You are on page 1of 15

MODEL- MODEL PERKEMBANGAN

Model Perkembangan satu kumpulan teori yang menggunakan


pendekatan yang sama untuk menerangkan perkembangan manusia.

MODEL PERKEMBANGAN
1. Model Mekanistik
2. Model Organismik
3. Model Psikoanalisis
4. Model Humanistik

1. Model Mekanistik
v-manusia disamakan dengan mesin
v-John Locke: minda bayi adalah dalam keadaan yang kosong dan
pasif, dia hanya menerima ransangan daripada persekitaran dan tidak
boleh buat pilihan.

v-Manusia digerakkan oleh persekitaran

v-Kandungan perlakuan manusia boleh dipecahkan dan dikaji secara
sistematik, oleh itu perubahan tingkah laku berbentuk kuantitatif,
boleh dilihat, diukur dan diramal.

v-Teori Behaviorisme
v-Teori Pelaziman Klasik (Pavlov I.)
v-Teori Pelaziman Operan (Skinner J.F.)
v-Teori Teori Pembelajaran Sosial

Teori Pembelajaran Sosial / Teori Kognitif Sosial
v-Teori ini berkembang dari teori behaviorisme (teori tingkah laku)
kerana teori ini dibina daripada prinsip-prinsip operan yang kemudian
diperluaskan dengan memasukkan proses-proses kognitif seperti
jangkaan, pemikiran dan kepercayaan.

v-Ahli teori pembelajaran sosial berpendapat bahawa teori
behaviorisme walaupun tepat tetapi tidak lengkap kerana hanya
berfokus kepada sebahagian tingkah laku dan perkembangan, dan
tidak mengambil kira aspek-aspek lain yang juga penting terutamanya
aspek seperti pengaruh sosial ke atas pembelajaran.

v-Teori ini menekankan bahawa banyak tingkah laku dipelajari hanya
melalui pemerhatian dan peniruan memainkan peranan yang utama
dalam kebanyakan pembelajaran dalam perkembangan manusia.

2. Model Organismik
v-Manusia dilihat sebagai organisme yang aktif dan berdaya usaha
(initiative) serta membina pemahaman tentang dunia dan proses
perkembangan dalam struktur kognitif.

v-Oleh kerana aktiviti manusia bukan hasil daripada tindak balas
kepada peristiwa luaran, maka tingkah laku seseorang adalah sukar
untuk diramal.

v-Pengetahuan duniawi tidak dapat diketahui secara objektif tetapi
dibina secara aktif oleh kanak-kanak.

v-Tingkah laku kanak-kanak tidak dapat difahami secara terpisah
daripada tujuan, atau dengan memecahkannya kepada
bahagianbahagian, atau dikaji secara terpisah daripada konteks.

v-Perubahan adalah berbentuk kualitatif.

v-Penumpuan adalah kepada proses dan bukan hasil

v-Teori ini melihat bagaimana manusia (bayi) berkembang melalui
interaksi antara kematangan genetik dan pengalaman.

Teori Perkembangan Kognitif Piaget
v-Fungsi tingkah laku merupakan adaptasi untuk mengekalkan
keseimbangan (equilibrium) antara individu dengan persekitaran yang
melibatkan 3 perkara: skema, proses asimilasi dan akomodasi.

v-Terdapat 4 peringkat perkembangan kognitif
(P. Deria, Praolahan, Olahan Konkrit, dan Olahan Formal)

Teori Perkembangan Kognitif Piaget
Jean Piaget yang dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Switzerland, adalah
ahli psikologi yang agung dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat
latihan awal dalam bidang biologi dan mendapat Ijazah Doktor
Falsafah dalam bidang biologi pada umur 22tahun. Tetapi beliau lebih
menumpukan perhatiannya terhadap kajian perkembangan kognitif
kanak-kanak. Sebelum meninggal dunia pada tahun 1980, beliau
adalah Pengarah Pusat Antarabangsa Epistimologi Genetik di
Geneva..

