You are on page 1of 17

Secara amnya, kognitif bermaksud perolehan, penataan, dan penggunaan pengetahuan

(Neisser, 1976). Menurut Berk (2006) pula, proses kognitif merupakan proses dalaman
dan hasilan minda yang membawa kepada pegatahuan. Selain itu, proses ini
merangkumi segala aktiviti mental yakni mengingati, membuat perwakilan simbol,
mengkateogorikan, menyelesaikan masalah, mereka cipta, mengkhayalkan dan daya
imaginasi. Perkembangan kemahiran adalah berasaskan kepada perubahan struktur
mental kanak- kanak terhadap bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan,
penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak- kanak mengkoordinasi berbagaibagai cara memikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah, adalah salah satucara yang
boleh kita gunakan bagi mengukur perkembangan intelek mereka.
Dalam kurikulum prasekolah kebangsaan terdapat enam komponen
pembelajaraan dalam kurikulumiaitu kognitif, bahasa dan komunikasi, fizikal, sosiologi,
kerohanian dan moral serta estetika dan kreativiti. Koponen perkembangan kognitif
menjadi focus utama pendidikan awal kanak- kanak kerana keupayaaan kognitif
mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran serta memberi penekanana kepada
pemupukan sikap positif terhadap sains dan matematik. Penguasaan asas kemahiran
kognitif ini adalahsangat penting bagi memahami sesuatu konsep dalam komponen
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan teruatama dalam bahasa,agama serta ketaiviti dan
estetika.
Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan teori
utama perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh seorang ahli psikologi
Switzerland iaitu Jean Piaget. Beliau merupakan seorang ahli biologi yang cukup
terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk
menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh
berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila
berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal
sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia
(Gardner, 1973).
Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi
iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang
perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini telah
memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh

Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental.
Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul
yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola
yang

ditunjukkan

oleh

kanak-kanak

apabila

mereka

memberikan

sumbangan

pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan


kanak-kanak.
Teori Perkembangan Kognitif Piaget adalah sebuah teori yang telah
menjelaskan kaedah manusia mempersepsikan ilmu dan membina hipotesis secara
berperingkat. Selain itu, teori ini juga digunakan untuk menjelaskan bagaimana minda
manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam
membina ilmu. Oleh sedemikan, kami sebagai bakal pendidik atau guru yang akan
berurusan dengan kanak- kanak dalam pengajaran dan pembelajaran seharusnya
memahamii

proses

perkembangan

kognitif

dalam

pelajar

untuk

memastikan

perbelajaran kita terhadap kanak- kanak pada masa yang akan datang boleh mencapai
tahap optimum. Apabila kita berfokus kepada perkembangan kanak- kanak, kita akan
mencapai suatu kefahaman tentang apa- apa yang mereka dapat fahami, lakukan, rasai
dan terjadinya sesuatu pada umur tersebut. Dengan pengetahuan sekemikian, guru
dapat menentukan matlamat perbelajaran yang sesuai kepada tahap pengetahuan,
kemahiran serta perasaan kanak- kanak seterusnya melibatkan mereka dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Secara amnya, Piaget berpendapat bahawa proses pemikiran kita berubah
secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Dalam
proses ini, setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi
perubahan- perubahan yang berlaku di persekitaran mereka serta pemikiran mereka.
Sebab- sebab bagi perubahan pemikiran individu ini ialah kematangan biologi, interaksi
indivisu dengan persekitaran, pengalaman sosial, dan keseimbangan. Dalam konteks
kematangan biologi, Piaget berpendapat bahawa proses pemikiran seseorang adalah
dipengaruhi oleh faktor baka ataupun genetiknya. Faktor baka, ataupun dikenali sebagai
sebuah faktor biologi dan genetik akan mempengaruhi perkembangan manusia dari segi
kecerdasan individu , personaliti dan perangai serta pemikiran seseorang. Dalam
sebuah kajian yang telah dijalankan terhadap 348 pasangan kembar seiras dan 44
pasangan yang dipisahkan menunjukkan faktor baka mempunyai pengaruh yang kuat
berbanding persekitaran dalam tret-tret personaliti ( Rice 1992).
2

