You are on page 1of 5

2.

2 PENGENALAN

Lev Semyonovich Vgotsky dilahirkan dilahirkan di Rusia pada tahun 1896.Beliau merupakan ahli
psikologi Soviet dan ia mendasarkan pada psikologi cultural-historis pada tanggal 11 Julai
1934.Beliau merupakan seorang guru,sarjana sastera dan merupakan pengasas teori perkembangan
budaya dan sosial kepada manusia.Beliau juga merupakan salah seorang psikologi yang paling
berpengaruh dalam sejarah.Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Pemikiran dan Bahasa’ dan
‘Fikiran Masyarakat’.Vgotsky mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai Pendidikan awal kanak-
kanak dari ibunya sendiri yang ketika itu merupakan seorang guru dan beliau mempunyai guru tutor
secara peribadi yang bernama Solomon Ashpiz dan lulus dari Universiti negeri Moskow pada tahun
1917.Setelah menamatkan pengajiannya,beliau mula bekerja di pelbagai tempat.Antaranya,pada
pertengahan 1920,di Institusi Psikologi dan di beberapa pusat Pendidikan di Moskow,Leingrad dan
Kharkow di mana beliau bekerja keras untuk memperkenalkan dan menyatakan ideanya mengenai
perkembangan kognitif.Vgotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor
persekitaraan sosial dan budaya.Beliau menekankan interaksi sosial ibu bapa ,guru,rakan-
rakan,orang dewasa,sekolah.Beliau sangat yakin bahawa masyarakat memainkan peranan penting
dalam proses ‘memberi makna’.Teori sosiobudaya Vygotsky adalah salah satu asas
konstruktivisme.Konstruktivisme merupakan suatu fahaman bahawa murid membina pengetahuan
mereka sendiri.Murid juga akan menyesuaikan diri dengan pengetahuan mereka yang sedia ada
untuk menerima pengetahuan baharu setiap hari.

Selain itu,teori kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget.Jean Piaget dilahirkan pada tahun 1896
di Neuchatel iaitu di Switzerland.Beliau merupakan salah seorang tokoh ahli psikologi kanak-kanak
yang terkenal.Beliau merupakan seorang ahli biologi yang terlatih dan telah menggunakan model
biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia.Beliau amat meminati bidang biologi
dan epistemologi sejak zaman mudanya iaitu merupakan suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah
yang membincangkan mengenai perkembangan dan pengetahuan yang diperolehi oleh
manusia.Beliau banyak memberikan sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburui oleh
Piaget setelah bekerja bersama dengan Binet umtuk membentuk suatu ujian kecerdasan
mental.Sewaktu bekerja dengan Binet,Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan yang
diberikan oleh kanak-kanak,tetapi beliau tertarik dan berminat melihat hasil pola-pola yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak.Pada pandangan Piaget,minda boleh berkembang,berubah dan dapat
meneliti masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaraan. Beliau juga banyak
membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak dan menghuraikan bagaimana minda seorang
manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina
suatu ilmu.

PERBEZAAN TEORI SOSIBUDAYA DAN TEORI KOGNITIF

Lev Vygotsky dan Jen Piaget merupakan ahli psikologi perkembangan yang telah memberikan
sumbangan kepada bidang Pendidikan dan bidang psikologi menerusi teori perkembangan kognitif
kanak-kanak.Mereka banyak memberikan penjelasan tentang bagaimana pembelajaran berlaku dan
pembangunan kognitif pada usia yang muda.Vygotsky dan Piaget mungkin berbeza dalam beberapa
cadangan dan pandangan yang diberikan oleh mereka.Vygotsky membentangkan teori
pembangunan sosiobudaya yang menekankan pengaruh budaya dan Bahasa terhadap
perkembangan kognitif seorang kanak-kanak.Manakala Piaget membabitkan perkembangan kognitif
dalam psikologi pembangunan.Melalui teori kognitifnya,beliau memfokuskan kepada kemajuan
kanak-kanak ke peringkat lain dan pada akhirnya kanak-kanak mencapai kematangan.Vygotsky dan
Piaget banyak diberikan saingan.Hal in kerana,kedua-dua teori sangat berguna dalam bidang
psikologi dan Pendidikan.Oleh itu,timbulnya kerumitan dalam perkembangan kognitif manusia.

Kedua-dua tokoh percaya bahawa perkembangan ini menurun dengan usia.Terdapat perbezaan
yang besar antara kedua-dua teori tersebut.

1.Konsep utama

Menurut Vygotsky dalam teori perkembangan kognitifnya,teorinya berkonsepkan interaksi sosial


antara manusia dan bukannya atas pengalaman individu.Vygotsky percaya bahawa melalui proses
komunikasi ini,ia menjadi faktor utama dalam kejayaan sesorang individu dalam pembelajaran
kognitif.Melalui komunikasi,seseorang individu dapat berkongsi dan saling membantu antara satu
sama lain bagi memenuhi kehendak penutur dan pendengar dalam proses pengajran dan
pembelajaran.