KOGNITIF PIAGET
Latar belakang biologi
1. Apakah ciri-ciri organisma yang membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan persekitaran?
Kanak-kanak:
- mesin deria- semulajadi mempunyai ciri mendapatkan
seberapa banyak maklumat
- motivasi intrinsik minat kepada yang bermaklumat

2. Bagaimanakah cara yang paling tepat, mudah dan berguna dalam
mengklasifikasi organisma?
- Berdasarkan ciri-ciri fungsi mental yang umum pada peringkat-
peringkat tertentu yang digambarkan oleh tingkah laku.


KOGNITIF PIAGET
Konsep kecerdasan: Kemampuan manusia mengADAPTASI dirinya
dengan persekitaran dengan mewujudkan keseimbangan
(EQUILIBRIUM) di dalam struktur mindanya melalui EVOLUSI
secara beransur-ansur dengan menumpukan ansur kepada aktiviti
mental manusia.
Konsep SKEMA dan SKEMATA
ADAPTASI konsep ASIMILASI dan AKOMODASI

Teori Peringkat Organismik (Stage Theory)
Jean Piaget
- Membina teori perkembangan peringkat untuk perkembangan
kognitif dan affective individu dari lahir sehingga umur 14 thn.
- Kemajuan peringkat perkembangan ini tidak berubah
- Apabila peringkat perkembangan dicapai, ia tidak akan berbalik.
Dalam teori Piaget ini, perkembangan kognitif dan afektif berakhir
semasa remaja.
- Teori ini menekankan kewujudan dan penguasaan skemata (skema
bagaimana individu mempersepsi persekitaran) mengikut peringkat
perkembangan, iaitu masa apabila kanak-kanak menguasai cara baru
dalam perwakilan maklumat secara mental.
Teori ini dianggap konstruktivis kerana kita perlu membina
(konstruk) kebolihan kognitif melalui self motivated action.
- Piaget membahagikan skema yang digunakan oleh kanak-kanak
untuk memahami sekitarnya melalui 4 peringkat utama yang
mempunyai korelasi dengan umur dan meningkat dari segi
sofistikasinya.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

Jean Piaget telah banyak membuat kajian dan eksperimen dalam
bidang psikologi pembelajaran kanakkanak. Beliau berpendapat
bahawa pemikiran kanakkanak berbeza dari satu peringkat ke satu
peringkat dan telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-
kanak kepada empat peringkat.

PERINGKAT DERIA MOTOR(0-2 TAHUN)
Kanak-kanak mengetahui alam sekitarnya melalui kesan deria dan
gerak balasnya. Mereka mengetahui benda-benda wujud dalam alam
persekitaran mereka secara fizikal dan bukan fizikal, tetapi tidak
berfikir langsung kenapa benda itu wujud. Misalnya,kanak-kanak tahu
ibu akan mendampinginya jika dia menangis. Dia juga mengetahui
adanya perhubungan antara benda-benda. Misalnya, jika dia berasa
lapar, dia menangis; jika hendak menaiki meja, dia akan
menggunakan kerusi.


PERINGKAT PRA-OPERASI (2-7 tahun)
PRA KONSEPTUAL (2-4 tahun)
- objek yang hampir serupa adalah sama
- penaakulan transduktif (spesifik ke spesifik)
- sinkretik belum dapat menguasai pembentukan kelas dan subkelas

Intuitif (4-7tahun)
-intuitif (cth animisme)
-berorientasikan persepsi sendiri (egosentrik)
-tidak dapat menguasai konsep pengkelasan, pengekalan dan
transformasi















