You are on page 1of 7

Kuiz

KPP60304

Terdapat perbezaan antara murid/pelajar pendidikan khas dan pelajar luar biasa dalam aspek
kecerdasan pelbagai, trait personaliti, strategi dan gaya pembelajaran.
There are differences between special education and extraordinary students in terms of various
intelligences, personality traits, strategies and learning styles.

Melalui perbezaan-perbezaan tersebut, bagaimanakah seseorang instruktor/guru menguruskan


pembelajaran terhadap mereka sekiranya terlibat terhadap kedua-dua jenis murid/pelajar tersebut?
(7 markah)
Through these differences, how could an instructor /teacher manage their learning if they are involved
with both types of students?

Esei
Adam Saleeh (2003) menyakaan, Pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Semua insan di
dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individukurang upaya juga mempunyai
minat, Hasrat dan cita-cita yang standing dengan individu normal. Pendidikan adalah satu wadah utama
untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan
merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan
kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan. Setiap idividu berbeza dari segi lahiriah dan
rohaniah, kadar perkembangan, tingkah laku dan kebolehannya.

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang


mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh
lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-
dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya
mereka dapat merealisasikan potensi mereka ( Heward 2003 ).

Manakala Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk
memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak
dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar
biasa. Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas (KKBK) atau kanak-kanak istimewa Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih
sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak
yang berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan komunikasi,
perkembangan tingkah laku dan emosi atau ciri-ciri fizikal/saraf/otot . (Kirk dan rakan-rakan (1993)

1
Kuiz
KPP60304

Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian maklumat
melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi. Atan Long ( 1982 ) telah
mengatakan bahan bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh
disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan
dipancarkanpada skrin. Cara ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka
kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik. Contohnya kepada
murid-murid bekeprluan khas guru harus menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik minat
mereka mengikut keperluan mereka. Apabila guru menyediakan pengajaran guru harus aktiviti yang
berlainan bagi mereka. Sekiranya seorang murid khas dari penglihatan atau pendengaran guru harus
menggunakan kaedah yang lebih mudah bagi mempelajari sesuatu matapelajaran. Bagi murid – murid
luar biasa pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh
merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam
surat khabar tersebut.Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk
belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah hingga susah.
Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan mengikut tahap keupayaan
masing-masing. Pembelajaran berbantukan komputer amat menarik digunakan kerana mengandungi
elemen-elemen visual grafik yang dapat menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.

Kaedah seterusnya yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah perbezaan individu
ialah Kaedah Kumpulan. Kaedah ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan. Guru melihat
kanak-kanak secara individu dan mengumpulkan mereka yang sama atau haampir taraf kepada satu
kumpulan. Ini dapat memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran yang
bersesuaian. Kaedah berkumpulan ini juga dapat memberikan kesan yang baik kepada murid dan guru.
Sebahagian besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan kumpulan dan tidak dengan murid secara
individu. Dengan menggunkan keadah ini, guru dapat mengenal pasti punca kelemahan murid dan
memberikan penempuan yang sepenuhnya.

Selain itu, peneguhan positif dan negatif juga merupakan salah satu langkah untuk menangani
masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang
menunjukkan tingkah laku yang baik. Murid-murid bekeperluan khas dan murid – murid luar biasa akan
berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat peneguhan positif dengan mengatakan
“bagus” apabila murid dapat memberi jawapan yang betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas.
Peneguhan positif juga boleh diberikan dengan memberikan simbol bintang pada buku latihan murid
kerana dapat menyiapkan kerja dengan tulisan yang kemas dan cantik. Manakala, peneguhan negatif
untuk mengelakkan tingkah laku yang yang tidak disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan

