You are on page 1of 31

KPD 3016

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN


PENTAKSIRAN 1
KULIAH 3 :
PEMBELAJARAN

Pensyarah Kursus;
Dr. Che Ghani Haji Che Kob
Timbalan Dekan (HEPA)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UPSI
Tel: 05-4806134 / 019-3876048
Email: cheghani@fptv.upsi.edu.my
PEMBELAJARAN
• Merupakan proses memperolehi atau mendapatkan pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran melalui pengalaman dan pengetahuan.
• Apabila berlaku perubahan tingkahlaku dari yang sedia ada dalam
percubaan individu untuk mengatasi rintangan dan memperkuatkan
lagi kemahiranAdalah satu proses mengakumulasi maklumat dan
pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seseorang
sejak ia dilahirkan.
• Proses ini berlaku dalam dua bentuk, sama ada disedari atau pun tidak
disedari.
• Pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di persekitaran.
Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang akan memilih
rangsangan-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada
persekitaran itu, kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan
pengalaman yang bermakna.
PEMBELAJARAN (ulangkaji)
Stalling (1973) berpendapat bahawa pembelajaran
berdasarkan tiga kriteria yang penting.
a. Pembelajaran harus menampakkan perubahan
dalam tingkah laku.
b. Pembelajaran harus melibatkan sesuatu
pemikiran.
c. Pembelajaran harus menghasilkan perubahan
melalui pengalaman atau latihan.
PEMBELAJARAN (ulangkaji)
• Menurut Robert M. Gagne, pembelajaran adalah perubahan
tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang berlaku yang
disebabkan oleh proses pertumbuhan secara semula jadi.
• Pembelajaran dapat diertikan seperti yang berikut:
– Pembelajaran adalah satu proses yang menyebabkan satu perubahan
tingkah laku terhadap manusia.
– Perubahan tingkah laku yang dialami itu biasanya kekal dan stabil.
– Semua perubahan tingkah laku dihasilkan daripada
pengalaman yang diperoleh dan latihan yang telah diikuti, dan
bukan daripada sumbangan faktor-faktor lain.
– Perubahan tingkah laku itu biasanya berlaku dalam satu jangka masa
tertentu dan tidak semestinya diperoleh secara serta-merta.
Terdapat tiga BENTUK perubahan
tingkahlaku dalam pembelajaran :
• Pembelajaran merupakan tindakbalas kepada
perubahan tingkahlaku. Pembelajaran tidak semestinya
mengubah tingkahlaku secara automatik tetapi
memadai jika individu mampu mentafsirkan kepada
perubahan tingkahlaku.
• Perubahan tingkahlaku tidak selalunya kekal.
Pengalaman yang baru boleh menyebabkan tingkahlaku
pembelajaran yang terdahulu dilupakan.
• Perubahan tingkahlaku boleh juga berlaku daripada
pembelajaran yang lain
– Contoh : Kerana takutkan kegagalan pelajar termotivasi untuk
berubah sikap atau tingkahlaku.
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN

