You are on page 1of 2

Soalan 2

Secara berkumpulan, bincangkan bagaimanakah etika dan moral dalam masyarakat


majmuk seperti masyarakat di Malaysia dapat dipupuk dalam kalangan rakyat bagi
mencapai hasrat masyarakat yang maju dan bermoral?

Manusia dan akhlak atau moral merupakan dua identity penting yang membentuk
kemanusiaan dan menentukan eksistensinya, sama ada dihormati atau dihina. Etika dan mora
dalam masyarakat majmuk seperti masyarakat di Malaysia harus dipupuk dalam kalangan
masyarakat bagi memastikan rakyat negara sentiasa harmoni dan sejahtera. Etika dan moral
dapat dipupuk dalam kalangan rakyat dalam pelbagai cara dan kaedah.

Pertamanya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan
mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tolak ansur
dan rasa hormat-menghormati. Selain itu, Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan
dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititkeberatkan. Ini realiti harus difahami
dan diterima semua pihak.

Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara membolehkan


masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di
samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing. Walaupun rakyat Malaysia
terdiri daripada pelbagai penganut agama dan mengamalkan budaya berbeza, sifat
kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi merealisasikan
matlamat perpaduan nasional.

Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa
hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan harus diberi kepada usaha
membina sikap penerimaan diiringi nilai keluhuran budi pekerti dalam masyarakat. Selain itu,
keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat akan hanya dapat diwujudkan
jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap peranan masing-masing untuk
menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian.

Seterusnya , hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan
taruhan oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau kelompok tersendiri.
Tambahan pula, perlu ada belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan dan
kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan selamat
dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada
kita.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan ini.


Pemimpin pelbagai peringkat, terutama harus senada dalam merealisasikan agenda
perpaduan negara.

You might also like