You are on page 1of 80

BAHASA MELAYU TAHUN 3

TAHUN DITERBITKAN: 2006

TAHUN DISIARKAN: 2007

PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI


SARAWAK
KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

Pendahuluan i
Tajuk Rancangan
1. Hasil Kraftangan 1-5
2. Amalan Hidup Sihat 6-10
3. Wira Negara 11-15
4. Kawan Baru 16-20
5. Melancong ke Pulau Pinang 21-25
6. Sediakan Payung Sebelum Hujan 26-30
7. Menjaga Kemudahan Awam Tanggungjawab Bersama 31-35
8. Usaha Tangga Kejayaan 36-40
9. Kisah Kuda dan Keldai 41-45
10. Surat Untuk Nenda 46-49
11. Sekolahku 50-55
12. Lewat Sampai ke Sekolah 56-60
13. Khasiat Makan Ulam 61-65
14. Ucapan Perpisahan 66-71
15. Siapa Hebat 72-75
Penghargaan 76
PENDAHULUAN
Bahasa Melayu Tahun Tiga ini mengandungi 15 tajuk yang meliputi aspek-aspek tatabahasa, kefahaman,
puisi dan dan sebagainya. Rancangan ini diterbitkan untuk kegunaan tambahan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Nota Guru yang disediakan ini mengandungi tajuk dan objektif rancangan yang sesuai dengan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti sebelum, dan selepas siaran serta kandungan rancangan semasa
siaran di sediakan untuk memudahkan guru menyediakan bahan untuk aktiviti murid. Guru hendaklah
bersama-sama murid semasa siaran.

i) Sebelum Siaran

Sebelum mendengar sesuatu rancangan, guru hendaklah membuat persediaan yang membolehkan
murid-murid mengikuti sesuatu rancangan dengan teratur dan berkesan.

ii) Semasa Siaran

Guru mesti mengetahui isi kandungan rancangan semasa siaran seperti sinopsis dan urutan
rancangan.

iii) Selepas Siaran

Aktiviti selepas siaran dicadangkan kepada guru bagi tujuan pengukuhan dan guru juga boleh
menambah aktiviti lain yang bersesuaian.

Pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua pihak dalam meningkatkan mutu dan
prestasi rancangan ini dari masa ke semasa.

Dayang Rosnani Abang Ariff


Penerbit
Bahasa Melayu Tahun 3

Selamat mengikuti siri ini dan selamat maju jaya.

i
PELAJARAN 1

Tema : Kesenian dan Kebudayaan

Tajuk : Hasil Kraftangan

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. menjawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat yang tepat.

2. membina ayat yang tepat menggunakan kata ganda yang sesuai.

3. melengkapkan perkataan berpandukan petunjuk yang diberi.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan


menggunakan kata, ungkapan , ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 1:

i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan
bahasa yang sesuai.

Fokus Sampingan:

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

Aras 2:

Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan
tanda baca.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata ganda


- Kosa kata

Sinopsis:

Encik Husni sekeluarga berpeluang mengunjungi pameran hasil pertanian dan kraftangan
semasa cuti persekolahan yang lalu. Salah sebuah gerai yang mereka kunjungi ialah
gerai hasil kraftangan yang mempamerkan kerja tangan seperti bakul, topi, tikar dan beg
tangan. Di pameran tersebut mereka ditunjukkan cara menganyam mengikut kreativiti
yang ada.

1
Sebelum Rancangan:

1. Guru berbincang dengan murid-murid tentang kebaikan mereka cipta barangan


atau peralatan menggunakan bahan-bahan terbuang.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Hasil Kraftangan

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid tentang perbualan yang
disiarkan.

2. Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Ekonomi

Nilai Murni : Kerajinan

Kemahiran Bernilai Tambah : Pembelajaran Konstruktivisme

Kemahiran Berfikir : Menjana idea

Refleksi :

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan nilai kerajinan dan kreativiti


dalam menghasilkan sesuatu barangan.

2
Lampiran I

Bina ayat yang lengkap menggunakan kata ganda di bawah ini.

1. Anak-anak

__________________________________________________________________

2. Daun-daun

__________________________________________________________________

3. Turun-temurun

__________________________________________________________________

4. Kawan-kawan

__________________________________________________________________

5. Berbelang-belang

__________________________________________________________________

3
Lampiran II

Lengkapkan petak-petak kosong di bawah berpandukan petunjuk yang diberi.

1. Alas tempat duduk tetamu

2. Sejenis tumbuhan yang selalu digunakan dalam penghasilan kraftangan.

M K

3. Tempat untuk menunjukkan sesuatu barangan.

R A

4. Proses melembut daun-daun anyaman.

5. Kain yang digunakan untuk menutup sesuatu.

A M

6. Corak pada lukisan tertentu.

7. Mengeringkan sesuatu di panas matahari.

8. Lukisan tentang sesuatu.

A A

4
Lampiran III

Kemahiran Berfikir:

Kemahiran: Menjana idea

Senaraikan langkah-langkah penghasilan sebuah bakul anyaman berdasarkan perbualan


yang telah kamu dengar.

BIL. LANGKAH-LANGKAH

1.

2.

3.

4.

5.

5
Pelajaran 2

Tema : Kesihatan

Tajuk : Amalan Hidup Sihat

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini murid-murid dapat :

1. menjawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat yang tepat.

2. membina ayat mudah dengan menggunakan kata yang diberikan.

3. menyusun maklumat mengikut urutan yang betul.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas.

Aras 2:

Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau dibaca.

Fokus Sampingan:

3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang menyakinkan.

Aras 2:

Menyatakan idea tentang sesuatu topik dengan memberikan sebab .

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata kerja


Sintaksis - Ayat penyata

Sinopsis:

Perbualan ini berkisar pada peristiwa Duyun mengalami keracunan makanan sehingga dia
tidak dapat datang ke sekolah. Eng Hock dan Siva ingin mengetahui punca Duyun
keracunan makanan. Duyun memberitahu bahawa dia termakan kuih dan terminum air
yang dibeli dari sebuah gerai yang kotor. Ini menyebabkan dia berasa pening dan muntah-
muntah. Duyun sembuh dengan cepat kerana dibawa ke hospital dengan segera oleh
ayahnya.

Sebelum Rancangan:

1. Guru berbincang dengan murid tentang keadaan badan seseorang apabila dijangkiti
sesuatu penyakit.

2. Guru meminta murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat isi-isi
penting dalam perbualan.

6
Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Amalan Hidup Sihat

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan tentang perbualan yang diperdengarkan.

2. Murid-murid membuat kerja bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III.

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Nilai Murni : Kebersihan

Kemahiran Bernilai Tambah : Kontekstual

Kemahiran Berfikir : Menyusun maklumat mengikut urutan

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid : Murid-murid diterapkan dengan nilai mementingkan


kebersihan apabila membeli makanan dan minuman di gerai-
gerai makanan bagi mengelak keracunan makanan.

7
Lampiran I

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kata-kata di bawah.

sempat ikhtibar serik wad

teruk dahaga punca cemas

1. Ali dimasukkan ke................................... kerana mengalami demam panas.

2. Setelah penat berlari, Ahmad berasa .................................. .

3. Pegawai polis pergi ke tempat itu untuk menyiasat ............................. pembunuhan


yang kejam itu.

4. Semua murid Empat Seroja .....................................apabila seekor anjing tiba-tiba


masuk ke kelas mereka.

