You are on page 1of 33

EDUP3023

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
MARZUKI NGAH
IPGKDRI
Bab 3:
PERKEMBANGAN KOGNITIF–
Piaget dan Vygotsky
Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:
 Mentakrif perkembangan kognitif
 Menerangkan penjelasan tentang pembelajaran
mengikut Piaget
 Menilai teori perkembangan kognitif Piaget
 Menyenaraikan implikasi teori Piaget dalam bilik
darjah
 Membincangkan teori sosiobudaya Vygotsky dan
peranan budaya
3.1 Teori Pembelajaran oleh Piaget
Piaget telah memperkenalkan dua proses utama,
iaitu Penyusunan dan Penyesuaian.
•  Penyusunan atau Organisasi merupakan ciri-ciri
dalaman suatu organisma yang membolehkannya
bertindak untuk menyusun persekitarannya yang
merupakan suatu proses luaran.

•  Penyesuaian atau Adaptasi merupakan keupayaan untuk


memuatkan diri dalam persekitaran yang merupakan suatu
proses luaran.
3.1 Teori Pembelajaran oleh Piaget
Teori pembelajarannya adalah berdasarkan kepada empat konsep asas: skema,
asimilasi,akomodasi dan keseimbangan.
1. SKEMA
• Piaget percaya bahawa akal manusia mengandungi skema sepertimana badan mengandungi
perut di dalamnya yang bertanggungjawab untuk mencerna ataupun buah pinggang yang
bertanggungjawab untuk membuang kumuhan daripada darah.
• Skema merupakan struktur mental ataupun kognitif yang membolehkan seseorang
mengadaptasi dan menyusun persekitarannya. Ia adalah seperti sebuah kabinet yang
mengandungi banyak fail dan setiap fail mewakili suatu skema.
• Apabila seorang bayi dilahirkan, ia mempunyai beberapa skema umum dan sambil anak itu
membesar, dia mendapat skema tambahan dan skema-skema tersebut menjadi lebih murni.
• Misalnya, pada saat dilahirkan skema seorang bayi bersifat refleksif seperti menghisap dan
menggenggam. Refleks menghisap merupakan suatu skema dan bayi itu akan menghisap apa
sahaja yang diletakkan kedalam mulutnya seperti puting ataupun jari. Bayi tersebut tidak dapat
membezakan kerana ia hanya mempunyai satu skema „menghisap‟.
• Lama kelamaan, bayi tersebut belajar membezakan di mana objek yang mengeluarkan susu
diterima sementara objek bukan susu ditolak.
• Pada ketika ini, bayi tersebut mempunyai dua skema menghisap, satu untuk objek yang
mengeluarkan susu dan satu lagi untuk objek yang tidak mengeluarkan susu.
3.1 Teori Pembelajaran oleh Piaget
• 2. ASIMILASI
• Asimilasi merupakan suatu proses kognitif di mana seorang itu menggabungkan maklumat
ataupun pengalaman baru ke dalam skema tersedia ataupun sedia ada.
• Ini merupakan suatu proses memasukkan maklumat baru ke dalam struktur kognitif sedia ada.
• Asimilasi sentiasa berlaku kerana manusia sentiasa memproses berbagai jenis maklumat dan
pengalaman.
• Skema yang sedia ada atau tersedia adalah ibarat sebuah belon yang semakin membesar dan
membesar dengan pertambahan ataupun asimilasi maklumat dan pengalaman baru.
• Terdapat perubahan kuantitatif tetapi tiada perubahan kualitatif.
• Tidak terdapat skema baru yang dihasilkan kerana skema yang lama digunakan.
• Lihat Gambarajah 3.2 yang menunjukkan seorang kanak-kanak menghadapi
• tiga bentuk bulatan yang berlainan.
• Oleh kerana dia mempunyai suatu skema bentuk bulat yang sedia ada, walaupun ketiga-tiga
bentuk bulatan tersebut berbeza, ia diserapkan ataupun dimuatkan ke dalam skema „bentuk
bulatan‟ yang sedia ada.
• Terdapat perubahan kualitatif apabila suatu skema bertambah besar untuk memasukkan
ataupun menyerapkan maklumat baru itu.
3.1 Teori Pembelajaran oleh Piaget
3. AKOMODASI
• Apabila berhadapan dengan maklumat ataupun pengalaman baru, seorang individu
cuba untuk menyerapkannya ke dalam suatu skema yang sedia ada seperti yang
dibincangkan sebelum ini.
• Kadang kala ini tidak dapat dilakukan kerana tidak terdapat suatu skema sedia ada
untuknya.
• Di dalam situasi seperti ini, individu tersebut mempunyai dua pilihan. Dia boleh
mencipta suatu skema baru dan maklumat ataupun pengalaman baru itu dapat
dimuatkan di dalamnya.
• Ataupun, dia boleh mengubah suatu skema sedia ada supaya maklumat ataupun
pengalaman baru tersebut boleh dimasukkan di dalamnya.
• Kedua-duanya adalah suatu bentuk akomodasi.
• Dengan itu, akomodasi adalah penciptaan suatu skema baru ataupun pengubahan
suatu skema yang lama.
• Kedua-dua tindakan ini menghasilkan suatu perubahan ataupun perkembangan
dalam suatu skema, ataupun pembentukan suatu skema.
3.1 Teori Pembelajaran oleh Piag
4. KESEIMBANGAN
• Keseimbangan adalah perseimbangan di antara asimilasi dan
akomodasi.
• Ketidakseimbangan adalah apabila asimilasi dan akomodasi tidak
seimbang.
• Apabila ketidakseimbangan berlaku, seseorang akan cuba mendapatkan
keseimbangan; iaitu, untuk terus menyerap ataupun menyesuai.
• Misalnya, seorang pelajar apabila menemui maklumat baru cuba
menyerap maklumat tersebut ke dalam skema sedia ada.
• Sekiranya dia berjaya, keseimbangan tercapai. Sekiranya pelajar tersebut
tidak dapat menyerap maklumat tersebut, dia akan cuba
menyesuaikannya dengan mengubah skema ataupun membentuk suatu
skema baru.
• Sekiranya maklumat baru dapat disesuaikan, keseimbangan tercapai.
• Menurut Piaget, pembelajaran berlangsung dengan cara ini daripada lahir
seterusnya sepanjang kedewasaan.
3.2 Teori Perkembangan Kognitif Piaget

