You are on page 1of 7

TEKS MOTIVASI

MAJLIS RESTU ILMU


Tarikh : 3 FEB 2023 ( 7.30 PG )
Tempat : Dataran Perpaduan
BIL PERKARA CATATAN
1 UCAPAN PEMULA PENGERUSI MAJLIS

Yang Berusaha,
EN. SAHRUDIN BIN KASMAN
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Ampuan Rahimah
Yang Dihormati,
PUAN NORBAINI BINTI MOHD JAMIN
Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah
Yang Dihormati,
EN ABDUL AZIZ BIN ZAMZAM
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah
Yang Dihormati,
PN MUSLIHAH BINTI SARHAM
Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah
Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah

Seterusnya Yang Dikasihi,


Guru-guru Kanan Mata pelajaran, Barisan Kaunselor,
Guru-guru serta pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu `Alaikum W.B.T Dan Salam Sejahtera.
3
TIPS DAN MOTIVASI SPM
Alhamdulillah, pada pagi yang indah ini, marilah sama-
sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi,
kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya, kita diberikan
peluang untuk berhimpun dalam Majlis Restu Ilmu buat
anak-anak yang bakal menduduki SPM.

Pada pagi ini, Saya ingin memberi sedikit sentuhan yang


diharapkan dapat membantu anak-anak pelajar sepanjang
tempoh peperiksaan SPM berlangsung.

4 SEBELUM PEPERIKSAAN
Anakanda pelajar SPM yang saya kasihi,
Saya ingin memberikan anda semua tips yang berguna
pada tiga situasi iaitu sebelum menduduki peperiksaan,
ketika menduduki peperiksaan dan ketika anakanda
semua selesai menduduki peperiksaan.

Kita mulakan pada situasi semasa sebelum menduduki


peperiksaan.

1. Pastikan peralatan anda lengkap


i. Jangan sediakan peralatan anda pada waktu
pagi nak datang sekolah, malam sebelum
peperiksaan, cek semula peralatan anda,
adakah lengkap kesemuanya.
2. Pastikan anda mendapatkan rehat dan makan
minum yang mencukupi.
i. Jangan belajar sehingga lewat malam. Takut
anda mengantuk pada pagi semasa
menjawab peperiksaan.
ii. Jangan abaikan makan dan minum anda.
Ingat, makan makanan yang berkhasiat dan
makan ikut masa yang ditetapkan.
3. Tiba di dewan peperiksaan dengan lebih awal untuk
mengelakkan anda berasa cemas
i. Hal ini penting, maklumkan kepada parents
anda mengenai jadual peperiksaan anda.
Jangan jadi seperti yang lepas-lepas, ibunya
tidak mengejut beliau kerana ingatkan beliau
tiada paper pada hari berkenaan. Sedangkan
paper beliau bermula pada jam 8.30 pagi.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan
kejadian sama berulang, maklumkan jadual
kepada parents agar mereka sama-sama
alert dengan jadual anda.
ii. Hadir awal, agar anda lebih tenang sebelum
menjawab peperiksaan.

4. Kekalkan pemikiran yang positif dan tetapkan


matlamat yang realistik.
i. Anda telah bersekolah selama 11 tahun.
Pastikan usaha anda tidak sia-sia.
ii. Cikgu percaya, ramai dalam kalangan anda
menerima banyak tekanan daripada orang
sekeliling anda sebagai contohnya ibu bapa.
Mereka mungkin telah menetapkan satu
benchmark untuk anda semua capai. Mereka
mungkin sudah tetapkan skor-skor tertentu
atau membandingkan anda dengan anak Cik
Ani, jiran setaman dengan kamu. Nasihat
saya, jadikan kata-kata mereka sebagai
pembakar semangat dan bukan tekanan
pada diri kamu.
iii. Hal yang ingin saya tekankan, Apa yang
orang lain cakap tidak penting. What matter
is what you tell youself. Kamu yang kenal diri
kamu, kamu yang usaha dan kamu tahu
kemampuan kamu berada di tahap yang
mana.
iv. Pastikan matlamat/goals yang kamu tetapkan
adalah realistik berdasarkan kemampuan diri
kamu dan bukan berdasarkan apa yang
orang lain mahukan.
v. Selain itu, lihat performance kamu sebelum
ini. Sekiranya bagus, sudah tentu anda mahu
keputusan yang lebih baik.
vi. Sekiranya performance anda kurang baik
sebelum ini, jangan mengalah dan katakan
anda sudah terlambat. Walaupun SPM
bermula minggu depan atau esok sekalipun,
masa masih ada jika anda berusaha.