5. Dua mangsa kemalangan jalan raya itu pengsan kerana mengalami kecederaan
yang .............................. .

6. Pencuri itu tidak ............................................. melarikan diri kerana pihak polis dan
orang ramai telah mengepung rumah itu.

7. Pak Saha sudah .................................... bekerja di rumah orang kaya yang sombong
itu.

8. Kebakaran yang berlaku di kampung ini patut dijadikan .................................. oleh


semua penduduk di sini, kata pegawai itu kepada semua penduduk Kampung
Bunga Raya.

8
Lampiran II

Bina ayat mudah daripada kata kerja di bawah:

1. jatuh : ...................................................................................................

2. datang : ...................................................................................................

3. jawab : ...................................................................................................

4. melompat : ...................................................................................................

5. membersih : ...................................................................................................

6. menemani : ...................................................................................................

7. membelikan : ...................................................................................................

8. menyangka : ...................................................................................................

9. mengambil : ...................................................................................................

10. membawa : ..................................................................................................

9
Lampiran III

Kemahiran Berfikir

Kemahiran: Menentukan Urutan

Susun maklumat di bawah mengikut urutan yang betul.

MAKLUMAT URUTAN

Duyun menemani abangnya ke perpustakaan

Duyun tidak hadir ke sekolah

Duyun dirawat oleh doktor di hospital

Duyun berjumpa dengan Eng Hock dan Ravi

Duyun makan kuih dan minuman yang dibeli oleh abangnya

Eng Hock dan Ravi gembira Duyun dapat bersekolah semula

Cikgu Zaleha melambai ke arah Duyun, Eng Hock dan Ravi

Duyun dibawa oleh bapanya ke hospital

Duyun berasa pening dan muntah-muntah

10
Pelajaran 3

Tema : Sukan

Tajuk : Wira Negara

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini murid-murid dapat:

1. menerangkan semula bahan yang didengar dengan menggunakan ayat sendiri.

2. menjawab soalan pemahaman dengan ayat yang betul.

3. memberi makna kata dengan merujuk kamus.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan
kata, istilah, frasa , ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai.

Aras 1:

ii. Mengemukakan maklumat dengan menggunakan frasa dan ayat yang sesuai.

Fokus Sampingan:

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

Aras 1:

i. Memahami perkataan, frasa dan ayat.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata adjektif


Sintaksis - Ayat tunggal

Sinopsis:

Petikan yang diperdengarkan memuatkan kisah seorang budak bernama Hafiz Hashim yang
meminati sukan badminton sejak berusia 4 tahun. Dia mula mengenali sukan itu apabila
selalu melihat abangnya dan orang-orang kampung bermain badminton. Dia telah
menyertai banyak kejohanan badminton ketika belajar dalam Darjah 3 sehinggalah
sekarang. Dia telah menaikkan nama negara dalam sukan badminton apabila menjuarai
Kejohanan All England.

11
Sebelum Rancangan:

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang jenis-jenis sukan yang mereka ketahui
dan faedah bersukan.

2. Guru meminta murid menyediakan pensel dan kertas untuk mencatat isi-isi penting
dalam petikan yang akan diperdengarkan.

Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran radio pendidikan bertajuk Wira Negara

Selepas Rancangan:

1. Guru dan murid bersoal jawab tentang petikan yang disampaikan.

2. Murid-murid membuat latihan menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I , Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Nilai Murni : Kerajinan dan semangat cinta akan negara

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan pelbagai (kinestetik)

Kemahiran Berfikir : Mencirikan

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan nilai kerajinan dan semangat


patriotik jika hendak menjadi seorang ahli sukan yang berjaya.

12
Lampiran I

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata yang sesuai.

wira mewakili meminati muncul berazam berkecimpung

1. Ahmad ..................................... untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam


UPSR tahun ini.

2. Setelah berlatih bersungguh-sungguh akhirnya pasukan bola sepak sekolah itu


........................ johan dalam perlawanan bola sepak peringkat akhir.

3. Semua murid digalakkan untuk ............................................ dalam bidang sukan.

4. Ibu saya amat ................................... persembahan penyanyi itu.

5. Murid-murid yang terpilih ............................... sekolah dalam pertandingan itu


akan menjalani latihan minggu hadapan.

6. Dato Azhar Mansor dianggap sebagai .............................. negara kerana telah


berjaya mengelilingi dunia dengan menggunakan perahu layar.

13
Lampiran II

Beri maksud kata adjektif di bawah dengan merujuk kamus.

1. minat: ___________________________________________________________

2. jaguh: ___________________________________________________________

3. wira: ___________________________________________________________

4. terkenal: ___________________________________________________________

5. giat: ___________________________________________________________

6. aktif: ___________________________________________________________

7: rajin: ___________________________________________________________

8 juara: ___________________________________________________________

14
Lampiran III

Kemahiran Berfikir: Mencirikan

Anda bercita-cita menjadi seorang jaguh sukan negara pada suatu hari nanti. Untuk
mencapai cita-cita itu, anda mesti memiliki ciri-ciri seorang juara. Cuba anda senaraikan
ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang juara.

BIL CIRI-CIRI KELEBIHAN/ALASAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

15
Pelajaran 4

Tema : Kejiranan

Tajuk : Kawan Baru

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. menjawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat yang tepat.

2. memberi makna kata dengan tepat berdasarkan konteks

3. memberikan pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan


menggunakan bahasa bahasa yang betul.

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama:

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Aras 2:

Memberikan respons yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan.

Fokus Sampingan:

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan


menggunakan intonasi dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan
permintaan.

Aras 2:

Menyatakan permintaan dengan memberikan alasan yang wajar.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Tanda baca


Sintaksis - Ayat Selapis

Sinopsis:

Gopal mengikut keluarganya berpindah ke taman perumahan di Taman Sukma dari


Pulau Pinang. Semasa bermain di padang permainan perumahannya, dia terlanggar
basikal Karim yang turut bermain di situ. Memandangkan dia orang baru, dia meminta
bantuan Karim untuk menunjukkan jalan kepadanya pergi ke perpustakaan. Kebetulan
pula Karim sedang menyiapkan projek sainsnya. Akhirnya mereka berdua berjanji untuk
pergi bersama-sama ke perpustakaan. Ketika seronok berbual barulah mereka sedar,
rupa-rupanya mereka berdua adalah jiran yang tinggal di taman perumahan yang sama.

16
Sebelum Rancangan:

1. Guru memberitahu murid-murid tentang kepentingan berjiran dan jenis-jenis


bantuan yang boleh dihulurkan kepada jiran yang memerlukan.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi pelajaran.

Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Kawan Baru

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang isi pelajaran.

2. Murid membuat kerja bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Sivik dan Kewarganegaraan

Nilai Murni : Baik hati

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan pelbagai (visual-ruang)

Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah.

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan nilai dan sikap berani


bertanya bagi mengelakkan diri daripada tersesat jalan.

17
Lampiran 1

Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan memberikan tanda baca yang betul.

1. saya karim boleh saya tumpang bertanya di mana perpustakaan awam di kawasan
perumahan ini

.....................................................................................................................................

.....................................................................................................................................

.....................................................................................................................................

2. oh begitu kalau hendak ke sana awak perlu mengikut jalan semariang

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

3. saya tinggal di taman sukma lorong juara 3 petra jaya kuching

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

4. oh bertuah betul saya hari ini tak perlulah saya susah-susah untuk ke sana seorang
diri

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

5. saya pun sedang menyiapkan projek sains juga bolehlah kita berbincang dan
berkongsi bahan nanti

..................................................................................................................................