• Istilah kognisi telah diambil daripada perkataan Latin cognoscere yang


bermakna “untuk mengetahui” atau “untuk mengenali” atau “untuk
mengkonseptualisasi”.
• Ia merujuk kepada proses mental suatu organisma untuk belajar, mengingat,
melihat, menyelesaikan masalah dan berfikir tentang suatu gagasan maklumat.
• Pakar mengatakan bahawa kognisi berkembang dalam peringkat dengan tahap
kerumitaan yang meningkat dan dengan itu diberikan frasa “perkembangan
kognitif” yang merupakan tahap-tahap yang dilalui oleh seorang kanak-kanak
semasa mengkonsepsikan dunia pada peringkat umur yang berlainan.
• Menurut Piaget, kanak-kanak memeroleh fakta, konsep, prinsip dan teori
melalui proses asimilasi dan akomodasi yang berterusan yang membawa
kepada pertambahan abstraksi dan perluasan skema.
• Dia mengatakan bahawa perkembangan kognitif individu berkembang melalui
EMPAT tahap (lihat Gambarajah 3.4).
3.2 Teori Perkembangan Kognitif Piaget
3.2 Teori Perkembangan Kognitif Piaget

TAHAP 1: Tahap Sensorimotor (0 – 2 tahun)


• Tahap pertama dalam teori Piaget berlaku daripada lahir sehingga lebih kurang umur dua tahun dan
berpusat kepada bayi cuba memahami dunia. Semasa tahap sensorimotor, pengetahuan bayi tentang
dunia adalah terhad kepada persepsi deria dan aktiviti motornya.

•  Antara 0 sehingga 6 bulan, kanak-kanak menggunakan kemahiran semulajadinya dan keupayaan


seperti menghisap, menggenggam, melihat dan sebagainya. Misalnya, seorang kanak-kanak akan
dengan bertujuan mengangkat sebuah permainan untuk meletakkannya ke dalam mulutnya.

•  Antara 7 sehingga 12 bulan, kanak-kanak itu mungkin menggabungkan skemanya untuk mencapai
suatu tindakan yang dikehendakinya. Dia menjelajah persekitarannya dan boleh menghubung kaitkan
bahawa sesetengah objek mempunyai ciri-ciri tertentu. Sebagai contoh, seorang kanakkanak mungkin
menyedari bahawa permainan berdetar akan membuat bunyi apabila digoncang.