Pembelajaran dibahagikan kepada dua


bahagian, iaitu:
a. Pembelajaran bagi memproses maklumat
b. Pembelajaran bagi menggunakan pengalaman
yang tersimpan dalam ingatan.
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
Pembelajaran Bagi Memproses
Maklumat
• Melibatkan usaha mengenal rangsangan, menamakan
rangsangan, mengkelas rangsangan, membina konsep dan
membina prinsip.
• Pembelajaran mengenal adalah peringkal yang paling asas.
• Pembelajaran pada peringkat ini menyangkut pelaziman
klasik.
• Pembelajaran menamakan rangsangan pula bermula
dengan peguasaan bahasa. Pembelajaran seperti ini berlaku
dengan pelaziman operan dan juga pelaziman klasik.
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
Pembelajaran Berasaskan
Pengalaman
• Pembelajaran yang menggunakan pengalaman
melibatkan jenis pembelajaran kebiasaan,
membina kemahiran dan menyelesaikan masalah.
• Pembelajaran pembiasaan terbentuk dengan
gabungan kelaziman klasik dan operan.
• Thorndike menamakan jenis pembelajaran ini
pembelajaran cubajaya.
PROSES PEMBELAJARAN
 Pembelajaran merupakan proses yang dimulakan dengan
penanggapan, iaitu membentuk persepsi terhadap
rangsangan yang diterima oleh pancaindera.
 la melibatkan pengalaman atau kemahiran yang diterima
melalui alat kederiaan seperti melihat, mendengar, merasa
dan menghidu.
 Kesan rangsangan yang diterima adalah maklumat yang
kemudiannya diproses dan disimpan sebagai pengalaman.
 Pengalaman dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran ini
akan dipanggil semula untuk digunakan bagi sesuatu
tafsiran, atau untuk mencapai sesuatu matlamat atau
menyelesaikan sesuatu masalah.
PROSES PEMBELAJARAN
• Rangsangan yang dapat dikesan dan diterima akan
menjadi pengalaman.
• Sekiranya pengalaman itu penting dan kita
mempunyai kepentingan terhadapnya maka ia akan
disimpan lama dan boleh dikeluarkan semula apabila
ia diperlukan.
• Sekiranya pengalaman itu tidak digunakan, ia akan
hilang dan dilupakan. Walan bugaimanapun.
sekiranya pengalaman itu diproses selalu, ditokok
tambah dari diperbaharui, ia akan kekal dalam
ingatan, malahan ia menjadi semakin mantap.
PROSES PEMBELAJARAN
 Proses pembelajaran di atas menunjukkan bahawa
rangsangan adalah penggerak utama kepada pembelajaran.
 Tumpuan perhatian akan berlaku hanya apabila adanya
rangsangan. Hal ini amat penting. Apabila perhatian telah
dapat ditumpukan sepenuhnya, seseorang itu akan berupaya
memahamkan sesuatu maklumat.
 Sekiranya rangsangan tersebut jelas dan dapat difahamkan
dengan baik, maka ia akan dikuasai dan seterusnya
disimpan dalam ingatan. Ini berlaku dalam otak.
 Proses mengingat kembali pula akan berlaku apabila
maklumat yang tersimpan itu diperlukan semula untuk
digunakan.
FASA DALAM PROSES
PEMBELAJARAN
• Gagne (1966) menyatakan bahawa terdapat beberapa langkah
dalam proses pembelajaran. Urutan langkah-langkah tersebut
dibentuk melalui beberapa fasa :
i. Fasa Motivasi
ii. Fasa Tanggapan
iii. Fasa Perolehan
iv. Fasa Penyimpanan
v. Fasa Ingatan Kembali
vi. Fasa Generalisasi
vii. Fasa Prestasi
viii. Fasa Maklumat Balik
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
Komponen dalam proses pembelajaran yediri
daripada
– Kesediaan Pembelajaran
– Motivasi
– Bentuk Penerimaan
– Tanggapan
– Ingatan
– Lupaan
– Transfer Belajar
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Kesediaan Pembelajaran
– Kesediaan dari segi mental, fizikal dan emosi.
Kesediaan pembelajaran akan menjadikan sesi
pembelajaran lebih berkesan apabila dilakukan
berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
• Motivasi
– Suatu tindakan individu bagi membentuk tingkahlaku
tertentu;
– Menjaga tahap ketahanan diri
– Mempunyai matlamat yang jelas
– Membangkitkan, merangsangkan, mengekalkan,
memberi halatuju dan menyepadukan sikap-sikap
individu.
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Empat kategori motivasi
– Motivasi extrinsik - pelajar belajar kerana inginkan atau
disebabkan sesuatu seperti mendapat ganjaran atau mengelak