..................................................................................................................................

...................................................................................................................................

18
Lampiran II

Beri maksud kata-kata di bawah berdasarkan penggunaannya dalam perbualan di


atas.

1. membantu .........................................................................................................

2. asing : .........................................................................................................

3. tersesat :
.........................................................................................................
4. bertuah :
.........................................................................................................
5. berbincang :
.........................................................................................................
6. berkongsi :
.........................................................................................................
7. setuju :
.........................................................................................................
8. terlewat : .........................................................................................................

19
Lampiran III

Bina empat 6 ayat daripada rajah tukar ganti di bawah ini.

Karim pergi ke perpustakaan.

hendak menyiapkan Projek Sains di perpustakaan.

Gopal tinggal di Lorong Juara 3, Taman Sukma, Kuching.

1. ...................................................................................................................................

2. ....................................................................................................................................

3. ...................................................................................................................................

4. ...................................................................................................................................

5. ...................................................................................................................................

6. ..................................................................................................................................

20
Pelajaran 5

Tema : Pelancongan

Tajuk : Melancong ke Pulau Pinang

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. menjawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat yang tepat.

2. melengkapkan ayat dengan kata seruan yang betul.

3. menyusun atur peristiwa mengikut urutan yang betul.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
betul.

Aras 2:

Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar dan ditonton.

Fokus Sampingan:

9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada
bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 1:

Menyusun maklumat mengikut urutan.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata seruan/kata adjektif


Sintaksis - Ayat seruan

Sinopsis:

Hairi baru balik bercuti dari Pulau Pinang. Dia menceritakan tentang keseronokannya
melancong ke Pulau Pinang kepada kedua-dua rakannya iaitu Amir dan Faiz. Banyak
tempat pelancongan yang menarik telah dikunjunginya. Dia juga memberikan Amir dan
Faiz jeruk buah pala dan rantai kunci sebagai ole-ole.

Sebelum Rancangan:

1. Guru dan murid-murid berbual tentang kebaikan melancong.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan kertas dan pensel untuk mencatat isi-isi
pelajaran.

21
Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Melancong ke Pulau Pinang

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang perbualan yang telah


diperdengarkan.

2. Murid membuat kerja bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental

Kemahiran Bernilai Tambah : Kontekstual

Kemahiran Berfikir : Menyusun maklumat mengikut urutan.

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diminta memberi pendapat tentang peranan


mereka bagi memastikan tempat rekreasi dan pelancongan
sentiasa bersih.

22
Lampiran I

Lengkapkan ayat di bawah dengan kata seruan yang betul.

syabas wah amboi aduh eh cis

hai ah nah wahai

1. ..............................., bila awak datang!

2. .................................., ramai sungguh pelanggan datang ke warung Pak Cik hari ini!

3. ..............................., sakitnya kaki aku!

................................, cucuku, jenguk-jenguklah nenekmu di kampung!


4.

5. ................................, berani kau menceroboh kawasan ini!

6. ................................, ambil semula wang kamu!

7. ................................, sedapnya kamu bercakap!

8. ................................, aku tetap akan mendapatkan tanah itu semula!

9. ................................, kamu menjadi johan lagi dalam peraduan itu!

10. ................................, nama saya Zaleha!

23
Lampiran II

Carikan lawan kata bagi kata-kata adjektif di bawah.

1. berisi: ....................................................

2. seronok: ....................................................

3. sihat: ...................................................

4. terkenal: ...................................................

5. susah: ...................................................

6. puas: ...................................................

7. jinak: ...................................................

8. menarik: ...................................................

24
Lampiran III

Kemahiran Berfikir:

Kemahiran : Menyusun atur

Susun semula peristiwa-peristiwa di bawah mengikut urutan yang betul.

PERISTIWA URUTAN

Hairi memberikan Amir dan Faiz ole-ole

Hairi melawat Pantai Batu Feringgi

Hairi berjumpa dengan Amir

Hairi melawat Taman Ular

Hairi membeli-belah di Bangunan KOMTAR

Hairi berkunjung ke Rumah P. Ramlee

Hairi melawat ke Taman Rama-rama

25
Pelajaran 6

Tema : Kemasyarakatan

Tajuk : Sediakan Payung Sebelum Hujan

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. menjawab soalan secara lisan dengan ayat yang betul.

2. mengisi tempat kosong berpandukan grafik yang sesuai.

3. memberi makna simpulan bahasa dengan merujuk kamus.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau
dialami.

Aras 2:

Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton.

Fokus Sampingan:

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

Aras 3:

Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata Adjektif


Sintaksis - Simpulan Bahasa

Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan kehidupan antara semut dan rama-rama. Mereka tinggal berjiran
di dalam hutan. Semut rajin bekerja mencari makanan untuk simpanan musim hujan.
Sebaliknya rama-rama lebih suka merayau-rayau dan membuang masa. Walaupun telah
dinasihati oleh semut namun rama-rama tidak mengindahkan nasihat kawannya.
Sewaktu musim tengkujuh, semut dan keluarganya terselamat manakala rama-rama
kelaparan dan akhirnya mati dalam kesejukan.

26
Sebelum Rancangan:

1. Guru berbual dengan murid-murid tentang nasihat-menasihati antara satu sama


lain.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Sediakan Payung Sebelum


Hujan.

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang maksud simpulan bahasa


tentang perbualan yang telah diperdengarkan.

2. Murid membuat kerja bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai Murni : Kerajinan, semangat bermasyarakat

Kemahiran Bernilai Tambah : Kajian Masa Depan

Kemahiran Berfikir : Menganologikan

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan sikap tegur-menegur


sesama sendiri jika ada sikap yang tidak baik untuk
kebaikan bersama.

27
Lampiran 1

Isikan tempat kosong di bawah dengan berpandukan gambar yang diberi.

Di dalam sebuah___________ tinggal seekor ________________

Mereka tinggal berhampiran dengan


dan seekor ___________

____________________ . Di musim ________________ banyak

__________________ dan ___________________ yang masak ranum di dalam hutan.

Pada musim ________________ haiwan tidak dapat keluar mencari makanan.

28
Lampiran II

Beri maksud simpulan bahasa di bawah dengan merujuk kamus.

1. Beringat sebelum kena _____________________________________

_____________________________________

2. Sediakan payung sebelum hujan _____________________________________

_____________________________________

3. Kais pagi makan pagi, kais petang _____________________________________


makan petang
_____________________________________

4 Mencurah air ke daun keladi _____________________________________

_____________________________________

29
Lampiran III

Cari perkataan yang tersembunyi dalam silang kata di bawah ini dalam kumpulan
bertiga atau berempat.

D R S S W B E L I M B B I N G N
Q M A B L X C B E T I K F G P R
U T E M T I B E L A L A N G L U
C L V L A Q M M A N G S A K I G
S M A V U R C A X R T B D B P G
A W A R Y R A V U S C I E M A N
P P L W O X S M W P K L M N N A
E Q B P A V E B A E I N S M N B
L L U I A R M Y O B P Q R A B I
C I R S J F U K B A Y A M N P T
F P U A O F T I G H J K M G L I
D A N N R W N Y K E K W A G J K
T S G G E G R Y J G K M L A P P
P P T H S K H A R I M A U P L M

Kategori perkataan yang boleh dicari

Buah-buahan haiwan serangga bunga

30
Pelajaran 7

Tema : Kebersihan

Tajuk : Menjaga Kemudahan Awam Tanggungjawab Bersama

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. memberi maksud kata adjektif dengan merujuk kamus.