•  Antara 13 sehingga 18 bulan, kanak-kanak itu memulakan suatu jangka waktu cuba-cuba dan
eksperimentasi. Misalnya, seorang kanak-kanak mungkin mencuba berbagai jenis bunyi dan aksi
sebagai suatu cara untuk mendapatkan perhatian seorang dewasa.

•  Antara 19 sehingga 24 bulan, kanak-kanak itu mula membentuk symbol bagi mewakili acara atau
objek tertentu dan memahami dunia melalui operasi mental dan bukannya melalui aksi semata-mata.
3.2 Teori Perkembangan Kognitif Piaget
Pengekalan Objek (Object Permanance):
• Menurut Piaget, Pengekalan Objek merupakan kesedaran atau kefahaman
seorang kanak-kanak bahawa sebuah objek terus wujud walaupun ia tidak dapat
dilihat ataupun didengar.

• Bagi seorang bayi kecil, apabila sebuah permainan ditutup dengan sehelai kain,
bayi tersebut terus berhenti dan nampak hilang minat dengan permainan
tersebut (lihat gambar).
• Kanakkanak ini belum lagi menguasai konsep pengekalan objek.

• Bagi bayi yang lebih besar, apabila sebuah permainan ditutup kanak-kanak itu
akan mencarinya dengan aktif, kerana menyedari bahawa objek tersebut terus
wujud.
• Pengekalan objek merupakan salah satu pencapaian yang terpenting buat
seorang bayi, kerana tanpa konsep ini, objek akan mempunyai kewujudan yang
berasingan dan kekal.
TAHAP 2:
Tahap Praoperasi (2 – 6 tahun)
• Tahap praoperasi berlaku di antara umur dua dan enam tahun.
• Perkembangan bahasa merupakan salah satu tanda utama bagi jangka waktu ini.
• Piaget memerhatikan bahawa kanak-kanak dalam tahap ini belum lagi faham logik konkrit.
• Apakah yang dimaksudkan?
• Mereka tidak dapat memanipulasi maklumat secara mental, dan tidak dapat menerima pandangan orang
lain dan dengan itu mereka adalah egosentrik.
• Mereka mempunyai “pandangan tentang dunia yang 'mementingkan diri'”, yang bermaksud bahawa
mereka mempunyai kesukaran memahami bahawa orang lain mungkin melihat sesuatu dengan cara yang
berlainan, dan dengan itu mempunyai pandangan yang berbeza.
• Piaget telah menggunakan beberapa teknik yang kreatif dan cerdik bagi mengkaji keupayaan mental kanak-
kanak.
• Salah satu teknik yang terkenal dalam mengkaji keegosentrikan melibatkan penggunaan paparan
pemandangan gunungganang tiga-dimensi (lihat Gambarajah 3.5).
•  Kanak-kanak diminta memilih sebuah gambar yang menunjukkan pemandangan yang mereka telah
perhatikan. Kebanyakan kanak-kanak berupaya membuat perkara ini tetapi dengan kesukaran.
•  Seterusnya, kanak-kanak diminta memilih sebuah gambar yang menunjukkan apa yang orang lain telah
perhatikan semasa melihat gunung tersebut daripada sudut pandang yang berbezaHampir kesemua
kanak-kanak telah memilih pemandangan yang menunjukkan pandangan mereka sendiri gunung tersebut.
• Menurut Piaget, kanakkanak mengalami kesukaran ini kerana mereka tidak dapat menghayati perspektif
orang lain.
KONSERVASI (Conservation)
atau Pengabadian
• merupakan keupayaan untuk mengingat apa yang tetap
sama dan apa yang berubah dalam sesuatu objek selepas
beberapa perubahan telah dibuat kepada objek tersebut.
• Suatu tugasan pengabadian menguji kebolehan seorang
kanak-kanak menyedari bahawa ada ciri-ciri yang
diabadikan (ataupun disimpan) atau tidak berubah
selepas suatu objek itu mengalami suatu transformasi
fizikal.
• Contohnya, segumpal selut dilenyek menjadi bentuk
seekor ular dan seorang kanakkanak ditanya yang mana
mempunyai lebih selut didalamnya; gumpalan tadi
KONSERVASI (Conservation)
atau Pengabadian
• Suatu lagi eksperimen yang terkenal melibatkan
menunjukkan pemahaman seorang kanak-kanak
tentang KONSERVASI (atau pengabadian).
• Di dalam satu eksperimen pengabadian, cecair
yang sama banyaknya dituangkan ke dalam dua
bekas yang serupa (lihat Gambarajah 3.6).
• Cecair di dalam salah satu bekas tadi kemudiannya
dituangkan ke dalam sebuah cawan yang berlainan
bentuknya, seperti sebuah cawan yang tinggi dan
tirus, ataupun sebuah cawan yang pendek dan luas.
KONSERVASI (Conservation)
atau Pengabadian
• Kanak-kanak kemudiannya ditanya cawan yang
manakah yang menyimpan cecair yang paling banyak.
• Walaupun setelah melihat bahawa jumlah cecair
kesemuanya sama, kanak-kanak akan selalunya memilih
cawan yang nampak lebih penuh.
• Piaget telah menjalankan beberapa eksperimen yang
serupa tentang konservasi atau pengabadian nombor,
panjang, isipadu, berat, jumlah, dan kuantiti.
• Piaget telah menemui bahawa tidak ramai kanak-kanak
telah menunjukkan kefahaman tentang pengabadian
sebelum mencapai umur lima tahun.
KONSERVASI (Conservation)
atau Pengabadian