daripada dikenakan denda jika tidak lakukannya.
– Motivasi instrinsik – pelajar belajar kerana minat dan
keinginannya sendiri atau memperolehi kepuasan daripadanya.
– Motivasi sosial – pelajar belajar kerana menghormati individu
tertentu seperti ibubapa, keluarga, teman dan sebagainya.
– Motivasi Kejayaan – pelajar belajar kerana inginkan bersaing
dengan rakan pelajar yang lain. Kejayaan akan membuat pelajar
lebih gembira.
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Bentuk Penerimaan (pattern recognition)
– Merupakan proses perangsangan persekitaran dengan
mengambar secara konsep dan prinsisp yang sedia ada
dalam minda.
– Tiga bentuk penerimaan
• Contoh sepadan (template matching) – membuat
perbandingan persempadanan antara maklumat yang
diperolehi dengan contoh yang sedia ada dalam minda. (Proses
memberi gambaran dalam minda)
• Model (Prototype) – membuat perbandingan antara maklumat
yang diperolehi dengan seuatu model.
• Analisa Ciri (feature analysis) – membuat analisaan terhadap
pelbagai ciri maklumat dan melihat kepada maklumat yang
boleh diterima sahaja.
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Tanggapan (perception)
– Merupakan proses menyusun dan memberi makna
kepada maklumat secara berasingan dan memberi
pengertian kepada suatu rangsangan yang tidak
bermakna.
– Tiada rangsangan daripada persekitaran tidak berupaya
untuk memproses maklumat atau pengetahuan yang
diterima.
– Tidak ada maklumat yang diterima oleh minda maka
akan tiada “tanggapan pembelajaran”
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Prinsip Tanggapan Gestalt
– Rajah dan latarbelakang – suatu unsur yang rapat akan dilihat
sebagai suatu kumpulan
• Contoh; XXX XXX
– Kesamaan – suatu unsur yang serupa dianggap sebagai satu
kumpulan
• Contoh; XXXOOO
– Kesinambungan dan arah yang baik – tanggapan bahawa satu
garis lurus itu lebih mudah daripada membuat garis putus-putus.
– Ketidak terasingan – menutup anggapan yang negatif bila berada
dalam kumpulan positif.
– Menyeluruh – lebih mudah membuat tanggapan menyeluruh
berbanding dengan melihat secara berasingan
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Ingatan (memory)
– Kebolehan minda pelajar untuk menerima,
menyimpan dan mengeluarkannya semula
maklumat atau pengetahuan yang telah
dipelajari.
– Tiga tahap ingatan berdasarkan kepada tempoh
kemampuan maklumat disimpan
• Ingatan Deria (sensory register)
– membekalkan penyimpanan maklumat sementara.
– Semua deria yang dikesan atau maklumat yang diperolehi,
disimpan dan diimbas (pre-coding) untuk tempoh
sehingga satu saat bergantung jauh mana kekuatan
dorongan maklumat.
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Ingatan Jangka Pendek (Short-term memory)
– Terdiri daripada perkara-perkara yang paling hampir
dengan situasi sedar dengan mengambil tempoh tertentu.
– Apa saja yang difikirkan dalam ingatan jangka pendek
yang terakhir iaitu tempoh 20 saat atau lebih akan
disimpan dalam ingatan jangka panjang atau dilupakan
terus.
– Kunci bagi fungsi ingatan jangka pendek ialah dengan
membuat raptai (rehearsal) dimana ia dirujuk kepada data
yang telah diproses dan kemudian ditukar ke dalam
bentuk maklumat dan ini akan disimpan dalam ingatan
jangka panjang.
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Ingatan Jangka Panjang (Long-term memory)
– Dimana kita menyimpan apa saja maklumat yang kita tahu
dalam tempoh yang lama iaitu antara beberapa minit
hingga ke beberapa tahun – maklumat juga tidak
diterbitkan secara serta merta.
– Boleh menyimpan maklumat pada kapasiti yang tinggi
tanpa had.
– Terdiri daripada
» Ingatan episodik – ingatan tentang peristiwa yang
dialami;
» Ingatan semantik – ingatan tentang “terminologi”
seperti konsep, fakta, hukum, skema atau imej dsb.
» Ingatan prosedural – ingatan tentang melakukan
sesuatu, aktiviti fizikal spt pandu kereta dsb.
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
- Berkaitan dengan menerima, menyimpan
dan mengeluarkan maklumat.