2. melengkapkan ayat dengan kata adjektif yang betul.

3. menjawab soalan pemahaman secara lisan dengan ayat yang betul.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan


menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan , intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 1:

Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan
bahasa yang sesuai.

Fokus Sampingan:

4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara
terperinci, tepat dan tersusun.

Aras 2:

Melahirkan pandangan tentang sesuatu topik dengan jelas dan teratur.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata Adjektif


Sintaksis - Ayat Penyata

Sinopsis:

Ketika menunggu bas di salah sebuah perhentian bas, Kassim, Riana dan Justine
mendapati tempat itu dikotori sampah sarap. Semasa menungu bas, berlaku kemalangan
motosikal di simpang jalan. Pondok telefon yang berdekatan tidak dapat digunakan
kerana rosak. Mereka bertiga berbual tentang sikap pengguna yang hanya
mementingkan diri dan tidak menjaga harta benda awam.

31
Sebelum Rancangan:

1. Guru berbual dengan murid-murid tentang kepentingan menjaga kemudahan


awam.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Menjaga Kemudahan Awam


Tanggungjawab Bersama

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid tentang isi perbualan yang
disiarkan.

2. Murid membuat kerja bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai Murni : Kebersihan

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan ruang

Kemahiran Berfikir : Menjana idea

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan tanggungjawab menjaga


kebersihan keselamatan kemudahan awam.

32
Lampiran I

Beri maksud kata-kata di bawah dengan merujuk kamus.

1. kotor __________________________________________________________

2. jijik __________________________________________________________

3. kosong __________________________________________________________

4. malu __________________________________________________________

5. penuh __________________________________________________________

6. betul _________________________________________________________

7. suka __________________________________________________________

8. banyak __________________________________________________________

9. tegas __________________________________________________________

10. tercemar __________________________________________________________

33
Lampiran II

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata adjektif yang betul.

kosong betul tegas kotor malu penuh

suka banyak

1. Keadaan yang............................... di kantin itu menyebabkan ramai murid tidak


mahu membeli makanan di situ..

2. Amin berasa ................................. untuk berjumpa Cikgu Samad kerana sudah


lama dia tidak hadir ke sekolah.

3. Sikap .................................. Guru Besar itu sangat dihormati oleh guru-guru dan
murid di sekolah itu.

4. Ahmad ................................... mendengar datuknya bercerita tentang


pengalamannya semasa bertugas sebagai anggota tentera dahulu.

5. Tong sampah itu ............................ dengan sampah sarap.

6. Botol minuman yang sudah ............................ hendaklah dibuang ke dalam tong


sampah.

7. Markahnya ditolak kerana tidak memberikan jawapan yang ......................... .

8. Pak Dollah membawa ........................ buah rambutan untuk dijual di Pasar


Minggu.

34
Lampiran III

Kemahiran berfikir:

Kemahiran: Meramalkan

Ramalkan apakah yang akan berlaku jika kemudahan awam dirosakkan

membazir

kecemasan

penyakit

malu

35
Pelajaran 8

Tema : Kebersihan

Tajuk : Usaha Tangga Kejayaan

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. menjawab soalan pemahaman secara lisan dengan ayat yang betul.

2. membina ayat yang betul daripada kata tanya yang diberikan.

3. memberi pendapat dengan menggunakan ayat yang betul.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan


menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 3:

Menyatakan teguran dengan sopan secara berterus-terang dalam perbualan.

Fokus Sampingan:

4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara
terperinci, tepat dan tersusun.

Aras 2:

Melahirkan pandangan tentang sesuatu topik dengan jelas dan teratur.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata tanya


Sintaksis - Ayat tanya

Sinopsis:

Asmah merupakan pelajar yang pandai, namun dia selalu mengabaikan pelajarannya
kerana leka menonton televisyen dan mengambil ringan tentang pelajaran yang diajar
oleh cikgu di sekolah. Akibatnya, dia gagal dalam peperiksaan. Dia tidak berani hendak
memberitahu kedua ibu bapanya, tetapi setelah diberi nasihat oleh abangnya akhirnya dia
berazam untuk menjadi pelajar yang berjaya dan berdisiplin.

36
Sebelum Rancangan:

1. Guru berbual dengan murid-murid tentang kepentingan berusaha bersungguh-


sungguh dalam mengejar kejayaan.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Usaha Tangga Kejayaan.

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid tentang isi perbualan Azrul
dan Asmah.

2. Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pengetahuan am

Nilai Murni : Rajin, tekun, berani berterus-terang

Kemahiran Bernilai Tambah : Belajar Cara Belajar

Kemahiran Berfikir : Mengenal pasti sebab dan akibat

Refleksi :

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan nilai kerajinan dan sanggup


berkorban untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa juga
bidang yang diceburi.

37
Lampiran I

Perhatikan penggunaan kata tanya dalam ayat di bawah:

1. Eh, mengapa tak nak makan pula!

2. Habis, apa lagi yang perlu Asmah buat?

3. Tapi, bagaimana Asmah nak beritahu emak dan ayah?

Kata tanya digunakan untuk bertanya sesuatu. Antara kata tanya yang biasa digunakan
untuk bertanya ialah APA, SIAPA, DI MANA, BILA, BERAPA, MENGAPA, BAGAIMANA.
Bincangkan cara-cara menggunakan kata tanya itu bersama-sama guru Bahasa Melayu
kamu.

Bina ayat daripada setiap kata tanya di bawah.

APA ................................................................................................................

................................................................................................................
SIAPA

................................................................................................................
DI MANA

................................................................................................................
BILA

BERAPA ................................................................................................................

MENGAPA ................................................................................................................

BAGAIMANA ...............................................................................................................

38
Lampiran II

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata tanya yang betul.

1. Suria tidak pasti..................................... kawan-kawannya akan datang ke rumah.

2. ........................................... harga sebatang pen ini? tanya Lim kepada penjual itu.

3. ............................................................. kejadian itu berlaku? tanya pegawai polis


kepada mangsa kecurian itu.

4. ......................................... ibu awak tidak datang bersama ke rumah Mak Cik?


tanya Mak Cik Kalsum kepada Azizah.

5. .................................... kita akan mendirikan khemah, cikgu? tanya Samy kepada


Cikgu Siva.

6. ................................ yang awak bawa ke sekolah hari ini? tanya Mutu kepada
kawannya, Siti.

7. .......................................... nama awak? tanya Guru Besar kepada budak yang


berdiri di tepi bangunan itu.

39
Lampiran III

Kemahiran Berfikir:

Kemahiran: Mengenal pasti sebab akibat

Ahmad selalu mengantuk di dalam bilik darjah. Dia juga selalu tidak menghantar
kerja rumah yang diberikan oleh gurunya. Terangkan sebab-sebab mengapa Ahmad
bersikap begitu.

SIKAP AHMAD SEBAB

MENGANTUK DALAM BILIK


DARJAH

TIDAK MENGHANTAR
KERJA RUMAH

40
Pelajaran 9

Tema : Kisah Teladan

Tajuk : Kisah Kuda dan Keldai

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. menjawab soalan pemahaman berdasarkan cerita yang diperdengarkan.

2. menyusun cerita mengikut urutan yang betul.

3. menyoal dengan menggunakan kata tanya.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada
bahan yang didengar atau dibaca.

Aras 3:

Menulis semula maklumat mengikut prosedur mengikut urutan yang betul.

