You are on page 1of 14

Soalan 3. Berdasarkan gambar di bawah.

3. “ Rajiv, ______________ ayah angkat pasu bunga ini dan letakkannya di sudut
ruang tamu” kata ayah kepada Rajiv.
A. tolong
B. mohon
C. sila
D. jangan

4. Peraturan daripada _______________ menyatakan bahawa setiap kelahiran


mesti didaftarkan.
A. sekolah
B. balai polis
C. balai bomba
D. pejabat pendaftaran

5. Ahmad bermain badminton setelah menyiapkan kerja

sekolahnya. Apakah jenis ayat di atas?

A. Ayat tanya
B. Ayat penyata
C. Ayat tunggal
D. Ayat perintah

6. “Cikgu Maria, lihat di ________. Ada seorang murid menangis di tepi kantin.”
Kata Mei Ling sambil menunjuk ke arah seorang budak perempuan.
A. itu
B. ini
C. sini
D. sana

SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4/ MAC /MUKA SURAT 2
Soalan 7. Berdasarkan gambar di bawah.

7. Mohan _____________ anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Tahun 4 pada


minggu lepas.
A. berjaya
B. bersedia
C. berharap
D. menerima

8. Inspektor Ahmad : Terima kasih, Encik Lim kerana telah mengundang saya
ke
majlis makan malam kelmarin.
Encik Lim : Oh, sama-sama _____________ Inspektor Ahmad! kerana
sudi hadir.
A. Puan
B. Tuan
C. Encik
D. Datin

9. “Ampun ________, patik ada berita yang hendak dikhabarkan ”, kata


Bendahara kepada Sultan Mahmud.
A. beta
B. tuan
C. tuanku
D. baginda

10. “Persembahan lakonan tadi sungguh menarik. Yang melakonkan watak


itu
_____________?” tanya Jun Jie kepada Aisyah.
A. mengapa
B. siapa
C. bila
D. di

SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4/ MAC /MUKA SURAT 3
Soalan 11. Berdasarkan gambar di bawah.

11. Ming Han ____________ sambil mengucapkan tahniah kepada Vishnu


kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan
syarahan.
A. tersalam
B. bersalam
C. menyalam
D. disalam

12. “ ______________, malang sungguh nasibku hari ini!” keluh Pak Kassim
tentang hasil tangkapannya.
A. Cis
B. Wah
C. Aduhai
D. Aduh

13.Pilih perkataan yang mengandungi “e” pepet yang betul.


A. kepada
B. elakkan
C. berhemah
D. menyimen

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14.Aznan mengangkat barang-barang itu ke dalam bas.

A. Aznan masuk ke dalam bas lalu mengangkat barang.


B. Barang-barang mengangkat Aznan masuk ke dalam bas.
C. Barang-barang itu diangkat ke dalam bas oleh Aznan.
D. Barang-barang itu memasukkan Aznan ke dalam bas.

SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4/ MAC /MUKA SURAT 4
15.Murid-murid Tahun 4 Murni mengadakan majlis hari lahir untuk Kai Chun
selepas waktu rehat.

A. Murid-murid Tahun 4 Murni dan Kai Chun mengadakan majlis hari


lahir di kantin.
B. Kai Chun mengadakan majlis hari lahir untuk murid-murid Tahun 4
Murni selepas waktu rehat.
C. Murid-murid Tahun 4 Murni mengadakan majlis hari lahir untuk Kai
Chun semasa waktu rehat.
D.Selepas waktu rehat, murid-murid Tahun 4 Murni mengadakan majlis hari
lahir untuk Kai Chun.

Pilih ayat yang betul.

16.A. Ayah menghadiahi sebentuk cincin kepada ibu.


B. Ibu menghadiahkan kakak seutas rantai emas.
C. Pokok kelapa itu ditebang oleh ayah semalam.
D. Mohan bercita-cita menjadi doktor pakar kemudian dewasa nanti

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah ini kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Keluarga Encik Tan dan Puan Tan ialah contoh keluarga yang berjaya. Kedua-
dua anak mereka ialah lulusan dalam bidang perubatan. Anak ketiga mereka
pula sedang belajar di sebuah universiti dalam bidang pendidikan.

Chin Hong menjadikan sifat gigih bapanya sebagai teladan untuk berjaya.
Bapanya gigih belajar secara sambilan di universiti. Chin Hong juga menjadikan
sifat rajin abang-abangnya Chin Jun, Chin Jie dan Chin Huang sebagai
pendorong kejayaan.

Bagi Chin Hong, kemiskinan keluarganya pada masa lalu menjadikannya


bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Usaha bapa dan abang-abang
Chin Hong itu seperti “ berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.

17. Berapa orangkah anak-anak Encik Tan dan Puan Tan?

A. 4 C. 2
D.
B. 3 1

SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4/ MAC /MUKA SURAT 5
18. Apakah kejayaan abang-abang Chin Hong?

