You are on page 1of 6

Pengenalan

Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan


Tamil Maha Ganesa Viddyasalai selama seminggu. Sekolah tersebut terletak di kampung halaman
saya dan ia merupakan sekolah rendah yang telah saya belajar dulu. Dalam konteks ini, saya telah
diberikan tugasan untuk memerhati dan menemubual salah seorang guru di sekolah yang menjurus
kepada aspek proses pengajaran yang digunakan oleh guru dengan melihat bagaimana guru
menangani aspek perbezaan individu dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran
dan seterusnya dikehendaki sediakan salah satu laporan temubual yang menjelaskan bagaimana
guru mempertimbangkan aspek fizikal, kognitif dan emosi dalam meningkatkan kualiti pengajaran di
bilik darjah.

Dalam konteks itu, saya dikehendaki untuk memerhati dan menebual guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Tamil bagi kelas yang sama untuk 4 hari. Namun, saya tidak diberi kebenaran
oleh Guru Besar sekolah tersebut untuk memerhatikan proses pengajaran dan pemudahcara(pdpc)
seorang guru untuk 4 hari atas alasan mengganggu privasi dan keselesaan guru tersebut dengan
anak murid mereka yang juga akan menjejaskan keberkesanan proses pdpc. Oleh itu, Guru Besar
menyuruh saya untuk memerhatikan proses pdpc 4 orang guru yang berbeza. Walaupun saya telah
menjelaskan tentang tugasan yang diberi, namun Guru Besar sekolah tersebut tetap dengan
pendirian beliau dan menyuruh saya untuk memerhatikan pdpc 4 orang guru yang berbeza. Saya
terpaksa akur dan menurut arahan yang diberikan kepada saya. Namun, saya membuat permintaan
kepada beliau untuk membenarkan saya memerhatikan 4 orang guru yang mengajar mata pelajar
Bahasa Tamil untuk tahun 5 agar mudah untuk membanding perbezaan strategi pengajaran yang
digunakan. Antara kelas-kelas yang telah saya membuat pemerhatian adalah kelas 5 Ros, 5 Orkid, 5
Melur dan juga 5 Mawar. Saya percaya maklumat-maklumat yang terdapat melalui pemerhatian
adalah lebih tepat dan benar.

Laporan PBS

Saya telah menemubual Cikgu Bahasa Tamil yang mengajar kelas 5 Orkid. Pertanyaan soalan
adalah berdasarkan aspek perbezaan individu berdasarkan kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah
laku, sosial dan juga bakat. Pertama sekali, guru telah dikemukakan dengan soalan tentang tindakan
yang boleh diambil oleh guru sekiranya murid tidak mematuhi peraturan di dalam bilik darjah.
Antara strategi yang telah dijelaskan oleh guru adalah guru telah mengatakan bahawa pertama
sekali, guru tersebut harus mengenalpasti punca seseorang murid tidak mematuhi peraturan bilik
darjah. Contohnya, sekiranya murid tidak menutup suis selepas keluar dari bilik darjah, guru harus
pastikan dahulu adakah murid terlupa ataupun saja tidak menutup suis. Selepas itu, guru harus
menjelaskan akibat sekiranya sesuatu peraturan tidak dipatuhi oleh murid. Akhir sekali, baru guru
boleh mengaplikasikan teknik peneguhan negatif seperti yang dinyatakan dalam teori ‘law of
effect’B.F Skinner(1983). Contohnya, seperti lambatkan waktu rehat, menarik ganjaran dan
sebagainya. Dengan cara tersebut, kita dapat mengawal tingkah laku pelajar yang berbeza dan
sebagainya. Dengan cara tersebut, kita dapat mengawal tingkah laku pelajar yang berbeza dan
seterusnya mengawal emosi mereka.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, hiperaktif merupakan sifat kanak-kanak yang terlampau
cergas pergerakkannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar dikawal. Oleh itu, guru telah
berkongsi maklumat tentang kaedah guru menangani murid yang hiperaktif di dalam bilik darjah dan
melalui penerangannya didapati bahawa murid yang hiperaktif sangat berminat terhadap ‘handson’
aktiviti. Justeru itu, didapati bahawa guru harus menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan
psikomotor untuk menarik minat murid hiperaktif terhadap proses pengajaran dan
pemudahcara(pdpc). Murid hiperaktif juga mudah bosan terhadap sesuatu aktiviti. Oleh itu, guru
harus memastikan aktiviti yang diberi tidak mengambil masa yang lama agar emosi mereka terkawal
dan murid juga tidak hilang fokus terhadap proses pdpc.