Fokus Sampingan:

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Aras 2:

Memberikan respons yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata berimbuhan


Sintaksis - Ayat penyata

Sinopsis:

Mengisahkan kehidupan seorang petani yang memelihara dua ekor haiwan peliharaan
iaitu kuda dan keldai. Kuda berasa bangga kerana ia tidak pernah disuruh melakukan
sebarang kerja berat. Sebaliknya keldai dijadikan sebagai haiwan untuk mengangkut
hasil tanaman tuannya ke pekan. Suatu hari, jatuh sakit menyebabkan kuda terpaksa
mengambil alih tugas keldai. Kuda menyesal kerana selalu mengejek keldai selama ini.

Sebelum Rancangan:

1. Guru menyuruh murid-murid menamakan haiwan-haiwan peliharaan yang mereka


tahu.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

41
Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Kisah Kuda dan Keldai.

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid pengajaran yang didapati
dari cerita yang diperdengarkan.

2. Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai Murni : Kerajinan, Hormat-menghormati

Kemahiran Bernilai Tambah : Kontekstual

Kemahiran Berfikir : Menjana Idea

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan sikap hormat-menghormati


antara satu sama lain.

42
Lampiran I

Susun semula ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi sebuah cerita.

Rupa-rupanya kaki keldai cedera dan berdarah.

Akhirnya kuda menyesal kerana selalu mengejek-ejek keldai.

Keldai dan kuda merupakan haiwan peliharaan di ladang petani.

Suatu hari keldai tidak bermaya untuk bangun dan membawa barang dagangan ke
pekan.

Petani membuat keputusan agar kuda digantikan dengan keldai untuk membawa
barangan ke pekan.

Keldai disuruh oleh petani supaya berehat di ladang.

Keldai sangat rajin membantu tuan manakala kuda asyik bermain sahaja.

Kuda berasa megah diri kerana tidak disuruh oleh tuannya untuk membawa barang
dagangan ke pekan.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

43
Lampiran II

Senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerita di atas.

1. _____________________________________________

2. ______________________________________________

3. ______________________________________________

4. ______________________________________________

5. ______________________________________________

44
Lampiran III

Bina soalan daripada ayat yang diberikan di bawah ini.

1. ______________________________________________________?

Keldai yang membawa barang dagangan tuannya.

2. ______________________________________________________?

Kuda mengejek keldai kerana ia menganggap keldai haiwan yang bodoh.

3. ______________________________________________________?

Keldai mendapat kecederaan di bahagian kakinya

4. ______________________________________________________?

Kuda selalu berlari bermain-main di ladang padang rumput tuannya.

5. ______________________________________________________?

Sikap yang ada pada keldai ialah rajin bekerja dan sentiasa bersyukur dengan apa
yang ada.

45
Pelajaran 10

Tema : Kekeluargaan

Tajuk : Surat Untuk Nenda

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. menggunakan kata panggilan yang tepat;

2. melengkapkan karangan dengan ayat yang diberi;

3. melengkapkan ayat dengan kata yang betul.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

10.1 Menghasilkan penulisan pelbagai genre (surat kiriman tidak rasmi)

Aras 2:

Melengkapkan karangan dengan memilih kata dan rangkai kata yang sesuai bagi
menghasilkan penulisan genre.

Fokus Sampingan:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan


menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

Aras 2:

Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam aktiviti harian.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata panggilan


Sintaksis - Ayat seruan

Sinopsis:

Hanim mempunyai seorang nenek sebelah bapanya di Kampung Dusun bernama Nek
Jah. Neneknya tinggal bersama adik bongsu bapanya, Pak Su Mie. Bapa Hanim
menyuruh Hanim menulis surat kepada neneknya di kampung untuk memberitahu
kedatangan mereka sekeluarga pada cuti sekolah yang akan datang.

Sebelum Rancangan:

1. Guru berbual dengan murid-murid tentang kepentingan menghormati orang tua


terutamanya keluarga sendiri.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

46
Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Surat Untuk Nenda.

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid tentang isi kandungan surat.

2. Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I dan Lampiran II

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Komunikasi

Nilai Murni : Kasih sayang, hormat-menghormati

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan intrapersonel

Kemahiran Berfikir : Menentukan urutan

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan nilai menghargai dan


menghormati orang tua pada setiap masa.

47
Lampiran I

Lengkap petikan di bawah dengan ayat-ayat yang disediakan supaya menjadi surat
yang lengkap.

Sambutlah salam manis daripada kami sekeluarga.

Kami sekeluarga berharap agar saudari dan keluarga dapat hadir pada hari
perkahwinan itu nanti.

Bagaimanakah keadaan saudari dan keluarga sekarang?

Calon suaminya ialah seorang doktor

Sebenarnya kekanda Norhidayah akan melangsungkan majlis perkahwinan

119, Taman Bunga Raya,


Jalan Sultan Tengah,
93050 Semariang,
Kuching.

8 Ogos 2006.

Menemui saudari Norhayati yang kini berada di Sibu.

Saudari,

Sudah lama kita tidak berutus surat............................................................................


.................................................................. Saya berharap agar saudari dan keluarga dalam
keadaan sihat sejahtera.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengundang saudari dan keluarga ke
rumah kami. ............................................................................................................................

Majlis perkahwinan itu akan diadakan pada cuti sekolah yang akan datang, iaitu 5
Jun 2006. ................................................................................................................ Namanya
Dr. Kamal bin Ibrahim. Beliau bertugas di Hospital Umum Sarawak.

Bersama-sama surat ini saya sertakan kad jemputan tersebut. .................................


...................................................................................................................................................
Kehadiran saudari dan keluarga akan memeriahkan majlis itu nanti.

Sekian saja surat saya kali ini. .............................................................................


Semoga kita berjumpa lagi pada hari yang berbahagia itu nanti.

Sekian.
Yang benar,

(Norasyikin Johar)

48
Lampiran II

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata panggilan yang sesuai.

Ayah ibu Pak Cik

Cikgu tuan Saudara

kakak Adik doktor

1. ........................................., maafkan saya kerana tidak dapat menghantar latihan


Matematik hari ini.

2. ........................................., di manakah jalan menuju ke perpustakaan? tanya Amir


kepada pemuda itu.

3. ........................................, bapa menyuruh saya menghantar tayar-tayar ini ke sini,


kata Osman kepada bapa saudaranya.

4. Maafkan saya ..................., saya terlupa membawa lesen memandu saya, kata
Encik Kamal kepada anggota polis itu.

5. Emak menyuruh ........................ menyidai pakaian jika cuaca sudah cerah, kata
Ahmad.

6. Apa penyakit saya ............................, tanya orang tua itu sebaik sahaja dia masuk
ke bilik rawatan itu.

7. .......................... dan ......................... saya akan berangkat ke Jepun petang esok,


kata Laila kepada kawan-kawannya.

8. ..................................... mesti rajin belajar untuk mencapai kejayaan dalam


peperiksaan, pesan Muliati kepada adiknya.

49
Pelajaran 11

Tema : Pendidikan

Tajuk : Sekolahku

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. melengkapkan ayat dengan kosa kata yang betul.

3. memberi pendapat berhubung cara-cara menjaga kebersihan sekolah.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

5.2 Membaca kuat teks puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta
memahami perkara yang dibaca.

Aras 2:

Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi, dan gaya penyampaian
yang betul.

Fokus Sampingan:

3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.

