You are on page 1of 4

CARA-CARA GURU MEMBANTU MURID-MURID MENCAPAI PERKEMBANGAN YANG OPTIMUM Keberkesanan P & P dalam bilik darjah bergantung kepada

rancangan pengajaran guru mengikut peringkat perkembangan pelajar. Sehubungan itu, strategi P & P haruslah sesuai dengan perkembangan jasmani, kognitif, emosi dan sosial pelajar. Guru boleh membantu murid-murid mencapai perkembangan secara optimum melalui perkembangan jasmani, kognitif, emosi dan rohani serta perkembangan sosial. 1. Perkembangan Jasmani menguruskan pendidikan jasmani dan permainan serta kerja praktik mengikut perkembangan fizikal pelajar. Elakkan mengajar aktiviti jasmani dan permainan serta kerja praktik seperti aktiviti kemahiran hidup yang
1

kompleks jika perkembangan pelajar belum cukup matang menguruskannya. 2. Perkembangan Kognitif Merancang aktiviti pengajaranpembelajaran yang menarik dan bermakna. Menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk membentuk konsep dengan tepat. Bagi pelajar sekolah menengah, hubung kaitkan konsep konkrit dengan konsep abstrak. Isi pelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut pemeringkatan berikut : - daripada yang mudah kepada yang kompleks - daripada yang umum kepada yang khusus - daripada yang konkrit kepada yang abstrak
2

- daripada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada kepada - pengetahuan atau pengalaman yang baru. - daripada persekitaran dekat yang pernah dialami kepada persekitaran jauh yang belum dialami. 3. Perkembangan Emosi dan Rohani Memupuk emosi dan rohani pelajar yang sihat mengikut peringkat perkembangannya. Mengawal dan mencegah tingkah laku pelajar dan perkembangan rohani yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu. Bersifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dan rohani mereka dalam situasi tertentu.
3

Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani pelajar serta membimbing mereka menghadapi serta menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara yang berpatutan. 4. Perkembangan Sosial Menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk memupuk perkembangan sosial. Menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan permainan secara kumpulan berdasarkan peringkat perkembangan sosial pelajar. Aturkan aktiviti kumpulan supaya pelajar-pelajar dapat bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersama-sama.

You might also like