You are on page 1of 14

KEMAHIRAN BERFIKIR Tahun : 1 Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran 4.

0 : Kemahiran Mendengar dan bertutur :-

Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila.

4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun. Huraian Hasil pembelajaran :Aras 2 i. Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang dibualkan.

Cadangan Aktiviti : (Gerai Buah-Buahan) 1. Guru memberikan gambar tentang suasana di gerai buah-buahan. 2. Guru meminta pelajar bercerita berdasarkan gambar. 3. Guru meminta pelajar menamakan buah-buahan selain daripada yang terdapat dalam gambar. 4. Guru meminta murid menyebut nama buah-buahan tempatan dan luar Negara yang diketahui. 5. Guru meminta pelajar menyebut buah-buahan kegemaran masing-masing dan cirri-ciri buah tersebut. Contoh gambar :-

Soalan yang perlu ditanya oleh guru semasa aktiviti ini ialah :1. Ceritakan suasana di gerai buah-buahan tersebut. 2. Sebutkan buah-buahan selain daripada yang terdapat di dalam gambar. 3. Sebutkan nama buah-buahan tempatan dan luar Negara. 4. Sebutkan buah-buahan kegemaran masing-masing dan ciri-ciri buah tersebut.

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR Tahun : 5 Kemahiran Bahasa : Kemahiran Membaca Hasil Pembelajaran :6.0 6.1 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. Huraian Hasil Pembelajaran :Aras 1
i.

merujuk kepada kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.

Cadangan aktiviti (Gaya Hidup Sihat):1. Guru memberi satu teks mengenai Gaya Hidup Sihat. 2. Guru meminta pelajar membaca teks tersebut secara beramai-ramai dan secara senyap. 3. Secara kumpulan bertiga, guru meminta pelajar mencari makna perkataan yang dimerahkan di dalam teks tersebut di dalam kamus. 4. Guru meminta pelajar membina ayat berdasarkan perkataan tersebut. 5. Guru meminta setiap wakil kumpulan membaca ayat yang telah dibina oleh mereka.

Contoh teks :-

Gaya hidup sihat Gaya Hidup sihat amat penting untuk menjaga tahap kesihatan. Oleh sebab itu, amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri, adik-adik perlu mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari. Dalam kehidupan seharian, adik-adik perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan, dan penjagaan kesihatan yang sempurna. Banyak Faedah Bersenam Senaman merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup yang sihat. Oleh hal demikian, adik-adik disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin kesihatan diri. Adik-adik akan mendapat faedahnya sekiranya dilakukan dengan cara yang betul. Antara faedah yang adik-adik dapat ketika bersenam ialah tubuh badan menjadi cergas, dapat mengawal berat badan, membina stamina dan kekuatan, menguatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan, meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah, menguatkan otot, tulang dan sendi, mengurangkan tekanan mental, dan sebagainya. Dalam melakukan senaman, adik-adik boleh melakukan secara bersendirian, bersama keluarga atau kawan-kawan. Dalam hal ini, adik-adik hendaklah sentiasa melakukan senaman bagi mengekalkan tahap kesihatan. Selain aktiviti bersenam, penjagaan dari segi pemakanan juga merupakan cara terbaik dalam gaya hidup sihat. Dalam hal ini, adik-adik hendaklah mengamalkan pengambilan makanan berpandukan kepada makan secara sihat. Untuk memudahkan adik-adik, gunakan piramid makanan sebagai panduan pemakanan adik-adik.. Bagi pengetahuan adik-adik juga, cara pemakanan sihat boleh menghindarkan daripada penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi. Sebenarnya kedua jenis penyakit ini masih menjadi punca utama kematian di hospital di negara ini. Jadi, adikadik hendaklah menjaga aspek pemakanan seharian.

Secara berkumpulan, murid-murid perlulah :a) Mencari makna perkataan yang dimerahkan di dalam teks di atas.

b) Membina ayat berdasarkan perkataan tersebut. c) Menghantar seorang wakil bagi setiap kumpulan untuk membaca ayat yang telah dibina. KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Tahun : 6 Kemahiran Bahasa : Kemahiran Menulis Hasil Pembelajaran :10.0 10.1 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Huraian Hasil Pembelajaran :Aras 2 (2) : Menulis karangan menggunakan bahasa yang kreatif.