Gambarajah 3.3 Tugasan Pengabadian Piaget


TAHAP 3: Tahap Konkrit (6-11 tahun)
• Pada tahap ini, akomodasi bertambah.
• Kanak-kanak membentuk keupayaan untuk berfikir secara abstrak dan
membuat pertimbangan yang rasional tentang fenomena yang konkrit atau
dapat diperhatikan, di mana sebelumnya dia terpaksa memanipulasi secara
fizikal untuk dapat memahami.
• Di dalam mengajar kanak-kanak ini, memberikannya peluang untuk
bertanya soalan dan menjelaskan kepada anda tentang perkara akan
membenarkannya untuk memanipulasi maklumat secara mental.
• Pada tahap ini, kanak-kanak mula berfikir secara logik, dan menyusun
pemikirannya dengan koheren.
• Walau bagaimanapun, mereka hanya boleh memikirkan tentang objek
fizikal yang sebenar, dan tidak dapat menangani pemikiran abstrak.
• Mereka menghadapi kesukaran memahami konsep yang abstrak ataupun
hipotetikal.
TAHAP 3: Tahap Konkrit (6-11 tahun)
• Tahap ini juga mempunyai ciri-ciri utama kehilangan pemikiran
egosentrik.
• Kanak-kanak ini mempunyai keupayaan untuk menguasai kebanyakan
jenis eksperimen pengabadian, dan mula memahami kebolehbalikan.
• Pengabadian merupakan kesedaran bahawa kuantiti ataupun jumlah
tidak berubah apabila tidak ada yang ditambah ataupun ditolak daripada
sebuah objek atau suatu koleksi objek-objek, walaupun terdapat
perubahan dalam bentuk ataupun susunan ruangan.
• Tahap operasi konkrit juga dicirikan oleh keupayaan kanak-kanak untuk
mengkoordinasi dua dimensi sebuah objek secara serentak, menyusun
struktur dalam urutan, dan megubah urutan antara item dalam suatu siri.
• Kanak-kanak tersebut mempunyai keupayaan penyelesaian masalah
konkrit. Kebolehan melabel berkategori seperti "nombor“ ataupun
"haiwan" sekarang tersedia kepada kanak-kanak tersebut.
TAHAP 3: Tahap Konkrit (6-11 tahun)
• Logik
• Piaget telah menentukan bahawa kanak-kanak dalam
tahap operasi konkrit boleh dikatakan pandai
menggunakan logik induktif.
• Logik induktif melibatkan berfikir daripada pengalaman
yang khusus kepada suatu prinsip yang umum.
• Sebaliknya, kanak-kanak dalam peringkat umur ini
mempunyai kesukaran menggunakan logik deduktif,
yang melibatkan penggunaan suatu prinsip umum
untuk menentukan hasil suatu kejadian yang khusus.
TAHAP 3: Tahap Konkrit (6-11 tahun)
• Klasifikasi:
• Kanak-kanak dalam tahap operasi konkrit juga mempunyai
keupayaan untuk menstruktur objek secara hierarki, yang
dikenali sebagai klasifikasi. Ini termasuk memikirkan
pengkelasan,
• e.g. memahami suatu objek sebagai sebahagian daripada
suatu subset yang termasuk di dalam suatu set utama,
• ini ditunjukkan dalam tugasan pengkelasan Piaget, meminta
kanak-kanak untuk mengenal pasti, daripada beberapa
manik berwarna putih dan coklat yang diperbuat daripada
kayu, samada terdapat lebih manik yang berwarna putih
ataupun coklat (Piaget, 1965).
TAHAP 3: Tahap Konkrit (6-11 tahun)
Pensirian (Seriation):
• Pensirian merupakan satu lagi keupayaan baru yang terbentuk semasa dalam
tahap ini,
• ia merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyusun objek berurutan
• berasaskan suatu ciri sifat sepunya.
• Suatu contoh yang mudah adalah dengan meletakkan beberapa batang kayu
mengikut urutan berat.
• Suatu keupayaan baru yang penting yang terbentuk daripada hubungkait
antara pensirian dan klasifikasi adalah penomboran.
• Sementara kanak-kanak pra-operasi jelasnya berupaya untuk mengira, hanya
dalam tahap operasi konkrit barulah menjadi boleh mengaplikasikan operasi
• matematik, yang timbul daripada keupayaan mereka menyusun benda-benda
• mengikut nombor (pensirian) dan untuk memisahkan nombor kepada set dan
subset (klasifikasi), yang membolehkan pendaraban yang rumit, membahagi
dan sebagainya.
TAHAP 3: Tahap Konkrit (6-11 tahun)
• Kebolehbalikan (Reversibility):