Aras 1:

Memberitahu maklumat tentang sesuatu perkara dan mengemukakan contoh yang


sesuai.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kosa kata


Sintaksis - Ayat selapis/tunggal

Sinopsis:

Mengisahkan persiapan dua orang pelajar sekolah, Mimi dan Shafinaz menyertai
pertandingan deklamasi sajak di sekolah mereka. Guru pembimbing mereka
menerangkan maksud sajak Mimi agar dia dapat memahami serta menghayati sajaknya
dengan penuh semangat di hari pertandingan nanti.

Sebelum Rancangan:

1. Guru menerangkan maksud perkataan intonasi, deklamasi, baris, menghayati


yang terdapat dalam sajak.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

50
Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Sekolahku

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid tentang maksud sajak
Sekolahku.

2. Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai Murni : Menghargai, berterima kasih

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan intrapersonel

Kemahiran Berfikir : Menjana idea

Refleksi :

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan nilai menghargai


kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah.

51
Lampiran I

Deklamasikan sajak di atas dengan sebutan dan intonasi yang betul.

SEKOLAHKU

Sekolahku

kau tersergam indah

Megah berdiri di tengah kota

bagai taman dipenuhi bunga

Sekolahku

tempat aku mengejar ilmu

tempat aku bersama teman

mengenal erti kehidupan.

Sekolahku

kaulah gedung ilmu

tempat aku mengejar cita-cita

menjadi insan mulia

menjadi warga berguna.

52
Lampiran II

Beri maksud kata-kata di bawah dengan merujuk kamus.

1. megah: ___________________________________________________________

2. gedung: ___________________________________________________________

3. insan: ___________________________________________________________

4. warga: ___________________________________________________________

5. tersergam: ___________________________________________________________

6. mengejar: ___________________________________________________________

7. deklamasi: ___________________________________________________________

8. baris: ___________________________________________________________

53
Lampiran III

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kosa kata di bawah:

warga taman mengejar

insan mengenal mulia

1. Orang yang berhati ................................. dihormati oleh semua orang.

2. Kanak-kanak sedang bermain di ............................... permainan itu.

3. Ramai .................................asing bekerja di kilang-kilang di negara kita.

4. Dua orang anggota polis sedang ....................................pencuri itu.

5. Pak Dollah memberi didikan agama kepada anak-anaknya supaya mereka menjadi
...................... yang beriman.

6. Ahmad tidak ........................ibunya lagi setelah lama tinggal di bandar.

54
Lampiran III

Kemahiran berfikir:

Kemahiran: menjana idea

Sekolah kamu akan menyertai Pertandingan Sekolah Cantik. Berikan cadangan


kamu tentang cara-cara mencantikkan sekolah kamu.

BIL. CADANGAN-CADANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

55
Pelajaran 12

Tema : Menghargai Masa

Tajuk : Lewat Sampai Ke Sekolah

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. memberi maksud kosa kata dengan merujuk kamus.

2. membina ayat menggunakan kata sendi yang betul.

3. menjawab soalan pemahaman dengan ayat yang betul.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan


menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 2:

Menyatakan teguran dengan sopan secara berterus-terang dalam perbualan.

Fokus Sampingan:

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat sebutan dan intonasi yang baik
dan jelas.

Aras 2:

Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kosa sendi


Sintaksis - Ayat susunan biasa

Sinopsis:

Sukan tahunan sekolah Jamil akan diadakan dua minggu lagi. Latihan olahraga di
jalankan pada sebelah petang. Pada petang itu, Jamil meminta maaf kepada Cikgu
Seroja kerana lewat sampai ke sekolah. Dia memberi alasan bas yang dinaikinya telah
terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia terpaksa menceritakan semula peristiwa
kemalangan itu untuk meyakinkan Cikgu Seroja. Cikgu Seroja kurang yakin dengan
alasan Jamil kerana selama ini Jamil selalu terlewat menghadiri sesi latihan sukan.

Sebelum Rancangan:

1. Guru berbual dengan murid-murid tentang kepentingan menepati masa.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

56
Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Lewat Sampai Ke Sekolah

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid tentang isi-isi perbualan.

2. Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai Murni : Menghormati, menepati masa

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan interpersonal

Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan kepentingan mengamalkan


nilai menepati masa dalam segala urusan harian.

57
Lampiran I

Guru anda akan memperdengarkan semula perbualan antara Jamil dan Cikgu Seroja.
Perhatikan dan kenal pasti penggunaan Kata Sendi dalam perbualan tersebut. Catat
sebanyak mungkin Kata Sendi yang kamu peroleh.

Lihat contoh penggunaan kata sendi di bawah ini.

1. Bas yang saya naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya?


2. Bagaimana kamu boleh sampai ke sekolah pula

Gariskan Kata Sendi yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1. Ayah saya bekerja di pejabat itu sejak sepuluh tahun yang lalu.

2. Surat itu saya terima daripada abang pada minggu lepas.

3. Hantarkan buku yang belum disemak ini kepada Cikgu Osman.

4. Mereka memungut derma bagi anak-anak yatim.

5. Datuk membeli sebuah meja tulis untuk saya.

6. Murid-murid disuruh pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku cerita.

7. Tumpahan minyak di Laut China Selatan itu datangnya dari kapal yang terbakar.

58
Lampiran II

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan Kata Sendi yang sesuai.

seperti antara hingga demi Sejak


pada kepada tentang di dalam

1. .............................................. hari itu saya takut hendak pergi ke sana.

2. Tidak ada pergaduhan yang berlaku ......................................... kami selama ini.

3. Gadis yang cantik ........................................ bidadari itu telah menjadi rebutan


pemuda-pemuda.

4. Nenek terkejut ................................... pengsan apabila mendengar berita


kemalangan yang menimpa datuk.

5. Seorang ................................ seorang diminta oleh cikgu untuk memberikan


pendapat.

6. Setiap hari ayah pergi ke pejabat ...............................pukul tujuh pagi.

7. Pelajar-pelajar yang baru mendaftar itu dibahagikan .........................dua kumpulan.

8. Guru-guru di sekolah sedang berbincang ............................cara-cara menjaga


kebersihan sekolah.

9. Ali dan kawan-kawannya sedang mandi-manda ........................ sungai.

10. Ramasamy mendapat johan ..................... pertandingan itu.

59
Lampiran III

Beri maksud kata-kata di bawah dengan merujuk kamus.

1. lewat: ____________________________________________________________

2. alasan: ____________________________________________________________

3. sesak: ____________________________________________________________

4. laluan: ____________________________________________________________

5. arah: ____________________________________________________________

6. teruk: ____________________________________________________________

7. janji: ____________________________________________________________

8. cedera: ____________________________________________________________

60
Pelajaran 13

Tema : Makanan

Tajuk : Khasiat Makan Ulam

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. menggunakan kata ganda mengikut konteks ayat yang betul.

2. membina ayat menggunakan kata ganda yang betul.

3. memberikan pendapat dengan menggunakan bahasa yang betul.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan


menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat, dan laras bahasa yang sesuai.

Aras 2:

Menyampaikan maklumat yang diperoleh secara jelas dan tersusun.

Fokus Sampingan:

4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara
terperinci, tepat dan tersusun.

Aras 1:

Mendengar pandangan dan memberikan respons secara sopan.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata ganda


Sintaksis - Ayat penyata

Sinopsis:

Amir dan Zaitun diajak oleh ayah mereka membeli ulam di pasar minggu. Semasa di
pasar minggu mereka telah membeli ulam daun pegaga. Amir diberitahu oleh ayahnya
tentang kebaikan makan ulam. Selain menambah selera makan, ulam juga mengandungi
khasiat-khasiat tertentu. Antaranya, ulam mengandungi vitamin A dan zat besi.

