You are on page 1of 10

12 amalan harian pelajar cemerlang

TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut: 1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah' dengannya. Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan. 2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti. Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri. Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur. 3. Bertekad dan sabar Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja. 4. Pengurusan masa Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan. 5. Istiqamah dengan jadual harian Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang. 6. Tidak mudah kecewa. Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu. 7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain. Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. 8. Berdoa.

Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan. 9. Mementingkan kesenangan jangka panjang. Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup. 10. Memikirkan pengorbanan keluarga. Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan. 11. Mencari rakan berdisiplin. Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri. 12. Sedikit tetapi berterusan. Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.

Permulaan tahun, penentuan akhir tahun


Oleh Dr. Ismail Zain

Jadual Panduan Keazaman

Permulaan tahun bersua kembali. Kebiasaannya bersempena dengan permulaan tahun ini pelajar akan membuat keazaman dengan pelbagai janji untuk dipenuhi sepanjang tahun. Namun

jika tidak disusuli dengan perancangan dan tindakan yang tepat dan berfokus maka keazaman akan lesap dan janji akan dimungkari oleh diri sendiri. Dengan erti kata yang lain perancangan di awal tahun ini akan menentukan hasilan di akhir tahun nanti. Oleh sebab itu pelajar-pelajar harus membuat penentuan, perancangan serta hala tuju yang tepat agar ia menjadi tonggak kepada hasilan tindakan. Beberapa panduan keazaman serta tindakan yang harus dilakukan di awal tahun ini dipaparkan pada jadual di atas. PERSIAPAN awal tahun boleh menjadikan anda pelajar yang cemerlang apabila tiba peperiksaan besar pada akhir tahun. Persiapan seawal mungkin penting untuk memulakan proses belajar. Tanpa persiapan yang baik, boleh menjadikan anda malas belajar. Hal ini akan merugikan pelajar sendiri kerana sifat malas akan menjejaskan penumpuan belajar serta mudah terjerumus dalam gejala ponteng sekolah. Oleh yang demikian marilah kita lihat bagaimana kita boleh membuat persiapan untuk belajar terutamanya di awal tahun ini. 1. Kekemasan diri. Pastikan kekemasan diri seperti kekemasan rambut, baju dan pakaian dalam keadaan yang sempurna. Elakkan daripada berambut panjang atau berpakaian selekeh kerana ini mengurangkan semangat untuk belajar. 2. Alatan sekolah. Buku, alat tulis dan buku nota yang sesuai harus disediakan supaya anda dapat mengikuti pelajaran daripada guru tanpa gangguan. 3. Disiplin diri. Setiap pelajar perlu mempunyai disiplin diri seperti rajin datang ke sekolah, belajar dengan tekun serta menghindari segala perbuatan yang melanggari tatasusila atau peraturan sekolah. Disiplin diri penting kerana dapat melatih diri kita supaya lebih bertanggungjawab serta mampu menumpukan perhatian ketika belajar. 4. Keazaman diri. Anda perlu mempunyai keazaman diri iaitu semangat untuk belajar. Hal ini adalah penting kerana selain daripada semangat yang diberikan oleh guru atau ibu bapa, semangat juga harus dipupuk daripada dalam diri sendiri. Seseorang pelajar yang bersemangat mampu menempuh segala cabaran dengan penuh kesabaran. Manakala pelajar yang tidak bersemangat mudah kecewa serta cepat menyerah kalah ketika berhadapan dengan cabaran. Oleh itu anda perlu membuat persiapan dengan rapi agar tahun 2008 ini mampu ditempuhi dengan penuh kejayaan. Selamat menyambut tahun 2008.

Motivasi membina aras harga diri

17/06/2005 12:03 p.m.