• Lagi satu keupayaan baru yang dibentuk dalam tahap operasi konkrit adalah kebolehbalikan.
• Ia merujuk kepada keupayaan untuk menjejak ke belakang secara mental, dan adalah sangat
membantu kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah dan juga dalam pengetahuan tentang cara
mereka menyelesaikan masalah. Contohnya, di dalam sebuah tugasan pengabadian, perubahan yang
dibuat dapat dibalikkan bagi mendapatkan semula sifat yang asal.
• Daripada segi pengetahuan tentang cara menyelesaikan masalah mereka sendiri, mereka boleh
menjejak langkah-langkah mental yang mereka ambil, yang membantu dalam mencapai tahap
refleksi yang baru.
• Sebahagian besar daripada pentakrifan ciri-ciri tahap ini dapat difahami daripada segi kanak-kanak
mengatasi kekangan dalam tahap pra-operasi.
• Kanak-kanak dalam tahap pra-operasi mempunyai beberapa kekangan kognitif yang seterusnya
diselesaikan, dan
• yang pentingnya, kebolehan mengatasi kekangan ini bukanlah disebabkan penambahbaikan yang
perlahan dalam keupayaan yang kanak-kanak itu telah pun ada.
• Sebaliknya perubahan tersebut adalah anjakan kuantitatif yang tulen, sejajar dengan pemerolehan
keupayaan baru.
• Kanak-kanak dapat memberikan justifikasi kepada jawaban yang mereka berikan.
TAHAP 4:
Ciri-ciri Tahap Operasi Formal (12 ke atas)

• Tahap operasi formal bermula pada umur lebih


kurang dua belas hingga dan berlangsung sehingga
dewasa.
• Pada jangka waktu ini, orang membentuk
keupayaan untuk berfikir tentang konsep yang
abstrak.
• Kemahiran seperti pemikiran logik, Pertimbangan
deduktif, dan perancangan sistematik juga timbul
dalam tahap ini.
TAHAP 4:
Ciri-ciri Tahap Operasi Formal (12 ke atas)