Sebelum Rancangan:

1. Guru berbual dengan murid-murid tentang kepentingan makan makanan


berkhasiat.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

61
Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Khasiat Makan Ulam

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid tentang isi-isi perbualan.

2. Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Kesihatan

Nilai Murni : Kebersihan

Kemahiran Bernilai Tambah : Kontekstual

Kemahiran Berfikir : Mengenal pasti kenyataan benar dan palsu.

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan nilai menghargai makanan


tradisi.

62
Lampiran I

Dengarkan semula perbualan. Dalam perbualan itu tadi terdapat beberapa kata ganda
yang digunakan oleh Amir, Zaitun dan ayahnya.

Perhatikan penggunaan kata ganda dalam perbualan tadi di bawah ini.

a) Hari ini ayah hendak ajak Amir, Zaitun membeli ulam-ulaman.

b) Ayah hendak mengajak Amir membeli sayur-sayuran.

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan dengan Kata Ganda yang
sesuai.

cantik-cantik kejar-kejar gula-gula buku-buku

gajah-gajah daging-daging kerusi-kerusi jemput-jemput

1. Nenek menggoreng ........................................ untuk minuman petang hari ini?

2. Baju yang dijual di kedai itu ........................................... .

3. Ahmad dan Kim Hock bermain ...................................... .

4. Emak membeli ............................................. itu di Pasaraya Sarawak Plaza.

5. ..............................................liar itu telah memusnahkan tanaman orang kampung.

6. Letakkan ................................. latihan ini di atas meja saya, kata Cikgu Saliman
kepada Ali.

7. .................................. yang rosak ini akan dibaiki oleh pekerja sekolah.

8. Basuh dahulu ................................... ini sebelum dimasak, pesan emak kepada


kakak.

63
Lampiran II

Bina ayat mudah menggunakan kata ganda di bawah:

1. kecil-kecil :

2. suka-suka

3. layang-layang :

4. rajin-rajin :

5. pagi-pagi :

6. budak-budak :

7. anak-anak :

8. pokok-pokok :

64
Lampiran III
Kemahiran berfikir

Kemahiran: Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu.

Di bawah ini adalah kenyataan-kenyataan tentang ulam. Kenal pasti kenyataan-


kenyataan yang benar dan palsu itu dengan melengkap borang pengurusan grafik
yang disediakan.

BIL. KENYATAAN TENTANG ULAM

1. Ulam-ulaman boleh didapati di mana-mana sahaja.

2. Ulam tidak sedap dimakan jika dimakan begitu sahaja.

3. Ulam boleh merawat gigi seseorang.

4. Ulam boleh menambah selera mak.an seseorang

5. Kita boleh membeli ulam di pasar minggu.

6. Petai dan jering dapat menyembuhkan penyakit kencing manis.

7. Ulam pegaga banyak mengandungi vitamin A.

8. Ulam mengandungi Zat besi yang penting untuk kesihatan mata kita.

9. Kanak-kanak berumur 3 tahun tidak digalakkan makan ulam

10. Ulam merupakah makanan tradisi masyarakat Melayu

KENYATAAN BENAR KENYATAAN PALSU

1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. 5.
6. 6.
7. 7.

65
Pelajaran 14

Tema : Menghargai Jasa

Tajuk : Ucapan Perpisahan

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. berucap dengan bahasa, sebutan, gaya, dan nada yang betul.

2. melengkapkan ayat dengan kata kerja yang betul.

3. membina soalan dengan tepat berdasarkan kenyataan-kenyataan yang diberi.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

3. Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan


menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat, dan laras bahasa yang sesuai.

Aras 1:

Mengemukakan maklumat dengan menggunakan frasa dan ayat yang sesuai.

Fokus Sampingan:

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

Aras 1:

Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
sebutan yang betul.

Sistem Bahasa:

Morfologi - Kata kerja


Sintaksis - Ayat tunggal

Sinopsis:

Cikgu Halimatun guru kelas Tahun Tiga Biru akan berpindah sekolah di bandar Sibu.
Murid-murid kelas Tahun Tiga Biru SK. Harapan mengadakan jamuan perpisahan untuk
guru kelas mereka. Di majlis jamuan tersebut, ketua kelas Hashimah menyampaikan
ucapan bagi wakil kelas Tahun Tiga. Mereka berharap agar Cikgu Halimatun akan
gembira apabila bertugas di sekolah baru dan sudi datang ke sekolah mereka jika ada
berkesempatan.

66
Sebelum Rancangan:

1. Guru berbual dengan murid-murid tentang perasaan apabila berpisah dengan


seseorang.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Ucapan Perpisahan

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid tentang isi-isi penting dalam
ucapan.

2. Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I, Lampiran II dan Lampiran III

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai Murni : Berterima kasih, sedia memaafkan

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan intrapersonel

Kemahiran Berfikir : Meramalkan

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan kepentingan mengamalkan


nilai berterima kasih kepada guru.

Petikan ucapan Ketua Kelas:

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.

Yang saya hormati, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Harapan, Encik Salleh bin Long,
Penolong-penolong kanan, guru-guru, dan rakan-rakan yang saya hormati.

Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap
di majlis ini. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, Cikgu Halimatun, guru kelas yang
sangat kita sayangi, akan meninggalkan kita kerana berpindah ke bandar Sibu. Selaku
Ketua Kelas Tahun Tiga Biru di Sekolah Kebangsaan Harapan, saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpisah dan selamat bertugas di sekolah yang

67
baru. Saya difahamkan bahawa beliau akan melaporkan diri di sekolah itu pada minggu
hadapan. Sesungguhnya kami berasa amat sedih atas perpindahan cikgu.

Guru-guru dan rakan-rakan yang saya hormati,

Selama 10 tahun di sekolah ini dan telah menjadi guru kelas kami sejak berada di Tahun
Satu. Cikgu Halimatun telah menjalankan tugas beliau dengan tekun dan sabar. Banyak
nasihat berguna yang telah diberikan oleh beliau kepada kami. Maka dengan ini, saya
mewakili semua murid mengucapkan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar dan pengorbanan
Cikgu Halimatun. Kami tidak akan melupakan segala jasa dan bakti cikgu curahkan kepada
kami. Kami juga memohon maaf atas segala kesalahan dan kenakalan kami selama cikgu
mengajar.

Kami berharap cikgu akan berasa gembira apabila bertugas di sekolah baru nanti. Kami
harap cikgu masih sudi datang ke sini untuk memberikan tunjuk ajar dan sentiasa
menasihati kami walaupun sudah bertugas di tempat lain.

Kami mendoakan semoga cikgu sentiasa sihat dan bahagia selalu.

Sekian. Terima kasih.

68
Lampiran I

Dengar semula ucapan tadi dan perhatikan penggunaan Kata Kerja berimbuhan
Ber..dalam ucapan itu.

Senaraikan semua kata kerja berimbuhan Ber dalam ucapan itu kemudian cari makna
perkataan itu dengan merujuk kamus.
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata kerja berimbuhan Ber dengan betul.

berdoa berpindah berasa berucap

bertugas berpisah berharap berkhidmat

1. Emak selalu ..................... semoga abang selamat dan sejahtera semasa berada
di luar negara.
2. Pak Cik Samad pernah ......................... dalam angkatan tentera selama 16 tahun.