Manakala menurut

kajian, apabila anak-anak sudah meningkat dewasa, pengaruh baka semakin


berkurangan berbanding faktor persekitaran yang memainkan peranan yang lebih besar
dalam proses perkembangan ( Riese, 1990;dalam Rice, 1992). Anak-anak yang sudah
dewasa juga akan mempunyai personaliti tersendiri apabila mereka berjaya mencari
identiti mereka sendiri. Walaubagamanapun, faktor ini adalah sesuatu yang tidak dapat
diubah dan apa yang kita boleh lakukan adalah selalu bersyukur kepad Tuhan dan
melatih diri supaya menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Faktor kedua yang dapat mempengaruhi pemikiran individu ialah interaksi
individu dengan persekitaran. Pengaruh persekitaran di sini merujuk kepada pengaruh
yang diperolehi melalui memasuki diri sendiri dalam persekitaran dan pengalaman
sehingga

boleh

mempengaruhi

proses

perkembangan

individu

(Rice,

1992).

Persekitaran pula merangkumi segala pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak,


termasuk pengalaman, ketika berada di rumah, bersama dengan jiran dan bersama
rakan sebaya. Selain itu, perubahan pemikiran kanak- kanak juga dipengaruhi oleh
pemakanan, persekitaran di sekolah, masyarakat, sosio ekonomi, tahap pendidikan,
keluarga, media dan persekitaran dunia. Implikasinya, kanak- kanak mudah untuk
mengikut fikiran lain dan mengubah fikiran mereka terhadap semua perkara kerana
mereka belum cukup matang dalam membezakan perkara baik dan perkara buruk.
Ekoran daripada ini, pemikiran kanak- kanak mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya
mereka. Oleh sedemikian, kita selaku bakal guru harus selalu menunjukkan teladn yang
baik supaya dapatdicontohi oleh murid. Selain itu, kita perlu memberi perhatian kepada
perlakuan setiap pelajar yang kita ajar supaya mereka tidak terlibat dengan gejala sosial
yang tidak baik seperti ponteng, vandelisme mahupun merokok. Sekiranya kita
menjumpai pelajar yang selalu mempunyai bau rokok pada badannya, kami harus
memberi perhatian yang lebih kepada dia dan sekiranya mendapati dia merokok, kami
harus menegur dia ataupun memberitahu ibu bapanya supaya dia dapat menghindari
daripada merokok.
Menurut Piaget, pengalaman sosial juga merupakan antara faktor yang
mempengaruhi perkembangan kognitif kanak- kanak. Sebagai contoh, melalaui
pergaualan kanak- kanak denan orang di persekitarannya, perkembangan kognitif dalam
diri kanak- kanak itu dapat dipengaruhi. Hal ini disebabkan kanak- kanak akan
mencontohi perbuatan atau percakapan orang disekelilingnya dan sekiranya cara
tuturan orang tersebut adalah tidak berbudi bahasa maka kanak- kanak itu akan
3

