You are on page 1of 31

Pembelajaran dan Kognisi

“Lambaian Malar Hijau”


Bersama Kita Berjuang

Kuliah 1 : Teori Pemprosesan Maklumat


Wong Hoi Yee
( No.Matrik : M20151000460 )
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
 Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan
manusia sama seperti komputer.
 Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada
persekitaran pembelajaran.
 Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan.
 Maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval.
Memproses

Menyimpan

Mengingat
semula

Lupaan
 Mengikut model pemprosesan maklumat, terdapat tiga
mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat
berlaku dalam otak manusia.
 Tiga mode :
A. Mode deria/ sensori
B. Mode ingatan jangka pendek
C. Mode ingatan jangka panjang.
(a) Mode deria / Mode sensori
 ingatan jangka pendek yang telah wujud pada
deria.
 Masa simpanan maklumat : antara 1 hingga 3
saat.
 Maklumat akan hilang serta merta sekiranya
tidak diproses
(b) Mode ingatan jangka pendek

 Tempoh simpanan maklumat : antara 5 hingga 20


saat.
 Maklumat akan diproses, ditapis disusun atau
disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka
penjang untuk disimpan.
 Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku
apabila kita memberi perhatian kepada bahagian
maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek
melalui tumpuan terpilih iaitu “selective attention”.
 Selain itu, maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti
berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindahkan ke ingatan jangka
pendek. Sesuatu “chunk” tidak mempunyai unit tertentu dan boleh
merupakan satu huruf atau angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu
perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat
dan ia berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan
jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari
(serentak).
(c) Mode ingatan jangka panjang

satu proses menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih


daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun.
komponen dalam struktur memori yang menyediakan
gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat.
Memori lebih kekal penyimpanan maklumatnya. Ingatan
jangka panjang adalah komponen memori yang
mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik
termasuk pengetahuan am tentang dunia.
Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan
kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod,
disimpan, diingat kembali dan lupa.
 Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang
otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu
berlaku
RAJAH MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN
MAKLUMAT
Teori belajar yang oleh Gagne (1988) disebut
dengan ‘Information Processing Learning
Theory’

 gambaran atau model dari kegiatan di dalam otak


manusia di saat memroses suatu informasi
 pembelajaran terjadi proses penerimaan informasi,
untuk kemudian diolah sehingga menghasilkan keluaran
dalam bentuk hasil belajar.
 Dalam pemrosesan informasi terjadi adanya interaksi
antara kondisi-kondisi internal dan kondisi-kondisi
eksternal individu.
Teori belajar yang oleh Gagne (1988) disebut
dengan ‘Information Processing Learning
Theory’
 Kondisi internal iaitu keadaan dalam diri individu yang
diperlukan untuk mencapai hasil belajar dan proses
kognitif yang terjadi dalam individu.
 Sedangkan kondisi eksternal adalah rangsangan dari
lingkungan yang mempengaruhi individu dalam proses
pembelajaran.
Menurut Gagne tahapan proses pembelajaran meliputi
delapan fase yaitu,
 (1) motivasi;
 (2) pemahaman;
 (3) pemerolehan;
 (4) penyimpanan;
 (5) ingatan kembali;
 (6) generalisasi;
 (7) perlakuan;
 (8) umpan balik.
(1)Fasa Motivasi
 fasa pertama yang berlaku dalam proses pembelajaran.
 manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu.
 motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-
mana proses pembelajaran.
 Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan
motifnya supaya belajar.
 motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid
supaya berusaha belajar.
(2)Fasa Pemahaman
 seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu
rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta
membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ
derianya.
 Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid
menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru
dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan
daripada rakan sekelas yang lain.
(3)Fasa Pemerolehan
 Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang
relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka
rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor
ingatan jangka pendek.
 Rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara
yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi
penting dalam bentuk yang mudah disimpan.
(4)Fasa Penyimpanan
 Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor
ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhanya
akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang.
 Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan
ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem
yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah
dikeluarkan.
(5)Fasa Ingatan Kembali
 tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah
disimpan dalam stor ingatan jangka panjang.
 Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran
atau motif dalaman.
 Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa
yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.
(6)Fasa Generalisasi
 fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana
seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat
dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya
untuk situasi yang sama atau serupa.
 Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk
segiempat tepat, segiempat sama sisi, rombus yang masing-
masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan
membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh
diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.
(7)Fasa Perlakuan
 fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan
tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran.
 Fasa ini berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan
perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan
diberikan.
 Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan
guru secara lisan.
(8)Fasa Umpan Balik
 fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak
balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang
tepat.
 Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan
seperti memberi galakan kepada orang yang telah
menunjukkan prestasi yang tepat.
 Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan
yang harus diberikan pujian oleh guru.
Langkah pengajaran mengikut teori
pemprosesan maklumat
 Perhatian pelajar: Mulakan pengajaran dengan memberikan set
induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru &
pengajaran. Cth: Dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer
guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan
beberapa contoh perkakasan komputer ke dalam kelas.

 Merangsang ingatan pelajar kepada tajuk yang berkaitan.


Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari & dikaitkan
dengan topik yang akan diajar.
 Penekanan kepada isi pengajaran yang penting. Penggunaan bahan bantu mengajar
yang tepat dengan tajuk yang akan disampaikan.Cth: Edarkan hand out,
penyediaan slaid Powerpoint.
 Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian. Cth: Perisian kursus yang berkaitan dengan tajuk
perkakasan komputer.
 Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima &
memahaminya.Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat
yang baru diterima.
(a) Pengulangan. Cth: Meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari
(ingatan jangka pendek).
(b) Menyediakan beberapa aktiviti @ latihan yang berkaitan dengan pelajaran
lepas (ingatan jangka panjang).
Kelebihan Model Pemprosesan Maklumat
Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan
konsep, hukum, prinsip atau teori matematik.
menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat
bantu mengajar.
Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang kompleks.
Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah
berstruktur dan berpusatkan guru.
Guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil
menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam
Kelemahan Model Pemprosesan Maklumat
Jika maklumat tidak diproses, ingatan jangka pendek akan
hilang serta merta.
Guru perlu membentuk respon yang betul, untuk membolehkan
kanak-kanak menyebut dan menulis respon dengan betul.
Bantu pelajar membuat banding beza situasi untuk mengenal
pasti perbezaan dan persamaan.
Hanya menggunakan pembelajaran yang diprogramkan sahaja
Memerlukan guru menyediakan bahan P&P yang banyak dan
menarik untuk sentiasa menarik fokus murid.
Kesan Model Pemprosesan Maklumat
sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran
sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan.
membolehkan pelajar membuat diskriminasi dan
generalisasi dengan tepat.
membina keyakinan pelajar dalam mencapai kejayaan.
menekankan kerja kumpulan dan kerjasama dalam
pembelajaran.
Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-
kemahiran seperti membuat perbandingan
Implikasi Model Pemprosesan Maklumat
 menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada
yang mudah kepada rumit.
 mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada
agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.
 proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan
secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian.
 Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki
kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat
mutlak menguasai jenis pembelajaran kemudian.
 Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru
perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk
menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang
baharu.
 Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru
digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar
pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan.
 Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti
mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul
pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna
 Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan
prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh
spesifikyang spesifik.

You might also like