You are on page 1of 3

Teori pembelajaran behaviorisme

1. Teori pelaziman klasik


-Pelaziman klasik ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov (1927)
-Pelaziman klasik ialah satu jenis pembelajaran apabila organisma dapat membuat
perkaitan atau hubungan antara ransangan neutral dengan ransangan semula jadi.
-Apabila perkaitan atau hubungan ini telah terjadi, organisma akan memberikan gerak
balas atau respon.
-Gerak balas/ respon ini dikenali sebagai gerak balas terlazim
-Ini adalah hasil pembelajaran melalui proses perkaitan antara dua ransangan iaitu
ransangan semula jadi danransangan terlazim.
-Organisma akan bergerak balas kepada ransangan terlazim walaupun ransangan semula
jadi telah tiada.
-Terdapat 3 jenis rangsangan - rangsangan neutral, rangsangan semula jadi,
rangsangan terlazim

2. Teori pelaziman operan


- Pelaziman Operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana
organisme itu mengoperat ke atas persekitarannya.
- contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki kedepan sekiranya ia ketahui
bahawa tingkah laku itu akan diikuti dengan makanan
-begitu juga dengan sorang budak yang mengemaskini tempat tidur jika dia tahu dia
akan dibelanja makan air krim.

Perbezaan antara pelaziman operan dengan pelaziman klasik


- Dalam pelaziman klasik, organisma tidak mengubah keadaan persekitaran
- manakala dalam pelazia operan, organise mempuyai pilihan untuk bertindak atau
tidak kerana gerak baasnya menentukan rangsangan yang diberikan

Teori pelaziman operan thorndike


- Dikenali sebagai teori cuba ralat. Teori ini dikemukakan pada tahun 1911.
- beliau menggunakan seekor kucing untuk membuat kajian.
-Dalam eksperimen ini, Thorndike membuktikan bahawa haiwan dan juga manusia belajar
melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat.

3. Teori pelaziman operan Skinner.


- terdapat 5 jenis proses dalam teori pelaziman operan skinner iaitu pengukuhan
positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip premack dan pelupusan.

TEORI KONSTRUKTIVISME
• Konstruktivisme merupakan satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia
ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
• Kaedah pembelajaran yang disarankan memberi tumpuan kepada motivasi dan
keupayaan membina pembelajaran individu itu sendiri. Konstruktivisme digabungkan
dengan teori kognitif kerana tumpuan kepada keupayaan pelajar membina makna secara
mental di persekitaran mereka.
• Menurut teori ini pembelajaran adalah satu proses membina pengetahuan bukan
setakat menerima pengetahuan sahaja. Dalam erti kata lain pengajaran adalah proses
menyokong pembinaan pengetahuan. Teori konstruktivisme ini boleh dibahagikan
kepada dua iaitu:
a) Cognitivist Constructivisme
Merujuk kepada teori pembelajaran kognitif yang disarankan oleh Piaget. Teori ini
mengatakan bahawa pengetahuan perlu dibina secara aktif dan berkait rapat dengan
struktur kognitif sedia ada individu. Aktiviti pembelajaran direka untuk
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara individu.
b) Sociocultural Constructivisme
Merujuk kepada pembinaan pengetahuan melalui proses sosial seperti interaksi,
penglibatan, dan perhubungan. Aktiviti pembelajaran direka untuk meningkatkan
perhubungan sosial melalui pembelajaran koperatif, penyelesaian masalah
berkumpulan, dan sebagainya.
Teori Von Glaserfeld
• Ilmu pengetahuan dibentuk atas inisiatif sendiri.
• Tujuan ilmu ialah mengubahsuai diri dalam alam sekitar
• Proses pembentukan ilmu adalah hasil daripada rasionalisasi pengalaman
individu
Zon Perkembangan Proksimal Vygotsky
Prestasi pelajar jika di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakan akan
menunjukkan
kebolehan penyelesaian masalah melebihi keperluan kebolehan diri sendiri.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF


• Pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan
tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia.
• Tumpuannya ialah kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal,
kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi
• Manusia mempunyai struktur kognitif dan dalam proses pembelajaran otak akan
menyusun segala maklumat dalam ingatannya
• Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai cukup
pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman yang baru, disamping
mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran

1. Teori Pembelajaran Kohler


• Experimen Cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang
pisang yang tergantung dibumbung sangkar

 Cimpanzi melompat-lompat -tiba-tiba dapat melihat pertalian antara susunan


kotak -kotak dengan cara mendapatkan pisang.

