You are on page 1of 14

1.

Pengenalan
1M1S yang diperkenalkan telah berjaya mencungkil bakat murid seiring dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian, usaha berterusan yang dijalankan oleh
pihak MSSD Klang untuk melahirkan para pelajar yang sempurna dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI) melalui penganjuran pelbagai program sangat bertepatan untuk
pembangunan sahsiah dan potensi individu. Dari aspek sukan dan permainan, salah satu
program tersebut adalah Kejohanan Bola Jaring MSSD Klang bagi tahun 2014.
Penganjuran kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan khususnya
bola jaring. Di samping itu, diharapkan pihak MSSD Klang akan dapat mengetengahkan
bakat-bakat yang sedia ada dalam usaha melahirkan lebih banyak pemain bola jaring
berkaliber yang mampu memartabatkan sukan bola jaring di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.

2. Penganjur Kejohanan
Majlis Sukan Sekolah Daerah Klang, Pejabat Pelajaran Daerah Klang.

3. Pengelola
Sekolah Kebangsaan Abdul Samat, Kapar, Selangor

4. Matlamat
a. Melahirkan pemain-pemain yang berpotensi dalam permainan bola jaring.
b. Melahirkan pemain-pemain bola jaring remaja yang bakal mengharumkan nama
sekolah, daerah, negeri dan negara mahupun di peringkat antarabangsa.
c. Memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum seperti diwarwarkan dalam
Gagasan 1 Malaysia melalui permainan bola jaring.

5. Objektif
a. Melahirkan pemain-pemain yang berbakat dalam permainan bola jaring.
b. Menyediakan pasukan bola jaring daerah dan negeri untuk menyertai kejohanan
peringkat negeri dan kebangsaan.
c. Mendedahkan suasana pertandingan yang sebenar kepada pelajar-pelajar.
d. Memperkenalkan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring yang sebenar
kepada mereka yang terlibat.
e. Memberi pendedahan pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan kepada guru-
guru penasihat bola jaring daerah Klang.
6. Sasaran Peserta
a. Murid perempuan bawah 12 tahun

7. Nama Kejohanan
Kejohanan Bola Jaring MSSD Klang Rendah 2015

8. Tarikh Kejohanan
22 hb hingga 24 hb April 2014.

9. Tempat Kejohanan
Padang Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar

10. Senarai Ahli Jawatankuasa Pengelola, Kejohanan Bola Jaring MSSD Klang 2014

Penasihat : Pn. Hajah Adliyah bt Ramli


Pegawai Pelajaran Daerah Klang

En. Badrul Hisham b. Mokhtar


Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang

Pengerusi : Pn. Norfaridah Binti A. Bakar


Pengetua SMK (P) Kapar, Klang

Naib Pengerusi : Pn. Siti Dinar bt Hamid


Penolong Kanan Kurikulum

Penyelaras : En. Yaakob b. Abd Rahman


Penyelia Sukan, PPD Klang

Pengerusi Teknik : Pn. Noraizah bt Mohd Noor

Setiausaha : Cik Norlela bt Samshi@Shamsi

Pen. Setiausaha : Pn. Diana Roschinda Bt. Sohibol Fadilah

Bendahari : Pn. Mazayariza Bt Zainuddin


AJK Pelaksana

Pengerusi : Pn Nor Faridah bt A. Bakar


Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Dinar bt Hamid
Naib Pengerusi II : Pn. Hajah Hanimah bt Mohsin
Naib Pengerusi III : Pn. Che Noraizam bt Syeikh Abdullah
Naib Pengerusi IV : Pn Maznah bt Abu Hassan

Sambutan/Jemputan : Pn. Naemah bt Mohd Zin


Pengurus Pasukan : Pn. Najahiyah bt Sulaiman
: Pn. Mazayariza bt Zainuddin
Statistik : Pn. Naemah bt Mohd Zin
Pendaftaran/Juruacara : Pn. Norasmah bt Kamal
: Pn. Diana Roschinda bt Sohibol Fadilah

Juruacara Majlis : Pn. Noormariani bt Mohd Salleh


Perasmian Penutup
Hadiah/Sijil/Cenderahati : Pn. Ling Pick Hiong
: Pn. Najahiyah bt Sulaiman
Persiapan Padang/Alatan : En. Kacuma b. Deng (K)
Pn. Diana Roschinda bt Sohibol Fadilah
En. Mokhtar b. Parman
Cik Norlela bt Samshi@Shamsi
Pn. Mazayariza bt Zainuddin
Buku Aturcara : Pn. Sarimah bt Mat Yusoff
Makanan/Minuman & : Pn. Nordina bt Tajuddin
Jamuan Penutup Pn. Noranita bt Sarpin
Siaraya/Publisiti : Tn. Hj Khairul Anuar
En. Kacuma b Deng
Keselamatan/Kebersihan : Pn. Naemah bt Mohd Zin
Pn. Noranita bt Sarpin
Kecemasan : Pn. Ling Pick Hiong
Dokumentasi/Fotografi : Pn. Siti Fairuz bt Mohd Khairi
Teks Ucapan : Pn. Mastura bt Semail
11. Perbelanjaan