Cadangan Aktiviti (Mari Melancong) : 1. Guru membahagikan setiap murid kepada setiap negeri. 2. Guru meminta murid mencari tempat pelancongan menarik di negeri yang diberi di dalam internet. 3. Setelah maklumat diperolehi, guru meminta murid membuat karangan berdasarkan tempat yang dipilih.

Contoh karangan :Anda mempunyai seorang kenalan di luar Negara. Kenalan anda berminat untuk mengetahui tempat-tempat pelancongan yang terdapat di Malaysia. Tulis sepucuk surat kepadanya menceritakan tentang tempat pelancongan menarik yang terdapat di

Malaysia. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

KEMAHIRAN KECERDASAN PELBAGAI Tahun : 6 Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran 5.0 : Kemahiran Membaca dan Bertutur :-

Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai. 5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Huraian Hasil Pembelajaran:Aras 2 i. ii. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.

Cadangan Aktiviti (Mari Berpantun): 1. Guru menyediakan sebuah pantun nasihat. 2. Guru meminta beberapa orang pelajar membaca pantun tersebut dengan menggunakan intonasi yang betul. 3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 4. Guru meminta setiap kumpulan mengisi peta minda yang telah diberikan oleh guru. 5. Guru meminta setiap kumpulan membentang hasil kerja mereka.

Contoh Pantun : PANTUN NASIHAT Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sana Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan Berjaya Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuci Jangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semua Jika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia Secara berkumpulan, senaraikan nasihat yang terdapat di dalam pantun di atas.

CONTOH : Kita perlulah mengamalkan aktiiviti bergotong-royong.

PANTUN NASIHAT

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Tahun :4

Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran 8.0 8.2

: Kemahiran Menulis :-

Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk

Huraian Hasil Pembelajaran :Aras 3 i. Menulis karangan prosa.

Cadangan Aktiviti ( Kemalangan):1. Guru memberikan penerangan mengenai karangan jenis bergambar. 2. Guru memberikan gambar urutan peristiwa. 3. Guru meminta pelajar memahami gambar tersebut dan menceritakannya di hadapan kelas. 4. Setelah memahami gambar tersebut, guru meminta pelajar membuat sebuah karangan berdasarkan gambar bersiri tersebut dan menggunakan perkataan yang diberikan.

Contoh Karangan Gambar Bersiri :

Perhatikan dengan teliti gambar bersiri empat yang menunjukkan sebuah cerita. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, tulis sebuah karangan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang diberikan. Panjangnya karangan tersebut tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

Amar dan Haikal sahabat karib berjalan kaki- pulang dari sekolah-

Bergurau berlari - jalan raya

Melihat kereta menghampiri- Pengsan- kesal menjerit - dilanggar

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Tahun Kemahiran Bahasa :3 : Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Hasil Pembelajaran 3.0 3.1

:-

Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan Menyampaikan maklumat tentang sesuatu prkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1
i.

:-

Mengecam perkataan dan frasa yang sesuai untuk menyampaikan maklumat. Menyatakan maklumat berdasarkan bahan rangsangan.

ii.

Cadangan Aktiviti ( Ciptaan Masa Depan- Kereta):1. Guru memperkenalkan kepada pelajar mengenai jenis-jenis kereta yang terdapat di Malaysia. 2. Guru menayangkan kepada pelajar menggunakan Power Point gambar-gambar kenderaan. 3. Guru meminta pelajar menceritakan mengenai kereta yang pernah mereka naiki atau lihat di sekeliling mereka. 4. Guru meminta pelajar melakarkan kereta masa depan yang ingin mereka ciptakan.
5. Selepas melakar kereta tersebut, guru meminta pelajar menyenaraikan ciri-ciri

kereta rekaan mereka tersebut. 6. Guru meminta pelajar membentangkan hasil lakaran mereka dan guru meminta mereka menceritakan cirri-ciri kereta mereka tersebut di hadapan kelas.

Contoh Aktiviti :-

Ciri-ciri kereta daman saya ialah :a) Kereta saya berwarna merah. b) Kereta saya mempunyai dua pintu. c) Lampu kereta saya berwarna merah.