Logik:
• Piaget percaya bahawa logik deduktif menjadi penting dalam tahap operasi formal.
• Logik deduktif memerlukan keupayaan untuk menggunakan prinsip umum bagi
menentukan hasil yang khusus.
• Jenis pemikiran ini melibatkan situasi hipotetikal dan selalunya diperlukan dalam
sains dan matematik.
• Katakanlah kita memberitahu seseorang pernyataan berikut:
• 1. Kalau anda mengetuk sekeping kaca dengan tukul, kaca tersebut akan pecah.
• 2. Zaki mengetuk kaca tersebut dengan tukul.
• Rumusan yang betul adalah bahawa “kaca tersebut telah pecah” yang merupakan
rumusan yang akan dibuat oleh kebanyakan remaja pada tahap operasi formal.
• Responden ini telah membuat rumusan tersebut berdasarkan logik dan bukan
berdasarkan pengalaman.
TAHAP 4:
Ciri-ciri Tahap Operasi Formal (12 ke atas)

Pemikiran Abstrak:
• Walaupun kanak-kanak selalunya berfikir dengan
sangat konkrit dan khususnya pada peringkat awal,
keupayaan berfikir tentang konsep abstrak timbul
dalam tahap operasi formal.
• Tanpa bergantung semata-mata kepada pengalaman
lepas, kanak-kanak mula mempertimbangkan hasil
yang mungkin dan kesan daripada tindakan.
• Jenis pemikiran ini penting dalam perancangan
jangka panjang.
TAHAP 4:
Ciri-ciri Tahap Operasi Formal (12 ke atas)

