You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG

42500 TELOK PANGLIMA GARANG


SELANGOR

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BOLA JARING
ANTARA KUMPULAN
TAHUN 4 DAN 5
TAHUN 2017

Tarikh :6 SEPTEMBER 2017

Hari : Rabu

Tempat : Padang SK Sijangkang


PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA KUMPULAN TAHUN 4 DAN 5
SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG TAHUN 2017
1. Pengenalan
Sukan Bola Jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara. Namun bilangan jagoan bakat-bakat muda bagi sukan ini
terutama bagi peringkat 12 Tahun ke bawah agak kurang memberansangkan. Menyedari
hakikat ini, Kelab Permainan Bola Jaring telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan
pertandingan bola jaring supaya dapat memberi pendedahan permainan bola jaring kepada
murid sekolah secara berterusan dan berkualiti. Di samping itu, diharapkan dapat
mengetengahkan bakat-bakat yang sedia ada dalam usaha melahirkan lebih banyak pemain
bola jaring berkaliber yang mampu memartabatkan sukan bola jaring di Sekolah Kebangsaan
Sijangkang.

2. Rasional
Pertandingan ini akan lebih memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman
permainan berpasukan dan betapa pentingnya semangat berpasukan. Mereka juga
berkebolehan untuk menguruskan keperluan pasukan dan menjalankan latihan yang
sewajarnya.

3. Matlamat
Pertandingam ini membolehkan pihak sekolah menarik minat pelajar untuk bermain
permainan bola jarring. Tujuan ini selaras dengan kehendak pembangunan sukak kementerian
pelajaran yang menyarankan pelajar memasuki bidang sukan seperti 1M1S. pendedahan ini
perlu untuk membantu murid mengembangkan potensi mereka daklam permainan ini.

4. Objektif
a. Melahirkan pemain-pemain yang berbakat dalam permainan bola jaring.
b. Menyediakan pasukan bola jaring daerah dan negeri untuk menyertai kejohanan
peringkat daerah.
c. Mendedahkan suasana pertandingan yang sebenar kepada pelajar-pelajar.
d. Memperkenalkan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring yang sebenar
kepada mereka yang terlibat.
e. Memberi pendedahan pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan kepada guru-
guru penasihat bola jaring.
5. Konsep Pertandingan
a. Berpasukan 8 orang
b. Format Liga dua kumpulan
c. Hadiah 1,2 dan 3. Sijil Penyertaan
d. Pakaian pakaian sukan dan bip bernombor
e. Peraturan permainan mengikut peraturan pertandingan bola jaring sebelah
f. Gelanggang mengikut spesifikasi kebangsaan.

6. Sasaran Peserta
Murid perempuan bawah 12 tahun

7. Tarikh Kejohanan
6 September 2017

8. Tempat Kejohanan
Padang Sekolah Kebangsaan Sijangkang

9. Senarai Ahli Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

Pengerusi : Pn. Hjh Misinah bt M. Johari


Guru Besar SK Sijangkang

Pengerusi Pertandingan : En Muaaddib Bin Misnan


Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Puan Nakwah bt Mohd Satali

Pengerusi Teknik : Pn. Nur Salsabila binti Darani

AJK Pelaksana

Padang : Cik Nurul Izzah bt Ahmad Ramdzan


Pn Nurul Izzati bt Lily@ Razali
Pn Farilah bt Hashim

Alatan : Pn Azuawani bt Mohamed Ramlai


Pn Mahani bt Mahat

Minuman : Pn Haliza bt Ishak


Pn Nor Azira bt Abd Wahab

Kecemasan : Pn Dewi Rina bt Amri


Pn Rohana binti Daud

Pengadil : Pn Nur Salsabila bt Darani


Cik Ruhaizan bt Mohd Hayat
Pn Rabidah bt Adnan
Pn Ziana bt Osman
Pn Izyan Mardhiyah bt Halmi

10. Undian
a. Undian akan dijalankan selepas pelajar membentuk kumpulan masing masing
dengan bantuan guru.
b. Ketua pasukan dikehendaki menyediakan pasukannya untuk berlawan seperti
dalam jadual yang ditetapkan.
c. Setiap pasukan mesti menghabiskan setiap perlawanan yang telah dijadualkan.

11. Penutup
Kertas kerja ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak SK
Sijangkang. Diharapkan kejohanan ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif
yang disasarkan dan akan dijalankan dengan lancar dan jayanya. Semoga kejohanan
ini akan dapat melahirkan lebih banyak pemain bola jaring remaja yang berbakat
besar yang bakal mewakili SK Sijangkang ke peringkat daerah.

Disediakan oleh ,

________________________
( Nur Salsabila Binti Darani)

You might also like