You are on page 1of 2

 

KONSEP KEPELBAGAIAN PELAJAR KHUSUSNYA ASPEK PSIKOLOGI

Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu difahami dan dikaji khususnya dari aspek psikologi
kerana setiap individu pelajar boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian atau perbezaan dalam watak
personaliti individu-individu daripada norma kumpulan atau dari aspek kognitif, emosi, fizikal, sosial,
bakat dan sebagainya. Contohnya dari kognitif , setiap pelajar meyelesaikan soalan yang diberikan
oleh guru berbeza kerana kebolehan tersendiri otak masing-masing dan apabila pelajar mempunyai
masalah pembelajaran seperti kurang upaya kognitif seperti disleksia mencacatkan kebolehan murid
untuk mencapai pencapaian akademik yang lebih tinggi. Seorang guru perlu mengetahui pelajar
mereka itu mempunyai tahap latar belakang sosio ekonomi murid dan kapasiti keluarga yang
berbeza. Contonya guru itu mengajar subjek buah tempatan dan bukan tempatan esok hari dan
setiap pelajar perlu membawa buah-buahan tersebut ke sekolah. Dalam hal ini , guru perlu berfikir
bagaimana setiap pelajar itu mampu membuat tugasan dengan sebaik mungkin mengikut tahap
sosio ekonomi yang berbeza. Selain itu juga, setiap individu pelajar mempunyai kecerdasan yang
berbeza dari aspek linguistik, muzik, logik matematik, ruang, rohaniah, hubungan antara manusia,
kinestetik, dalaman diri, dan alam sekitar. Seseorang guru perlu mengaplikasikan kepelbagaian
kecerdasan dalam merancang proses dan strategi pengajaran dan pembelajaran  secara berkesan
dan baik. Kaedah ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak berfokus
pada satu-satu jenis kecerdasan sahaja sehingga membosankan pelajar. Sebaliknya, guru boleh
menjalankan pengajarannya  berdasarkan Sembilan kecerdasan yang disarankan oleh Howard
Gardner. Suasana pembelajaran yang sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi,
bersemangat dan berketerampilan untuk pelajar.Keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana
yang kolaboratif di antara guru dan pelajar di sekolah.

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan tersendiri serta mempunyai
personaliti yang berlainan disebabkan oleh pelbagai faktor yang mana sedikit sebanyak memberi
kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Kepelbagaian ini menyebabkan wujudnya
pelbagai gaya pembelajaran diantara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Jadi setiap guru perlu
menghadapi pelbagai ragam dan gaya setiap individu pelajar.
Sangat penting bagi setiap guru untuk menguasai dan memahami karakter pelajar dari aspek
psikologi terutamanya yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan pelajar supaya
proses pembelajaran yang berkesan dan cekap dapat diterapkan. Psikologi pendidikan amat berkait
rapat dengan perkembangan pelajar. Bidang psikologi dapat membantu dari segi perbezaan
pemikiran, fizikal dan tingkah laku serta emosi pelajar bagi memudahkan proses pembelajaran dan
pengajaran dijalankan secara efektif.

Perbezaan pertama adalah perbezaan kognitif iaitu pemikiran atau kepercayaan.setiap pelajar
mempunyai aras kognitif yang berlainan. Oleh itu, mereka memproses rangsangan yang diterima
daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan. Sebagai contoh, perempuan biasanya
memiliki pencapaian akademik yang lebih tinggi kerana mereka lebih rajin. Perbezaan fizikal pula
merupakan satu perbezaan yang ketara. Setiap pelajar berbeza dari aspek kekuatan fizikal. Secara
umumnya, tingkah laku dan fizikal lelaki lebih kasar dan agresif berbanding perempuan. Selain itu,
pelajar lelaki juga dapat menjalankan aktiviti yang lasak. Satu lagi perbezaan pada diri pelajar ialah
perbezaan emosi. Semua pelajar mempunyai tahap emosi yang berbeza kerana mereka berasal
daripada keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang
berlainan.

Kesimpulannya, setiap individu adalah berbeza. Tidak semua murid berjaya dalam pelajaran sahaja
dikira sebagai murid yang cerdas. Murid yang mempunyai kebolehan dalam bidang yang lain seperti
muzik, sukan dan lain-lain lagi juga dikira sebagai murid yang cerdas. Kecerdaan ini adalah mengikut
jenis kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu. Selain itu, gaya pembelajaran juga penting dalam
mempelajari sesuatu perkara. Guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid
untuk mengetahui atau mempelajari gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri mereka.

Saya setuju dengan penjelasan ini kerana

You might also like