BIL ITEM ANGGARAN


A 1. Sarapan pagi Jawatankuasa Pengelola RM 144.00
RM3.00 x 16 orang x 3 hari
2. Sarapan pagi petugas RM 180.00
RM3.00 x 20 orang x 3 hari
3. Sarapan pagi pengadil RM 180.00
RM3.00 x 20 orang x 3 hari
4. Makan tengahari Jawatankuasa pengelola RM 240.00
RM5.00 x 16orang x 3 hari
5. Makan tengahari petugas RM 300.00
RM5.00 x 20 orang x 3 hari
6. Makan tengahari pengadil RM 300.00
RM5.00 x 20 orang x 3 hari
7. Air Mineral RM 100.00
RM10.00 x 10 kotak
8. Jamuan VIP (Majlis Penutup) RM 50.00
RM5.00 x 10 orang
JUMLAH RM 1494.00
B 1. Banner RM 120.00
2. Fail poket RM 15.00
RM1.00 x 15 buah
3. Kertas A4 RM 20.00
RM10.00 x 2 rim
4. Minyak hitam RM 140.00
RM30.00 x 6 tong
5. Jaring bola jaring RM 90.00
RM15.00 x 6 pasang
6. Tali cerut pembalut tiang RM 61.00
7. Bola kejohanan RM180.00
RM90.00 x 2 biji
JUMLAH RM 626.00
C 1. Bayaran pengadil RM 400.00
Rm20.00 x 20 orang
JUMLAH RM 400.00
JUMLAH PERBELANJAAN A + B + C RM 2520.00

PENDAPATAN
1. Bayaran penyertaan 42 pasukan x RM60.00 RM 2520.00
JUMLAH RM 2520.00
12. Peraturan-peraturan Pertandingan Bola Jaring MSSD Klang

Peraturan-peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Klang


- Sila Rujuk Lampiran 1 -

13. Borang Pendaftaran

Sila lengkapkan borang pendaftaran yang dilampirankan. Borang yang telah lengkap diisi
hendaklah dihantar sebelum atau pada 21 hb Mac 2014 kepada :

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Jaring MSSD Klang 2013,


SMK (P) Kapar,
42200 Kapar, Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-32506565 Fax : 03-32501049
Email : leyla_citra@yahoo.com

14. Penutup

Diharapkan kejohanan ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan dan
akan dijalankan dengan lancar dan jayanya. Semoga kejohanan ini akan dapat melahirkan
lebih banyak pemain bola jaring remaja yang berbakat besar yang bakal mewakili Daerah
Klang ke Peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………. …………………………….
(NORLELA SHAMSI) (SITI DINAR BT HAMID)
Guru Penasihat Bola Jaring SMKPK Penolong Kanan Kokurikulum SMKPK

Disahkan oleh,

……………………………
(NOR FARIDAH BT A. BAKAR)
Pengetua SMK
LAMPIRAN 1

(PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-


SEKOLAH DAERAH KLANG)

Peraturan 1 : Pengelolaan
Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan MSSD Klang diserahkan kepada Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Daerah Klang yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan
kepada mana-mana sekolah dalam daerah Klang atau satu Jawatankuasa Khas yang dipilih oleh
Jawatankuasa Kerja MSSD Klang.

Peraturan 2
2.1 Undang-undang permainan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan undang-
undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada
undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan di MSSD Klang.
2.2 Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang
diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM dan Jawatankuasa Teknik Permainan MSSM
semasa akan menjadi undang-undang rasmi permainan.

