You are on page 1of 6

TOKOH

ZAABA (ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD)


biodata
Nasionalis melayu yang gigih. Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bapanya- Ahmad bin Salim, sangat alim dan warak.

PENDIDIKAN
1907- SMK Linggi (sebelah petang belajar bahasa Arab) 1910-1915 St.Pauls Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge.

PENGALAMAN KERJA dan Sumbangan


1916- Guru bahasa Melayu di English College, Johor Bharu. Guru bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar. Mula berminat karang-mengarang.(menghasilkan karya untuk akhbar dan majalah dalam BI.

1939-Bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Menulis buku-buku pendidikan Melayu.

Semasa zaman Jepun, Zaaba bertugas sebagai juruhebah perang dalam bahasa Inggeris di radio Singapura. 1946-Bertugas sebagai Penterjemah Kanan Bahasa melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur. Mengarang buku untuk sekolah-sekolah Melayu.(buku yang penting menjadi rujukan ialah Pelita Bahasa Melayu. Menterjemah kesusasteraan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.
1

Menerbitkan buku IlmuMengarang Melayu yang menjadi buku teks sekolah selepas perang dunia kedua. Menulis rencana dalam Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS) bagi memperkenalkan kebudayaan Melayu kepada orang asing. Menulis mengenai bidang ekonomi, agama dan sikap Melayu(mengenai kemiskinan dan cara mengatsi masalah ekonomi orang Melayu.) Buku yang dihasilkan, Falsafah Takdir Penggal Satu(mendapat tentangan dan perbahasan ulama mengenai qada dan qadar yang diharamkan di Perak. 1947- dihantar ke London sebagai Pensyarah di Universiti London. 1953, kembali dari London- dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan pengajian Melayu. 1953- mengambil ujian kesarjanaan dari Universiti London ketika berusia 58 thn, berjaya mendapat Ijazah kelas kedua.

ANUGERAH
1956-dianugerahkan gelaran Pendeta semasa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru. 1959- dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya. 1962- dianugerahkan Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agung Malaysia yang bergelar Dato dan kemudiannya Tan Sri. 23 Jun 1973- sekali lagi dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan di Hari konvensyen pertama UKM.

KEMBALI KE RAHMATULLAH
Selasa 23 Oktober 1973, beliau kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai.

ASMAH HAJI OMAR


Professor Dr. Asmah Haji Omar ialah Professor Kerusi Tamudan Melayu Zaba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sebelum itu beliau ialah ahli akademik UM dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik pada tahun 2000. Beliau juga menulis tentang : -dialektologi Melayu -perhubungan antara bahasa Melayu dengan pandangan dunia penuturnya -berbagai-bagai aspek bahasa dalam masyarakat Malaysia. Penyelidikan Asmah termasuk : -huraian bahasa-bahasa Aslian, khususnya bahasa Kentakbong(Baling,Kedah) dan bahasa Mah Meri (Sepang, Selangor) -sosiolinguistik, etnolinguistik dan linguistic sejarah Dunia Melayu. Menjalankan penyelidikan tentang bahasa-bahasa orang asli di Sabah dan Sarawak. Beliau menerbitkan majalah tentang bahasa tersebut. Pencapaiannya yang utama antaranya ialah: -The Iban Language of Sarawak: A Gramatical Description (Bahasa Iban Sarawak: Huraian Kenahuan) sebuah tesis kedoktoran yang diserahkan kepada Universiti of Lon.don pada tahun 1969 dan diterbitkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka pada tahun 1981. -The Malay People of Malaysia and Their Languages (Orang Melayu Malaysia dan bahasa-bahasanya). Mengetuai pasukan penyelidikan bagi 2 siri rancangan Jejak Bahasa, penerbitan televisyen bersama antara DBP dan TV3.

NIK SAFIAH KARIM


BIODATA
Dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan.

PENDIDIKAN
Pendidikan awal di Sek.Ren. Inggeris Perempuan Kota Bharu(sekarang

Sek.Ren. Zainab) Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara,Kuala Lumpur.(sekarang Tunku Kurshiah,Seremban) sehingga tamat School Certificate. 1959-lulus Higher School Certificate di St. Francis Institution, Melaka. 1965-memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Linguistik di Universiti Malaya. 1975-memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA.

KERJAYA
1963-Tutor Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan diikuti dengan jawatan pensyarah dan professor madya di jabatan yang sama. 1982-1983 dan 1992-1994-Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial(2 kali) 1984-1986-Ketua Jabatan Pengajian melayu 1990-1992-Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu 1989-1990-beliau dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Disember 1994-bersara wajib dari Universiti Malaya tetapi telah disambung secara kontrak dengan memegang Kursi Pengajian Melayu sehingga Disember 1999. Diiktiraf sebagai Professor Adjing sehingga akhir tahun 2000.

PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN


4

Pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menerajui sebagai Presiden selama18 tahun. Mengasaskan 2 buah persatuan wanita iaitu : Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) -beliau kini menjadi ketua 1 Persatuan Siswazah Wanita Malaysia -beliau pernah dilantik sebagai Naib Yang Dipertua 1978-Dilantik ke majlis Penasihat Kebangsaan bagi mengintegrasikan wanita dalam pembangunan (NACIWID),badan yang tinggi bagi menasihati kerajaan tentang hal ehwal wanita. Kini, nama badan tersebut telah diubah kepada Majlis Penasihat Wanita Negara dan beliau sebagai pengerusi majlis. 2002-setelah bersara beliau diberi penghormatan oleh Universiti Malaya melalui pelantikan Professor Emiratus. Menjadi pakar rujuk bahasa Beliau telah berkhidmat dalam Lembaga Pengelola DBP selama 14 tahun. Beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM), dan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahaa Melayu (MABM) Beliau juga ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan dan ahli lembaga Amanah Penasihat Persatuan Perpustakaan Negara Malaysia. Menjadi pensyarah sambilan Rancangan Pengajian Gender di Universiti Malaya.

BUKU YANG DIHASILKAN


Tatabahasa Dewan Bahasa Malaysia Syntax Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu Malay Grammar for Academics and Professionals
5

JASA DAN SUMBANGAN


1989-Beliau dikurniakan Pingat Kesatria Mangku Negara(KMN) 1995-Johan Mangku Negara(JMN) 1997-Johan Panglima Negara(JPN) yang membawa gelaran Datuk. 1995-Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon bagi kecemerlangan dalam bidang pendidikan 1997-Anugerah Wanita Cemerlang sempena perayaan 50 tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej TUngku Kursiah 2001-Tokoh Ilmuan Bahasa 2001-Pingat Emas Tun Fatimah 2003-Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari UKM.

You might also like