PERINGKAT OPERASI KONKRIT
Peringkat ini bermula dari umur enam tahun hingga dua belas tahun.
Kanak-kanak mula dapat mengekalkan konsep padanan 1 dengan 1
antara dua set; mereka dapat juga memahami konsep keterbalikan dan
dapat membalikkan proses secara abstrak.
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mempelajari lebih
daripada dua perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep
keabadian. Dalam eksperimen menuangkan kuantiti air yang sama ke
dalam dua silinder berukuran berbeza, kanak-kanak menyimpulkan
bahawa kuantiti air tidak berubah walaupun bentuk berubah.
Selain itu, kanak-kanak mempunyai kebolehan mengelas, menyusun
dan membezakan objek-objek. Mereka dapat juga memahami
aritmetik asas, jisim, panjang, sifat transitif dan proses matematik.
Tetapi pembelajaran berkesan masih bergantung kepada objek objek
konkrit dan pengalaman secara langsung.

PERINGKAT OPERASI FORMAL
Peringkat ini bermula daripada umur dua belas tahun. Kanak-kanak
memasuki peringkat pemikiran abstrak. Mereka mempunyai
kebolehan berfikir tanpa pengalaman konkrit, membuat kesimpulan
dengan menstrukturkan situasi secara mental, misalnya, membuktikan
teori-teori matematik. Selain itu, ia dapat menggunakan simbol-
simbol matematik dan mengulas idea abstrak, mengaitkan satu konsep
dengan konsep yang lain, memanipulasikan konsep secara mental dan
menggunakan logic dalam menyelesaikan masalah.

v-Teori Perkembangan Moral Kohlberg
v- Teori Pemprosesan Maklumat Gagne

3. Model Psikoanalisis / Psikodinamik
v-Melihat manusia berada dalam konflik antara kehendak malurinya
dengan sekatan masyarakat.

v-Tumpuan: perkembangan emosi dan personality

v-Cuba memahami dan menerangan pembentukan perasaan rasional
dan tidak rasional dan perlakuan.

v-Mengkaji perkembangan manusia dengan melihat pengalaman awal
seksual dan emosi seseorang yang mungkin mempengaruhi
perlakuannya pada masa akan datang.

v-Teori Psikoseksual Freud Sigmund Freud
v-Freud: sejak lahir, manusia didorong oleh dorongan-dorongan yang
tidak rasional ke arah keserokan/kenikmatan. Dorongan ini dikenali
sebagai libido penggerak hidup atau tenaga psychic yang
menggerakkan tingkah laku manusia.

v-Teori personaliti menerangkan 3 jenis konflik yang dialami oleh
manusia iaitu: Id, Ego, dan Superego.

Teori Psikososial Erikson
v-penekanan: superego, bukan id.
v-Sebagai ahli dalam masyarakat, Erikson percaya bahawa
personality manusia adalah kombinasi antara perwarisan dengan
persekitaran.
v-Erikson senaraikan 8 peringkat perkembangan personality dan
dalam setiap peringkat ada krisis yang perlu diselesaikan. Sebaik
sahaja satu krisis diselesaikan, manusia akan bergerak kepada
peringkat yang lain.

4.Model Humanistik
v-Manusia merupakan entiti yang baik, berperlakuan dan berfikiran
positif, berpotensi dan responsif.



Teori Keperluan Maslow Abraham Maslow
v-Hierarki Keperluan: Tatatingkat keperluan manusia yang disusun
mengikut hierarki iaitu daripada keperluan yang paling asas hingga ke
keperluan yang paling tinggi. Setiap keperluan asas (bawah) harus
dipenuhi sebelum keperluan yang di atas wujud, yang juga harus
dipenuhi.

v-Matlamat utama manusia ialah menyempurnakan kendiri.

v-Personaliti mengikut model ini ialah pembinaan imej kendiri.