dipengaruhi dan seterusnya mencontohi amalan tersebut. Oleh sedemikian, guru perlu
menjadi rapat dengan pelajarnya seta menjadikan mereka sebagai kawan supaya
pelajar akan mengemukan masalah kepada guru semasa menghadapi masalah.
Menurut Piaget, faktor keempat yang dapat menpengaruhi perkembangan
kanak- kanak ialah persekitaran yang ditimpa oleh mereka. Jean Piaget berpendapat
setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka dan kecenderungan
untuk memahami sesuatu situasi serta menyelesaikan sesuatu kekusutan sentiasa
berlaku pada setiap individu. Oelh sedemikian, seseorang itu akan berasa kurang selesa
seandainya berdepan dengan keadaan yang tidak terjangka dan keadaan yang tidak
menentu. Ketidakselesaan yang berlaku ini menyebabkan individu itu terdorong untuk
mencari penyelesaian atau keseimbangan dan seterusnya pertukaran fikiran dilakukan.
Walaubagaimanapun, dalam proses pertukaran fikiran kanak- kanak juga terdapat risiko
berlakunya pengaruh negatif dalam fikiran pelajar. Oleh sedemikian, guru harus menjadi
pembimbing kepada pelajar apabila pelajar mengamukan masalah yang dihadapiny
kepada guru.
Selain itu, penyelidikan piaget yang bertumpu kepada pemerhatian kanakkanak dalam persekitaran semula jadi mereka telah memperkenalkan empat konsep
yang penting, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi.
Skema adalah potensi am yang ada dalam pemikiran manusia untuk
melakukan sesuatu. Skema adalah dalam bentuk pengetahuan dunia berfungsi untuk
memandu tingkah laku individu. Manakala adaptasi merupakan proses mental yang
wujud akibat keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan
persekitaran. Dua aspek penyesuaian yang dialami oleh seseorang individu, iaitu
asimilasi dan akomodasi. Asimilasi dan akomodasi digunakan oleh kanak-kanak ketika
dia belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Setiap individu hendaklah
menyesuaikan diri dengan alam sekitarnya apabila umurnya meningkat. Ini melibatkan
asimilasi dan akomodasi. Seseorang individu itu menunjukkan asimilasi ketika dia
menggunakan gerak balas yang telah dipelajari kepada rangsangan yang baru.
Contohnya, seseorang yang tahu menunggang basikal tidak perlu belajar semula
tentang cara mengekalkan keseimbangan di atas kenderaan beroda dua. Pembelajaran
tentang cara mengekalkan keseimbangan di atas basikal akan membantunya
menunggang motosikal. Ini merupakan asimilasi. Walau bagaimanapun, untuk

menunggang motosikal, dia perlu mempelajari menggunakan klac motosikal. Perkara


baru yang dipelajari disebut akomodasi. Dengan ini jelaslah asimilasi dan akomodasi
berinteraksi untuk mendapatkan tingkah laku baru yang membantu seseorang individu
membuat penyesuaian dengan alam sekitarnya.
Jean Piaget amat terkenal dengan teori perkembangan kognitif. Menurut
beliau, tahap perkembangan kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir dan
dipengaruhi oleh unsur-unsur biologi. Selain itu, beliau juga percaya bahawa pemikiran
kanka- kanak berkembang mengikut satu siri peringkat yang kompleks dan setiap
satunya berkait rapat antara satu sama lain. Menurut beliau, perkembngan kognitif
kanak- kanak adalah dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu peringkat sensori motor,
peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan juga peringkat operasi formal yang
dbahagikan mengikut umur.
Menurut Piaget, perkembangan kognitif mempunyai empat aspek, iaitu
kematangan yang merupakan hasil perkembangan susunan syaraf, pengalaman yang
memerlukan hubungan timbal balik antara orgnisma dengann dunianya, interaksi
sosialyang bermaksud pengaruh-pengaruh yang diperoleh dalam hubungannya
dengann lingkungan sosial, dan ekullibrasi yang bermaksud kemampuan atau sistem
mengatur dalam diri organisma agar dia dapat mempertahankan keseimbangan alam
dan menyesuaikan diri terhadap lingkungannya.
Sistem yang mengatur dari dalam mempunyai dua faktor, iaitu skema dan
adaptasi. Skema berhubungan dengan pola tingkah laku yang teratur yang diperhatikan
oleh organisma yang merupakan akumulasi dari tingkah laku yang sederhana hingga
yang kompleks. Sedangkan adaptasi adalah fungsi penyesuaian terhadap lingkungan
yang terdiri atas proses asimilasi dan akomodasi.
Tahap Sensorimotor merupakan tahap yang paling awal dalam teori
perkambangan kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget. Pada tahap ini, bayi
mempunyai hubungan yang rapat antara badannya dengan persekitaran. Selain itu,
kebolehan sensorimotor bagi setiap bayi akan berkembang dari semasa ke semasa dan
hal ini membolehkan bayi untuk mempelajari tentang dirinya dengan melihat,
menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Selain itu, pada
peringkat ini juga bayi akan belajar melalui pemerhatian (observational learning) dan
meniru tingkah laku orang di sekelilingnya. (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam
5

perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan
melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan
Pada peringkat ini, bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan
pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan,
gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan
mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya.
Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau
hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular.
Pada peringkat ini, bayi akan mempunyai pengertian tentang bahagian badannya
yang tertentu. Selain itu, pengalaman bayi pada tahap ini juga akan memainkan
peranan yang penting untuk membentukkan tingkah laku kanak-kanak pada masa
yang akan datang. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap
pertama. Dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini adalah
bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan
sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem
pandangan dan gerakan tangan. Contohnya, apabila mendengar sesuatu bunyi, bayi
akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)


Pada tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan
pemerhatian yang lebih. Selain itu, kebanyakan tingkah laku bayi akan dihasilkan
daripada sesuatu proses pembelajaran dan dalam tahap ini bayi telah dapat
melakukan

tingkah

laku

baru

seperti

mengambil

sesuatu

barang

lalu

menggerakkannya. Tambahan pula, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek


dalam tangannya paad waktu ini. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang
mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang
tersebut.
6

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)


Peringkat ini dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud
sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan
mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan
daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Pada peringkat ini bayi sudah
mengetahui

sebab

akibat

sesuatu

keadaan

berlaku.

Contohnya,

apabila

menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)
Pada ketika ini, perubahan skema baru bayi berlau secara aktif melalui pengalaman
yang dilalui oleh bayi. Selain itu, pada peringkat ini juga bayi bertindak dengan santa
cepat untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada dalam
sesuatu situasi baru. Dalam tahap ini juga, bayi memperlihatkan kemajuan yang
pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep
yang kukuh tentang sesuatu objek. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba
pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)


Dalam peringkat ini akan berlaku kombinasi mental di mana kanak-kanak akan mula
mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.
Pada ketika ini, kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah dengan kaedah cuba
jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan.
kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu
dalam rumah tangga.
Pendek kata, pada peringkat ini, kanak-kanak banyak menggunakan deria
motor (seperti memegang) untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Misalnya,
apabila kanak-kanak ini menarik ekor kucing (aktiviti motor) perbuatan ini akan
menghasilkan jeritan yang kuat (pengalaman kederiaan). Selain itu, kanak-kanak juga
belum memperoleh konsep kewujudan objek pada peringkat ini. Hal ini bermakna

apabila suatu objek yang pernah dilihatnya telah disimpan, dia menganggap objek itu
tidak ada lagi.
Secara implikasinya, pada peringkat tersebut, ibu bapa dan pengasuh yang
menjaga bayi atau kanak-kanak tersebut perlu menyediakan aktiviti main yang
bersesuaian dengan umur mereka dan emahiran peniruan sepert aksi aksi fizikal dan
nteraksi sosial degan hali keluarga serta kenalan keluarga. Kemahiran- kemahiran ini
biasanya akan diperoleh secara spontan melalui penghayatan seharian.
Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap pra
operasional (preoperational stage), yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun.
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan
bahasa. Dalam tahap pra operasional pemikiran masih kacau dan tidak diorganisasi
secara baik. Buktinya, Piaget mengginakan istilah intuitive kerana kanak- kanak
kelihatam seolah- olah amat yakin dengan perkara yang mereka tahu, padahal ,ereka
kurang sedar tentang penggunaan pemikiran rasional. Hal ini disebabkan mereka masih
belum dapat menyusun dan mengkateogeori objek- objek dengan mantap. Oleh
sedemikian, guru selalu berpendapat bahawa pelajar dalam golongan ini mempunyai
pendirian yang sangat tinggi sehingga guru berasa susah untuk mengajar mereka
kerana mereka mempunyai pandangan yang tersendiri dan selalu menganggap mereka
betul. Oleh itu, guru boleh selalu membuat perbincangan dalam kelas untuk mencabar
prakonsep yang sedia ada pada dalam minda pelajar dan cuba membuktikan pelajar
kenapa konsep itu salah dan bagaimana konsep yang betul berfungsi. Dengan ini,
proses perubahan skema akan dilakukan dalam minda pelajar dan hakikatnya, sebuah
konsep baru dan betul akan dibentuk dalam permikiran pelajar.
Pemikiran