5 SEMASA MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Anakanda sekalian,
Kita melangkah ke situasi semasa anda menduduki
peperiksaan. Terdapat 5 perkara yang ingin saya
tekankan.
1. Pastikan maklumat peribadi anda lengkap dan
tepat.
2. Ingat kembali format soalan dan jawapan mengikut
subjek
3. Jangan ambil masa yang terlalu lama untuk satu
soalan.
4. Awasi masa dari semasa ke semasa.
5. Kekalkan fokus anda kepada diri sendiri.
i. Apa yang saya ingin ulas di sini, jangan
tengok kawan kamu. Sebagai contoh, ada
rakan anda yang dah siap dan keluar dewan
awal, kamu jangan fikir. “Eh kenapa dia dah
siap, saya masih banyak belum jawab ni”.
Abaikan situasi di sekeliling anda dan fokus
pada diri sendiri. Pastikan anda tidak hilang
fokus.

9 SELESAI MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Point berikutnya adalah ketika selesai menduduki
peperiksaan.
1. Elakkan berbincang tentang soalan
i. Keluar sahaja daripada dewan peperiksaan,
jangan tanya kawan kau jawab apa soalan no
5 tadi. Sebagai contohnya, kamu bertanya
kepada 5 orang rakan kamu dan mereka
menjawab A untuk soalan 5 sedangkan anda
menjawab B. Kamu akan mula rasa down
atau ragu-ragu. Jadi elakkan untuk
berbincang mengenai soalan yang dah lepas
dan jangan bagi peluang untuk kamu rasa
ragu-ragu. Apa yang perlu kamu buat
adalah..

2. Fokus kepada kertas berikutnya


i. Elakkan membuang masa kepada perkara
yang dah lepas atau perkara yang kamu tidak
boleh kawal. Masa tidak boleh diulang
kembali, kertas sudah berada di tangan
pemeriksa SPM. Jadi, kamu maju kehadapan
dan fokus sahaja pada kertas seterusnya.

3. Lakukan aktiviti self-care atau self reward


i. Okay, biasa tak kamu dengar perkataan self-
reward?
ii. Self-reward bukan semestinya kamu perlu
pergi healing ke pulau atau bercuti ke luar
negara.
iii. Beri ganjaran yang mudah atau simple
sahaja pada diri anda. Sebagai contohnya,
kamu dah selesai menjawab paper sejarah,
kamu reward diri kamu dengan makan
aiskrim atau coklat. Boleh juga kamu treat diri
kamu makan, MCD dan sebagainya. Beri
penghargaan pada diri kamu sendiri.

4. Saling memberi sokongan kepada rakan


i. Dalam 1 batch, kamu perlu bersatu. Sebagai
kawan, jika kamu nampak kawan anda
down , bantu mereka, bagi mereka sokongan
atau tenangkan mereka. Jangan anda sifat
pentingkan diri anda sendiri. Begitu juga jika
anda down, dapatkan juga sokongan
daripada rakan anda atau orang sekeliling.

5. Dapatkan rehat yang mencukupi.

10 TIPS TAMBAHAN
Rahimah mendapat input-input yang jelas mengenai
program yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini.

Anakanda sekalian,
Selain daripada tips yang telah cikgu berikan sebentar tadi,
suka kiranya cikgu kongsikan beberapa perkara dengan
anda.
1. Jangan abaikan kesihatan mental dan fizikal anda
2. Jangan membandingkan diri anda dengan orang
lain
3. Jangan berjaga lewat malam ketika musim
peperiksaan.
4. Jaga hubungan baik antara rakan, guru, keluarga
dan tuhan.
5. Membawa nota ringkas / flashcard / pocket notes
6. Kekalkan konsisten anda dalam ulangkaji.
Akhir kata daripada cikgu,

“Nobody can go back and start a new beginning, but


anyone can start today and make a new ending.”

Selamat maju jaya buat semua anakanda pelajar SPM


2022. Anda dah usaha yang terbaik, ini penentunya.
Semoga dipermudahkan segala urusan anakanda
sepanjang musim peperiksaan. Doa cikgu bersama anak-
anak semua. Jangan lupa sembahyang, jangan lupa doa.
Usaha, doa dan tawakkal. Sekian terima kasih.

You might also like