Manakala Piaget menjelaskan bahawa,terdapat lima konsep utama dalam teorinya untuk
perkembangan kognitifnya mengenai perkembangan kanak-kanak.Iaitu
skema,keseimbangan,adaptasi,asimilasi dan akomodasi (Mok,2008).Konsep tersebut berkait rapat
dengan pembelajaran kognitif bagi seseorang individu untuk menyelesaikan masalah dan
perkembangan pemikiran mereka dalam kehidupan seharian mereka.Skema merupakan suatu
struktur ataupun model asa yang mewakili pengetahuan mental seseorang yang ditunjukkan melalui
pandangan,bahasa dan sebagainya.Selain itu, keseimbangan dan adaptasi merupakan suatu proses
pembelajaran individu untuk menyelaraskan skema mengikut situasi.Asimilasi pula merupakan suatu
proses kognitif seseorang dalam memasukkan maklumat baharu ke dalam skema yang sedia
ada.Seseorang individu dapat menambah ilmu pengetahuan melalui proses kognitif ini.Akhir
sekali,akomodasi menunjukkan bagaimana seorang individu dapat mengubah pola pemikirannya
terhadap sesuatu perkara yang baharu.

2.Penilaian Tahap Kognitif Individu

Vygotsky menjelaskan bahawa,Zon Perkembangan Proksimal,tahap perkembangan sebenar dan


tahap perkembangan berpotensi adalah merupakan suatu potensi dalam tahap penilaian kognitif
bagi seseorang individu.Tahap perkembangan sebenar merupakan had bawah yang dapat dicapai
oleh kanak-kanak tanpa melibatkan bantuan orang lain.Selain itu,tahap perkembangan berpotensi
merupakan tahap yang lebih tinggi dan sukar untuk dicapai oleh seseorang.Oleh itu,ia memerlukan
bantuan dan bimbingan oleh orang yang lebih mahir.Jarak yang wujud diantara kedua-dua tahap ini
dikenali sebagai zon Perkembangan Maksimal.

Manakala Piaget,beliau menjelaskan bahawa setiap individu akan mengalami empat peringkat.Iaitu
sensorimotor,praoperasi,operasi konkrit dan operasi formal.Peringkat pertama iaitu
sensorimotor.Pada peringkat ini,kanak-kanak yang baru sahaja lahir sehingga mencecah umur dua
tahun telah mula mempunyai keupayaan pengekalan objek.Kanak-kanak berupaya untuk mendapat
tahu suatu objek yang hilang daripada penglihatannya adalah masih kekal.Kanak-kanak akan
berusaha untuk mengekalkan angka,simbol dan sebagainya daripada imaginasi mereka.Selain
itu,pada umur tujuh sehingga sebelas tahun,kanak-kanak akan mula berfikir logik terhadap
bagaimana sesuatu perkara itu berlaku terhadap tindakan yang ada disekelilingnya.Kanak-kanak
memahami bahawa sesuatu objek yang mengalami perubahan yang ketara akan mempunyai sifat
yang sama.Akhir sekali,operasi formal.Pada peringkat remaja,mereka akan mula mempunyai
kebolehan dalam membuat inferensi terhadap sesuatu kejadian,menyatakan hipotesis dan konklusi
terhadap permasalahan tersebut.
3.Persekitaraan Pembelajaran

Vygotsky amat menekankan persekitaran dan interaksi diantara individu sebagai faktor utama dalam
perkembangan kognitif individu.Menurut pendapat Vygotsky,melalui interaksi ia menjadi pengantar
dalam pemindahan suatu ilmu pengetahuan di antara individu satu sama lain.Vygotsky juga
mengatakan bahawa kita memerlukan seseorang yang mahir dalam untuk mengajar.Melalui
perbualan,sesorang individu dapat belajar dan mempelajari mengenai serba sedikit pengetahuan
yang diberikan oleh individu tersebut.Manakala Jean Piaget menekankan proses pembelajaran
melalui penerokaan dan melalui pengalaman beliau sendiri.Menurut beliau,di dalam proses
pembelajaran telah berlaku apabila individu tersebut telah mengalami pengalaman interaksinya
bersama orang lain,perkara ataupun benda lain (Mok,2008).Kanak-kanak seharusnya digalakkan
untuk meneroka sesuatu perkara dengan sendiri agar konsep-konsep asas dapat diterapkan dalam
diri mereka.Jelaslah bahawa,Vygotsky mengutamakan interaksi dan bimbingan bersama orang lain
manakala Piaget berpendapat bahawa seseorang individu itu meneroka sendiri dunia luar agar dapat
mengetahui perkara baharu sekaligus dapat pengalaman baharu.