Gambar 1 menunjukkan cikgu menggunakan kaedah ‘handson’ dan dengan ini dapat dibuktikan
bahawa kaedah tersebut dapat mengawal emosi para pelajar.

Menurut pandangan Tang(1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh
dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk
menyelasaikan sesuatu masalah. Berdasarkan hal demikian, penerangan tentang cara melayan
emosi pelajar yang berlainan semasa pdpc juga diberikan secara jelas. Dengan itu, dapat difahami
setiap murid berasal daripada latar belakang keluarga yagn berbeza. Oleh itu, sewaktu proses pdpc,
setiap mereka akan menunjukkan emosi dan reaksi yang berbeza. Namun, guru harus sabar melayan
mereka dengan cuba memahami emosi mereka dan seterusnya merancang pdpc megikut tahap
kesediaan murid. Contohnya, pada waktu pertama dan kedua kebanyakkan murid masih akan
menunjukkan muka mengantuk dan tidak berminat untuk belajar. Oleh itu, guru waktu pertama dan
kedua hendaklah memulakan pdpc dengan sedikit senaman, pergerakan lokomotor, permainan kecil
dan sebagainya. Dengan itu, murid yang mempunyai masalah emosi dari segi masalah peribadi,
masalah mengantuk, muram, sedih dan lain-lain juga akan lupa seketika masalah mereka dan
menumpukkan perhatian terhadap proses pdpc.

Gambar rajah 2, menunjukkan guru menggunakan kaedah bersenam bagi memastikan


pelajar hilang rasa mengantuk dan seterusnya bertindak secara aktif di dalam kelas dan ia juga akan
menyebabkan pelajar berasa seronok untuk belajar di dalam kelas dan pada masa yang sama minat
terhadap guru dan juga mata pelajaran yang diajar akan meningkat secara tidak langsung.

Gambarajah 3 menunjukkan tentang kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk
menjalankan pdpc iaitu aktiviti kerja kumpulan. Namun, dapat diperhatikan bahawa terdapat
beberapa pelajar yang tidak suka berkomunikasi dengan rakan sekumpulan sewaktu aktiviti kerja
kumpulan dijalankan. Dalam hal demikian, beberapa strategi telah dikemukakan oleh guru bagi
mengatasi masalah tersebut. Antaranya, guru harus sentiasa memanggil nama murid tersebut dan
menyuruh mereka untuk berkomunikasi dengan murid-murid lain dalam kumpulan. Dengan ini,
pelajar tersebut dapat berasa bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh guru dan hal demikian akan
membuatkan pelajar tersebut cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi dengan rakan yang lain
sedikit demi sedikit. Lebih lagi, guru juga harus memberitahu murid-murid lain yang aktif agar
banyak berkomunikasi dengan pelajar yang pasif supaya mereka tidak berasa rendah diri.

Gambarajah 4 di atas merupakan aktiviti yang telah dijalankan waktu pdpc. Melalui
pemerhatian yang dijalankan, dapat dilihat bahawa pelajar yang didapati pasif dalam kelas
menunjukkan prestasi yang baik sewaktu aktiviti tersebut dijalankan. Sebagai penjelasan terhadap
tingkah laku pelajar tersebut, guru telah memberikan penerangan tentang cara guru menggalakkan
pelajar yang pasif mengambil bahagian dalam aktiviti pdpc. Antaranya adalah sekiranya seseorang
murid kelihatan pasif dalam aktiviti kumpulan, guru harus memberikan motivasi kepada murid
tersebut agar mempunyai semangat yang tinggi serta dapat menimbulkan kepercayaan dalam diri
bahawa mereka juga dapat memainkan peranan yang cukup baik dalam kelas dan juga percaya
bahawa mereka juga mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi dan seterusnya mereka akan
bertindak berani dalam melontarkan pendapat mahupun idea tentang sesuatu pembelajaran yang
dipelajari. Dengan itu, guru harus menyuruh murid yang kelihatan pasif dalam kelas untuk
membentang bagi kumpulan mereka agar dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan juga supaya
murid tersebut tidak tenggelam dalam dunia dia yang tersendiri kerana hal demikian akan
menyebabkan pelajar tersebut tidak memenuhi hasil pembelajaran sesuatu pdpc.

Gambarajah 5 menunjukkan guru menjalankan pdpc dengan menggunakan ‘Smart Tv’.


