You are on page 1of 10

KESEDIAAN BELAJAR

Ditakrifkan sebagai satu tahap dimana seorang


individu bersedia untuk melakukan sesuatu
tingkahlaku dan membuatnya dengan baik.

Boleh dibahagikan kepada tiga jenis :


1)kesediaan afektif
2)kesediaan psikomotor
3)kesediaan kognitif
Dalam keadaan ini, seorang individu akan berasa
sangat puas apabila dapat melakukan sesuatu tugasan.
 Seseorang individu mesti bersedia dari aspek-aspek
kognitif, emosi, sosial dan fikizal.

 Seorang pelajar perlu bersedia untuk menjalankan


proses pembelajaran dan bergantung kepada faktor
pengalaman atau kematangan.

 Merujuk kepada hasil daripada perubahan fizikal dan


biologi dalam badan individu.
JENIS-JENIS KEMATANGAN :

Kematangan mental
Kematangan fizikal

Kematangan emosi
Kematangan sosial
Perubahan dalam pemikiran kognitif yang berlaku
dalam minda kanak-kanak. Kadar perkembangan
mental atau kognitif tidak sama untuk semua kanak-
kanak kerana ia berlaku mengikut peringkat umur.
Kematangan fizikal merujuk kepada perkembangan
mengikut organik dalam tubuh manusia iaitu ia akan
menjadi sempurna apabila seseorang mencapai akil
baligh.
Kematangan emosi merujuk kepada kebolehan
seseorang untuk mengawal aspek dalaman diri individu
itu sendiri.
Kematangan sosial merujuk kepada kebolehan murid
untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain
dalam aktiviti kumpulan.
TIGA JENIS KESEDIAAN BELAJAR :

I)Kesediaan afektif
II)Kesediaan kognitif
III)Kesediaan psikomotor
KESEDIAAN AFEKTIF
Merupakan kesediaan yang melibatkan emosi dan
perasaan seseorang.
Merupakan tahap kesediaan emosi seseorang untuk
menghadapi sesuatu situasi.
Murid yang afektif – tidak merasa takut atau
bimbang.
Guru perlu memastikan suasana P&P berada dalam
keadaan yang sedia dan bersahaja.
Murid yang afektif akan mewujudkan sikap keinginan
dan ketekunan
KESEDIAAN KOGNITIF
Kanak-kanak yang bersedia dari aspek kognitif akan
bersedia dari segi mental, menaakul, menganalisis dan
membina konsep dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
Guru mesti memastikan bahawa P&P adalah lebih
bermakna dengan menyediakan bahan yang berkaitan
dengan kehidupan.
Guru perlu mengelolakan aktiviti menyiasat,
mengumpul maklumat, membuat analisis dan inkuri
penemuan dalam proses P&P.
KESEDIAAN PSIKOMOTOR
Merujuk kepada penguasaan kemahiran yang
berpusat kepada tindakan fizikal.
Merangkumi penguasaan kemahiran motor kasar dan
motor halus.
Kemahiran psikomotor dapat dilihat dalam aktiviti-
aktiviti seperti bermain dengan bola, menulis dan
mewarna serta bermain di taman pra sekolah.
Murid harus diberitahu tentang objektif P&P dalam
kelas pendidikan jasmani.
IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN
KE ATAS PROSES P&P
Murid akan lebih sensitif terhadap kesediaan
belajar.
Memberi panduan kepada murid untuk mencipta
pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan
murid itu sendiri.
Murid didedahkan dengan gaya pembelajaran
yang betul dalam pembelajaran.
Murid akan memberi respond terhadap setiap
persekitaran pembelajaran.
Pelbagai teknik kemahiran belajar dapat memberi
kesan kepada kaedah pembelajaran yang fleksibel.
KESIMPULAN
 Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan
belajar yang berbeza. Oleh itu, kanak-kanak yang
sama umur tidak semestinya berada diperingkat
kesediaan belajar yang sama.
 Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan,
kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman.
 Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar
membolehkan guru melayani murid secara individu
atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza.

You might also like