pra

operasional

adalah

awal

dari

kemampuan

untuk

merekonstruksi pada tahap pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah laku.
Oleh sedemikian, segala perlakuan dewasa yang mereka jumpai pada peringakt ini
berkemungkinan akan dicontohi oleh pelajar pada peringkat ini. Maka, guru harus
menjadi teladan yang baik kepada mereka supaya amalana muli dapatditerapkan dalam
perlakuan mereka. Sebagai contoh, guru harus selalu mengamalkan perlakuan yang
mulia seperti jujur dan bertanggungjawab serta menghindari perlakuan yang buruk
seperti merokok kerana segala perlakuan guru adalah di bawah pemerhatian pelajar dan

segala perlakuan yang tidak baik secara langsung akan ikutan pelaja pada masa yang
akan datang.
Pemikiran pra operasional juga mencakupi transisi dari penggunaan simbolsimbol primitif kepada yang lebih maju. Pada tahap ini, kanak-kanak menggunakan
simbol untuk mewakili objek-objek yang dilihat di sekelilingnya, sebagai contoh, mereka
akna menggunakan alat mainan dan mewakilinya sebagai kereta untuk ditolak di atas
lantai. Hal ini disebabkan sejak mereka bayi lagi mereka tealha biasa untuk memahami
sesuatu dengan pemerhatian dari motor- motor kasar seperti sentuhan dan suara. Oleh
sedemikian, guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk
memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran
menambah dan menolak, guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di
sekelilingnya seperti ranting kayu, batu, daun, dan lain-lain untuk

memudahkan

permahaman pelajar terhadap pelajaran tersebut.


Kanak-kanak akan bermula untuk bertutur tetapi pertuturannya bersifat
egosentrik, iaitu dia bercakap sendiri. Mereka juga tidak berminat untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain. Topik perbualan berkisar tentang dirinya. Hakikatnya,
pelajar pada peringkat ini selalu bersendirian dan tidak suka mengaul dengan orang lain.
Sekiranya amalan perseorangan ini tidak diselesaikan segera, maka pelajar tersebut
akan terus untuk hidup berseorangan dan secara tidak langsung kemahiran sosial dia
akan

menjadi

lemah

dan

berkemungkinan

tiada

kawan

sepanjang

zaman

persekolahannya. Oleh sedemikian, apabila guru menjumpai pelajar yang selalu senyap
di dalam kelas, maka guru boeh melantik pelajar itu sebagai pemimpin dalam kelas
suapya proses komunikasinya dengan rakan sekelas bermula. Ekoran daripada perkara
ini, pelajar tersebut akan berula untuk hidup bersosial.
Selain itu, menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat praoperasi ini
belum memperoleh konsep pengekalan. Sifat pengekalan merujuk kepada bilangan atau
jumlah sesuatu elemen tetap walaupun susunan atau penglihatannya telah ditukar
( dengan syarat bahan asal itu tidak ditambah atau dikurangkan). Contohnya, apabila
dua gelas yang diisi air (isi padu yang sama) dituangkan ke dalam dua bekas yang
berlainan; sebuah yang lebih tinggi dan sempit dan sebuah lagi bekas yang lebar dan
pendek. Apabila disoal bekas manakah yang mengandungi lebih banyak air, kanakkanak pada peringkat ini akan mengatakan bekas yang tinggi dan sempit itu. Kanak-

kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau
panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.
Maka, hal ini terbuktilah bahawa pandangan kanak- kanak yang tergolong pada
peringkat ini hanya bertumpu kepada aspek- aspek tertentu sahaja. Kesannya, mereka
akan menghadapi kesukaran untuk memahami konsep luas ataupun isipadu dalam topik
geometri nanti. Oleh sedemikian, guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid
agar dapat memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Maka,
guru harus memberi mereka peluang untuk mencuba sendiri tentang ketinggan aras air
dalam pelbagai jenis botal dengan mengunakan isipadu air yang betul agar mereka
dapat berfikir secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Dengan memberi
mereka peluang untuk melakukan eksperimen, murid-murid dapat membetulkan
prakonsep mereka yang salah selain daripada menimbapengalaman daripada amali
tesebut.
Seterusnya, kanak- kanak pada peringkat ini belum memperolehi Konsep
transformasi. Contohnya, apabila sebatang kayu diletakkan tegak dan kemudiannya
diletakkan secara mendatar, kanak-kanak tidak dapat menggambarkan perubahan yang
berlaku itu.

Hal ini disebabkan daya imaginasi adalah berpandukan pengalaman

sedangkan pengalaman pelajar tidak mencukupi lagi. Maka sekiranya perkara ini
berlarutan dan diabaikan, daya imaginasi pelajar pelajar tersebut tidak dapat
dikembangkan, hakikatnya pelajar itu tidak dapt menjawab soalan semasa peperiksaan
nanti. Oleh sedemikian, guru juga patut memberi peluang kepada murid untuk
melakukan `hands-on tenatng sesuatu ilmu, contohnya untuk membolehkan pelajar ilmu
keaapungan, guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan amali
tentang keapungan objek dalam air dengan pemantaauan supaya tidak berlaku
kemalangan. Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan eksperimen, muridmurid akan menimba pengalaman tentang ilmu keaapungan dan secar langsung,
mereka akan menjadi lebih faham dengan apa itu keaapungan berdasarkan
pengalamannya tadi.

10

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanakkanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara
egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Berkembangnya semangat
inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
Dengan kata lain, pemusatan pemerhatian mereka terhadap diri sendiri sudah pun
berkurangan. Tambahan pula, apabila proses pertukaran pandangan ini berlaku, maka
pelajar dapat memiliki idea yang lebih bernas jika dibandingkan dengan idea sebelum
ini. Utntuk merancakkan lagi proses pertukaran pandangan, semasa di kelas, murid
seharusnya diberi pembacaan dan pembentangan yang ringkas dan tersusun. Pada
masa yang sama, guru memberi peluang kepada murid-murid untuk melahirkankan
ideanya sendiri. Contohnya, guru akna memberikan mereka buku-buku yang mudah
untuk dibaca, iaitu buku yang mempunyai ayat-ayat mudah, kemudian beransur kepada
yang lebih kompleks. Kanak-kanak juga bebas untuk memberikan pandangannya
sendiri. Kemudian, guru membimbing kanak-kanak untuk membentangkan idea-idea
mereka dengan langkah-langkah mudah. Dengan menggunakan cara ini, fikiran mereka
akan diperkembangkan dan ekorannya, mereka dapat menghasilkan keputusan yang
lebih rasional pada masa depan.
Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar
bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa dan
dalam konteks ini, iaitu ibu bapa mereka ataupun guru. Daripada proses pertanyaaan
ini, kanak- kanak bermula untuk mengenali dunia ini. Oleh itu, guru harus bersabar
untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh mereka. Tambahan pulauntuk
menyelesaikan masalah kekurangan pengalaman diri kanak- kanak, guru boleh
menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak tidak semestinya
belajar dalam bilik darjah sahaja manakala seharusnya berikan mereka peluang untuk
merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran
mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru boleh membuat lawatan ke Zoo
Negara, taman yang berada di sekolah, dan sebagainya. Menerusi pengalaman ini,
mereka akan dapat membuka minda mereka dan dapat menikmati sendiri pengalaman
tersebut. Selain itu, guru juga harus mengelak daripada brperanan sebagai penyampai
maklumat semata0 mata manakala guru harus menyediakan peluang utu kanak- kanak
membuat penerokaan dan penemuan konsep yang dipelajari menggunakan daya
pemikiran. Oleh sedemikian, guru harus selalu mengallakkan kanak- kanak untuk berfikir
secara logical dan analitik.
11