A. lulusan dalam bidang perubatan dan pendidikan


B. lulusan dalam bidang kejuruteraan

C. lulusan dalam bidang petanian


D. lulusan dalam bidang perniagaan

19. Siapakah yang dijadikan ikon pendorong kejayaan?

A. Ibunya

B. Ayah dan ibunya


C. Abangnya, Chin Huang sahaja.

D. Ayah dan abang-abangnya

20. Semua yang berikut adalah benar berdasarkan petikan kecuali

A. Puan Tan ialah isteri kepada Encik Tan.

B.Chin Hong berasal dari keluarga yang kaya.

C. Abang-abang Chin Hong sangat rajin belajar.

D. Bapa Chin Hong gigih belajar secara sambilan di universiti.


BAHAGIAN B

(30 MARKAH)

Soalan 21

Senaraikan kata berimbuhan apitan yang terdapat dalam petikan di bawah.

Kim Ho sekeluarga telah mengadakan majlis makan pada minggu lepas. Ramai
tetamu yang hadir dalam majlis tersebut. Ming Han, sepupu Kim Ho, tidak dapat
menghadiri majlis itu. Dia sedang belajar di Singapura. Oleh itu, dia telah
mengikuti majlis itu melalui Internet dari bilik sewanya. Ramai orang kenamaan
dan rakan-rakan yang hadir pada hari itu.

1. _______________________________________________

2. _______________________________________________

3. _______________________________________________

4. _______________________________________________

[4
markah]

SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4/ MAC /MUKA SURAT 7
Soalan 22

a.Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya : ____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Jawapan : Majlis Anugerah Kecemerlangan SJKC Taman Melati itu diadakan

pada hari Ahad.

[2
markah]

b.Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Datuk Bendahara,
sila
siasat apa yang telah
berlaku di hujung
kampung tadi.

________________________________________________________________________________
_ [2 markah]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4/ MAC /MUKA SURAT 8
c. Padankan maksud simpulan bahasa di bawah.

Simpulan bahasa Maksud

Ambil hati Memberi perhatian

Ambil berat Memikat hati

[2 markah]

Soalan 23

Bulatkan kata nama am tak hidup institusi yang terdapat dalam ayat di
bawah.

1. Sekolah baharu itu akan dibuka tahun hadapan.

2. Puan Fu melawat jirannya yang sakit di hospital.

3. Shantini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku semasa waktu rehat.

4. Bapa Aznan pergi ke pejabat pendaftaran untuk mendaftarkan

kelahiran anaknya yang baru lahir.

5. Encik Azmi bergegas ke balai bomba yang berhampiran untuk

melaporkan tentang kejadian kebakaran.

[5 markah]

SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4/ MAC /MUKA SURAT 9
Soalan 24

Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Atur cara
LAWATAN KE RUMAH KANAK-
8.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
KANAK
9.00 pagi : Ucapan pengurus Rumah Kanak-
SERI SURIA
kanak Seri Tampoi
Anjuran : Persatuan Bahasa Melayu
9.15 pagi : Persembahan
SJKC Taman Indah.
10.15 pagi : Gotong-royong membersihkan
Tarikh : 15 Ogos 2015
kawasan Rumah Kanak-kanak Seri
Tempat berkumpul : Dewan besar
Suria.
SJKC Taman Indah
1.00 tengah hari : Rehat dan makan tengah hari.

2.00 petang : Sukaneka

3.00 petang : Penyampaian hadiah

4.00 petang : Minum petang dan bersurai

a. Bilakah lawatan ke Rumah Kanak-kanak Seri Suria diadakan?

[1
markah]

b. Siapakah yang menganjurkan lawatan itu?

[2 markah]
c. Apakah aktiviti yang dilakukan selepas persembahan?

[2
markah]
SITI SURAYA BINTI MISRON / BAHASA MALAYSIA K1/ TAHUN 4/ MAC /MUKA SURAT 10
d. Berapa jam lawatan ke Rumah Kanak-kanak Seri Suria ini berlangsung?

[3 markah]

Soalan 25

Baca lirik lagu di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Marilah adikku marilah bernyanyi

Duduk di sini dengn senang hati

Kita sepakat bersatulah hati


Adikku sayang yang baik budi

Marilah adikku nyanyikanlah lagu

Menghargai bapa mentaati ibu


Kedua-duanya disanjung dipuja

Tidak dilupai jasa mereka

Sayangilah ibu sayangilah bapa

Hormati mereka setiap masa


Patuhi nasihat jangan derhaka

Ibu bapa kita pemimpin utama

Adikku sayang marilah berdendang


Nyanyikan lagu dengan rasa girang

Suburkan hati dengan kasih sayang

Semoga hidupmu ceria cemerlang


a. Apakah maksud sepakat dalam lirik di atas ?
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
[1 markah]

b. Apakah maksud rangkap kedua pada lirik lagu di atas ?


________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi penyataan


yang salah.

Patuhi ibu bapa dan jangan melawan cakap


mereka.

Lupakan jasa ibu bapa semasa kita senang.

[1
markah]

d. Nyatakan tiga cara menghargai jasa ibu bapa.

i. ___________________________________________________________________________
ii.___________________________________________________________________________

iii. __________________________________________________________________________
_
[3
markah]

You might also like