4.Rakan Sebaya

Vygotsky menekankan bahawa pengaruh rakan sebaya dalam proses pembelajaran dan pengajaran
amat penting dalam diri individu.Hal ini dikatakan demikian bahawa,selain guru,rakan sebaya juga
merupakan tempat merujuk.Dengan adanya rakan sebaya,perbincangan dan interaksi antara satu
sama lain dapat dijalankan dan dapat menyebabkan proses pembelajaran berjalan dengan cepat dan
lancar.Murid perlulah bijak memilih rakan sebaya.Hal ini kerana,dengan mempunyai rakan sebaya
yang lebih pandai dapat meberikan bimbingan kepada pelajar yang lemah.Manakala Piaget,beliau
tidak menekankan peranan rakan sebaya dalam proses pembelajaran bagi seorang individu.Menurut
beliau,seseorang individu perlulah meneroka sendiri dunia luar tanpa melibatkan bantuan daripada
sesiapa.Melalui penerokaan sendiri,seseorang individu itu memperoleh pemikiran yang tajam.Hal ini
kerana,melaui penerokaan sendiri dalam memahami dan mengetahui perkara baharu.

IMPLEMENTASI TEORI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teori Vygotsky

1)Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan zon perkembangan proksimal setiap murid.

-Guru perlulah memberikan latihan yang berbeza kesukarannya.Hal ini untuk menentukan tahap
bimbingan yang sepatutnya diberikan kepada seorang pelajar.

-Contoh:Melihat keupayaan murid dengan menggunakan pelbagai aras soalan seperti


(senang,sederhana dan susah).Guru dapat mengenalpasti kelemahan murid dan dapat membimbing
mereka.

2)Memberi Galakan Kepada Murid untuk Bercakap Sendiri

-Guru menggalakkan murid untuk bercakap sendiri di hadapan kelas untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang diberikan oleh guru.Murid dapat mengeluarkan idea dan pendapat mereka dalam
menyelesaikan masalah tersebut.
-Contoh:Guru akan meminta murid untuk menulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara
menjadi pelajar yang cemerlang”.Murid akan bercakap dihadapan dan memberikan penyelesaian
bagaimana seorang murid itu untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

3)Arahan yang bermakna

-Guru memberikan arahan yang bermakna dengan mengaitkan dengan pengajaran dengan
kehidupan seharian.Hal ini dapat membimbing seorang individu dalam mengaplikasi pengetahuan
yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

-Contoh:Guru memberikan panduan mengenai cara mencuci tangan dengan betul dan bersih.Murid
akan mengaplikasinya cara tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

4)Memberikan galakan

-Guru memberikan galakan bantuan daripada murid yang mahir.Guru membina kumpulan yang
meletakkan pelajar yang mempunyai tahap kemahiran yang berbeza.Hal ini membolehkan murid
untuk mendapatkan bimbingan daripada murid yang mahir.

-Contoh:Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.Murid yang mahir akan membantu
murid yang kurang mahir untuk melaksanakan tuagasan yang diberikan oleh guru.

5.Pengaplikasian zon perkembangan proksimal dalam pengajaran dan pembelajaran.

-Pada peringkat awal,guru akan memberikan bantuan dan bimbingan.Guru akan mengurangkan
bantuan apabila murid telah mula mencapai objektif pembelajaran yang hendak dicapai.Selain
itu,guru hendaklah memberikan galakan dan sokongan kepada murid agar mereka akan terus
mencuba dan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam mencapai objektif.

-Contoh:Guru mengajar murid untuk menulis teks syarahan dengan bimbingan.Seterusnya,guru


membiarkan murid membuat teks syarahan mereka sendiri berdasarkan bimbingan yang telah
diberikan dan oleh kefahaman mereka sendiri.

Teori Piaget

1)Praoperasi (2-7 tahun)

-Arahan perlulah pendek dan disertakan contoh.

-Contoh:Guru memberikan arahan untuk melakukan aktiviti senaman.Guru perlulah memberikan


ayat dan contoh yang ringkas kepada kanak-kanak agar difahami oleh mereka.

2)Operasi Konkrit (7-11 tahun)

-Guru melibatkan contoh yang sesuai yang berkaitan dengan pengalaman murid.

-Contoh:Murid diminta untuk mengelaskan benda mengikut ciri,warna,saiz dan bentuk.

3)Operasi Formal (12 tahun ke atas)

-Guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk komunikasi media.

-Contoh:Guru mengajar murid menggunakan komputer untuk menyampaikan konsep yang abstrak
bagi meningkatkan pengetahuan murid terhadap konsep tertentu.Murid dapat memahami suatu
konsep tanpa bantuan bahan bantu mengajar konkrit yang diperlukan oleh murid ketika berada di
operasi konkrit.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,kedua-dua teori yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky dan Jean Piaget telah
membuktikan bahawa teori perkembangan ini dapat membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Teori tersebut menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah
laku murid dalam pembeljaran.Teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada dalam diri
seseorang individu untuk memikirkan jalan penyelesaiannya.Teori ini juga dapat memberikan
implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

1) https://ms.sainte-anastasie.org/articles/psicologia/teora-sociocultural-del-desarrollo-
cognitivo-de-vygotsky.html
2) https://ms.yestherapyhelps.com/piaget-vs-vygotsky-similarities-and-differences-between-
their-theories-10895
3)

You might also like