You are on page 1of 4

Soalan Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya
agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan
berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan
memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi
mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara
berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju
dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan
membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu
yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka.
Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu
kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan
lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak
mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan
semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat
rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di
pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan
melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat
dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, ruparupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit
dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian
diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya
berwaspada setiap masa ?
A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.
B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.
C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.
D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala
anjing.

2.

Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk
menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?
A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
B Mengadakan kawalan pada waktu malam.
C Membuat jadual rondaan.
D Menangkap orang yang bersalah.

3.

Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?


A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.
B Di Kampung Kaki Bukit.
C Di Kampung Paya Dalam.
D Di pantai Kampung Paya Dalam.

4.

Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud


A mengalahkan kuasa.
B membuat keputusan.
C mengalihkan pendapat.
D mengalahkan kemahuan.

5.

Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak
buahnya ?
A Menjalankan kegiatan menyamun.
B Menjalankan kegiatan pecah rumah.
C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.
D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk
kampung.

Soalan Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jenis

Masa

Tempat

Kumpulan Umur

pertandingan
Pertandingan

8.00 pagi 12.00 Di kantin sekolah

mewarna

tengah hari

Pertandingan

8.00 pagi 10.00 Di dewan sekolah

bercerita

pagi

Mendeklamasikan

10.00 pagi 12.00 Di dewan sekolah

sajak

tengah hari

Mencari harta

2.00 petang 4.00 Di tempat

12 tahun dan

karun

petang

ditemani ibu bapa

Sukaneka

4.00 petang 6.00 Di padang sekolah

7 12 tahun dan

petang

para ibu bapa

1.

perhimpunan

5 7 tahun
8 10 tahun
10 12 tahun

Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ?
A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.
B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

2.

Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?
A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.
B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan
mendeklamasikan sajak.
C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..
D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

3.

Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai
suatu pertandingan.
Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
A Sukaneka.
B Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta karun.
D Mencari harta karun dan sukaneka.

4.

Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap
pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?
A Memendekkan masa pertandingan.
B Penyertaan perlu dihadkan.
C Menyediakan petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

5.

Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut
diadakan ?
A Untuk beradu kekuatan.
B Untuk mencungkil bakat.
C Untuk mengeratkan hubungan.
D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

You might also like