Storage

SENSORY SHORT LONG


MEMORY TERM TERM
MEMORY MEMORY

Perhatian Retrieval
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Lupaan (Forgetting)
– Tidak merujuk kepada lupaan yang berlaku
secara tidak normal seperti hilang akal, terkejut,
sakit dsb.
– Merujuk kepada kegagalan individu untuk
mengingati sesuatu yang pernah diketahui.
– Kajian menunjukkan ada tujuh alasan kenapa
manusia seringkali terlupa :
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Gagal mengekodkan (failure to encode)
– bermakna maklumat yang diterima gagal disusun dan dikodkan
dalam ingatan
• Gagal Memperolehi Kembali (failure to retrive)
– Ia merujuk kemampuan untuk mengunakan semula maklumat
yang diperolehi dan disimpan dalam ingatan jangka panjang;
adakala kita gagal memanggil semula sebahagian daripadanya dan
adakalanya kita gagal mengingati semuanya.
• Gangguan (interference)
– Lupa untuk mengingat semula kerana dihalang oleh maklumat lain
yang terdapat dalam ingatan yang bercampur-aduk
• Keusangan (Decay)
– Lupa disebabkan maklumat hilang dalam ingatan pada jangkamasa
panjang terutama apabila maklumat tidak pernah digunakan.
• Gagal disimpan (failure to store)
– Apabila maklumat gagal disimpan dalam ingatan jangka panjang.
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Transfer Belajar (Transfer of Learning)
– Kemanpuan mengaplikasikan sesuatu situasi pembelajaran ke
suatu situasi yang lain.
– Bagaimana pembelajaran suatu topik mempengaruhi
pembelajaran yang lain;
• Mungkin positif apabila pembelajaran suatu perkara dapat
membantu individu untuk mempelajari yang lain.
• Atau negatif apabila pembelajaran sesuatu perkara
menghalang daripada mempelajari yang lain.
– Transfer khusus (specific transfer) – apabila berlakunya
transfer belajar disebabkan oleh berlakunya pertindihan
kandungan pembelajaran antara topik pembelajaran asal
dengan topik yang ditransfer manakala transfer umum
(general transfer) pembelajaran dalam suatu situasi
mempengaruhi pembelajaran situasi yang berbeza.
KOMPONEN
PROSES PEMBELAJARAN
• Transfer Belajar (Transfer of Learning)
– Teori Behaviourisme membincangkan transfer dalam aspek
yang lebih umum atau pelbagai.
– Teori Kognitif membincangkan transfer dalam kontek
pemikiran iaitu pembentukan pengetahuan dan skema sesuatu
konsep atau model pemikiran.
– Teori sosial pula membincangkan transfer melalui sesuatu
model
– Pendidikan sewajarnya memelihara proses transfer; - proses
pembelajaran di sekolah bermaksud persediaan bagi seseorang
pelajar dengan kehidupan sebenarnya diluar sekolah. Transfer
harus berlaku dalam bentuk yang tepat dan betul.
Perhubungan
Pengajaran dengan Pembelajaran
• Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan aktiviti
pembelajaran.
• Keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan
menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya memudahkan
aktiviti pembelajaran murid.
• Segala aktiviti pengajaran adalah semata-mata ditumpukan untuk
merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka belajar. Oleh
itu, pengajaran mempunyai dua fungsi utama, iaitu:
a. Merangsangkan pembelajaran
b. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.
Perhubungan
Pengajaran dengan Pembelajaran
• Segala aktiviti pengajaran adalah ditujukan untuk
menghasilkan aktiviti pembelajaran yang berkesan.
• Dengan itu, objektif pengajaran utama ialah
membawa hasil pembelajaran dengan membentuk
perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah
ke suatu tahap yang lebih tinggi.
• Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia
gagal mewujudkan situasi pembelajaran yang
berkesan.
Perhubungan
Pengajaran dengan Pembelajaran
Segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
mengajar adalah berlandaskan kepada segala teori dan
ciri pembelajaran. Hal ini adalah memastikan bahawa
segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti
pembelajaran dengan berkesan.
Dengan itu, kaedah dan teknik mengajar seperti kaedah
penyelesaian masalah, kaedah main, kaedah kumpulan,
kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi serta strategi
pengajaran seperti strategi pemusatan murid dan bahan
adalah berhubung rapat dengan keberkesanan aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Perhubungan
Pengajaran dengan Pembelajaran
• Pembelajaran hanya berlaku atas usaha
sendiri, mengikut motif atau motivasi tersebut.
Oleh itu, di dalam bilik darjah, tugas pengajar
ialah membekalkan motivasi tersebut sebagai
rangsangan untuk menimbulkan minat murid
dan menggerakkan mereka belajar.
Tugasan secara berkumpulan
Huraikan dengan jelas tentang model-model berikut dan bentangkan:

1. Model Pengajaran Ilmuan Islam


2. Model Kurikulum Tyler
3. Model Pengajaran Glaser
4. Model Pengajaran Sim
5. Model Pengajaran Bigs
6. Model Pembelajaran Masteri
7. Model Pembelajaran Konstruktivism
8. Model Pembelajaran Gagne
9. Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kompetensi
10.Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah
11.Pendekatan Berpusatkan Guru Dan Pelajar
12.Muliple Intelligences
13.Cooperative Learning
14.Model Pengajaran Taba
15.Model Pengajaran Inkuiri

You might also like