Oleh DR. ISMAIL ZAIN TIDAK dapat disangkal lagi bahawa aras keyakinan dan motivasi diri banyak bergantung kepada harga diri (self-esteem) seseorang pelajar. Saya akan huraikan beberapa strategi yang boleh dilakukan oleh diri sendiri guru serta ibu bapa untuk membantu seseorang pelajar meningkatkan aras harga diri. STRATEGI MEMBINA HARGA DIRI PERANAN PELAJAR (a) Bebaskan diri anda daripada sifat teragak-agak atau dikongkong dengan persoalan bolehkah saya? dalam melaksanakan sesuatu perkara yang positif. Oleh itu jangan melayani perasaan ini dan teruskan tindakan anda tanpa ragu-ragu untuk memenuhi potensi yang ada pada diri anda. (Contoh: Ketika menjawab soalan jangan rasa takut, malu, atau merasakan jawapan anda tidak baik atau tidak setanding dengan rakan-rakan yang lain, tetapi terus jawab dengan sepenuh hati dan sebaik mungkin kemudian tunggu apa yang akan diterangkan oleh guru. Ingat! anda adalah seorang pelajar dan sedang belajar. Oleh itu kesilapan yang berlaku ialah perkara biasa dan ia merupakan salah satu daripada proses pembelajaran). (b) Hormatilah keperluan dan impian yang anda ingini. Kenal pasti apa kehendak anda sebenarnya dan jangan cuma merungut sahaja. (Contoh: Tanya pada diri sendiri apa yang anda ingini sebagai seorang pelajar? Anggapkan keinginan anda itu boleh dicapai dan setanding dengan orang lain). (c) Tetapkan matlamat atau objektif yang boleh dicapai pada satu-satu situasi. Kemudian buat perancang dan lakukan tindakan yang spesifik dan sistematik untuk mencapai matlamat tersebut. (Contoh: Sewaktu belajar tetapkan masa, latihan yang hendak dibuat, dan tetapkan apa yang anda boleh pelajari dalam masa yang anda akan gunakan nanti. Gunakan pelbagai teknik untuk mencapai objektif anda seperti hafalan, catatan dan lakaran rajah atau peta minda. Uji diri sendiri dengan membuat latihan.) PERANAN GURU (a) Galakkan pelajar memberi pendapat dan gunakan alat pemikir (thinking tools) sewaktu berinteraksi. Contoh: apabila pelajar berinteraksi jangan biarkan pelajar diam, gelang kepala atau berkata tidak tahu. Galakkan mereka berkata sesuatu walaupun jawapan tersebut tidak tepat. Kaitkan jawapan pelajar dengan jawapan sebenarnya supaya terdapat anggapan pelajar bahawa jawapan yang diberikan adalah baik tetapi hanya tidak menepati kehendak soalan sahaja.

(b) Anggapkan apa yang diimpikan oleh pelajar ialah sesuatu yang terbaik pada dirinya. Beri bimbingan dan panduan bagaimana untuk mencapai keinginan pelajar. Contoh: Jika keinginan pelajar mendapat A dalam mata pelajaran Matematik, terangkan persiapan dan langkah satu persatu yang perlu dilakukan ke arah mencapainya. (c) Bantu pelajar untuk menentukan apa yang perlu dilakukan sewaktu belajar. Contoh: sewaktu pelajar mengulangkaji, pastikan mereka menetapkan tugas yang mereka hendak lakukan, berapa banyak latihan yang hendak dibuat dan tindakan susulan yang perlu diambil. PERANAN IBU BAPA (a) Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak mencuba dan jangan merendahkan kebolehan mereka. (b) Mengambil tahu tentang keinginan dan cita-cita anak. Memberi perangsang dan sokongan terhadap apa yang dicita-citanya. (c) Pastikan anak-anak mempunyai masa yang terancang. Memantau untuk melihat apa yang harus anak-anak lakukan dalam masa mereka berada di rumah. Mewujudkan keadaan di rumah yang selesa untuk belajar tanpa banyak gangguan. CABARAN DALAM KEHIDUPAN Setiap kehidupan akan menghadapi cabaran. Cabaran dalam satu definisi a situation or difficulty that tests ones ability to do something yang membawa maksud satu situasi atau kesukaran yang menguji kebolehan kita membuat sesuatu. Situasi - Cabaran hadir dalam pelbagai situasi, sama ada yang berkaitan dengan perubahan cuaca, perubahan teknologi, perubahan fizikal, mental atau rohani. Kesukaran - setiap situasi akan disusuli dengan kesukaran. Menguji kebolehan - setiap kesukaran pula adalah bertujuan untuk menguji kebolehan. Kebolehan berfikir, kebolehan bersabar dan kebolehan menyelesaikan masalah. Membuat sesuatu - Kebolehan yang diuji memerlukan kita melakukan sesuatu tindakan. Tanpa tindakan setiap cabaran akan berakhir dengan kegagalan tetapi jika disusuli dengan tindakan maka cabaran akan bertukar kepada kejayaan. Berdasarkan huraian di atas, sebagai seorang pelajar anda harus bijak mengharungi setiap cabaran yang diterima dengan hati yang terbuka, sabar dan mengambil inisiatif menyelesaikannya. Antara cabaran yang mungkin anda hadapi dan tindakan penyelesaian adalah seperti berikut: 1. Kesuntukan masa belajar Sediakan jadual belajar yang strategik (apa yang hendak dibuat pada masa yang spesifik) 2. Kesukaran memahami sesuatu perkara atau topik. Beri tumpuan