Peraturan 3 : Kelayakan Peserta


3.1 Peserta-peserta.
3.1.1 Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah rendah dan
menengah yang berdaftar akan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Negeri layak menyertai semua pertandingan permainan MSSD Klang.
3.1.2 Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM/SPVM/STPM tidak
layak menyertai semua pertandingan MSSM/MSSS/MSSD Klang.
3.1.3 Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan
SPM/SPVM/STPM layak menyertai pertandingan MSSD Klang dengan syarat
sekolah swasta berkenaan bergabung dengan MSSD Klang.
3.2 Ahli Gabungan MSSD Klang.
3.2.1 Sekolah-sekolah yang bergabung dengan MSSD Klang adalah layak
mengambil bahagian dalam pertandingan MSSD Klang / MSSS.
3.2.2 Setiap sekolah hanya layak menghantar satu pasukan sahaja mengikut
kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan permainan melainkan ada kebenaran
khas
Peraturan 4
4.1 Had umur bagi pertandingan permainan MSSD Klang.
4.1.1 18 tahun ke bawah.
4.1.2 15 tahun dan ke bawah.
4.1.3 12 tahun dan ke bawah.
4.2 Kiraan umur adalah dikira pada 1 Januari tahun pertandingan.
4.3 Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang disertai
tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSD Klang. Seseorang peserta
dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis
pertandingan dalam masa yang sama.
4.4 Selain yang disebutkan seseorang peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan dalam
kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya melainkan ada satu
ketetapan khas.
4.5 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan jika diminta oleh pihak
pengelola. Peserta yang tidak mempunyai kad pengenalan hendaklah mempunyai surat
pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran (Borang JPN / 9 atau JPN 1/11) dan
salinan sijil beranak yang disahkan oleh Pengetua sekolah yang berkenaan.
4.6 Peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah melengkapkan borang
pendaftaran pertandingan individu yang disahkan oleh Guru Besar sekolah peserta
berkenaan.
Peraturan 5 : Pendaftaran
5.1 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai pasukan dan peserta yang
ditetapkan.
5.2 Pasukan yang mempunyai peserta perempuan dikehendaki ditemani oleh seorang
Penolong Pengurus atau Jurulatih Wanita (Guru Wanita).
5.3 Pendaftaran Pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah
disampaikan kepada Jawatankuasa.

Peraturan 6 : Pengadil / Hakim


6.1 Semua pengadil / hakim mestilah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Sekiranya Jawatankuasa Pengelola Pertandingan memerlukan khidmat pengadil / hakim
selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kebenaran daripada Urusetia MSSD
Klang hendaklah diperolehi.
6.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan hendaklah menyediakan tempat penginapan yang
sesuai untuk pengadil / hakim jika difikirkan perlu.
6.3 Sebarang pembayaran pengadil / hakim akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan.

Peraturan 7 : Pengerusi Teknik Permainan MSSD Klang


Semua Pengerusi Teknik permainan akan bertindak sebagai penasihat permainan dari segi
teknikal.

Peraturan 8 : Pengurus dan Pegawai Pasukan


8.1 Semua Pengurus / Pegawai Pasukan sekolah-sekolah yang berdaftar hendaklah terdiri
daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan hadir di majlis taklimat yang diadakan
oleh Jawatankuasa Pengelola.
8.2 Pengurus / Pegawai pasukan sekolah hendaklah bekerjasama mematuhi jadual
perlawanan dan aturcara yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan
Pengelola Kejohanan.
8.3 Semua urusan peserta, disiplin dan kebajikan peserta adalah di bawah tanggungjawab
pengurus pasukan sekolah.

Peraturan 9 : Pakaian
9.1 Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan yang mula-mula
tecatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya.
Walaubagaimanapun bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus jersi sekolah
oleh Jawatankuasa Teknik Pertandingan, maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi.

Peraturan 10 : Sistem Pertandingan


Sistem pertandingan dijalankan adalah mengikut ketetapan yang ditetapkan semasa Mesyuarat
Pengelolaan.

Peraturan 11 : Menyerah Kalah dan Menarik Diri


11.1 Pasukan / peserta yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri
semasa pertandingan dijalankan.
11.2 Sekiranya sesebuah pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan-pertandingan, semua keputusan yang dimainkan oleh pasukan /
peserta akan dibatalkan.
11.3 Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan
tatatertib akan diambil ke atas pasukan berkenaan.
11.4 Berikut adalah tindakan yang akan diambil :-
11.4.1 Menulis surat tunjuk sebab.
11.4.2 Membayar ganti rugi perjalanan dan perbelanjaan pasukan lawan.
11.4.3 Membayar elaun pengadil yang sepatutnya bertugas pada perlawanan
tersebut.
11.4.4 Menghantar laporan bertulis kepada Pengetua / Guru Besar sekolah.

Peraturan 12 : Bantahan
12.1 Bantahan bertulis dengan menggunakan “Borang Bantahan” yang ditandatangani oleh
Pengurus Pasukan berdaftar dan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak
RM200.00.
12.2 Tempoh bantahan rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan sukan
berkenaan.
12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan yang dibuat ditolak.
12.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu akan dijalankan
dalam keadaan bermain dalam bantahan.
12.5 Juri rayuan hendaklah mengadakan mesyuarat selepas Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan sejam bantahan
diterima.
12.6 Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan berkenaan
dan keputusannya adalah muktamad.

