You are on page 1of 3

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut

peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan fizikal individu. Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang rendah. Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih komples. Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid. Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti menghiburkan para pelajar. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.

IMPLIKASI ASPEK PERKEMBANGAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM BILIK DARJAH
Mengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat kajian tentang bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain. Tetapi bidang psikologi adalah ilmu yang memahami diri mereka sendiri, membantu individu memperbaiki diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita mereka dalam norma-norma kehidupan seharian. Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa banyak faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan mencapai objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara faedah utama yang dapat membantu dan membentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P)

adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamatnya. Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna dan menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Aktiviti senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan individu murid. Contohnya seperti berlari, melompat, menendang dan sebagainya. Dalam pada itu, menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran agar mudah difahami oleh murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap masing-masing. Sama ada tahap rendah, sederhana ataupun baik. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar diri setiap murid bersedia dengan ilmu di dada dalam melangkah dan menghadapi masa akan datang. Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga hendaklah menarik minat perhatian murid. Murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Rakan sebaya banyak menyokong dalam aktiviti yang dilakukan terutama aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan berkongsi aktiviti sesama mereka dan melakukannya dengan rela hati dan bergembira. Sebagai contoh bermain bola sepak, bola jaring, tarian dan sebagainya. Seterusnya menyediakan pelajaran yang bermula daripada yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada yang umum kepada khusus dan sebagainya. Sesuatu proses pelajaran adalah berperingkat-peringkat mengikut setiap bab atau silibus subjek yang akan diajar. Ini dapat membantu kepada kefahaman murid, penghayatan murid, penghafalan murid dan berikutnya pengamalan murid dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh subjek agama, sains, pendidikan moral, pendidikan jasmani dan sebagainya. Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik serta bermakna terutamanya kepada diri murid juga dalam kehidupan mereka. Peranan guru memberi input yang berguna dan membantu perkembangan murid. Sebagai contoh cara-cara menggosok gigi. Hendaklah menggunakan berus gigi yang masih elok untuk digunakan. Menggunakan ubat gigi yang bagus kandungannya. Dan menggosok gigi dengan cara yang betul dan teratur. Tidak terlalu ganas dan menyakitkan. Hal ini membantu kepada kebersihan mulut, keyakinan diri, mengelak penyakit mulut, gusi atau gigi, dan berdikari. Justeru itu, melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan pelbagai aspek perkembangan murid. Ini dapat mengetahui di mana tahap pencapaian seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada apa yang disampaikan atau diajar diterima dengan baik ataupun tidak. Dalam masa yang sama, meningkatkan ingatan murid kerana pembelajaran adalah efektif dengan aras perkembangan mental mereka. Guru akan memberi nasihat dan peringatan melalui penekanan dalam menyedarkan diri murid betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan mereka. Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, rumusan dan sebagainya. Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Peranan ibubapa dirumah juga diharapkan dan digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran. Ini kerana ibubapa adalah orang yang paling hampir dan memahami keperluan mereka. Guru sebagai tunggak utama membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan.

Perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri perubahan dalam kehidupan seharian mereka . Perkembangan dan pertumbuhan akan seiring mengikut usia mereka.

You might also like