You are on page 1of 4

PENGENALAN

Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara


kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang
awal. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel
(2008), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran
masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori,
merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.
Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi seseorang individu.
Teori utama dalam perkembangan kognitif yang menjadi fokus ialah teori ahli psikologi
Switzerland iaitu Jean Piaget. Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam
membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh
memainkan peranannya untuk membantu murid mencapai perkembangan kognitif
yang optimum. Oleh itu, pelbagai cara dan cadangan yang boleh digunakan oleh
seorang guru dalam meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak ini ke tahap
yang lebih tinggi.

CADANGAN

Sebagai seorang guru, haruslah membantu murid agar dapat mencapai


perkembangan kognitif yang optimum. Antara cara meningkatkan perkembangan
kognitif kanak-kanak ini ialah guru mestilah memberi peluang kepada murid-
murid melakukan aktiviti berbentuk permainan kanak-kanak bagi
mengembangkan kognitif murid. Aktiviti ini adalah berbentuk hands-on yang
melibatkan pelbagai deria dan psikomotor. Hal ini kerana, kanak-kanak banyak
menggunakan sensori motor atau anggota badannya untuk berinteraksi dan
memahami apa-apa yang ada di sekitarnya. Jika kanak-kanak diberikan patung yang
mengeluarkan bunyi apabila ditekan, mereka akan belajar dan memahami bahawa
apabila ditekan ia akan bertindak balas iaitu menghasilkan bunyi iaitu deria. Selain itu
juga aktiviti minds-on juga perlu dalam perkembangan kognitif ini. Sebagai contoh
permainan menyusun puzzle. Aktiviti menyusun puzzle ini melibatkan aktiviti seperti
hands-on dan minds-on. Permainan ini secara tidak langsung, meningkatkan
keupayaan kognitif kanak-kanak untuk berkembang kerana mereka berusaha ingin
mengetahui gambar yang mereka cuba susun dan juga menguji ketepatan mereka
dalam menyusun gambar dengan sempurna. Dengan bentuk pengajaran ini, mereka
akan membentuk skema untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya.

Selain itu, guru mesti menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit dalam
p&p untuk memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh dalam pembelajaran
matematik, murid-murid diajar menggunakan operasi tambah dan tolak. Bagi memberi
pemahaman kepada murid guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang
berada di sekelilingnya seperti ranting kayu, plastik, daun dan sebagainya.
Pendekatan seperti ini sangat sesuai untuk kanak-kanak peringkat umur 2 hingga 7
tahun iaitu pada peringkat Pra operasi kerana mereka lebih cepat belajar dengan
adanya bantuan objek atau fizikal. Penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit
ini juga boleh digunakan dalam kemahiran yang baru. Bahan-bahan mestilah menarik
dan sesuai dengan pembelajaran yang diajar. Sebagai contoh guru boleh
menggunakan gambar-gambar atau model sesuatu haiwan bagi mewakili objek yang
dipelajari oleh mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit ini sesuai
untuk menggantikan konsep-konsep pengajaran yang abstrak, kerana murid sekolah
rendah menghadapi masalah memahaminya kerana konsep-konsep tersebut tidak
memberi makna kepada mereka. Akibatnya mereka akan menggunakan cara
pembelajaran menghafal untuk menyelesaikan masalah.

Guru juga harus memperkembangkan kreativiti murid bagi membentuk


perkembangan kognitif mereka. Guru harus memberi peluang untuk murid
memperkembangkan kreativiti melalui aktiviti lukisan, muzik dan cerita fiksyen
tetapi dengan dengan perhatian yang rapi. Hal ini kerana murid-murid pada
peringkat Pra operasi ini merupakan kemuncak daya imaginasi dan fantasi.
Fenomena ini disebabkan kanak-kanak pada peringkat ini kurang faham dunia realiti,
pemikiran mereka amat imaginatif. Sebagai contoh guru-guru menceritakan cerita-
cerita imaginasi yang memberi tauladan seperti cerita kura-kura dan arnab. Dengan
memberi kisah yang bertauladan, murid-murid ini akan dapat membezakan perkara
yang benar daripada yang pura-pura. Melalui aktiviti melukis murid-murid boleh
menggambarkan objek yang dilihat di sekitarnya dan ini merupakan permulaan bagi
pembinaan konsep.
Selain daripada itu guru-guru juga perlu berhati-hati dengan penggunaan
perkataan pada peringkat Pra operasi ini. Kadang-kadang sesuatu perkataan
membawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagai makna.
Pada peringkat Pra operasi ini, kanak-kanak mempunyai keupayaan membuat
perwakilan mental terhadap benda-benda yang tidak kelihatan di depan mata.
Sebagai contoh, kanak-kanak berkata nak baring yang membawa maksud
sebenarnya ialah nak tidur. Jika guru tidak peka dalam hal ini, guru tidak dapat
memahami akan kemahuan murid-murid. Oleh itu, guru-guru harus mewujudkan
hubungan yang baik dengan ibu bapa dan berbincanglah tentang frasa-frasa yang
selalu digunakan di rumah agar guru dapat merancang pembelajaran yang sesuai
kepada murid-murid itu.

