You are on page 1of 3

Majlis Hari Jadi

Terima kasih ****


Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir
yang ke-11. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di Taman
Gembira. Berbagai-bagai persiapan dan aktiviti telah dirancang oleh ibu dan
kakak saya.

Saya juga sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menghias dan
menggantung belon yang berwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja.
Kemudian, saya membantu kakak menghidang pelbagai jenis makanan. Ramai
kawan yang telah diundang hadir untuk memeriahkan majlis hari lahir saya pada
petang itu.

Masanya telah pun tiba. Ibu meletakkan kek di atas meja. Selepas itu, rakan-
rakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya. Mereka turut
memberikan hadiah kepada saya. Kemudian, kami pun menikmati juadah yang
terhidang di atas meja. Antara juadah tersebut seperti nasi beriani, ayam
goreng, kuih-muih dan kek. Masing-masing begitu berselera kerana perut pun
sudah lapar.

Setelah beberapa minit menikmati hidangan, beberapa orang rakan saya telah
membuat persembahan nyanyian. Selepas itu, kami telah menyusun kerusi dalam
bentuk bulatan untuk mengadakan aktiviti bermain kerusi muzik. Sesiapa yang
gagal duduk di kerusi apabila muzik dihentikan, akan terkeluar daripada
pertandingan tersebut. Kami tertawa geli hati apabila melihat pelbagai aksi
dan telatah rakan-rakan kami.

Seterusnya ialah acara membuka hadiah. Saya berasa terharu kerana


mendapat hadiah yang banyak dan berguna buat diri saya. Saya tidak lupa
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi hadiah kepada
saya.

Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan berpuas


hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Pasti majlis ini akan menjadi
kenangan terindah dalam hidup saya.

****Sekian,terima kasih
Banjir kilat

*** Terima Kasih

Sudah berhari –hari hujan turun dengan tidak berhenti-henti. Air sungai pula
semakin melimpah. Saya dan keluarga mula berasa cemas kalau-kalau berlaku
banjir di kampung kami.

Selepas beberapa jam,air mula memasuki setiap ruang di dalam rumah


saya. Paras air meningkat dengan begitu mendadak. Ayah mula mengangkat
beberapa barang elektrik untuk diletakkan di tempat tinggi.  Kakak pula
mengumpulkan dokumen-dokumen  penting ke dalam sebuah kotak untuk disimpan
di tempat yang lebih selamat.

Paras air meningkat dengan begitu mendadak sekali. Kami sekeluarga tidak
mampu untuk berbuat apa-apa lagi.  Demi untuk  menyelamatkan diri, kami.
Terpaksa memanjat bumbung rumah sementara menunggu diselamatkan.  Pada
ketika itu air sudah naik hingga ke paras bumbung . Kami sekeluarga terpaksa
berada di atas bumbung rumah selama semalaman.

Keesokan harinya, barulah pasukan penyelamat datang menyelamatkan


kami.   Kami sekeluarga kemudiannya di tempatkan di sebuah pusat pemindahan
banjir.  Semasa di balai raya, kami dan mangsa-mangsa banjir yang lain telah
diberikan bantuan makanan dan pakaian.    Kami semua terpaksa meninggal di situ
sementara menunggu banjir surut.

Selepas dua hari, banjir mulai surut, kami mula dibenarkan  pulang ke


rumah masing-masing.   Sewaktu berada di rumah, kami sekeluarga bergotong-
royong membersihkan persekitaran rumah yang kotor kesan daripada banjir
tersebut.

*** Pengajaran*** Hargailah sumber alam yang dianungerah kepada kita. Semua
pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah
banjir kilat. Sekian terima Kasih.

You might also like