2
Kuiz
KPP60304

muridnya membuat bising akan mengatakan bahawa, “Saya akan membenarkan murid yang telah
menyiapkan kerja keluar rehat lebih awal”. Oleh itu, murid akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk
keluar rehat lebih awal.
Di samping itu, bagi menangani masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza
pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan pelajar adalah sangat penting. Pelajar-pelajar yang
mempunyai minat atau keupayaan yang sama dikumpulkan di dalam kumpulan yang sama. Contohnya
guru hendaklah menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar
menggalakkan pelajar berfikir dan berkembang seterusnya. Sikap berani guru untuk meneroka pelbagai
cara dan aktiviti serta penyediaan ruang pembelajaran yang menjurus kepada usaha bagi memenuhi
minat dan keperluan individu. Guru harus merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai untuk menyeronokkan pelajar. Selain daripada itu, murid – murid bekeperluan khas perlu
dibimbing oleh guru menyediakan latihan individu untuk pelajar yang lambat. Bukan setakat sahaja,
latihan-latihan gerak kerja hendaklah disesuaikan dengan kebolehan pelajar-pelajar. Misalnya kepada
murid yang hyperaktif guru harus memberi Latihan yang sukar agar murid itu tidak menganggu murid lain
dan ia juga memberi ruang kepada murid tersebut untuk mempelajari sesuatu matapelajaran dengan
lebih mendalam. Apabila guru-guru memberi tugas mengikut minat pelajar mereka tidak akan berasa
bosan malah membuat tugasan mereka dengan lebih aktif. Dengan ini, mereka akan lebih cepat
memahami apa yang guru mengajar di dalam kelas dan mereka tidak dapat melupakan dengan secepat
mungkin.

Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti pengajaran dan
pembelajaran sehingga tamat (Abd. Ghafar, 2003). Antaranya, kuiz, perbincangan, percambahan idea,
lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan.Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan
bagi mengetahui tahap pencapaian dan kebolehan muridnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk
pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh, guru boleh memulakan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set induksi menggunakan tayangan
video, bercerita, bernasyid bagi murid bekeperluan khas. Manakala bagi murid – murid luar biasa guru
boleh bagi sesuatu aktiviti yang mengaktifkan diri mereka untuk pembelajaran. Secara langsung dapat
menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar.

Kesimpulannya, pengetahuan seseorang guru mengenai perbezaan individu dapat membantu


guru semasa merancang pembelajaran dan juga semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Melalui pengetahuan tersebut juga, seseorang guru sedar bahawa 30 hingga 40 orang
pelajar di dalam kelasnya mempunyai perbezaan-perbezaan yang tertentu. Justeru sebagai guru yang
dedikasi, adalah tidak wajar untuk melayan semua pelajarnya dengan satu cara yang sama sahaja.

3
Kuiz
KPP60304

Matlamat untuk melahirkan insan yang berilmu dan seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi
melalui pendidikan akan menjadi kenyataan.
Keunikan individu memerlukan gaya mengajar dan mengurus kelas yang tersendiri.
The uniqueness of the individual requires their own teaching style and manage class.

Secara ringkas, laporkan bagaimana anda telah mengendalikan penyelidikan terhadap murid/pelajar ini bagi
memastikan pengurusan kelas yang akan dilaksanakan dapat memenuhi keperluan mereka.
(3 markah)
Briefly, report on how you have conducted research on these students to ensure that the class management that
will be implemented can meet their needs.
(3 marks)

Jawapan :-

Bilik darjah atau kelas di sekolah penting sebagai medium bagi menjayakan proses pengajaran
dan pembelajaran. Pengajaran ialah perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang dirangka secara kreatif
dan menarik untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kebolehan dan kesungguhan pelajar dalam proses
ilmiah. Guru perlu menarik perhatian pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan mempelbagaikan
kaedah pengajaran. Pembelajaran pula ialah aktiviti atau proses di mana pelajar tersebut memperoleh
ilmu pengetahuan dan kemahiran baru serta mengaplikasikannya. Justeru, menjadikan pelajar lebih yakin
untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijaksana.

Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus.
Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya
menjadi lebih kondusif. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan
sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang
akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu, keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik
darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.

Guru merupakan pengurus dalam kelas kerana guru yang bertanggungjawab merancang,
melaksanakan, memimpin serta menilai para pelajar di bilik darjah. Peranan guru sebagai pengurus bilik
darjah amat penting dalam pengurusan bilik darjah adalah efisien. Kajian mendapati bahawa guru yang
menjadikan pengurusan bilik darjah sebagai proses mewujudkan dan mengekalkan keberkesanan
persekitaran pembelajaran akan cenderung untuk berjaya berbanding guru yang menekankan tugas
sebagai guru dispin dan pentadbir semata-mata (Good & Brophy; 1994, Jones & Jones, 2004).

