You are on page 1of 12

PENGETAHUAN

Peringkat ini menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah,erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, terangkan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya. Contoh : a) Beri definisi pecahan b) Senaraikan langkah mengira operasi bahagi. c) bilakah operasi perpuluhan terjadi?

Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut: a) Berikan jawapan 3+4. b) Apakah jawapan 4-2? c) Di manakah terjadinya penambahan? d) Apakah nama hari selepas hari ahad?

KEFAHAMAN

Peringkat ini menguji kebolehan cara menterjemah, memahami dan menginterprestasikan fakta asa, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah : terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan,jelaskan, mengapa dan sebagainya.

Contoh : (a) Mengapa 3 x 8 = 24? (b) Terangkan dengan perkataan anda sendiri tentang taksonomi bloom (c) Huraikan maksud isipadu. Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut:

a) Mengapa kita perlu menggunakan operasi tambah di dalam soalan ini? b) Mengapakah pembahagian terjadi? c) Tuliskan huruf 1 hingga 20.

APLIKASI

Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang biasanya digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan, dan sebagainya.

Contoh : (a) Bagaimana cara membuat pengiraan dengan menggunakan formula? (b) Kirakan luas segitiga bersudut tegak yang mempunyai panjang sisi 3 cm, 4 cm, 5 cm.

Bagi kanak-kanak prasekolah, guru boleh menggunakan soalan seperti berikut: a) Bagaimanakah untuk menukarkan nombor pecahan menjadi nombor bulat ? b) Selesaikan hasil tambah 2 biji guli yang sedia ada dengan 3 biji guli yang diberikan oleh bapa. c) Carikan 3 perbezaan daripada gambar 1 dengan gambar 2.

PERINGKAT ANALISIS

Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor- faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan peringkat ini ialah bandingkan, bezakan, menganalisiskan, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, dan sebagainya.

Contoh : (a) Bezakan maksud kubus dan kuboid (b) Yang manakah ujian yang lebih sesuai digunakan dalam penilaian kemajuan : ujian objektif atau ujian subjektif ? Mengapa? (c) Bandingkan kelebihan menggunakan kalkulator dari mengira tanpa kalkulator. Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti:

a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus.

PERINGKAT SINTESIS
Peringkat sintesis ini menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat sintesis ini alah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan, dan sebagainya.

Contoh a) ) Dengan menggunakan kaedah induksi, rumuskan hukum tukar tertib bagi operasi darab. c) Bincangkan cara penyelesaian masalah yang sesuai yang yang menggunakan kaedah polya. Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti: a) Dengan menggabungkan 2 jenis warna merah dan putih, warnakan diatas kertas dan lihat hasil warna yang baru. Namakan warna tersebut. b) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna kuning. c) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok yang diberikan

PERINGKAT PENILAIAN
Peringkat ini adalah peringkat yang tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan pelajar membuktikan , mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu kenyataan, ciptaan , karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh : (a) Buktikan a2 =b2 + c2 dalam sebuah segitiga bersudut tegak dimana a ialah panjang sisi hipotenuse, b dan c ialah panjang sisi yang lain. (c) senaraikan nombor perdana antara 1 hingga 50 dan jelaskan sebab anda memilih nombor tersebut sebagai nombor perdana. Pada peringkat ini, guru tidak digalakkan untuk memberi soalan kepada kanak-kanak prasekolah kerana tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Guru prasekolah boleh memberikan soalan tetapi dalam bentuk yang mudah seperti: a) Beri kesimpulan pendek tentang 3+2 = 5 dan 2+3 =5. b) Beri pendapat awak tentang jalan pengiraan yang dibuat oleh kawan awak ini. c) Beri pendapat awak tentang pelajaran matematik pada hari

You might also like