Seterusnya guru harus merancang aktiviti yang melibatkan kekekalan isipadu,


nombor, keluasan dan sebagainya. Sifat pengekalan ialah bilangan atau jumlah
elemen atau objek tetap walaupun susunan dan penglihatannya telah ditukar tetapi
dengan syarat, objek atau elemen tidak ditambah atau dikurangkan. Menurut Jean
Piaget, kanak-kanak pada tahap Pra opersi yang berumur 2 hingga 6 tahun belum
menguasai sifat pengekalan ini. Jadi, aktiviti melibatkan kekekalan ini belum sesuai
untuk diajar pada mereka. Kanak-kanak Pra operasi ini lebih baik diorganis pemikiran
mereka terlebih dahulu. Aktiviti melibatkan kekekalan ini sesuai untuk kanak-kanak
peringkat Operasi konkrit yang berumur 7 hingga 11 tahun. Dalam aktiviti ini, guru-
guru boleh melakukan aktiviti yang mudah terlebih dahulu iaitu dengan kekekalan
nombor. Hal ini kerana pada umur murid-murid 7 hingga 11 tahun ini, mereka lebih
mudah untuk belajar tentang nombor. Selepas selesai dengan nombor barulah guru-
guru boleh melakukan aktiviti kekalan isipadu, keluasan dan sebagainya. Dalam
menjalankan aktiviti kekekalan ini, guru-guru juga boleh menyelitkan aktiviti kebalikan
dan susunan songsang. Proses kebalikan ini mengajar mereka untuk tidak
terpengaruh oleh alam sekeliling. Apabila pengajaran tentang ini dilakukan, tidak
mustahil bahawa di akhir peringkat ini mereka akan menguasai kesemua kemahiran
kekekalan tetapi dengan kadar yang berbeza.

Bagi meningkat perkembangan kognitif kanak-kanak, guru haruslah memberi


arahan dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek dan disertai dengan
contoh yang mudah difahami. Contohnya, arahan untuk beratur di luar kelas atau
bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberikan dengan menggunakan ayat
yang mudah dan jelas. Guru juga boleh demonstrasi cara melakukan sesuatu dan
menyatakan mengikut langkah yang sistematik dan teratur. Arahan yang pendek dan
jelas ini akan memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.
Selain itu,guru juga mengemukakan konsep atau pandangan yang lebih luas dan
mebimbing mereka dalam menerokainya. Kanak-kanak pada peringkat Pra operasi
ini, susah untuk memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain.
Oleh itu, guru mesti menerima pendapat atau pandangan murid-murid terlebih dahulu
dan seterusnya membimbing mereka menerima pandangan orang lain. Sebagai
contoh, penjelas tentang nilai atau nasihat harus diberikan dalam bentuk ayat yang
mudah difahami kanak-kanak dan harus mempertimbangkan daripada sudut
pandangan kanak-kanak tersebut. Dengan cara ini, pemikiran mereka akan lebih
terbuka dan tidak hanya bertumpu kepada fakta semata-mata. Mereka juga dapat
mempelajari menerima pendangan orang lain jika pendapat orang tersebut adalah
benar.

Dalam meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak, guru haruslah mengelak


daripada berperanan sebagai penyampai maklumat. Hal ini kerana, pada peringkat
Pra operasi, kanak-kanak belum mahir dalam memahami sesuatu maklumat yang
disampaikan. Kanak-kanak hanya akan faham apabila guru-guru memberi peluang
untuk kanak-kanak ini membuat penerokaan dan penemuan konsep yang dipelajari
menggunakan daya pemikiran. Sebagai contoh, membuat eksperimen dalam subjek
sains tentang pertumbuhan biji benih. Dengan memberi mereka peluang untuk
melakukan eksperimen, murid akan lebih faham apa yang dipelajarinya dan
mengetahui berdasarkan pengalamannya. Dalam pada yang sama, aktiviti seperti ini
memberi peluang kepada murid-murid ini untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Oleh itu, guru harus membimbing mereka untuk mencari jalan penyelesaian. Guru-
guru juga boleh melaksanakan aktiviti soal jawab yang akan menggalakkan kanak-
kanak berfikir secara logik. Dalam aspek pembelajaran, guru juga boleh menyediakan
pembelajaran yang pelbagai. Bukan sahaja di dalam kelas malahan diluar kelas juga
boleh wujud pembelajaran. Sebagai contoh, melawat ke Zoo negara. Menunjukkan
gambar haiwan sebagai alat bantu mengajar atau alat konkrit sahaja di dalam kelas
tidak mencukupi, ia harus disertakan dengan pengalaman untuk memperkaya ingatan
mereka terhadap apa yang dipelajari. Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat
membuka minda mereka dan dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut.

Seterusnya, pembelajaran berbentuk pembacaan dan pembentangan


seharusnya dilakukan oleh guru. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan berbahasa
mereka kearah yang lebih baik. Sebagai contoh, setelah selesai guru bercerita tentang
cerita kanak-kanak, guru melakukan aktiviti iaitu menyuruh pelajar membentang balik
cerita dan menyatakan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut dengan cara
murid-murid itu sendiri mengikut kefahamannya. Apabila wujud aktiviti seperti ini,
murid-murid akan melahirkan ideanya sendiri. Dalam aktiviti ini juga murid-murid
bebas memberikan pandangannya sendiri dan kemudian guru membimbing mereka
untuk membentangkan idea-idea mereka dengan langkah-langkah yang mudah.

PENUTUP

Kesimpulannya, guru berperanan yang penting kepada kepada kanak-kanak dalam


mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Ini supaya kanak-kanak tiada
masalah untuk menghadapi peringkar perkembangan seterusnya. Jadi, guru mestilah
merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif. Selain itu, guru perlulah
membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan kognitif
ini. Penilaian dan pemantaun perkembangan ini, perlu dilakukan supaya ia konsisten
dan sentiasa terkawal. Guru perlulah cakna dan memberi perhatian dengan
perkembangan kognitif murid kerana tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza.
Dalam meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak ini, memerlukan konsisten
dalam pembelajaran dan haruslah sesuai mengikut tahap masing-masing. Oleh itu
guru haruslah sentiasa peka dan bertanggungjawab dalam perubahan dan
perkembangan ini.

You might also like