v-Terapi berpusatkan klien: Carl Rogers

m/s 36-39

TEORI SISTEM EKOLOGI- Urie Bronfenbrenner
v -Teori ini melihat perkembangan dalam konteks sistem
perhubungan yang menjadi persekitaran seseorang.
v- Setiap lapisan persekitaran memberi kesan ke atas perkembangan.
v- Perubahan dalam mana-mana lapisan akan mengakibatkan
perubahan dalam lapisan yang lain.
m/s 41-42

v-Mikrosistem- lapisan yang paling hampir dengan kanak-kanak dan
mempunyai perhubungan secara langsung.
-Struktur mikrosistem ini ialah keluargaperhubungan ialah
bidirectional influences.Impak perhubungan ini amat kuat.
-Interaksi pada luar sistem ini juga memberi impak kepada struktur
dalaman lapisan ini.

v-Mesosistem- lapisan ini membina hubungan dengan mikrosisitem.
Contoh: perhubungan ibubapa dengan guru, rumah ibadah dengan
jiran serantau dll.

v-Exosistem- sistem sosial yang lebih luas I mana individu tidak
berfungsi secara langsung. Contoh: skedul pekerjaan ibu bapa di
pejabat, hospital.

v-Makrosistem- lapisan paling luar dalam persekitaran individu
tetapi mempunyai impak; seperti nilai budaya, adat, peraturan dan
undang-undang.

v-Kronosistem- meliputi faktor masa yang memberi kesan kepada
individu. Contoh: masa kematian orang disayangi, masa peruhan
fisiologi (kanak-kanak & remaja). Apabila meningkat dewasa mereka
memberi reaksi berbeza kepada persekitaran dan mungkin boleh
menentukan bagaimana perubahan itu boleh mempengaruhi mereka.

v-Vygotsky: 3 idea asas iaitu:
1. kepentingan budaya
2. peranan bahasa
3. konsep Zon Pertumbuhan Proksimal

(1) Kepentingan Budaya
Fungsi awal mental bersifat semula jadi dan merupakan kapasiti yang
tidak dipelajari boleh bertukar kepada fungsi mental yang tinggi hasil
pendedahan kepada budaya. Ciri terpenting budaya: Bahasa

(2) Peranan Bahasa
Bahasa membolehkan berlakunya interaksi sosial dan daripada bahasa
terhasillah asuhan dan pengajaran


(3) Zon Perkembangan Proksimal
v-Proksimal: potensi untuk berkembang
v-Perkembangan berlaku apabila ada peluang dan tuntutan dari
persekitaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak.

v-Perkembangan merupakan fungsi interaksi antara budaya & kapasiti
asas biologi dengan jadual kematangan

v-Setiap individu ada zon perkembangan proksimal, iaitu fasa potensi
(yang tidak dapat diukur dengan ujian IQ) untuk perkembangan
intelek yang akan datang.

v-Zon ini menerangkan apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak
sendirian dan apa yang dapat dicapai dengan bantuan & bimbingan
orang lain.

v-Jika tuntutan melebihi zon ini, ia tidak berkesan untuk memupuk
perkembangan, dan jika tuntutan itu terlalu rendah, ia menjadi satu
pembaziran.

v-Oleh itu, berilah tugasan yang berada di zon ini dan beri bantuan
yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan.

v Teori Erik Erikson (Teori Peringkat perkembangan psiko-sosial)
- Berdasarkan psikologi dalaman, biologi dan antropologi
- Teorinya mengutarakan konsep krisis identiti- di mana individu
melalui 8 siri krisis sepanjang hayatnya.
-Erikson memberi lebih penekanan kepada peranan masyarakat
berbanding Piaget.
- Berdasarkan psikologi dalaman (depth psychology), Erikson
menyatakan tidak satu krisis pun dapat diselesaikan sepenuhnya dan
krisis ini akan muncul semula pada lewat umur.
- Idea krisis identiti ini bolerh dikaitkan dengan pop culture remaja.
- Ada lapan peringkat krisis:
- Peringkat Kanak-kanak

Trust vs Mistrust (infant)
Autonomy vs Shame and Doubt (toddler)
Initiative vs Guilt (pre - school)
Industry vs Inferiority (primary School)

-Peringkat Remaja
Identity vs Role Confusion
Intimacy vs Isolation

-Peringkat Dewasa
Generativity vs stagnation
Integrity vs Despair

Psikologi Perkembangan Mengikut Perspektif
Islam
v-Tuhan maha Pencipta dan Penentu bagi pola dan proses
pertumbuhan dan perkembangan.
v-Berikut merupakan prinsip perkembangan.