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit
sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsepkonsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep
pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur
sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak
seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya
memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan,
tumbuhan dan sebagainya. Oleh itu, memastikan pelajar memahami pembelajaran, guru
harus mengajar mengikur sukatan pelajaran sahaja supaya tidak menyusahkan
pemahaman pelajar terhadap apa yang dipelajari.
Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap
ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh
beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.Dengan kata lain, kanakkanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang melibatkan peristiwa atau
objek yang konkrit (perkara yang boleh dilihat atau disentuh). Walau bagaimanapun,
keupayaan untuk memanipulasikan konsep dan idea pada tahap ni adalah terhad serta
bergantung pada objek yang boleh dilihat atau disentuh sahaja. Contohnya, kanakkanak pada tahap ini tidak mampu untuk berfikir tentang konsep-konsep yang abstrak
seperti demokrasi, keadilan dan seumpamanya. kanak-kanak digalakkan berkongsi dan
bekerjasama dalam pembelajaran mereka. Oleh sedemikian, alat bantu mengajar yang
3D amat perlu digunakan untuk membantu pengajaran guru. Contohnya guru boleh
menggunakan model 3D seperti bola plastik untuk mengajar apa rupanya sfera supaya
mereka lebih faham apa yang ingin guru sampaikan .Selain itu juga ,untuk subjek
matematik guru juga boleh menggunakan biji getah sebagai alat pengiraan

untuk

memudahkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah diajarkan oleh guru. Selain itu,
guru hendaklah mengurangkan arahan pengajaran dalam bentuk lisan malah perlu
memperbanyakkan menunjuk ajar (demonstrasi) kerana supaya pelajar lebih mengingati
imu pengetahuan tersebut.
Seterusnya ialah peringkat Operasi Formal iaitu kanak-kanak berumur 11
tahun ke atas. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan andaian dan jangkaan
berdasarkan fakta. Pemikiran mereka juga tidak lagi bertumpu kepada objek konkrit
semata-mata, namun boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis.
Sebagai contoh, mereka boleh memberi idea kepada punca kemalangan jalanraya.
12

Selain itu, kanak-kanak sudah boleh berfikir secara abstrak, iaitu menyelesaikan
masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak. Contohnya, 2y + 3y = 20.
apakah nilai y? Mereka juga boleh berfikir secara sistematik, iaitu memberi beberapa
kemungkinan penyelesaian. Contohnya, sekiranya anda pergi ke perkhemahan, anda
membawa 4 helai t-shirt, 4 helai seluar track dan 4 helai jaket, berapa kombinasi
pakaian yang akan anda perolehi? Hal ini menunjukkan bahawa permikiran mereka
sudah cukup matang dan untuk mnyelesaiakn masalah sebegini, guru harus sering
mengadakan perbincangan dengan murid- murid untuk mengetahui pemikiran mereka.
Dalam sesi perbincangan tersebut, guru seharuanya memberi peluang kepada pGuru
juga harus memeri galaakan kepada kanak- kanak untuk menggunakan pemikiran
konvergen, divergen dan metakognitif.
Selain itu, kanak-kanak juga telah berupaya untuk melakukan hipotesis dan mencari
alternatif untuk menyelesaikan masalah. Mereka sudah boleh menaakul secara induktif
dan deduktif. Pemikiran secara induktif merupakan berfikir aspek yang khusus kepada
yang lebih umum. Secara implikasinya, mereka dapat memberikan kesan pencemaran
sungai pada masa akan datang berdasarkan pencemaran sungai yang ada pada masa
sekarang. Oleh sedemikian, guru menggunakan pendekatan induktif untuk

