You are on page 1of 6

Karangan Fakta : Faedah Menyertai Kokurikulum

Soalan : Setiap pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti


kokurikulum.

Tulis tentang faedah-faedah menyertai kegiatan tersebut


selengkapnya.

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum


ialah perkhemahan, bersukan, berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti
kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.

Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman.


Kita akan belajar tentang latar belakang sukan atau persatuan,
matlamat ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti
pekhemahan, dan lawatan dapat menambahkan pengetahuan
dan pengalaman hidup.

Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita


tidak membuang masa dengan melakukan perkara sia-sia. Aktiviti
kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan
murid dari terdedah kepada unsur negatif yang terdapat di
persekitaran.

Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan


melalui aktiviti sukan. Bersukan akan membuatkan badan kita sihat
dan otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk


peribadi diri yang mulia untuk diri kita. Ia mengajar murid menepati
masa, bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab
dan amanah dalam melakukan tugas.

Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia


membentuk murid berakhlak mulia dan memupuk jati diri. Aktiviti
kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak
faedah kepada murid-murid.
Karangan Fakta : Faedah Menabung
Soalan : Kita sentiasa digalakkan menabung.

Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung.

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa


hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap


berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang segala
perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan
makanan ke sekolah. Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa
dapat disimpan didalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang


simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang
perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa


kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untu
mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan
apabila keluarga ditimpa musibah.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika


kita menyimpan wang didalam bank, kita akan mendapat
sebahagian keuntungan bank. Wang ini boleh digunakan untuk
kehidupan masa hadapan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu


mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit.
Karangan Syarahan : Faedah Bersukan

Soalan : Kamu telah terpilih sebagai Tokoh Olahragaan Sekolah


Kamu diminta menyampaikan syarahan tentang faedah-faedah
bersukan.
Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera saya
ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ”Faedah
Bersukan”.

Hadirin yang dikasihi,


Bersukan penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Jika bersukan,
tubuh kita sentiasa cergas manakala minda pula menjadi cerdas.
Keadaan ini pastinya dapat meningkatkan pretasi murid.

Sukan juga berupaya memupuk semangat positif. Antaranya


semangat juang, semangat sepasukan, serta semangat kesukanan.
Pemupukan ini akan membentuk jati diri murid itu sendiri.

Hadirin yang dihormati,


Di samping itu, bersukan memupuk perpaduan dalam karangan
masyarakat. Apatah lagi Malaysia, percampuran pelbagai kaum
dalam bidang sukan akan membentuk warga yang harmoni.

Selain itu sukan akan meningkatkan imej murid di mata masyarakat.


Murid yang berbakat dalam bidang sukan diberi layanan istimewa.
Lebih-lebih lagi sukan kini menjadi sebahagian daripada kerjaya.

Justeru, jadikan sukan amalan sepanjang hayat. Jika murid sihat,


produktiviti negara akan meningkat.
Karangan Berita : Kempen Minggu Kebersihan
Soalan : Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Kempen
Minggu Kebersihan. Tulis berita tentang Kempen Minggu Kebersihan
tersebut.

TEMERLOH, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah


mengadakan Kempen Minggu Kebersihan Sekolah. Tujuan kempen
ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah sentiasa
cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat
Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan
sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat
setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti
gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti
yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam pokok-
pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-
longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta
membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul,
parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut.

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok


bunga setiap seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum
ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram pokok-pokok
bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui


kempen ini. Selain ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan
sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah kolam untuk
memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.
Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini.
Sebelum kempen ini berakhir, satu jamuan makan tengah hari telah
diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas
kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga
sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
sentiasa bersih, cantik, dan ceria.
Contoh Karangan Kiriman Rasmi---Tidak Hadir Ke Sekolah

Tidak Hadir Ke Sekolah


Taufik bin Lahamid,
Batu 27, Jalan Kelubi,
Kampung Telok Gong,
78200 Kuala Sungai Baru,
Melaka.
__________________________________________________________________

Puan Emyliana binti Hamzah,


Guru Kelas Tahun Enam Inovatif,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang,
78300 Masjid Tanah,
Melaka. 19 MAC 2012.

Puan,

Tidak Hadir ke Sekolah

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya Taufik bin Lahamid ialah salah seorang murid Tahun Enam Inovatif. Saya
ingin memaklumkan kepada puan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah
selama dua hari. Tarikh saya tidak dapat hadir itu pada 19 dan 20 Mac 2012 iaitu
pada hari Isnin dan Selasa.

3. Saya tidak dapat hadir ke sekolah pada dua hari tersebut kerana demam.
Saya mengalami demam kerana terkena hujan panas pada hari semalamnya
sewaktu pergi membeli barang di kedai. Selepas saya pulang ke rumah, kepala
saya pening dan badan saya berasa menggigil.

4. Untuk pengetahuan puan, saya sudahpun dibawa oleh bapa saya ke klinik
untuk mendapat rawatan daripada doktor. Beliau telah memberi saya ubat
demam dan antibiotik. Doktor juga telah memberi saya surat cuti sakit selama
dua hari iaitu pada hari yang saya tidak hadir ke sekolah itu.

5. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat cuti sakit yang telah diberikan oleh
doktor untuk rujukan dan tindakan pihak puan. Saya meminta maaf jika
ketidakhadiran saya ke sekolah telah menimbulkan kesulitan kepada pihak
puan. Saya berjanji akan hadir ke sekolah setelah tempoh cuti sakit saya habis.
Saya juga akan menyiapkan semua kerja sekolah yang tidak dapat dibuat
selama saya tempoh saya tidak hadir tersebut.
Akhir kata, perhatian dan kerjasama pihak puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Taufik
……………………………
(TAUFIK BIN LAHAMID)
Murid Tahun Enam Inovatif,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tuang.

You might also like