 Cimpanzi menggunakan alatan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan


pengalaman dan persepsinya tentang perkaitan kotak-kotak dan pisang dalam situasi
masalah yang dihadapinya.

2. Teori Pembelajaran Isyarat Tolman

• Experimen menggunakan tikus.


 Tikus melalui T- Maze suatu jenis reka bentuk jalan yang mempunyai sekatan
untuk mendapatkan makanan

 Tikus berkenaan mendapat suatu peta kognitif dan memilih jalan yang tepat
apabila telah dapat memahami keseluruhan Situasi sebenar

3. Teori Pembelajaran Kognitif Piaget

• Pengubahsuaian diri dalam alam sekitar sebagai faktor yang penting untuk
perkembangan kognitif individu
Pembelajaran:
 Skema - (kebolehan atau pengalaman) & berubah mengikut masa

 Adaptasi dan Kesimbangan – individu perlu mengubahsuai dan mengadaptasikan


diri dengan alam sekitar yang sebenarnya merupakan proses pembelajaran

 Asimilasi dan akomodasi – menggunakan struktur kognitif yang sedia ada dalam
pengalaman baru untuk megadaptasikan keperluan baru dalam situasi yang dihadapi
(asimilasi) mengubahnya apabila tidak sesuai dan proses adaptasi ini dikenali
sebagai akomodasi.

4. Teori Pembelajaran Maklumat Gagne

• Teorinya tentang bagaimana manusia manusia memperolehi maklumat


• Lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam suatu proses pembelajaran
1. Fasa Motivasi
2. Fasa Kefahaman
3. Fasa Penyimpanan
4. Fasa Penahanan
5. Fasa Ingatan kembali
6. Fasa Generalisasi
7. Fasa Prestasi (perubahan tingkah laku pembelajaran telah berlaku)
8. Fasa Maklum balas

5. Teori Pembelajaran Bruner, Ausubel dan Metakognisi

• Teori pembentukan konsep – Bruner (membentuk konsep dan membuat generalisasi)

• Teori pembelajaran resepsi – Ausubel (pembelajaran bermakna)

• Tori Metakognisi - berkait rapat dengan pemikiran seperti merancang,


mengarah, mengawal, menyemak, menilai termasuk berfikir kritis , kreatif membuat
keputusan dan menyeles aikan masalah (Ilmu, Kemahiran dan Pengalaman)

Teori Pembelajaran Sosial


- Mazhab Behaviouris + Mazhab Kognitif = Mazhab Sosial

- Teori Penbelajaran Sosial melibatkan tiga unsur utama iaitu individu,


persekitaran dan tingkahlaku.

- Individu diruhuk sebagai keadaan motivai intrinsik,persekitaran,sebagai


rangsangan luar dan tingkah laku sebagai perlakuannya.

MODEL BANDURA 1986

Terdapat 4 unsur utka dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan
iaitu

- Perhatian ( Pembelaharan akan berlaku jika ada penumpuan perhatian)


- Mengingat ( butir-butur tingkah laku boleh dikekalkan dengan menggunakan bahasa
dan imaginasi)
- Reproduksi ( pemerhatian akan berjaya melakukan semula tingkah laku yang
ditirunya)
- Peneguhan (Individu biasa meniru tingkah laku sekiranya mendatangkan kepuasan
atau ganjaran dan tidak melakukannya sekira ditegur

IMPLIKASI TEORI PEMODELAN BANDURA

- Penyampaian guru mesti cekap dan menarik supaya dapat menjadi role model
-Demonstrasi mesti crkap dan menarik agar pelajar dapat menirunya dengan cepat
- Hasil guru mesti tinggi nilai mutunya
-Guru boleh menggunakan rakan cemerlang sebagai role model
-Guru boleh mengajar nilai-nilai murni melalui watak-watak bersejarah dengan
menggunakan teknik main peranan atau simulasi

You might also like