Peraturan 13 : Juri Rayuan


Ahli-ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) :
i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
ii. Setiausaha Pengelola.
iii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik Daerah berkenaan.
iv. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Kejohanan atau wakilnya.
v. Tiga orang Pengurus Pasukan yang berdaftar yang tidak terlibat dengan bantahan / kos
tersebut.
vi.
Peraturan 14 : Lembaga Tatatertib
14.1 Lembaga ini terdiri daripada :
14.1.1 Pegawai Pendidikan Daerah atau wakilnya sebagai Pengerusi.
14.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik atau wakilnya.
14.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Permainan berkenaan atau wakilnya.
14.1.4 Setiausaha MSSD atau wakilnya.
14.1.5 Pengerusi Pengadil Kejohanan.

14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk :


14.2.1 Memberi amaran.
14.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu.
14.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan / pesta.
14.2.4 Mengarahkan pemain dihantar pulang.
14.2.5 Menghantar laporan kepada Pengetua / Guru Besar sekolah berkenaan
supaya mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut
hukuman yang digunakan oleh Pertubuhan Kebangsaan.
14.2.6 Bagi kes-kes disiplin yang berlaku dan melibatkan pegawai-pegawai
pasukan, pihak Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada
Jawatankuasa Kerja MSSD untuk tindakan selanjutnya.
14.2.7 Tindakan tatatertib dan melibatkan pegawai-pegawai pasukan, pihak
Pengelola Pertandingan hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Kerja
MSSD untuk tindakan selanjutnya.
14.2.8 Tindakan tatatertib berdasarkan “Perintah Am” akan diambil kepada
pegawai-pegawai yang didapati sabit kesalahan.
14.3 Kes Penggantungan.
Pasukan, pegawai atau pemain yang digantung oleh sekolah, Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Daerah, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri atau Majlis Sukan Sekolah-
sekolah Malaysia kerana perlanggaran etika pertandingan dan permainan hendaklah
dilaporkan kepada Persatuan Permainan Negeri atau Kebangsaan yang mengelolakannya.

Perauran 15 : Majlis Penyampaian Hadiah


15.1 Semua pasukan yang menyertai pertandingan permainan dan yang akan menerima hadiah
hendaklah hadir di Majlis Penyampaian Hadiah yang diatur oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan.
15.2 Jika terdapat pasukan yang tidak memberi kerjasama, Pengelola hendaklah
memaklumkan kepada Urusetia MSSDK serta Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan
agar tindakan diambil terhadap pengurus pasukan berkenaan.
15.3 Penyampaian hadiah disediakan oleh Pengelola.

Peraturan 16 : Keselamatan
16.1 Pihak Pengelola Pertandingan akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk
mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di tempat penginapan atau
pertandingan.
16.2 Sebarang kehilangan atau kerosakkan harta benda semasa pertandingan adalah
tanggungjawab pasukan dan peserta sendiri. Walau bagaimanapun, beberapa persediaan
akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan.

Peraturan 17 : Penyalahgunaan Dadah


17.1 Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti senarai “Penyalahgunaan Dadah
Berbahaya” adalah diharamkan.
17.2 Ujian pengesanan boleh dijalankan secara rambang kepada peserta oleh Jawatankuasa
berhubung kejohanan yang diadakan.

Peraturan 18 : Tindakan Mahkamah


Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
berhubung dengan kejohanan yang diadakan.

Peraturan 19 : Kenyataan Akhbar / Media Elektronik


Semua pegawai atau peserta yang menyertai Kejohanan Permainan MSSDK dilarang membuat
sebarang kenyataan akhbar / media elektronik berhubung dengan kejohanan kecuali Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola atau pihak yang bertanggungjawab.

Peraturan 20 : Pindaan dan Hakmilik Jawatankuasa Pengelola


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan PERATURAN PERMAINAN
BERKENAAN akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSDK dan
keputusannya adalah muktamad.
KEPUTUSAN AKHIR
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD KLANG
2013

PASUKAN BAWAH 18

JOHAN : SMK (P) KAPAR


NAIB JOHAN : SMK MERU
KE - 3 : SMK (P) METHODIST
KE - 4 : SMK RAJA ZARINA

PASUKAN BAWAH 15

JOHAN : SMK (P) KAPAR


NAIB JOHAN : SMK KOTA KEMUNING
KE - 3 : SMK (P) RAJA ZARINA
KE - 4 : SMK (P) METHODIST
KERTAS KERJA
KEJOHANAN
BOLA JARING
MSSD KLANG 2014
Tarikh : 22-24 APRIL 2014

Tempat : Padang SMK (P) KAPAR

You might also like