- Rujuk pelbagai sumber - Tanya guru - Buat latihan tambahan. 3. Bosan ketika belajar - Tentukan hala tuju (apa yang hendak diulang kaji). - Perlu ada bahan (pelbagai bahan). - Perlu ada aktiviti (membuat latihan, menghafal, membuat nota, membuat peta minda dan lainlain). 4. Tidak boleh beri tumpuan ketika belajar (di sekolah) - Cuba ubah tempat duduk. - Jangan duduk dengan rakan yang suka bersembang ketika guru mengajar. - Cari tempat duduk di hadapan atau yang tidak mempunyai halangan. - Pastikan anda tahu apakah topik yang sedang diajar oleh guru. - Bertanya guru dengan segera ketika terkeliru. - Catat nota ringkas atau lakarkan peta. 5. Tidak boleh beri tumpuan ketika belajar (di rumah) - Pastikan tempat belajar tidak terlalu berselerak. - Terhindar suasana kebisingan (atau gangguan radio dan TV). - Adakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan (tidak tertumpu pada satu cara belajar sahaja). - Pastikan sekurang-kurangnya anda telah memahami 40 peratus daripada apa yang diajar di kelas. - Boleh menjemput rakan untuk berbincang.

Membina amalan dan pemikiran yang sihat


16/08/2005 4:55 p.m.

KEJAYAAN dalam kehidupan biasanya dipengaruhi oleh seseorang yang telah berjaya. Lihat dan kajilah kejayaan yang telah dicapai oleh pelbagai tokoh perniagaan, pemimpin dan ahli akademik. Dalam kebanyakan kes mereka semua menunjukkan keazaman, kekuatan dan ketabahan dalam proses mengejar kejayaan.

Setiap pelajar perlu mempunyai model kejayaan. Setiap pelajar perlu mempunyai model kejayaan. Ini boleh dilakukan dengan membaca, melihat dan mendengar cerita perihal kejayaan mereka yang telah berjaya. Membaca buku yang menceritakan tokoh-tokoh terkenal perlulah dijadikan amalan di kalangan para pelajar. Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah: 1. Cara dan kaedah mereka belajar 2. Bagaimana mereka mendaki tangga kejayaan. 3. Dorongan yang mereka perolehi untuk menghasilkan kejayaan. 4. Sifat diri yang dipamerkan oleh mereka 5. Bagaimana mereka menghadapi halangan. 6. Penglihatan mereka dalam pelbagai kegiatan semasa di bangku sekolah. 7. Bijaksana ialah puncak daripada persahabatan yang kekal. MENJADI PELAJAR YANG POSITIF Sikap seseorang merupakan mainan minda. Cuba bayangkan suasana yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Anda terpaksa berkongsi bilik yang sempit dengan tiga rakan yang lain, makanan yang tidak sesedap masakan ibu dan lampu terpaksa dipadamkan tepat pada 11 malam. Apakah yang boleh anda bayangkan? Berikut adalah sebahagian daripada jawapan yang diterima: ``Saya akan berhadapan dengan masalah perhubungan dengan rakan sebilik.'' ``Tentu saya perlukan wang lebih untuk membeli makanan di kantin.'' ``Saya suka bersendirian - sudah pasti saya akan berhadapan dengan tekanan.'' ``Saya suka mengulang kaji pelajaran selepas tengah malam, jadi jika lampu dipadamkan lebih awal saya akan menghadapi masalah untuk belajar.'' Jawapan yang diberi merupakan pandangan spontan pelajar. Hampir kesemua pelajar memikirkan perkara yang negatif terlebih dahulu. Mereka berebut-rebut untuk menyatakan kesan yang tidak menyeronokkan.