1.-Perkembangan merupakan proses beransur (gradual)

-Pola perkembangan manusia adalah berperingkat dari persenyawaan
sehingga mati.
- Pola ini dicipta, ditentukan dan diperingkatkan oleh Tuhan
- Setiap manusia mesti melalui setiap peringkat ini.
- You shall travel from stage to stage-(84:19)
- Mengikut Al-Quran- perkembangan dikategorikan kepada 2 fasa:
a) pra-natal dan
b) pasca natal.
- Pra-natal mempunyai masa yang tetap dan mencapai kemuncak
perkembangan apabila dilahirkan.

-Pasca natal -tidak dinyatakan perkembangan tetap yang boleh
digeneralisasikan kepada semua individu kerana ia berbeza antara
individu. Namun demikian, secara umumnya pentaklifan manusia
dalam Islam dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu sebelum
baligh (minor) dan selepas baligh.

v-Kanak-kanak yang belum mencapai baligh (puberty) dianggap
minor yang belum boleh dipertanggungjawabkan di atas tindakan
mereka (pentaklifan) (Ruj. Hadith).

v-Fasa minor pula terbahagi kepada pra mumayyiz dan mumayyiz.
Pembahagian ini adalah berkaitrapat dengan konsep tamyiz.

v-Konsep tamyiz bermaksud boleh membezakan dan merujuk
kepada kebolehan kanak-kanak membezakan antara perkara yang
baik dan buruk, yang bersih dan kotor.

2 -Perkembangan manusia merupakan proses kumulatif dan
simultaneous (pada masa yang sama).

Dalam Al-Quran dinyatakan bahawa perkembangan manusia adalah
kumulatif. Bererti, perkembangan baru yang dicapai oleh individu
akan bertambah atas yang telah ada dan yang telah dicapai.
Juga perkembangan manusia merupakan proses simultaneous dan
saling berkait.
Contohnya semua aspek perkembangan seperti fizikal, mental. Sosial,
emosi dan moral tidak terpisah. Setiap satu meneguh yang lainnya.

- Pada setiap peringkat, semua aspek ini meningkat berkadaran
(proportionately) dan mengikut urutan dari segi pertumbuhan
kematangan.

3.-Perkembangan melebihi kewujudan biasa di dunia

- Kehidupan manusia melebihi dunia fana
- Kehidupan dunia merupakan permulaan kehidupan yang lebih kekal
(hidup selepas mati)
- Kehidupan ini ialah sama ada penuh kegembiraan atau kesengsaran
- Takutkan kematian dan kehidupan kemudian hari mempunyai kaitan
dengan tabii psikologi dan perkembangan manusia.

4-Perkembangan manusia melalui fasa kritikal dan sensitive

-Fasa ini ialah formatif yang menjadi asas kepada perkembangan
kemudian.

- Maka fasa pra natal, bayi, kanak-kanak dan remaja merupakan masa
sensitif.

- Implikasinya ialah dari segi pemeliharaan dan juga masa transisi
(remaja) kanak-kanak ke dewasa. Masa ini ialah masa kegirangan dan
penuh godaan. Masa remaja ini juga kritikal kerana bermulanya taklif
(tanggungjawab sendiri). Baligh menentukan sesorang itu
bertanggungjawab ke atas segala perbuatannya.

- Jika dia melakukan perbuatan yang tidak baik maka bemulalah dosa.
.

You might also like