KAJIAN MASA DEPAN Tahun Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran 1.0 :6 : Kemahiran Membaca, Mendengar Dan Bertutur :-

Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila 1.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun. Huraian hasil Pembelajaran Aras 2 i. Menyumbang idea yang bernas dalam sesuatu diskusi dengan terperinci. :-

Cadangan Aktiviti (Jalan Menuju Kejayaan) :1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan keratan akhbar mengenai kejayaan orang cemerlang.

3. Guru memberi kata-kata perangsang kepada murid untuk mengikut jejak langkah seseorang yang cemerlang.
4. Guru meminta pelajar membuat peta minda mengenai peringkat-peringkat yang

perlu mereka lalui untuk mencapai kejayaan serta tempat pengajian yang mereka ingin masuki di masa depan. 5. Kemudian, setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. Contoh pelaksanaan : Contoh keratan akhbar kejayaan pelajar cemerlang Istimewanya gadis bernama Nik Nur Madihah PEPATAH ada berkata, permata jika dibuang ke laut akan menjadi pulau, dibuang ke lumpur akan tetap bercahaya. Itulah keunikan batu permata, seunik kecemerlangan gadis Melayu bernama Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, yang memperoleh 19 A1 dan satu A2 di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini. Nur Madihah dianugerahkan pakej lengkap sebagai gadis Melayu alaf baru, cantik bijak dan bersopan santun. Mengukur kejayaannya, sebesar cita-citanya juga yang ingin menjadi ahli Fizik serta berminat melanjutkan pelajaran ke Asia Barat untuk mendalami bahasa Arab. ''Saya belum membuat keputusan. Saya akan melakukan sembahyang istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT bagi membuat pilihan terbaik tempat melanjutkan pelajaran,'' katanya ketika beberapa tawaran melanjut pelajaran tiba kepadanya. Begitu telus jawapannya. Sejuk hati ibu yang mengandung sembilan bulan sembilan hari. Sesungguhnya Nur Madihah anak yang menginsafi kepayahan dan pengorbanan ibu dan bapa. Tuhan menguji ibu bapanya dengan mengurniakan perjalanan hidup yang begitu unik buat Nur Madihah. Kejayaan yang dicipta Nur Madihah merubah hidupnya dalam sekelip mata. Jika dulu dia belajar dengan apa yang ada, kini rezekinya ibarat bulan jatuh ke riba. Tanpa diminta, tanpa dirayu, semuanya tersedia di depan mata.

Dia ditawarkan biasiswa penuh oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran ke UK di peringkat A Level. Bank Negara dan Petronas yang turut menawarkan biasiswa kepadanya pula percaya hajat Nur Madihah mempelajari bahasa Arab akan tercapai tetapi tempat terbaik untuknya mencapai cita-cita menjadi ahli Fizik adalah di UK. Begitu murah rezeki Nur Madihah selepas kejayaannya diketahui seluruh negara. Malah saya pasti ketika gambar rumahnya terpapar di muka depan akhbar Utusan Malaysia pada hari Sabtu 14 Mac lalu, ramai yang tersentuh hati. Jika tidak pun menitis air mata tentu ramai yang mengeluh dan menggeleng kepala dengan kehidupan sukar yang dilalui gadis pintar ini. Mungkin tiada siapa pernah terfikir di rumah usang yang menjadi tempat dia berteduh daripada hujan dan panas itulah Nur Madihah menggilap kepintarannya. Kejayaan Nur Madihah telah membuka mata masyarakat terutama mereka yang selama ini meletakkan kesukaran hidup sebagai halangan untuk berjaya. Nur Madihah telah membuktikan ketidakselesaan dan kekurangan bukan penghalang untuk berjaya seperti orang lain tetapi itulah kekuatan yang menjadi pendorong kepadanya untuk mengubah nasibnya dan keluarga serta membahagiakan ibu bapa yang telah banyak berkorban.

Contoh Peta Minda

UPSR 5A Menggapai cita-cita Doktor

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Sains Faris Petra UNIVERSITI PMR 9A SPM 12 A Universiti Sains Malaysia

You might also like