mengajar mereka dan sesi Pelajaran dan Pengajaran dimuakan dengan guru
mengemukakan konsep yang luas dan seterusnya membimbing pelajar untuk
meneroka serta mengkaji konsep tersebut. Dalam proses ini, guru mesti
menerima pendapat pelajar dan bimbing mereka agar menerima pandangan
orang lain. Dengan cara ini, pemikiran pelajar akan lebih terbuka dan tidak hanya
bertumpu kepada fakta semata-mata. Mereka juga dapat mempelajari menerima
pandangan orang lain jika pendapat orang tersebut adalah benar.
Seterusnya, pada peringkat ini juga, egosentrik remaja juga telah timbul.
Mereka lebih fokus kepada idea dan pemikiran mereka sendiri dan susah menerima
pendapat orang lain. Hakikatnya, banyak guru akan menjadi marah apabila pelajar
bertanya soalan yang sama selama beberpa kali. Walaubagaimanapun, perasaan ingin
tahu pada pelajar itu kuat dan maka guru hendaklah menerangkan sesuatu konsep
dengan jelas, sabar, dan dengan fikiran yang terbuka. Jangan sekali- kali marah pelajar
apabila pelajar mengemukakan pendangan yang berbeza dan salah.

13

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanakkanak dalam mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah
merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah
disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk
mencapai perkembangan kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi
guru perlulah cakna dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat
ini.

REFLEKSI

14

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang
lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak
memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut.
Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah
untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya,
saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang
telah diberikan. Hal ini demikian kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang
diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah
tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan
berdasarkan kehendak tugasan sebenarnya telah disediakan lebih awal dalam kuliah
pada setiap minggu.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya
kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain
mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut
sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap
minggu. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan
baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan
dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan
tugasan dengan baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil
beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi
cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam subjek ini,
saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai
kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan computer dan kerja-kerja amali. Hal ini
demikian kerana, secara keseluruhannya amali dan tugasan yang perlu dilaksanakan
menggunakan komputer selaras dengan panduan perlaksanaan. Oleh itu, sebagai
pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer
dengan baik serta berkebolehan melakukan kerja-kerja amali. Jika seseorang guru
15

boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah


pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.
Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak
dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah
aktiviti pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam
membantu guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan
mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak
cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut haruslah benar-benar dapat membantu
keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea
seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.
Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah mengutamakan ciri-ciri tempatan
dan dekat dengan persekitaran murid dalam memilih dan menggunakan bahan-bahan
untuk aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri tempatan atau setempat yang dimaksudkan di sini
ialah ciri-ciri yang biasa dilihat oleh murid di persekitaran mereka. Dalam kata lain,
perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang sangat dekat dan diketahui oleh murid.
Mengutamakan pemilihan dan penggunaan bahan bercirikan tempatan ini sudah pasti
bertepatan dan bersesuaian kepada murid-murid kerana mereka akan lebih mudah
mengikuti dan memahami isi pembelajaran yang disampaikan. Penjelasan yang dapat
diberikan di sini, murid akan lebih mudah menjawab dan memberi respons kepada guru
apabila diajukan soalan dalam aktiviti pembelajaran. Contoh ciri-ciri tempatan yang
boleh digunakan ialah apa-apa sahaja yang sering dilihat oleh murid di persekitaran
mereka seperti alat bantu mengajar, penggunaan pusat sumber dan kemahiran asas
menggunakan Information Technology (IT).
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam
melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan
tugasan

daripada

pensyarah,

saya

haruslah

bertindak

lebih

proaktif

dengan

melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat
melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk
melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya

16

hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan
baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat
hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya
saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan.
Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain
menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang
diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari
sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada
pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

17

You might also like