Melalui perhatian, didapati bahawa murid berasa sangat seronok untuk belajar dengan kaedah
pelajaran tersebut dan juga didapati bahawa mereka menunjukkan minat terhadap pdpc. Selain itu,
didapati bahawa guru telah menggunakan strategi pelajaran yang efektif iaitu mengajar daripada
yang senang kepada yang sukar. Seterusnya, melalui pemerhatian didapati bahawa pengajaran
melalui penggunaan ‘Smart Tv’ juga telah memberikan impak positif terhadap kefahaman murid
kerana ketika sesi soal jawab dijalankan mengenai topik yang telah dipelajari murid dapat
memberikan jawapan yang tepat dengan penuh gigih. Seterusnya,

Gambarajah 6 menunjukkan tentang kaedah kedua yang telah digunakan dalam pdpc, Guru
telah menggunakan kaedah ‘traffic light’ bagi menarik minat pelajar dalam kelas agar mereka tidak
berasa bosan. Guru telah menggunakan kaedah tersebut untuk mendapatkan respon pelajar tentang
kefahaman terhadap topik yang diajar dan dapat dilihat bahawa kebanyakan pelajar menunjukkan
warna hijau kepada guru yang bermaksud mereka faham mengenai objektif pembelajaran pada hari
tersebut, warna kuning bermaksud ada pelajar yang masih keliru dengan pembelajaran dan
seterusnya warna merah pula bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham dengan pembelajaran
pada hari tersebut. Melalui pemerhatian yang telah dijalankan pada kelas tersebut, didapati bahawa
sebanyak 80% murid menunjukkan warna hijau dan seramai 20% murid menunjukkan warna kuning
bahawa kurang faham tentang pembelajaran yang dijalankan pada hari tersebut. Dengan itu,

Gambarajah 7 menunjukkan langkah penyelesaian yang digunakan oleh guru bagi


meningkatkan kefahaman pelajar yang kurang mencapai objektif pembelajaran pada hari itu. Dalam
konteks itu, guru telah pergi ke tempat pelajar yang kurang faham dan mengajar mereka secara
individu dan pada masa yang sama guru telah menyuruh pelajar yang lebih faham tentang
pembelajaran tersebut untuk mengajar rakan yang kurang faham dengan motifnya iaitu dengan hal
demikian pelajar yang faham dapat meningkatkan kefahaman mereka secara lebih mendalam
tentang pembelajaran tersebut melalui perkongsian ilmu yang dipelajari dengan orang lain dan hal
demikian akan meningkatkan penerapan nilai murni dalam diri pelajar iaitu membantu orang lain
dan juga tidak bersifat kedekut ilmu. Secara tidak langsung hal demikian akan meningkatkan
penguasaan kemahiran komunikasi dan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar.

Gambarajah 8 menunjukkan strategi yang lain yang telah digunakan oleh guru bagi
mengatasi rasa kebosanan pelajar di dalam bilik darjah. Dalam konteks itu, guru telah menjalankan
pdpc dengan mengajar melalui ‘audio’. Kaedah tersebut dilaksanakan kerana terdapat segelintir
pelajar yang mempunyai kemahiran pendengaran yang tinggi berbanding kemahiran melihat.
Tambahan pula ‘audio’ tersebut telah dibunyikan beserta dengan sejenis muzik melodi yang
meningkatkan lagi rasa seronok dalam diri pelajar dan didapati bahawa muzik yang tenang dan aman
tersebut dapat mengawal emosi pelajar yang mempunyai masalah emosi yang berbeza. Melalui
pemerhatian, dapat dilihat bahawa tiada pelajar yang kelihatan bosan ketika kaedah tersebut
digunakan dalam pdpc. Seterusnya, dalam temubual, guru telah menyatakan beberapa strategi
pembelajaran yang digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah rasa kebosanan pelajar di dalam
bilik darjah. Antaranya, salah satu strategi yang selalu digunakan dalam proses pdpc adalah teknik
bermain kerana murid tidak pernah berasa bosan mahupun tidak tertarik terhadap teknik bermain
sebab mereka akan memberi kerjasama yang pada kepada guru sekiranya menggunakan teknik
bermain. Contohnya, guru boleh gunakan permainan ‘poison box’ bagi menjawab soalan-soalan
berkaitan pembelajaran dan pada masa yang sama mengadakan aktiviti permainan di luar bilik
darjah juga boleh meningkatkan keseronokan mereka terhadap pembelajaran. Tambahan pula,
kaedah tersebut juga harus dilakukan berdasarkan keupayaan pemikiran pelajar yang mempunyai
aspek kognitif yang berbeza. Seterusnya, strategi yang lain yang turut hilangkan kebosanan murid
adalah seperti teknik bercerita, main peranan dan sebagainya dan secara saintifik telah dibuktikan
bahawa murid sangat aktif dalam proses pdpc sekiranya aktiviti yang dijalankan adalah berpusatkan
murid.