Penyelesaian Masalah:
• Dalam peringkat awal, kanak-kanak menggunakan
cuba-cuba untuk menyelesaikan masalah.
• Dalam tahap operasi formal, keupayaan untuk
menyelesaikan masalah dengan sistematik dengan
logical dan berkaedah mula timbul.
• Kanak-kanak pada tahap operasi formal dalam
perkembangan kognitif selalunya boleh merancang
dengan pantas suatu pendekatan yang tersusun kepada
menyelesaikan suatu masalah (Inhelder & Piaget,
1958).
3.3 Teori Piaget Dalam Bilik Darjah
• Kecerdasan dilihat oleh Piaget sebagai mempunyai tiga komponen:
kandungan, fungsi dan struktur.
Kandungan merujuk kepada kelakuan yang dapat diperhatikan,
yang mencerminkan aktiviti intelektual (e.g. menyelesaikan suatu
• masalah fizik, menulis sebuah esei).
• Kandungan kecerdasan, disebabkan sifatnya, sangat berbagai
mengikut umur dan berbeza bagi setiap kanak-kanak
• . Fungsi merujuk kepada ciri-ciri aktiviti intelek; khususnya, asimilasi
dan akomodasi.
• Struktur merujuk kepada keupayaan menyusun pada otak ataupun
skema.
• kecerdasan dapat ditakrifkan daripada segi asimilasi dan
akomodasi.
3.3 Teori Piaget Dalam Bilik Darjah
• Piaget tidak menjuruskan kajiannya kepada pendidikan dan
pengajaran, tetapi teorinya tentang bagaimana kanak-kanak
memeroleh pengetahuan dan membesar
• secara intelek jelas memberikan banyak perkara yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran.
• Persekitaran pembelajaran (khususnya dalam tadika dan sekolah
rendah) harus menyokong kanak-kanak memeroleh pengetahuan
dangan bertindak terhadap persekitaran melalui tindakannya.
• Dalam erti kata lain, persekitaran pembelajaran haruslah berasaskan
tindakan. Misalnya, kanak-kanak harus mendapat kontak fizikal
dengan konsep seperti pokok, rumput, kucing, ayam dan sebagainya.
• Hanya dengan menunjukkan gambar pokok dan membaca tentang
pokok kepada kanak-kanak tidak memadai.
3.3 Teori Piaget Dalam Bilik Darjah
• Persekitaran pembelajaran harus berorientasikan penemuan di mana kanakkanak digalakkan untuk
memulakan dan menyelesaikan aktiviti mereka sendiri.
•  Gunakan strategi pengajaran yang membuatkan kanak-kanak sedar tentang konflik dan ketidak
konsistenan dalam pemikiran mereka: i.e. kanak-kanak mesti mengalami ketidakseimbangan, ataupun
suatu ketidakseimbangan antara skema yang sedia ada dan maklumat baru yang bakal diserapkan supaua
mereka dapat bergerak ke arah keseimbangan dan tahap pertumbuhan intelek yang lebih tinggi.
• o Gunakan masalah untuk menghadapi atau mencabar pengetahuan lampau ataupun skema pelajar.
Kadang kala kanak-kanak tidak sedar bahawa mereka mempunyai skema yang relevan dan menjawab
dengan pantas bahawa mereka tidak tahu.
• o Gunakan teknik penyoalan yang sesuai bagi membantu pelajar untuk mengeluarkan salah faham dan
pertimbangan salah yang mereka ada.
• o Mendiagnos apa yang kanak-kanak sudahpun tahu dan bagaimana mereka berfikir.
• Kandungan tidak diperkenalkan sehingga kanakkanak itu sudah bersedia secara kognitif untuk
memahaminya atau
mempunyai skema yang relevan untuk menyerap ataupun menyesuaikan maklumat yang baru.
•  Interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya adalah suatu sumber perkembangan intelek yang penting:
• interaksi dengan rakan sebaya adalah penting untuk membantu kanak-kanak berkembang secara intelek.
•  Persekitaran pembelajaran harus menggalakkan penemuan kendiri yang aktif: permainan mewakili
permainan mewakili dengan baik semua ciri-ciri yang diperlukan dalam pengajaran yang diilhamkan oleh
Piaget.
Sumbangan Piaget Kepada Perkembangan
Kanak-kanak
• Piaget telah menunjukkan kenapa proses kognitif; i.e. cara seorang
kanakkanak berfikir adalah penting dalam perkembangan. Yang lebih
penting, dia telah menawarkan beberapa kaedah yang dapat digunakan
untuk mengkaji proses-proses tersebut.
•  Piaget memberikan suatu pandangan baru tentang kanak-kanak.
• Dia telah menekankan konstruktivisme, suatu pandangan bahawa kanak-
kanak merupakan peserta yang aktif dalam perkembangan mereka sendiri.
• Kanakkanak membina pemahaman yang semakin canggih tentang dunia
mereka sambil mereka membesar.
• Walau bagaimanapun, ada ahli sains yang telah mengkritik teorinya kerana
dia tidak meletakkan menekankan peri pentingnya persekitaran
sosiobudaya [yang telah ditekankan oleh Vygotsky ].
• Misalnya, apabila kanak-kanak mula memahami dunianya, interaksi dengan
ahli keluarga, rakan-rakan dan guru-guru memainkan peranan yang
penting.
RINGKASAN
• Dengan menggunakan idea daripada biologi, Piaget telah
memperkenalkan dua proses utama, iaitu Penyusunan dan
Penyesuaian.
•  Skema merupakan struktur mental atau kogniti yang
membolehkan seseorang menyesuaikan dan menyusun
persekitarannya.
•  Asimilasii merupakan proses kognitif dengan mana
seseorang menggabungkan maklumat ataupun
pengalaman baru ke dalam skema sedia ada.
•  Akomodasi merupakan penciptaan suatu skema baru
atau pun mengubahan skema sedia ada.
RINGKASAN
• Keseimbangan merupakan imbangan antara asimilasi dan
akomodasi.
• Ketidakseimbangan merupakan keadaan tidak seimbang antara
asimilasi dan akomodasi.
•  Pengekalan objek merupakan kesedaran seorang kanak-kanak
ataupun pemahamannya bahawa objek terus wujud walaupun ia
tidak dapat dilihat ataupun didengar.
•  Istilah kognisi dicedok daripada perkataan Latin cognoscere yang
bermaksud “untuk mengetahui” atau “untuk mengenali” atau “untuk
mengkonsepsi”.
•  Pengabadian merupakan keupayaan untuk mengingat apa yang
tidak berubah dan apa yang berubah pada objek setelah perubahan
telah dilakukan kepada objek tersebut
• Dalam tahap sensorimotor, pengetahuan bayi tentang
dunia terhad kepada deria persepsi dan aktiviti motor.
•  Dalam tahap praoperasi kanak-kanak belum memahami
logik konkrit dan tidak dapat memanipulasi maklumat
secara mental, dan tidak boleh menerima pandangan
orang lain dan dengan itu egosentrik.
•  Dalam tahap konkrit, kanak-kanak boleh berfikir secara
abstrak dan membuat pertimbangan yang rasional
tentang fenomena yang konkrit ataupun dapat
diperhatikan.
•  Dalam tahap operasi formal, orang membina keupayaan
untuk berfikir tentang konsep yang abstrak.

You might also like