3. Semua penduduk kampung itu diarah untuk ........................... kerana keadaan


banjir semakin bahaya.

4. Selain menjadi pengawas sekolah, Salim .................................... sebagai ketua


kelas Tahun 6 Mawar di sekolah itu.

5. Semua guru di sekolah itu ................................... murid Tahun Enam akan


mencapai keputusan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
tahun ini.

6. Mak Usu telah ................................ dengan anaknya selama 20 tahun.

7. Guru Besar sedang .................................. dalam perhimpunan mingguan sekolah


itu.

8. Penduduk kampung itu ................................ gembira dan bersyukur kerana


kampung mereka telah mendapat bekalan air dan elektrik.

69
Lampiran II

Bina soalan yang betul bagi pernyataan-pernyataan di bawah.

1. Ketua Kelas Tahun Tiga berucap dalam majlis perpisahan itu.

.....................................................................................................................................?

2. Majlis itu dihadiri oleh Guru Besar, Penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid.

.....................................................................................................................................?

3. Murid-murid sekolah itu berasa sedih kerana salah seorang guru dari sekolah itu
akan berpindah.

.....................................................................................................................................?

4. Cikgu Halimatun akan berpindah ke sekolah baru pada minggu hadapan.

.....................................................................................................................................?

5. Murid-murid sekolah itu memohon maaf atas segala kesalahan dan kenakalan
mereka.

.....................................................................................................................................?

70
Lampiran III

Melengkapkan karangan

Lengkapkan karangan di bawah dengan perkataan yang sesuai.

buta huruf jasa kesilapan belajar

mengucapkan berjanji mengira ucapkan

peroleh pandai disedari kenang

Selamat pagi saya ......................... kepada Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru
dan rakan-rakan yang saya hormati.

Tanpa ....................... sudah enam tahun kita ........................ di sekolah ini. Kalau
dahulu kita buta ......................tetapi kini kita sudah ............................ membaca, menulis
dan ................................

Segala ilmu yang kita .............................. ini adalah atas usaha dan penat lelah guru-
guru yang mengajar kita. Pengorbanan dan .................................... guru-guru akan kami
................................ hingga akhir hayat.

Oleh sebab itu, saya bagi pihak murid-murid Tahun Enam ingin ...........................
terima kasih atas segala pengorbanan guru-guru. Kami ingin uga meminta maaf atas segala
.................................. kami selama ini.

Akhir sekali, kami akan menjaga disiplin dan berusaha bersunguh-


sungguh untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang yang kami ceburi.

Sekian, terima kasih.

71
Pelajaran 15

Tema : Cerita-cerita Teladan

Tajuk : Siapa Hebat

Objektif :

Selepas mendengar siaran ini, murid-murid dapat:

1. mengenal pasti watak-watak yang terdapat dalam cerita yang didengar.

2. memberikan maksud ayat dalam perenggan yang dibaca.

3. mengenal pasti kenyataan benar dan palsu.

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:

2.0 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas.

Aras 2:

Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton.

Fokus Sampingan:

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 2:

Menyatakan maksud ayat dalam perenggan.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa - Kata kerja


Sintaksis - Ayat tunggal

Sinopsis:

Monyet, angsa, kuda dan burung gagak berlumba-lumba hendak meningkatkan


keupayaan masing-masing untuk membuktikan siapa yang lebih hebat di antara mereka.
Mereka kemudian menganjurkan satu pertandingan menguji kemahiran dan melantik
kancil sebagai hakim pertandingan.

Sebelum Rancangan:

1. Guru menunjukkan gambar-gambar haiwan dan jenis kemahiran yang dimiliki


oleh setiap haiwan tersebut sama ada berlari, berenang dan sebagainya.

2. Guru menyuruh murid-murid menyediakan pensel dan buku nota untuk mencatat
isi-isi penting.

72
Semasa Rancangan:

Murid-murid mendengar siaran Radio Pendidikan bertajuk Siapa Hebat

Selepas Rancangan:

1. Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid tentang watak-watak yang
terdapat dalam cerita.

2. Murid membuat latihan bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan.

Aktiviti:

Lampiran I dan Lampiran II

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Sains, Pendidikan Moral

Nilai Murni : Bersyukur

Kemahiran Bernilai Tambah : Kecerdasan intrapersonel

Kemahiran Berfikir : Mengenal pasti kenyataan yang benar atau palsu.

Refleksi:

Cadangan Guru/Murid: Murid-murid diterapkan dengan mengamalkan sikap


bersyukur dengan kurniaan tuhan.

73
Lampiran I

Tandakan pada kenyataan yang betul dan x pada kenyataan yang salah.

1. Kuda dilantik oleh kawan-kawannya menjadi hakim pertandingan

2. Haiwan yang terdapat dalam cerita ini ialah kancil, monyet, gagak,
harimau dan itik

3. Kita sepatutnya bersyukur dengan apa pemberian kurniaan tuhan.

4. Kelebihan yang ada pada kita hendaklah digunakan untuk tujuan


kebaikan dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.

5. Angsa telah memenangi acara pertandingan memanjat pokok

6. Monyet mendapat kecederaan di kakinya sewaktu pertandingan itu.

7. Pertandingan tersebut dimenangi oleh burung gagak dan angsa.

8. Nilai murni yang boleh didapati daripada cerita ini ialah bersifat syukur
dan sentiasa berterima kasih.

74
Lampiran II

Namakan haiwan di bawah berdasarkan perwatakan mereka.

1. Memiliki dua belah kaki yang digunakan untuk berenang.

__________________________________________________________________

2. Kuku kakinya digunakan untuk mencengkam dan membolehkannya memanjat


pokok.

__________________________________________________________________

3. Haiwan ini terkenal dengan tipu muslihatnya jika ditangkap.

__________________________________________________________________

4. Badannya berbelang-belang dan haiwan ini memang suka berlari.

__________________________________________________________________

5. Sayap merupakan anggota badan yang penting bagi haiwan ini untuk terbang.

__________________________________________________________________

6. Merupakan haiwan yang rajin mencari makanan dan suka bergerak dalam kumpulan.

__________________________________________________________________

7. Tinggal di dalam gua dan suka keluar pada waktu malam.

__________________________________________________________________

8. Mempunyai cangkerang di badannya dan terkenal berjalan lambat.

_________________________________________________________________

9. Makanan kegemarannya ialah menghisap madu bunga.

__________________________________________________________________

10. Dikenali sebagai raja segala haiwan di hutan.

__________________________________________________________________

75
PENGHARGAAN

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak


Mengucapkan

Setinggi-tinggi Penghargaan
Dan
Terima Kasih
Kepada

1. Pegawai Pelajaran Gabungan Kuching

2. Panel Penilaian Skrip

Sedik Bin Haji Seruji - SK Siol Kanan, Kuching


Rosline Bt. Abeng - SK Encik Buyong, Kuching
Aida Kertina Bt. Hamden Hamid - Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak
Dayang Radzipah Bt. Awang Umar - Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak
Mohd. Harani Bin Hj. Anu - Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak

3. Jurutaip

Habibah Bt. Bujang - Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak

4. Pereka

Hashim bin Kipli - Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak

5. Juruteknik

Maglynette Ak. Maurice - Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak


Raymond Melana Ak. Denu - Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak

yang telah sama-sama menyumbang dan menjayakan penulisan skrip/Nota Guru Bahasa
Melayu Tahun Tiga

76

You might also like