Seterusnya, didapati bahawa terdapat beberapa cara yang digunakan bagi


mengembangkan bakat murid dalam bidang yang diminati oleh mereka. Antaranya, apabila
seseorang guru telah mengenalpasti bakat dan bidang yang diminati oleh murid, guru tersebut boleh
melibatkan murid -murid yang dikenalpasti dalam pertandingan yang sesuai dengan minat mereka.
Dengan itu, murid-murid tersebut bukan sahaja akan melibatkan diri secara bersemangat dalam
sesebuah pertandingan, namun ia juga akan membantu untuk mengembangkan bakat dan potensi
mereka dalam bidang yang diminati.

Seterusnya, dapat diperhatikan bahawa terdapat perbezaan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan di antara pelajar lemah dan pelajar cemerlang. Gambarajah 9
menunjukkan tentang kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar murid yang
cemerlang di mana guru telah memberikan latihan dan memberikan penerangan yang jelas tentang
kaedah menulis jawapan untuk soalan tersebut dan seterusnya murid diberikan masa tertentu untuk
menyiapkan latihan tersebut dengan sendiri tanpa bantuan orang lain dan guru hanya memainkan
peranan sebagai pembimbing dalam kaedah pengajaran tersebut.

Gambarajah 10 menunjukkan tentang kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk
mengajar murid yang berada dalam tahap sederhana dalam pelajaran. Dalam gambarajah tersebut,
dapat dilihat bahawa guru sedang mengajar dan membimbing pelajar untuk menulis jawapan tahap
demi tahap agar pelajar dapat mempunyai gambaran tentang teknik menjawab dan seterusnya
berusaha untuk membuatnya dengan sendiri.

Gambarajah 11 tersebut menunjukkan tentang kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru
untuk mengajar pelajar yang lemah. Dalam gambarajah tersebut, dapat dilihat bahawa guru telah
mengagihkan pelajar yang sangat lemah kepada sebuah kumpulan kecil dan didapati bahawa guru
hanya mengajar tentang pembelajaran yang sangat asas kerana mereka mudah faham dan dalam
konteks ini, difahamkan bahawa motif guru adalah untuk memastikan pelajar yang lemah ini dapat
mempelajari perkara yang mudah agar ia dapat membantu mereka untuk menskor markah yang
sekurang-kurangnya dapat membantu mereka untuk memperoleh gred lulus dalam peperiksaan
nanti. Dalam gambarajah tersebut, dapat juga lihat bahawa pengajaran dan pembelajaran masih
dijalankan berpusatkan murid. Sebagai bukti, dapat dilihat bahawa pelajar lemah yang telah
menguasai objektif pembelajaran yang asas sedang mengajar pelajar yang lain. Dalam sesi temubual,
guru telah menjelaskan tentang kaedah yang digunakan dimana bagi pelajar yang lemah, kaedah
yang digunakan lebih memfokuskan murid untuk menguasai sesebuah topik secara asas dimana
pelajar-pelajar lemah akan diajar cara yang mudah untuk menguasai kemahiran asas dalam
sesebuah topik. Manakala bagi murid-murid yang cemerlang,kaedah pembelajaran yang digunakan
akan lebih memfokuskan terhadap aktiviti pengajaran agar murid boleh mahir dalam sesebuah topik.

Seterusnya, Menurut Thorndike(1987-1949) berdasarkan teori pelaziman operan


mengatakan bahawa sistem ganjaran akan menimbulkan kesan positif dalam diri pelajar terhadap
pelajaran. Maka, penerangan telah diberikan oleh guru terhadap persoalan tentang bagaimana
ganjaran dapat meningkatkan prestasi pelajar di dalam bilik darjah. Guru telah mengatakan bahawa
walaupun sistem token ataupun ganjaran telah lama digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, namun murid masih menunjukkan minat dan semangat yang sama terhadap sistem
ganjaran. Justeru, murid ternyata lebih bersemangat dan mempunyai daya saing yang tinggi
sekiranya sistem ganjaran digunakan. Beliau juga mengatakan bahawa secara tidak langsung, sistem
ganjaran juga memastikan keberkesanan pdpc untuk mencapai objektif yang difokuskan. Seterusnya,

Gambarajah 11 menunjukkan kelas yang kondusif. Melalui pemerhatian, didapati bahawa


kelas kondusif meningkatkan semangat murid untuk hadir ke sekolah dengan perasaan gembira. Hal
demikian adalah kerana apabila murid berasa selesa dan kondusif dalam kelas, secara tidak langsung
ia juga akan meningkatkan minat murid terhadap proses pdpc yang akan memastikan penglibatan
aktif murid ketika guru mengajar.

