You are on page 1of 7

ISL MINGGU 6

TOKOH PELOPOR TEORI KONSTRUKTIVISME & PRINSIP


Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Terdapat dua tokoh penting yang mempelopori teori asas konstruktivisme ini iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali sebagai konstruktivisme psikologi/ individu/ kognitif, manakala teori yang dipelopori oleh Lev Vygotsky ialah konstruktivisme sosial. TEORI KONSTRUKTIVISME PIAGET: PSIKOLOGI/ INDIVIDU/ KOGNITIF Biodata

JEAN PIAGET (1896-1980)


Lahir di Neuchtel, Switzerland, pada 9 Ogos, 1896. Bapanya,Arthur Piaget, seorang profesor dalam kesusateraan zaman

pertengahan dan mempunyai minat yang mendalam tentang sejarah.


Ibunya, Rebecca Jackson, seorang yamg sangat pandai Jean Piaget merupakan anak sulung dalam keluarga dan bakatnya mula dilihat

ketika beumur 10 tahun.


Merupakan ahli psikologi switzerland yang terkenal Meninggal pada tahun 1980.

Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat.

Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.

struktur asas dalam organiasasi mental ini dinamakan skema. Justeru, pengetahuan sedia ada yang yang menjadi asas tingkah laku ialah skema.

Pengetahuan dibina apabila maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi.

Proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran. Ini dinamakan EQUILIBRASI.

PROSES-PROSES ADAPTASI Terdapat dua proses iaitu;


ASIMILASI AKOMODASI

1.Asimilasi

Merupakan satu proses dimana apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-

ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserapdengan mudah ke dalam struktur kognitif. Ini menyebabkan keseimbangan (equilibrasi) berlaku. 2.Akomodasi

Merupakan satu proses dimana apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-

ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu-gugat atau ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi. maklumat baru tersebut tidak dapat diserap masuk. Maklumat akan terawang-awang sehingga skema berubah. Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan

atau seumpanya, maklumat baharu akan diserap masuk. Dengan itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.

TEORI KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY: SOSIAL Biodata

LEV VYGOTSKY (1896-1934)


Lahir pada 1896 di Belarus, Rusia Vygotsky banyak terlibat dalalm mengkaji perkembangan kognitif di Institute of

Psychology di Moscow.

Merupakan ahli psikologi Rusia yang terkenal. Meninggal pada 1934.

Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan orang lain. Jadi teori konstruktivisme sosial ini berperanan utama dalam pembelajaran dalam konteks sosio-budaya. Dalam konteks sosial, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.

Pandangan Konstruktivisme Sosial adalah seperti berikut:

1. Pelajar mempunyai keunikan kerana berbeza latar belakangnya. 2. Latar belakang, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat amat mempengaruhi pembelajaran individu. 3. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembinaan pengetahuan sendiri. 4. Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk belajar. 5. Guru sebagai fasilitator. 6. Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial dan akif. 7. Kolaborasi antara guru, pelajar dan bahan pengajaran penting dalam pembelajaran. 8. Pembelajaran berasaskan konteks penting dalam memudahkan pelajar.

Zon Perkembangan Terdekat (ZPD)

ZPD merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya debgan bimbingan orang lain yang lebih mahir.

Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut berada di zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengam bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD.

Menurut teori Vygotsky, Zon Perkembangan Proksimal merupakan pembahagian antara perkembangan sebenar dan perkembangan potensi, dimana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.

ISL MINGGU 6

Pelopor Teori Pembelajaran Kognitif dan Prinsip


Wolfgang Kohler (1887-1967) Terkenal dengan jenis pembelajaran celik akal. Menjalankan kajian ke atas 5 ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan. Antara dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju penyelesaian. Kohler dan pembelajaran celik akal Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama 2 batang buluh di dalam sangkar Sultan. ( tiap 1 buluh tidak cukup panjang untuk sampai ke pisang itu). Tidak lama kemudian, Sultan menyambung kedua-dua buluh itu lalu menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang tersebut. Kajian lain (Kohler) Mulanya, pisang digantung di atas sangkar Sultan. Sultan tidak berjaya mencapai pisang tersebut. Kemudian, Sultan menggerakkan sebuah kotak yang terletak di sudut sangkar sehingga kotak itu berada di bawah pisang tergantung. Sultan pun melompat daripada kotak itu lalu mencapai pisang tersebut. Prinsip pembelajaran celik akal Kohler Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah dengan cara yang agak mendadak. Konsep berfikir ditakrifkan sebagai mencari dan berpegang kepada perhubungan antara dua perkara.

Jerome Seymour Bruner (1915-sekarang) Tokoh utama revolusi kognitif. Beliau sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan. Pembelajaran adalah satu proses sosial aktif. Pembelajaran berlaku mengikut 3 langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat. Persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep, (mempercepat atau melambat). Murid lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri. Pembelajaran penemuan Bruner Konsep mengetahui adalah satu proses. Apabila murid diberi situasi agak kompleks, mereka akan berusaha untuk mencari penyelesaian. Apa itu pembelajaran penemuan? Pembelajaran ini menggalakkan murid menggunakan intuisi, imaginasi dan kreativiti secara aktif. Guru bermula dengan sesuatu yang khusus kemudian berakhir dengan yang umum. David Ausubel (1918-kini) Banyak mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance organizers. Ia adalah satu unit pengajaran yang dgunakan sebelum pengajaran langsung. Ia juga memudahkan pembelajaran khususnya aspek pemahaman dan mengingat kembali. Advance organizers Advance organizers diklasifikasikan sebagai satu kaedah deduktif. Bermula dengan sesuatu yang umum dan berakhir dengan khusus. Guru perlu menyusun maklumat supaya murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Ausubel dan pembelajaran bermakna. Derivative subsumption, memerihalkan pembelajaran di mana maklumat baru yang kita pelajari adalah satu contoh konsep yang pernah kita pelajari. Correlative subsumption. (Rujuk buku)

Rumusan Proses kognitif boleh mempengaruhi pembelajaran. Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang menentukan apa yang akan/tidak dipelajari. Pembelajaran melibatkan proses hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan. Pengetahuan biasanya disusun sistematik. Proses mengitegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari. Implikasi teori kognitif dan konstruktivisme terhadap Pengajaran & Pembelajaran Murid perlu diberi peluang untuk menemui perhubungan. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam P&P. Guru perlu sedar murid mungkin berada dalam mod pembelajaran yang berbeza. Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang padan dengan tahap kognitif mereka. http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-pembelajaran-kognitif.html http://zafani-edu.blogspot.com/2010/08/pandangan-teori-tokoh-pelopor.html

You might also like