Bagi melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, guru perlu tahu ilmu mengurus bilik
darjah dari segi iklim dan budaya persekitaran bilik darjah. Persekitaran pembelajaran yang kondusif

4
Kuiz
KPP60304

mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang
dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam
diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada suasana tersebut iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan peraturan
dan rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek susunan dan reka
bentuk fizikal, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding,
pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta aspek kebersihan. Bilik darjah yang teratur, kemas dan
bersih dapat memberikan gambaran keselesaan kepada murid dan mereka hendak berada di dalam bilik
tersebut. Keadaan ini memberi kesan kepada kemampuan guru menguruskan kelasnya dengan
berkesan. Selain itu, dari segi persekitaran psikososial pula merujuk kepada hubungan antara keperluan
emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat mempunyai ciri-ciri
seperti suasana selesa dan mesra, menggalakkan pembelajaran koperatif, suasana yang merangsang
pembelajaran dan sensitif dan peka kepada perbezaan individu. Faktor yang memberikan kesan kepada
persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran guru semasa di dalam bilik darjah.
Seterusnya, peraturan dan rutin bilik darjah. Guru yang berkesan akan membentuk peraturan dan
prosedur di dalam bilik darjahnya agar dapat mengurangkan gangguan dan meningkatkan pembelajaran.
Peraturan mesti ringkas dan jelas, bermakna dan dipersetujui oleh murid serta mesti adil dan bertujuan
membantu proses pembelajaran. Pengurusan rutin bilik darjah pula melibatkan tugas guru dalam 3
bidang utama iaitu (1) penyediaan, pentafsiran dan penyediaan rekod, (2) penyediaan pelaksanaan rutin
bilik darjah dan (3) pelaksanaan tugas-tugas lain.

Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau
subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif
terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek
diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Ada kalanya murid bertanya
perkara
melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan
menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan
kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan epistemologi disiplin tersebut. Lebih menarik dan efektif
sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid
akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan
datang. Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau sentiasa
menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan kepada guru tersebut dan hilang
minat. Jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan muridmurid berlanjutan, situasi ini akan
mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minat merekauntuk belajar.

5
Kuiz
KPP60304

Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan
pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.
Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori
dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan
sesuatu
kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau
penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran.
Kajian saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu
berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik. Guru perlu menunjukkan
bahawa kaedah yang digunakan amat berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan
komitmen murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini
dan menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan video. Walau
bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkahlaku dan intonasi suara, bercerita, memek
muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara efektif.

Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran.
Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-
guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan
kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling
berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik serta digemari yang membuktikan saling
communicate with interest and enthusiasm. Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya
mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima
dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap
individu murid dan melihatnya dengan penuh empati serta use intrinsic and extrinsic rewards more often
than penalties. Situasi sedemikian akan dapat menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang
menghasilkan keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat jangka pendek dan jangka panjang murid
dan guru. Masyarakat dan negara akan memperolehi manfaat seterusnya.

Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjukcara


perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam untuk
terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam
pengajaran. Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau kelas murid. Apabila guru
berjaya mencetuskan minat murid-murid, mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan sentiasa
mengunggu-nunggu kedatangan guru berkenaan. Ramai penyelidik psikologi mendapati bahawa minat
atau kecenderungan merupakan faktor utama penglibatan serius murid dalam sesuatu pembelajaran.
Diandaikan semut yang naik ke puncak Gunung Kinabalu kerana minat dan dorongan terdapatnya gula
atau manisan di Puncak Low.

6
Kuiz
KPP60304

Kesimpulannya, perguruan meliputi satu bidang yang luas. Pengurusan ini merangkumi
kebolehan guru merancang, mengelola, mengawal dan membuat refleksi agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya memajukan murid-murid. Pada masa yang
sama, guru juga perlu mengambil kira keperluan murid-muridnya iaitu keperluan fisiologii, psikologi dan
akademik. Pengetahuan tentang keperluan murid akan membantu perancangan pengajaran. Di samping
itu, perhubungan antara guru dengan murid memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang sihat. Pada masa yang sama, guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
nilai-nilai tertentu untuk menjadikan seorang guru yang efektif dalam pengajaran daln pembelajaran

You might also like