Secara keseluruhannya, dapat diperhatikan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan oleh guru terhadap aspek perbezaan individu dengan mempertimbangkan aspek fizikal,
kognitif, dan emosi dalam meningkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah adalah sangat
kreatif, efektif dan juga kritis dan berada dalam tahap yang sangat memuaskan. Namun, saya telah
berpendapat bahawa kaedah pengajaran yang lebih efektif yang meningkatkan aras pemikiran taraf
tinggi harus diberikan tumpuan. Menurut the American Association Of School Administration(AASA)
mengatakan bahawa sekolah harus menyediakan peluang pendidikan dengan kurikulum berasaskan
projek yang auntentik dengan keadaan kehidupan sebenar, melibatkan murid menangani dan
menyelesaikan masalah kehidupan sebenar serta isu yang penting dalam kehidupan sejagat. Dalam
konteks ini, saya berpendapat bahawa guru harus menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kreativiti murid dan pada masa yang
sama membolehkan murid berfikir, menaakul, membuat keputusan bijak, bekerja sebagai ahli
pasukan dan melihat perhubungan dan perkaitan antara ilmu yang dipelajari merentas kurikulum.

Dalam hal demikian, saya berpendapat bahawa guru boleh menggunakan aktiviti ‘hot seat’yang
terkandung dalam pendekatan pembelajaran abad ke-21. ‘Hot Seat’ merupakan aktiviti susulan
selepas murid membuat bacaan dan kajian secara individu atau kumpulan. Cara pengendalian
aktiviti ini adalah seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi ‘pakar’, maka
‘pakar’tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain. Dengan ini, kita dapat
memenuhi pembelajaran bermakna 6 C yang merangkumi aspek 6 C iaitu Critical Thinking, Creative
Thinking, Collaboration, communication, character dan juga country. Dengan ini, jelaslah bahawa
murid yang mempunyai kriteria yang berbeza dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan
baik dan kefahaman mereka terhadap sesuatu objektif pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Seterusnya, saya berpendapat bahawa guru boleh menggunakan kaedah pengajaran


‘gallary walk’ yang merupakan antara salah satu strategi pengajaran yang sesuai dipraktikkan bagi
pembelajaran abad ke-21. Aktiviti ini akan dijalankan berdasarkan beberapa proses iaitu murid akan
dibahagikan kepada beberapa kumpulan, seterusnya pelajar perlu sediakan bahan dan akhirnya sesi
pembentangan akan dijalankan. Perbincangan secara berkumpulan dan juga student-centred ini
membolehkan pelajar untuk terhubung secara aktif semasa sesi pdpc. Mereka juga dapat
berkolabarasi dalam kumpulan kecil untuk berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui soalan,
dokumen, gambar, situasi dan juga teks. Secara keseluruhannya, keadah-kaedah tersebut dapat
membantu proses pengajaran dan pemudahcara dijalankan secara lebih efektif yang merangkumi
aspek perbezaan individu secara maksimum.

Rumusan
Kesimpulannya, dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) saya dapat
memerhati, menilai dan menganalisis tentang strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
oleh guru bagi memenuhi objektif pembelajaran di kalangan murid yang merangkumi aspek yang
berbeza dari segi fizikal, kognitif dan emosi dalam meningkatkan kualiti pengajaran di bilik darjah.
Saya percaya bahawa segala maklumat dan kaedah yang telah saya pelajari di sekolah ini dapat saya
aplikasikan dan praktikkan dalam praktikum mahupun setelah menjadi seorang guru sebenar pada
masa yang akan datang. Ribuan terima kasih dihulurkan kepada semua pihak sekolah sama ada
pengurus sekolah guru mahupun pekerja awam terhadap segala kerjasama dan tunjuk ajar yang
diberikan sepanjang saya berada di sekolah tersebut.

You might also like