PANDANGAN YANG BERSIFAT NEGATIF Jika minda anda telah berkata - anda akan menghadapi masalah - sebahagian besar daripada masalah itu telah mula berada di dalam diri anda. Sikap negatif ini akan memberi kesan kepada perwatakan anda dalam menghadapi proses pembelajaran. Memandangkan sikap seseorang itu bergantung kepada minda, anda perlu melihat sesuatu masalah atau kemungkinan masalah dari sudut yang berbeza. Bagaimana jika saya melihat kemungkinan keadaan di atas dari sudut yang lain pula, misalnya: . ``Rakan sebilik yang ramai mungkin boleh membantu saya dalam mata pelajaran yang lemah.'' ``Saya akan menukar masa tidur dan bangun lebih awal untuk mengulang kaji.'' ``Inilah peluang saya untuk menguruskan badan.'' ``Mungkin saya perlu menukar tingkah laku saya supaya lebih mudah bercampur dengan orang lain.'' Saya sendiri terpegun melihat bukti bagaimana besarnya peranan minda dalam kehidupan seseorang. Sebagai contoh, ketika isteri mengandung anak kedua, hampir semua doktor yang dilawati menyatakan anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan. Sehinggakan ada doktor yang mahu bertaruh dengan saya jika anak yang bakal dilahirkan adalah lelaki. Saya percaya - walaupun mampu disorok - isteri saya agak kecewa dengan perkhabaran tersebut kerana beliau benar-benar berkeinginan untuk menimang bayi lelaki setelah melahirkan anak perempuan. Semasa tiba saat-saat kelahiran, saya dapat melihat beliau menahan kesakitan. Namun semuanya hilang begitu sahaja apabila doktor menunjukkan bayi yang keluar adalah bayi lelaki. Ia bagai kuasa ajaib yang tidak mampu ditelah oleh saya. Selain itu, kenalilah diri anda dengan bertanya siapa saya? Adakah saya jujur? Adakah saya pemalu? Adakah saya pendiam? Adakah saya pemarah? Adakah saya sombong? Adakah saya sukar berubah?

Adakah saya suka kepada gosip? Adakah saya inginkan kejayaan? Adakah saya bertanggungjawab? Adakah saya sudah berpuas hati? Adakah saya inginkan kebahagiaan? Adakah saya ingin jadi pemenang? Adakah saya......? Bertanyalah kepada diri sendiri kerana jawapannya tersembunyi di balik pintu hati anda. Mesej yang ingin saya sampaikan ialah tekanan, kesakitan kegembiraan, kedukaan atau penderitaan terletak di dalam minda anda. Isteri saya hilang segala kesakitan kerana beliau lebih menumpukan kepada keseronokan mendapat bayi lelaki. Jika tidak - mindanya akan merasai segala kesakitan yang telah dilalui semasa dan selepas melahirkan anak. Malah mungkin lebih teruk daripada yang sepatutnya. Begitu juga dalam dunia pelajaran. Pelajar yang bersikap positif akan sentiasa mencari jawapan kepada masalah yang mungkin timbul. Tidak melihat masalah sebagai beban. Banyak kajian menunjukkan terdapat kaitan antara mereka yang bersifat positif dengan pembangunan diri pelajar. Antaranya adalah seperti berikut: ``Pelajar yang bersikap positif lebih bertenaga, bersemangat dan berhati waja.'' ``Sikap positif akan menaikkan kadar kreativiti pelajar.'' ``Sikap positif akan membentuk personaliti unggul.'' PELAJAR YANG BERSIKAP POSITIF BERSEDIA MENGHADAPI PERUBAHAN Bersikap positif bukanlah sesenang percakapan. Dalam kehidupan sehari-hari, kita sentiasa menghadapi banyak rintangan tanpa diduga.

Kehilangan orang yang dikasihi, menghadapi masalah kewangan ketika kita benar-benar memerlukannya, pertukaran guru yang disayangi, dan pelbagai masalah lain boleh menyebabkan pelajar secara tidak disedari menjadi seorang yang bersifat negatif. Membina sikap positif boleh dilakukan jika kita membebaskan minda kita daripada perkaraperkara yang rumit. Melihat sesuatu perkara dalam bentuk yang mudah, menggembirakan dan menyenangkan. Dalam proses tersebut kita mungkin perlu melakukan pelbagai tindakan yang tegas dan berdisiplin. Antaranya adalah seperti berikut: ``Tugas utama sebagai pelajar ialah menentukan kita berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam akademik di samping pembangunan diri. Jangan campur-adukkan dengan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada emosi yang tidak stabil.'' Dalam perhubungan kita akan terdapat perhubungan dengan rakan-rakan yang bersikap negatif. Terdapat dua kemungkinan, sama ada anda dapat mempengaruhi atau anda dipengaruhi oleh mereka. Ada masanya kita perlu menghapuskan perhubungan seumpama ini bagi menjaga sikap positif yang ada pada diri kita. Memastikan perseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani. Jangan jadi ulat buku tanpa mengambil kira aspek-aspek lain. Penumpuan pada satu perkara boleh menimbulkan ketegangan mental dan fizikal. Yang lebih penting ialah sikap bersederhana dalam setiap tindakan.

You might also like