A
(10 markah)

Soalan 1 hingga 10
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. Puan Aini memakai se____________ baju kebaya yang cantik.


A. pasang
B. keping
C. buah

2. Puan Hasnah mempunyai tujuh _________ anak lelaki.


A. orang
B. bentuk
C. pasukan

3. Johan menolong abang ____________ kereta pada hujung minggu.


A. membeli
B. mencuci
C. menolak

4. Encik Bakri menunggu kepulangan anaknya _______________ pagi hingga ke malam.


A. pada
B. bagi
C. dari

5. “Tolong berikan kasut ini _____________ Hanisah,” kata Maimunah.


A. menjual
B. membeli
C. membaca

Laporan Ceramah Kesihatan


Jabatan Kesihatan Melaka telah mengadakan Hari Kesihatan pada 20 Mac 2021. Menteri Kesihatan Malaysia telah

dating untuk merasmikan majlis itu. Pelbagai gerai pameran kesihatan telah dibuka kepada orang ramai mulai pukul

8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Ceramah tentang penyakit tibi, taun dan malaria serta rawatannya telah diadakan. Penerangan daripada pegawai yang

bertugas telah membantu kami menangani penyebaran dan pencegahan penyakit tersebut.

Disediakan oleh,

(AHMAD ADAM)
Setiausaha,
Persatuan Bulan Sabit Merah,
Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang.

1. Apakah pameran yang telah diadakan?


A. Pameran Kebajikan
B. Pameran Kesihatan
C. Pameran Kebajikan dan Kesihatan

2. Siapakah yang menganjurkan pameran tersebut?


A. Jabatan Kesihatan Melaka
B. Kementerian Kesihatan
C. Menteri Kesihatan

3. Di manakah pameran itu diadakan?


A. Muar
B. Melaka
C. Kuala Lumpur

4. Bilakah pameran itu tamat?


A. 6.30 petang
B. 5.30 petang
C. 8.30 malam

5. Siapakah yang menyediakan laporan aktiviti tersebut?


A. Guru Besar
B. Ketua Panitia
C. Setiausaha

Bahagian B
(10 markah)

Baca petikan dan padankan maksud kosa kata yang betul.


Rumah Limas
Alia dan keluarganya ke Muar, Johor untuk menziarahi
saudara mereka. Rumah saudara mereka sangat unik.

Rumah itu rumah limas. Banyak ciri keselamatan


diutamakan ketika rumah ini dibina. Rumah ini bertiang
tinggi supaya binatang buas tidak dapat memasukinya.
Rumah limas juga tidak akan dimasuki air jika berlaku
banjir.

Seterusnya, pagar dipasang di bahagian bawah rumah.


Oleh itu, haiwan peliharaan tidak akan mengganggu penghuni rumah limas pada waktu malam.

Jeriji turut dipasang di bahagian beranda rumah. Oleh itu, keselamatan kanak-kanak lebih terjamin ketika mereka
bermain di kawasan beranda.

Alia terpegun apabila mendengan penjelasan daripada ayahnya tentang keunikan rumah limas.

Kosa Kata Maksud

unik Orang yang mendiami rumah


1.

diutamakan lain daripada yang lain, istimewa


2.

menganggap lebih penting daripada yang


3. penghuni lain

4. beranda kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana


terperanjat dan lain-lain)

5. terpegun ruang terbuka yang berbumbung dan


i.
berlantai di bahagian depan atau di
bahagian tepi rumah

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. Kemudian, padankan ayat tersebut dengan gambar yang betul. (5
markah)
Lengkapkan dialog dengan kata tanya yang betul. (5 markah)

bila mengapa di mana apa siapa

Lisa dan keluarganya sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung.

Lisa : Ayah, _________________kah yang akan memantau rumah kita sepanjang kita
berada di kampung?
Ayah : Pak Cik Azlan, jiran kita yang akan memantau rumah sepanjang ketiadaan kita
nanti.

Lisa : __________________kah kita akan bertolak ke kampung?

Ayah : Kita akan bertolak ke kampung lebih kurang setengah jam lagi.

Ibu : Lina, _______________kah kamu tidak menutup suis lampu di bilik tidur kamu?

Lina : Oh, maafkan saya, ibu! Saya terlupa untuk menutupnya. Saya akan menutupnya
sekarang.

Lisa : _______________kah yang ibu bawa itu?

Ibu : Ibu membawa buah tangan untuk datuk dan nenek.

Ayah : _______________kah letaknya kunci rumah?

Lina : Kunci rumah berada di atas rak televisyen, ayah.

Ibu : Lisa, Lina, pastikan semua suis dimatikan dan semua tingkap berkunci agar rumah
sentiasa dalam keadaan yang selamat dalam keadaan yang selamat sepanjang
kita berada di kampung nanti.

Lisa dan Lina : Baiklah, ibu.

Susun frasa di bawah ini supaya menjadi ayat yang gramatis. (10 markah)

1. membersihkan kawasan rumah – Haikal sekeluarga – secara gotong-royong

2. ke dalam beg plastik sampah - memasukkan sampah sarap itu – Haikal


3. ayah – dengan menggunakan sebilah parang – mencantas dahan pokok

4. menanam pokok bunga – kakak – untuk mengindahkan halaman rumah

5. berasa gembira – kerana kawasan rumah telah bersih – mereka sekeluarga

Susun ayat mengikut urutan. Kemudian, salin semula. (10markah)


 Selain itu, murid-murid juga boleh meminjam buku di perpustakaan ini.

 Perpustakaan sekolah saya bersih dan cantik.

 Banyak murid mengulang kaji di perpustakaan ini.

 Sekolah saya ada sebuah perpustakaan.

 Perpustakaan sekolah saya ada banyak buku.

1. ___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

2. ___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

3. ___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

4. ___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

5. ___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like